Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Makan Vitamin C Dengan Betul Untuk Kesan Terbaik

Cara Makan Vitamin C Dengan Betul Untuk Kesan Terbaik Tanpa Perlu Membazir | Siapa yang tak nak sihat kan? Siapa juga yang tak nak cantik? Dek kerana faktor untuk menjadi semakin sihat dan cantik dalam satu masa inilah telah menyebabkan ramai orang terutama di kalangan wanita yang sangat suka untuk beli dan makan Vitamin C.

Vitamin C salah satu vitamin yang agak penting untuk tubuh badan kita. 

Ini kerana selain untuk tujuan kecantikan dan kesihatan salur darah, vitamin C juga sudah terbukti dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang seringkali terdedah kepada radikal bebas setiap hari.

cara-makan-vitamin-c


Ketahui Info Asas Mengenai Vitamin C Sebelum Mengamalkannya


Pertama sekali , kita perlu tahu yang vitamin ini bersifat larut air. Kita juga perlu tahu yang vitamin ini bukanlah sejenis ubat ataupun penawar yang boleh menyembuhkan penyakit. 

Vitamin C ini lebih kepada makanan tambahan ( supplement) yang akan dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit. Vitamin C ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti kapsul, tablet, tablet kunyah, tablet effervesen ataupun cecair.


jenis-vitamin-c

Sebelum mengambil apa-apa produk untuk memberikan sumber Vitamin C pada tubuh, kita sepatutnya ambil tahu dulu apakah sebenarnya cara yang betul dan terbaik untuk mengamalkan vitamin C ini. 

Cara yang betul sekaligus dapat memberikan kesan yang terbaik tanpa perlu membazir. 

Takde lah jadi isu nanti, kenapa orang lain guna sekejap saja dah nampak kesan tapi diri sendiri masih juga belum ada sebarang perubahan yang ketara.

13 Tips Cara Pengambilan Vitamin C Yang Betul Untuk Kesan Yang Terbaik Tanpa Perlu Membazir

Dah beli vitamin C mahal-mahal, jadi perlulah tahu apakah sebenarnya cara yang betul dan terbaik untuk dapat menikmati kesan selepas mengamalkan vitamin C ini pada tahap yang sebetulnya.

Jadi, tak adalah terjadi sebarang isu pembaziran. Bukannya membazir terus buang tanpa di makan tapi membazir kerana telah membelanjakan wang dan masa untuk makan semuanya tapi tidak ada kesan ketara sebagaimana yang diharapkan.

vitamin-c-tablet

Antara perkara yang perlu di ambil tahu sekiranya ingin mendapatkan khasiat terbaik daripada vitamin C ini adalah :

1. Vitamin C ni sangat sensitif dan boleh bertindakbalas dengan udara, air dan suhu. 

Cara terbaik ialah mengambil makanan yang kaya vitamin C dalam keadaan mentah seperti buah-buhan segar yang baru dipetik, kerana proses merebus atau mengukus makanan akan mengurangkan kualiti vitamin sehingga 25 %. 

2. Menyimpan buah atau sayur-sayuran dalam jangka waktu yang lama juga boleh mengurangkan atau menyebabkan kehilangan vitamin C yang terkandung di dalamnya. Jadi jangan di simpan lama-lama, ada baiknya beli dan terus nikmati.

3. Memasak sayuran selama 20-30 minit akan menghilangkan separuh daripada kandungan nutrisinya. Proses pemanasan juga turut mengurangkan kandungan Vitamin C. Separuh tu sama dengan 50%. Jadi jangan masak sayur terlalu lama. 


cara-makan-vitamin-c

4. Dos harian Vitamin C yang dicadangkan untuk lelaki adalah sebanyak 90 mg manakala 75 mg untuk wanita. Bagi ibu hamil dan menyusukan pula, mereka memerlukan sekitar 85-120 mg sehari. 

5. Sekalipun kita memang memasukkan vitamin C dalam pemakanan seharian, tubuh kita ini sentiasa terdedah dengan radikal bebas yang akan menyusutkan dan menyebabkan kehilangan vitamin C yang sangat penting untuk menjadi pelindung kepada asakan patogen jahat dan jangkitan penyakit.

6. Elakkan mengambil beberapa jenis supplement yang lebih kurang sama fungsinya pada satu-satu masa. Ini untuk mengelakkan kekeliruan mengenai yang mana satukah yang sesuai dan yang mana satu tidak.
7. Ambil banyak –banyak vitamin atau suplemen pada satu-satu masa juga tidak digalakkan untuk mengelakkan beban yang berlebihan pada organ buah pinggang dan hati. Jadi, sediakan jadual pengambilan. Bahagikan secara teratur – untuk pagi, petang dan malam.
8. Bagi yang sedang makan ubat dan perlu bantuan suplemen untuk membantu meningkatkan kualiti kesihatan, disarankan untuk menjarakkan pengambilan ubat-suplemen sekurangnya-kurangnya 2 jam.
9. Pastikan minum air kosong dengan cukup sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk melancarkan proses metabolism dan penyerapan nutrisi.
10. Kurangkan pengambilan kafein seperti kopi dan teh. Kafein bersifat diuretic dan ia menyebabkan kekerapan buang air kecil. Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan penyerapan suplemen dan kita mungkin tidak mendapat kesan seperti yang diharapkan.


