Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel - Masa Mandian Terasa Mewah Dengan Belaian Penuh Romantis

ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel - Masa Mandian Terasa Mewah Dengan Belaian Penuh Romantis | Assalamualaikum, hi korang! Kali ni daku nak kongsi tentang Gel Mandian Wangian dari jenama ENCHANTEUR Paris. Apa yang membuatkan daku berasa sangat teruja, gel mandian wangian ni telah disempurnakan dengan belaian penuh romantis. Bila guna terasa sangat asyik gitu.... yelah, wangi kot!


Sebenarnya, daku memang dah lama guna jenama ENCHANTEUR Paris ni terutama yang 'warna kuning' sebabnya daku ni seorang yang agak energetic sikit. Kalau korang jumpa daku depan-depan korang boleh tahulah tahap energetic yang macamana. Sebab tu daku rasakan pewangi badan dari jenama ENCHANTEUR Paris ni sangat sesuai dengan perwatakan diri sendiri. Nama khusus untuk ENCHANTEUR Paris dari variasi kuning ini adalah Mon Amie.


Tapi janganlah pula dipakai hingga habis sebotol dalam masa seminggu. Agak-agaklah kannn..... Lagipun sebagai seorang wanita mana boleh pakai minyak wangi hingga semerbak satu badan. Asal dapat cover bau peluh dan beri kita rasa segar selesa sudah memadai. Jika tetap nak pakai terlajak wangi boleh guna masa kat rumah. Waktu malam sebelum lena tu ke, korang semburlah puas-puas hingga habis sebotol sehari pun. Kiki.


Berbalik pada jenama ENCHANTEUR Paris ni, apa yang membuatkan daku berasa makin happy adalah kerana saat ini telah ada produk baru dalam bentuk gel mandian dengan wangian kesukaan. ENCHANTEUR Paris shower gel ni daku dah cuba sendiri dalam bentuk set. Apakah keistimewaan ENCHANTEUR Paris shower gel ni? Mari sini daku tolong beri info yang lebih detail lagi.


Keistimewaan Enchanteur Paris Shower Gel 

ENCHANTEUR PARIS adalah rangkaian wangian dan produk untuk diri. Sekarang Enchanteur Paris telah muncul dalam bentuk shower gel dan ia direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap hari yang dilalui. 

Produk di bawah jenama Enchanteur Paris ini sebenarnya diinspirasikan daripada keindahan Kota Cinta Paris, dan wangian ENCHANTEUR Paris ini dicipta khas buat setiap wanita muda, romantis dan feminin. Sebab itu Enchanteur Parisni berjaya menjadi antara jenama wangian yang selalu berada di hati ramai wanita dan produk-produknya memang sudah tidak asing lagi di pasaran tempatan.



Antara produk Enchanteur Paris yang semakin mendapat perhatian adalah seperti Enchanteur Paris deodorant, Enchanteur Paris perfume lotion dan sudah semestinya Enchanteur Paris shower gel. Produk Enchanteur Paris ada yang didatangkan di dalam bentuk set juga. Kebanyakan produk Enchanteur Paris ni boleh didapati dengan mudah di Watson dan pasaraya yang berhampiran.

Enchanteur Paris Shower Gel - Membuatkan Suasana Masa Mandi Terasa Sangat Mewah 



Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama. Macam daku sendiri, daku sangat suka menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian yang mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran.


 
Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari. 



Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini merangsangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. 

Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum. Kini, pengalaman di bilik mandi sudah boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda akan terasa lebih menyeronokkan. 



Didatangkan Dalam 3 Variasi Yang Sangat Awesome

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris ini boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.


1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)

Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.

2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)

Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual.

3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)

Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.



Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari. Lepas dah selesai mandi tu bolehlah disempurnakan lagi dengan perfume dari haruman yang sama.


Masih Tercari-cari Gel Mandian Wangian Yang Best? Jom Cuba Enchanteur Paris Shower Gel 

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g. Agak besar juga ni. Dan harga untuk gel mandian wangian Enchanteur Paris terbaru sangat best dan romantis ni boleh di beli dengan harga RM16.75 (Semenanjung) dan RM17.55 (Sabah Sarawak).



Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.


16 comments for "ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel - Masa Mandian Terasa Mewah Dengan Belaian Penuh Romantis"

  1. Akak dulu pun guna perfume dia. Wangi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun.. smua wangi2... sweet je.. x de la over bau tu.. just nice

      Delete
  2. Haruslah wangi kalau dari Enchanteur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ana... bukan enchanteur la namanya kalau x wangi.. ahaks

      Delete
  3. Best kalau dapat sabun wangi2 cam ni..memang time tu lah kita tersangat rajin dok lelama dlm bilik air

    ReplyDelete
  4. Wow! now they have shower gel to match the perfume also, awesome la.

    ReplyDelete
  5. huda pun dah jatuh cinta dengan shower gel enchanteur paris ni..wangi semerbak. syok betul mandi wangi jer dalam bilik air

    ReplyDelete
  6. Mewah rasanya bila mandi guna Enchanteur shower gel ini..

    ReplyDelete