Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Cara Terbaik Untuk Isteri Lakukan Bagi Pujuk Suami Yang Sedang Merajuk

Suami merajuk? Sukar nak pujuk? Takpe, jika dah cuba pujuk cara biasa tak berkesan apakata kalau korang pujuk pula dengan cara yang lebih lembut dan mengancam. Apa caranya tu?

Tak lain dan tak bukan pujuk suami dengan sehabis baik. Tapi sebelum tu harus tahu dulu cara nak ajak suami bersama.


Terus terang, para suami memang akan lemah dan akan terus lupakan segala salah silap yang korang dah buat tu sekiranya korang berjaya pujuk mereka hingga lemah. 

Tapi awas! Kena guna teknik yang betul kalau tidak tak pasal merajuk suami akan lebih bertambah disebabkan rasa rimas. Isteri perlu tahu cara menarik perhatian suami.


Bagaimana Untuk Pujuk Suami Bagi Menaikkan Keinginannya? 

Untuk  isteri pujuk suami ni ada teknik-tekniknya. Yang penting, teknik ni kena buat step by step dengan penuh persediaan. 

Cara bermanja dengan suami ni tak boleh di dalam keadaan gelojoh. Isteri pujuk suami secara slow-slow adalah lebih baik jika nak berjaya pujuk mereka semula.

Sebelum dikongsikan apakah cara bermanja dengan suami tu, daku nak kongsikan dulu 5 kesilapan utama yang sering dilakukan istri ketika sedang berhubungan intim dengan si suami.

5 Kesilapan Utama Yang Sering Dilakukan Isteri Ketika Sedang Berhubungan Intim Dengan Suami


1. Isteri beranggapan mempamerkan tubuh sepenuhnya boleh membuatkan suami terliur

Salah! Sangat-sangat salah. Sebenarnya suami lebih suka jika dia sendiri yang dapat menanggalkan pakaian kita jika sedang ingin bersama. Pakaian isteri di rumah tidak semestinya dalam persalinan yang seksi.

2. Isteri beranggapan yang suami akan suka jika terus saja berhubungan intim

Salah! Anggapan ini tidak benar kerana suami lebih suka jika dapat membelai anda dari atas hingga bawah untuk merasa lebih nikmat sebelum memulakan pelayaran di atas ranjang.

3. Isteri beranggapan yang suami lebih suka jika isteri duduk diam saja tanpa berbuat apa-apa.

Salah! Sebenarnya suami lebih suka jika isteri mereka dapat membalas dengan pelukan, ciuman dan sebagainya. Suami nak bersama dengan seorang isteri, bukannya dengan patung cendana yang tak reti bergerak.



4. Isteri beranggapan pujian 'abang hebat' untuk suami tidak penting selepas selesai bersama.

Salah! Suami akan berasa sangat bangga jika si isteri dapat memberikan pujian di atas penat lelah mereka di atas nikmat yang telah dirasai bersama tadi.

5. Isteri beranggapan hanya perlu menyerah diri segalanya seperti orang yang sedang kalah adalah yang terbaik.

Salah! Suami lebih suka jika isteri turut mempamerkan rasa ghairah. Makin isteri meronta makin tinggi nafsunya.

Cara PUJUK Yang Betul Untuk Isteri Lakukan Terhadap Suami Untuk Berhubungan Intim 

 Di sini akan dikongsikan beberapa teknik pujuk suami dengan betul. Teknik untuk pujuk ini elok untuk dilakukan oleh para isteri terutama di kala suami sedang merajuk tu. 

Tapi kalau nak diamalkan setiap masa pun tak ada sebarang masalah. Lagi suami suka. Barulah suami rasa seronok hingga tak nak cari yang lain. Tak gitu?



Okay tak nak cakap banyak. Teknik terbaik yang boleh dilakukan untuk pujuk suami masing-masing adalah seperti yang di bawah.

1. Mandi dengan bersih dan pakai pakaian tidur dari fabrik yang licin atau lembut.

Seringkali dikongsikan untuk pakai baju tidur yang nipis dan seksi. Cara pemakaian sebegitu memang mampu untuk menaikkan hawa nafsu suami tapi jika mereka sedang merajuk, pastinya mereka telah tahu niat kita dari awal.

Kerana itu, tips untuk pakai pakaian jarang, nipis dan seksi itu agak tidak releven semasa suami sedang merajuk. Jika di pakai pada waktu biasa tak apalah. 

Cara paling afdal sebenarnya adalah dengan mengenakan pakaian tidur yang tetap sopan tapi dari jenis kain yang agak licin atau lembut. 

Ini kerana pakaian dari fabrik yang agak licin atau lembut ini sangat asyik untuk disentuh. Antara pakaian tidur yang paling sesuai adalah pyjamas dari kain satin. 

Secara tidak langsung berpakaian sopan begini akan dapat menyembunyikan sedikit niat sebenar isteri yang sengaja ingin pujuk suami.



2. Pakai pakaian tidur yang mudah untuk ditanggalkan

Dalam erti kata lain, tak usahlah pakai baju tidur dengan seluar yang ketat melekat kat badan tu. Nanti tak pasal jadi masalah masa suami nak tanggalkan. 

