Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Menginap Di AmVilla Homestay Yang Damai Dan Selesa di Kota Bharu Kelantan

Assalamualaikum, hi korang... dari jauh ku doakan semoga korang semua senantiasa di dalam keadaan yang sihat dan menyenangkan. Ameen. Okay, hari ini daku nak kongsikan tentang satu lagi homestay yang bagi aku agak baik , cantik , selesa dan paling penting bersih serta berbaloi untuk di huni bersama teman mahupun keluarga untuk sebuah percutian yang menarik. Homestay yang ingin aku ketengahkan kali ini di beri nama AMVILLA HOMESTAY yang terletak di dalam daerah Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan.


Daku memilih untuk menginap di homestay Amvilla sebagai satu percutian singkat bersama family untuk memberi sedikit rasa percutian pada diri anak-anak bersempena dengan cuti sekolah hujung tahun dan dalam masa yang sama daku ingin kongsikan di sini sebagai info pada sesiapa saja di luar sana yang memang sedang mencari homestay untuk di duduki sempena kedatangan ke bumi Cik Siti Wan Kembang.


Inilah AmVilla Homestay Kota Bharu Kelantan tu. Besar dan cantik kan? Untuk pengetahuan semua, AmVilla Homestay Kota Bharu Kelantan ni hanyalah berkedudukan lebih kurang 20 minit sahaja daripada bandar utama Kota Bharu dan lokasinya juga teramat dekat dengan lapangan terbang Pengkalan Chepa. Maka jika datang ke Kelantan dengan menaiki kapal terbang sekalipun sudah pasti tidak akan memberi apa-apa masalah.


Saat mula tiba ke villa ini, pendapat pertama aku adalah.... hmmmmm wangiiii... bersihhh... cantik! Mesti korang dah boleh bayangkan bila daku sebut sebegini. Yes! Selesa sangat sangat selesa. Sekali fikir terasa bagaikan berada di sebuah hotel peribadi untuk melarikan diri dari suasana stress dengan tekanan kerja pula. Anak-anakku sendiri nampaknya sangat selesa dengan suasananya.


Dekorasi di dalam villa ini juga tidak kurang hebatnya. Dengan konsep yang tampak seakan konsep english modern menampakkan ruangannya yang agak besar itu kelihatan sangat kemas dan teratur dengan pelbagai perabot yang agak teratur susunannya. Pendekata, perabot yang diletakkan sesuai dengan ruangan. Paling daku suka pada pelbagai sticker yang melekat di dinding-dindingnya. Tampak sangat comel dan menarik.


Sebenarnya masih ada banyak lagi keistimewaan lain yang terdapat pada AmVilla Homestay ini hingga membuatkan daku rasa sangat berbaloi untuk tinggal di sini bersama famili pada hari tersebut. Ianya bukan saja sesuai untuk di sewa oleh pelancong luar yang ingin bercuti di Kelantan tetapi juga sangat sesuai untuk mereka yang memang telah ada di Kelantan tetapi inginkan sesuatu tempat untuk dijadikan sebagai sebuah lokasi percutian singkat. 

Apakah keistimewaan lain yang ada pada AmVilla Homestay Kota Bharu Kelantan ini sebenarnya? Mari sini daku bantu senaraikan supaya dapat dijadikan panduan untuk mereka yang sedang mencari homestay nanti. 

Inilah Keistimewaan Sebenar AmVilla Homestay Kota Bharu Kelantan Yang Telah Berjaya Menarik Perhatianku

1. Suasana Yang Tenang dan Damai

AmVilla Homestay Kota Bharu Kelantan ini terletak di dalam kawasan perkampungan dalam suasana yang sangat tenang dan sunyi. Rumah di sekelilingnya juga tampak cantik dan terasa amat tenang sepanjang berada di sini.



Halaman di belakang villa ini juga tampak sangat selesa dalam suasana yang agak santai. Buaian besi yang turut disediakan membuatkan daku dan anak-anak boleh duduk bersenang lenang sambil bersembang dengan udara yang agak bersih. Halaman belakang yang dengan rumput yang pendek ini juga sangat sesuai untuk anak kecil berlari-lari tanpa sebarang masalah. 


2. Tempat Parkir Kereta Yang Luas

Ruang parkir berbumbung turut disediakan untuk kemudahan meletak kereta. Jika di kira dengan mata kasar, daku rasa kawasan halaman hadapan ini dapat memuatkan sehingga 5 ke 6 buah kereta dalam satu-satu masa. Jangan risau akan tahap keselamatan kerana semuanya adalah di dalam kawasan berpagar malah villa ini juga turut dilengkapi dengan CCTV.


3. Ruang Tamu Yang Luas dan Selesa

Saat melangkahkan kaki untuk kali pertama, wow!! Daku benar-benar terkejut. Besarnya villa ni..... luasnya ruang tamu hingga mampu memuatkan beberapa set sofa dalam satu masa. Yang penting daku amat sukakan susun atur perabotnya yang rapat ke dinding. Ini bagi memudahkan para penghuni untuk bergerak dengan lebih mudah. Jika nak sembang ramai-ramai boleh duduk bersila di tengah ruang tamu ini.


