Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tepung Pulut Menjadi Viral Gara-Gara Dapat Rawat Muka Breakout Seorang Gadis

Tepung Pulut Menjadi Viral Gara-Gara Dapat Rawat Muka Breakout Seorang Gadis | Bila sebut tentang tepung pulut apa yang dapat ku gambarkan adalah menu makanan yang sedap seperti buah melaka, kuih butir nangka dan sebagainya. Memang hanya menu makanan saja yang terlintas di fikiran apabila teringatkan tentang tepung pulut ini.

Tetapi! Masalahnya sekarang secara tiba-tiba tepung pulut menjadi semakin viral. Terus terdetik kat hati, dah kenapa secara tiba-tiba je tepung pulut jadi makin viral sedangkan dari dulu lagi dah ada tepung pulut ni. Rupa-rupanya, ada rahsia lain yang dapat dilakukan oleh si tepung pulut ni dan siapa sangka rupa-rupanya tepung pulut ini turut boleh membantu mengatasi masalah breakout. Petua ini telah berjaya dikongsikan oleh seorang gadis melayu yang dikenali sebagai Ji melalui laman twitternya.


Gadis Bernama Ji Kongsi Cara Merawat Muka Breakout Teruk Dengan Petua Tradisional  

Ji mempunyai pengalaman muka breakout yang agak lama dan Ji sendiri dah habiskan banyak duit untuk cuba mengatasi masalah tersebut. Kiranya kalau ada apa saja produk yang dikatakan okay, Ji akan berusaha untuk cuba. Yelah, banyak je produk untuk muka breakout yang dikatakan bagus untuk merawat muka breakout teruk. Sebagai contoh, ramai yang berkongsi muka breakout pakai Cetaphil , muka breakout pakai Glow Glowing tapi tak semestinya produk-produk yang okay ini boleh serasi dengan semua orang. Dikatakan juga yang ubat jerawat paling berkesan di Watson tapi apakan daya jika produk tersebut juga kurang serasi.


Untuk gadis yang bernama Ji ini sendiri jika dihitung sudah beribu duitnya habis demi untuk mencari cara mengatasi muka breakout. Hinggalah akhirnya beliau nekad untuk mendapat petua dari orang lama untuk cuba pulihkan muka dengan cara tradisional. Bila sebut cara tradisional begini terus daku teringat tentang sebuah drama yang bertajuk Petua Nenek. Seronok juga bila dapat tahu petua dari orang-orang lama ni sebabnya dapat jimatkan kos untuk segala benda.

Setelah di tanya, petua yang Ji dapat daripada seorang nenek di kampungnya adalah dengan menggunakan tepung pulut sebagai masker. Yes! Tepung pulut! Setelah menggunakan tepung pulut, kulit wajah Ji yang dulu dengan jerawat merah kini telah menjadi normal semula. Kulitnya juga semakin hari sudah semakin halus dan gebu. Haaa siapa sangka dalam banyak-banyak produk yang telah di cuba, tepung pulut yang paling serasi dengan kulit wajahnya.



Cara Pulihkan Muka Berjerawat Guna Tepung Pulut

Guna Tepung Pulut Thailand


Dapat Petua Dari Nenek 

Cara Buat Mask

Hasil Yang Diperolehi

Buat Sekerap Mungkin
Bagi yang punya masalah muka breakout tak kisah la muka breakout perempuan ataupun muka breakout lelaki , korang boleh cuba petua yang telah digunakan oleh Ji ini. Manalah tahu tips penjagaan muka breakout dengan menggunakan tepung pulut ini sesuai dengan korang. At least dapat jimatkan wang. Muka breakout apa perlu buat ? Guna tepung pulut macam kat atas tu adalah salah satu cara yang digunakan. Benar atau tidak boleh berhasil? Part ni kena cuba dulu kerana tiap individu tidak sama dan untuk tahu samada serasi ataupun tidak hanya boleh ditentukan dengan cara mencuba. 

Selamat berjaya..... 





4 comments for "Tepung Pulut Menjadi Viral Gara-Gara Dapat Rawat Muka Breakout Seorang Gadis"

  1. alhamdulillah...cantik dah kulit dia, boleh cuba juga ni sebab mudah je. mana tahu muka saya yang kusam nih boleh nampak segar semula

    ReplyDelete
  2. boleh gtau adik cikma nih..muka lebih kurang gini lah kot jadi

    ReplyDelete
  3. Selagi tak memudaratkan boleh la cuba.petua orang2 lama banyak kebaikan dia..

    ReplyDelete
  4. lama x nk tunggu breakout hilang??

    ReplyDelete