panduan-makan-vitamin-c
11. Fahami bahawa suplemen itu bukan ubat. Ia juga bukan penganti rawatan untuk mana-mana penyakit. Namun, tidak dinafikan juga bantuan suplemen turut membantu menjayakan rawatan. Jadi jangan serta-merta meninggalkan ubat-ubatan sedia ada tanpa berbincang dengan doctor/ahli farmasi terlebih dahulu.
12. Disebabkan suplemen ini bukan ubat, maka kesannya agak lambat. Memandangkan sel-sel tubuh kita hidup antara 90-120 hari, disarankan untuk konsisten mengamalkan pengambilan suplemen sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapat kesan optimum.
13. Akhir sekali, pastikan suplemen yang akan di ambil tu telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kelulusan dari KKM bermakna produk tersebut telah diuji dari segi keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.

BIO C PLUS ALL DAY FORMULA NUTRILITE™ – DOS HARIAN VITAMIN C TERBAIK 

Nutrilite Bio C Plus All Day Formula mengandungi 500mg vitamin C setiap tablet, nilai pemakanan yang bersamaan dengan sejumlah besar buah-buahan. 

Bio C Plus All Day Formula memberikan anda sitrus bioflavonoid dan nutrien daripada ceri aserola yang ditanam dan dipetik dari ladang-ladang Nutrilite.

vitamin-c-amway


Kebaikan Bio C Plus All Day Formula

Selain menggalakkan tulang, gigi dan gusi yang sihat, Nutrilite Bio C Plus All Day Formula membantu menyokong kesihatan tubuh dan penyerapan vitamin penting yang baik, ia juga memberikan lebih banyak vitamin C boleh guna bagi setiap tablet. 

Sebagai suplemen yang lembut pada perut, Nutrilite Bio C Plus All Day Formula tidak menyebabkan sakit perut.

Cara Makan Bio C Plus All Day Formula

Dewasa ambil satu tablet sehari, selepas makan. 

Ikuti dos yang disyorkan dan arahan penggunaan. 

Bahan-Bahan / Isi Kandungan

Bahan-bahan Asid askorbik (C), pekatan ceri aserola semula jadi, sitrus multiflavonoid, mikrokristalin selulosa, maltodekstrin, magnesium stearat, hidroksipropil metilselulosa. 

Tiada pewarna tiruan, perisa atau pengawet yang ditambah.

Pengguna Bio C Plus All Day Formula


@irdinarhm Reply to @wismilak31 first try terus jatuh hati. Now dah 5 tahun saya consume Bio C Plus πŸ’ͺ🏻 #fyp #supplement #vitamin #amwaymalaysia #covid19 ♬ original sound - Mina | Healthy Lifestyle


@syifaaazman kena scam nk beli vitamin C je pun πŸ₯΄πŸ™ˆ #biocplus #biocplusnutrilite #fyp #merrychristmas #amway ♬ Ginseng Strip 2002 - Yung Lean

 

RM 65.70 Harga Ahli 
RM 82.10 Harga Bukan Ahli

Whatsapp untuk beli di link ini - https://wa.link/2e8tzr

Kesimpulan

Vitamin C ialah vitamin yang paling lazim diambil sebagai makanan tambahan. Adalah penting untuk korang tahu cara makan vitamin C dengan betul.

Jangan juga ambil lebih daripada dos yang ditetapkan. Bilakah waktu terbaik untuk makan Vitamin C?Selalunya waktu yang sesuai untuk makan Vitamin C adalah sebelum atau selepas makan.

Vitamin C ini juga banyak terdapat dalam sayur dan buah-buahan. Dapatlah tambahkan vitamin C dalam badan dengan makan sayur dan buah-buah yang banyak kandungan vitamin jenis ini. 

Semoga info mengenai Vitamin C dan semoga dengan perkongsian ni dapat membantu menambahkan ilmu mengenai Vitamin C supaya lebih berjaya  mengambil vitamin C ini dengan lebih baik lagi berbanding sebelumnya.


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog πŸ‘‰  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby πŸ‘‰  https://t.me/ibuhamilmalaysia

7 comments for "Cara Makan Vitamin C Dengan Betul Untuk Kesan Terbaik"

  1. Nice sharing. Dah lama tak makan vitamin C

    ReplyDelete
  2. Tq....ats input yg sis bagi....very important is makan la sayur n buahan utk vit c original😁

    ReplyDelete
  3. Saye suka semua sayuran dan buah-buahan.

    Memamg dari kecik Mak dah ajarkan anak-anaknya makan.

    Alhamdulillah tu terasa diri ni semakin peloles githuu ..hehehe...

    ReplyDelete