Ruang tamu ini dilengkap dengan hawa dingin sepenuhnya dan terdapat juga sebuah flat TV untuk di tonton. Daku sendiri sempat luangkan masa untuk lepaskan penat di ruangan ini bersama Kasih. Happy sangat bila dapat duduk berehat begini bersama Kasih. Dapatlah juga luang masa melayan kerenahnya yang semakin banyak ragam sekarang ni. 


Tengok tu? Dah mula berjalan ke sana sini. Seronok bukan main si Kasih ni haa bila di beri kebebasan untuk bergerak  sendiri. Inilah sebab mengapa daku suka susun atur perabot yang rapat ke dinding, senang untuk anak kecil bergerak. Pilihan sofa yang agak lembut permukaannya tanpa sebarang bentuk tajam turut menonjolkan sikap keprihatinan tuan empunya villa yang telahpun memikirkan akan aspek keselamatan untuk para penghuni terutama yang masih di usia kecil seperti Kasih ini. 


4. Mempunyai 3 Buah Bilik Tidur Yang Kemas dan Praktikal

Di dalam AmVilla Homestay ini terdapat 3 ( tiga) buah bilik. Bilik yang pertama menempatkan sebuah katil double dan juga sebuah katil yang bersaiz queen. Di dalam bilik ini juga turut mempunyai sebuah almari pakaian, meja solek dan juga tandas. Ini adalah bilik utama dan sesuai untuk pasangan suami isteri dengan dua  ke tiga orang anak. 



Untuk bilik yang ke dua pula, terdapat sebuah meja bersaiz queen dan juga sebuah meja solek. Untuk bilik ke dua tidak ada sebarang tandas di dalamnya. Walaubagaimanapun tandas ada di luar hanya di sebelah pintu bilik sahaja.


Untuk hari tersebut daku memilih untuk tidur di bilik yang ke tiga kerana dekorasi bilik ini untuk aku sangat cantik dan sweet dengan gaya english classic. Dengan sebuah katil berbingkai besi di tambah lagi dekorasi dinding yang pelbagai membuatkan bilik ini tampak sangat menarik. 


Apa yang lebih menariknya lagi, bilik ke tiga ini turut menempatkan sebuah katil single. Maka dapatlah daku bermalam sambil menjaga dua anakku yang masih kecil dengan cara yang lebih mudah. Di dalam bilik ini juga turut disediakan sebuah meja solek dengan size cermin yang agak besar berserta dengan plug tambahan untuk urusan caj handphone dan sebagainya. 


5. Mempunyai Dua Buah Tandas Yang Bersih

Inilah rupa tandas yang telah digunakan sepanjang berada di AmVilla Homestay. Bilik tandas dengan rona warna biru ini tampak sangat berbeza. Yang lebih penting ianya bersih dan turut dilengkapi dengan shower dan water heater. Sabun mandian juga ada disediakan berserta dengan tuala mandi.


6. Ruang Dapur Yang Serba Lengkap Dengan Peralatan Moden

Ruang dapur untuk AmVilla Homestay ini juga sangat luas dengan rona hitam dan putih. Terdapat juga sebuah meja makan 6 kerusi untuk urusan menjamu selera. Pada pendapat aku semuanya lengkap dengan adanya periuk nasi eletrik, penapis air sejuk dan panas Coway, pinggan mangkuk, cawan gelas dan sebagainya. Cuma yang kurang hanyalah tiada dapur gas mahupun dapur elektrik untuk urusan masak memasak. Tetapi masih tetap ada microwave untuk urusan memanaskan lauk pauk dan sebagainya.




Jika membeli makanan dari luar, jangan risau kerana turut ada sebuah peti sejuk untuk menyimpan semua makanan tersebut. Pendekata semuanya ada dengan serba lengkap cuma tidak boleh memasak dengan menggunakan dapur gas sebagaimana lazim ketika berada di rumah sendiri. Tapi daku agak bertuah pada hari tersebut kerana tahu tentang servis penghantaran makanan yang disediakan oleh pihak Inaara Restoran. 


Haa kalau nak tahu, Restoran Inaara yang pernah ku review dulu hanya terletak lebih kurang 11 minit sahaja perjalanan. So, boleh pilih samada ingin terus makan di sana ataupun order saja mana-mana menu untuk di hantar secara terus sehingga ke depan tangga. 


Terdapat Juga Pelbagai Kemudahan Lain Yang Turut Disediakan

Selain daripada apa yang telah ku sebutkan tadi, terdapat juga pelbagai kelebihan lain yang telah disediakan oleh pemilik AmVilla Homestay ini. Antaranya adalah seterika berserta dengan iron board. Dengan adanya seterika ini korang tak perlu lagi bersusahpayah membawa seterika milik sendiri.


Tidak hanya itu, mesin basuh automatik juga ada! Haa part ni daku paling suka. Ini kerana kalau datang dari jarak yang jauh tak perlulah susah payah bawa baju yang banyak. Sampai kat AmVilla Homestay boleh terus mulakan operasi membersihkan diri dan terus saja basuh baju yang telah di pakai ketika mula sampai ke AmVilla Homestay tadi. Maka dapatlah jimat sikit ruangan bag tu. Malah sudut ampaian juga ada diletakkan berhampiran dengan ruangan parkir kereta.