Memadai dengan pakai baju tidur dari size normal atau sedikit besar seperti baju pyjamas satin di dalam gambar kat atas tu.

3. Lepaskan rambut yang panjang tu dan semburkan dengan hair mist

Rambut juga adalah senjata utama oleh wanita. Kerana itu, adalah lebih baik jika seorang wanita itu berambut panjang. 

Kalau korang nak tahu, rambut yang dibiarkan jatuh ke bahu dalam keadaan yang sedikit tidak terurus boleh memberikan impak manja pada si isteri di mata para suami. 

Jangan lupa juga untuk sembur hair mist. Jika takde hair mist guna shampoo ketika mandi tadi.


4. Sapukan losyen ke tubuh dan kenakan juga makeup tipis yang tidak keterlaluan

Mungkin ada yang beranggapan guna pewangi lebih best tapi sebenarnya adalah lebih baik jika menggunakan losyen. 

Ini kerana losyen akan di sapu pada keseluruhan kulit berbanding dengan pewangi yang hanya akan disembur pada bahagian tertentu. 

Cuma pastikan losyen yang digunakan tidak terlalu kuat baunya. Memadailah digunakan losyen dengan bau yang lembut dan segar.

5. Cuba lakukan eye contact dengan suami

Hubungan mata adalah asas utama untuk memenangi semula hati suami. Meskipun tanpa baju jarang, berseluar ketat dan sebagainya tapi anda masih boleh menaikkan nafsu suami. 

Cuba dekati suami dan pandang tepat ke arah wajahnya. Jika dia berpaling pegang wajahnya dengan tangan kiri dan kanan dan halakan tepat mata korang tu ke wajah suami dan mulakan perbualan dengan penuh lemah lembut.


6. Mulakan perbualan dengan ayat-ayat maaf dalam nada suara yang rendah

Perbualan yang dimaksudkan ini bukannya secara dua belah pihak tapi hanya dari korang sorang saja. Perbualan ini sebenarnya adalah ungkapan ayat-ayat maaf dalam nada yang rendah. 

Sebutkan yang korang telah sedar atas kesalahan apa satu demi satu. Meskipun mungkin korang tak salah tapi rendahkanlah ego tu. Jika tiada benda nak minta maaf sebutkan saja yang korang tak suka bergaduh. Tak nak terus masam muka.

7. Peluk suami dengan erat / duduk di atas ribaannya 

Walau suami tak balas dakapan tu, terus juga peluk dengan erat. Sambil tu dekatkan bibir ke telinga suami dan ucapkan kata sayang secara lembut. 

Sebutkan juga yang korang cinta, korang sayang sangat-sangat suami hingga ke akhir hayat. Jika dapat menangis time ni lagi baik. Hehe.


8. Cium suami secara bertalu-talu

Ini langkah terakhir. Cium suami secara bertalu-talu berkali-kali. Jika saat ini suami membalas ciuman bermakna pujukan korang tu dah berjaya. 

Jika suami sama sekali buat dont know dari awal proses tadi hingga ke langkah terakhir ini, bermakna pujukan tu belum kena pada waktunya lagi. 

Ini juga bermakna kesalahan tu memang agak berat di mata suami jadi perlulah beri dulu sedikit masa pada beliau. 

Jika nanti nampak suami dah macam okay sikit barulah ulangi semula panduan untuk pujuk suami ini dari awal tadi semula.


Suami Sedang Merajuk? Cepat-cepatlah Pujuk !

Itulah serba sedikit tips teknik terbaik untuk seorang isteri lakukan bagi memujuk suami semula saat suami sedang merajuk. 

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu para isteri lain di luar sana dan ingat.... jika suami sedang merajuk cepat-cepatlah pujuk. 

Cuma satu je, suami memang tak akan bercakap apa sepanjang tempoh korang sedang memujuknya tu. Dia hanya akan diam saja. 

Tapi! Jika kebetulan salah tu besar dan teknik di atas ni tak menjadi pada kali pertama, mohon diberikan dulu suami sedikit masa untuk beliau bertenang. Jangan pula di paksa-paksa.


Yang penting, jika ada sebarang pergaduhan tidak semestinya harus diselesaikan dengan isu penceraian. Bergaduh tu sebenarnya adalah satu proses untuk kita saling mengenali, untuk kita saling menerima dan untuk kita saling menyedari apa yang selama ini kita tak sedar.  

Hakikatnya, seorang isteri pasti akan boleh memujuk suaminya cuma pastikan masa itu tepat dan bila dah berdamai jangan pula sengaja di ungkit perkara yang telah berlalu.

Ini hanyalah sekadar perkongsian dariku yang telah 16 tahun bergelar seorang isteri. Selamat mencuba dan semoga berjaya. 

Fighting!!




6 comments for "Panduan Cara Terbaik Untuk Isteri Lakukan Bagi Pujuk Suami Yang Sedang Merajuk"

  1. tips yang bagus ni awa....nt nak try kalau cik abg merajuk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba jangan tak cuba... InshaAllah menjadi hehe

      Delete
  2. Replies
    1. tips untuk para isteri je ni kak alin.. anak anak dara wajib kena nikah dulu baru boleh follow... hehe

      Delete
  3. Kalau husband saya, peluk je terus baikla mood dia..haha

    ReplyDelete