Kolam Renang dan BBQ Untuk Aktiviti 

Nak carri homestay di Kota Bharu yang ada kolam renang? Haaa inilah dia salah satu homestay yang punyak kolam renang peribadi di Kelantan. Walaupun kolam ini tidaklah sebesar mana tetapi memang bersesuaian dengan percutian yang hanya melibatkan sekitar 11 orang penghuni dalam satu-satu masa. Kolam renang ini ada dua paras kedalaman dan sangat sesuai untuk  ibu bapa bersama anak-anak. Private pool gituuuuu... ohya! peralatan  BBQ juga ada disediakan. So bolehlah adakan apa-apa majlis peribadi seperti hari lahir dan sebagainya dalam suasana yang lebih tertutup.


Semua Ruang Dilengkapi Dengan Penghawa Dingin Sepenuhnya

Sejukkk memang sejukk... apa tidaknya satu rumah dilengkap dengan penghawa dingin. Tapi jika kebetulan korang sampai pada hari hujan maka boleh saja di tutup aircond dan hanya membuka kipas siling. Tepuk dada tanya selera gitu tetapi yang pasti memang seluruh AmVilla Homestay ini ada dilengkapi dengan sistem penghawa dingin secara sepenuhnya.


Tapi awas! Jangan sesekali menghisap rokok di dalam villa. No! No! No! Kan tak pasal-pasal satu rumah yang sebelumnya wangi akan mula bertukar menjadi bau asap. Huhuhu... Kalau korang degil juga penalti sebanyak RM300 akan dikenakan. Nak hisap rokok itu hak peribadi tapi amalan menghisap rokok tanpa mempedulikan situasi orang lain itu yang ingin ditegaskan. Jika benar nak hisap rokok boleh lakukan di luar rumah tapi jangan pula di buang putung rokok tu merata-rata. Please alert ok. Untuk daku sendiri, alhamdulillah suamiku bukannya seorang perokok.



Kemudahan WiFi Percuma Sebagai Tanda Prihatin Dari Tuan Rumah

Yahoooo.... WiFi free! Sapa tak suka? Hehe... makin suka sudah semestinya untuk blogger seperti aku ni. Malam tersebut sempatlah juga daku buat kerja sekejap update apa yang perlu di blog setelah anak-anak semua tidur. Rasa best juga bila dapat menulis dalam suasana yang baru dengan ditemani lampu bilik yang malap sebegini. Sejuk, sunyi, aman dan tenteram. I like....


Penghantaran Sarapan Percuma Turut Disediakan Sebagai Tanda Kemesraan

Terkejut juga bila dapat mesej dari tuan rumah yang memberitahu bahawa sarapan dah diletakkan di hadapan pintu utama. Patutlah semasa checkin tuan rumah akan bertanya berapakah sebenarnya jumlah semua yang akan tinggal di situ rupa-rupanya untuk dibelikan sarapan. Untuk daku dan famili pada hari tersebut kami dapat makan nasi ala kak wok. Sedapppp.. pandai owner pilih kedai.


Secara jujurnya daku rasa amat berpuashati dengan servis yang diberikan kerana sarapan pada waktu pagi ini memang sangat-sangat membantu para penyewa seperti aku. Yelah, bangun pagi sibuk dengan anak-anak lagi. Lepas tu nak sediakan sarapan pula? Hmmm memang tak menang tangan. Jika hendak keluar semata untuk beli sarapan pun terasa leceh juga. Maka servis tambahan yang berupa pemberian dalam bentuk sarapan ingin sangat-sangat daku hargai. 


Mahu Bercuti di Kota Bharu, Kelantan? Sedang Mencari Homestay Yang Ada Kolam Renang? AmVilla Homestay Mampu Memenuhi Segalanya !!

Rasanya sekarang korang dah boleh tahu homestay manakah yang agak berbaloi untuk di tempah sewaktu berada di Kota Bharu. Harga yang ditawarkan pula hanyalah sekitar RM250 dan ke atas semalam mengikut tarikh yang di pilih. Bagi aku harga ini memang sangat berbaloi kerana dapat dihuni bersama seluruh famili. At least, dapat bergerak dalam suasana yang lebih luas dan selesa jika ingin dibandingkan dengan bilik hotel. Malah swimming pool juga ada jika sekadar untuk seronokkan anak-anak.


Untuk sebarang pertanyaan mahupun tempahan bolehlah layari :

AMVILLA HOMESTA KOTA BHARU KELANTAN


____________________________________________________

3 comments for "Pengalaman Menginap Di AmVilla Homestay Yang Damai Dan Selesa di Kota Bharu Kelantan"

  1. pergh..mewahnya villa ni..:)

    ReplyDelete
  2. Mak ai besaq camni siap dengan pool baru RM250..berbaloi2..

    ReplyDelete
  3. besar rumahnya dan murah pula rate. lama sangat tak ke Kelantan.
    hehehe.. mana tahu nanti sampai sana =D

    ReplyDelete