Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Homestay IQ Kuala Terengganu - Penginapan Selesa Dalam Suasana Damai Desa

Homestay IQ Kuala Terengganu - Penginapan Selesa Dalam Suasana Damai Desa | Assalamualaikum, bertemu kita sekali lagi melalui celotehku di dada blog yang tidak sepertinya ini. Bersempena dengan cuti persekolahan untuk Tahun Baru Cina 2019 , alhamdulillah daku dan keluarga telah dapat meluangkan masa bersama di negeri Terengganu Darul Iman untuk tempoh beberapa hari. Walaupun daku ni tinggal hanya bersebelahan negeri tapi disebabkan ruang waktu yang agak busy, memang agak susah jugalah untuk ke sini. Nasib baiklah suami dapat luangkan sedikit dari masa cutinya untuk bersama daku dan anak-anak.

Bercuti di negeri Terengganu, daku tidak memilih untuk tinggal di mana-mana hotel mahupun resort sebaliknya daku dan suami telah mengambil keputusan untuk menginap di homestay. Dan dalam banyak-banyak homestay yang ada di sekitar Terengganu ini, daku telah membuat keputusan untuk menginap di Homestay IQ Kuala Terengganu ataupun IQ Homestay Kuala Terengganu untuk hari yang pertama bersama seluruh ahli keluargaku. 


Mengapa homestay? Sudah semestinya kerana inginkan suasana yang lebih luas dan selesa untuk daku sekeluarga. Almaklumlah, anak-anakku kan ramai, so kalau menyewa hotel alamatnya terpaksa sewa untuk dua buah bilik.. hehe.... untuk IQ Homestay Kuala Terengganu ini daku rasakan ianya sangat cocok untuk daku sekeluarga kerana keadaannya yang selesa dan boleh dikategorikan sebagai salah satu homestay harga murah Kuala Terengganu yang sangat berbaloi untuk di sewa tatkala bercuti.


Nak tahu apakah keistimewaan yang ada pada IQ Homestay Kuala Terengganu ni? Haaa meh sini daku berikan sedikit sebanyak info dalam bentuk review supaya dapat korang jadikan panduan tatkala ingin bercuti di Kuala Terengganu nanti. Dalam review ini akan ku senaraikan kelebihan IQ Homestay Kuala Terengganu yang murah dan selesa untuk korang sekeluarga. 

Antara Kelebihan Yang Ada Pada IQ Homestay Kuala Terengganu 

1. Terletak Dalam Suasana Kampung Yang Nyaman

Saat mula lihat homestay ni daku dah mula jatuh hati. Sebabnya daku memang sangat sukakan homestay yang berada di dalam suasana kampung. Yelah, suasana kampung yang penuh dengan pepohon hijau tanpa suasana riuh yang bising sememangnya dapat memberikan suasana relaks yang sebenar. Sebab itu daku sangat suka homestay yang berada di dalam suasana kampung begini. 


Walaupun berada di dalam kampung tapi bukanlah bermakna homestay Kuala Terengganu ini jauh dari bandar utama. Untuk IQ Homestay Kuala Terengganu ini sendiri, alhamdulillah lokasinya sangat strategik dan tidaklah terlalu jauh dari jalan besar utama. Untuk ke bandar Kuala Terengganu pula hanyalah memakan masa sekitar 20 minit saja. 

2. Halaman Yang Luas Dan Sangat Praktikal

Halamannya yang luas dapat menampung sehingga 10 buah kereta dalam satu-satu masa. Jika pandai susun, rasanya boleh muat lebih dari itu. Makin best, di halaman rumah yang berturap elok ini turut ditempatkan sebuah wakaf untuk duduk bergebang di waktu petang dan malam. Jika yang punya anak kecil dapatlah juga berikan sedikit masa bebas untuk anak-anak berlari dengan riang sambil diperhatikan oleh ibu ayah. Bila lihat suasana begini terus rasa rindu pada suasana di kampung sendiri. Oh asyiknya! Rasa macam tak mau balik terus pun ada ni... seronok sangat berada dalam suasana begini. 


3. Berlatarkan Warna Alam Yang Menyejuk Mata

Paling daku perasan, owner untuk IQ Homestay Kuala Terengganu ini amat mengutamakan warna alami seperti coklat dengan unsur-unsur kayu. Bagi aku ianya sangat tepat dengan konsep homestay dalam suasana desa yang ingin diketengahkan.


Di hadapan pintu masuk turut diletakkan sebuah kerusi kayu panjang untuk duduk bersantai. Kasih Sufi antara yang paling suka duduk kat sini sambil lihat aktiviti sekeliling. Walaupun penempatan di sini agak padat tapi takde lah bising ataupun sibuk. Tenang je... damai je.... Untuk mana-mana penghuni yang merokok (manalah tahu kan), bolehlah duduk kat kerusi ni. Jangan merokok dalam rumah sudahlah ye.. no! no! no!


4. Owner Homestay Yang Sangat Friendly

Masa sampai terasa macam tiba kat rumah saudara sendiri pula. Seriously, owner sangat friendly. Siapa ada tanda selamat datang dan makin best ada juga mineral dan sedikit biskut kunyahan untuk melepaskan lelah. Untuk daku yang dah datang dari Kelantan ni, sudah semestinya berasa sangat berterima kasih. 


5. Ruangtamu Yang Sangat Comel dan Selesa

IQ Homestay Kuala Terengganu dari luar dah nampak comel. Bila melangkah masuk ke dalam, ah selesa sangat! Ruang tamu takde lah terlalu sarat tapi tak pula nampak terlalu kosong. Sedang elok kata orang. Di ruang tamu ni turut terdapat set sofa dan juga TV untuk di tonton satu family.



Di ruang tamu ini juga ada kipas yang sentiasa bersedia untuk memberikan khidmatnya. Seronok juga dapat berkumpul beramai-ramai bersama anak-anak begini. Yelah, selalunya asyik dengan gadget je so kali ni bila dapat luangkan masa begini barulah rasa erti sebuah percutian yang sebenar. 


6. Sudut Dapur Yang Lengkap Dengan Semua Peralatan 

Dari ruang tamu boleh terus nampak bahagian ruang makan. Kat sini ada sebuah meja makan dengan empat kerusi. Bolehlah menikmati makanan bersama family dengan mudah. Apa yang paling penting adalah pada ruang dapurnya yang lengkap dengan semua peralatan yang penting. Tidak hanya ada peti sejuk dan pinggan mangkuk serta peralatan makan minum yang lain bahkan dapur gas juga turut disediakan sekali.


Bila melihat adanya peti sejuk dan dapur gas begini daku terus rasa happy yang teramat sangat. Hip hip hooray.... dapatlah di masak pelbagai menu untuk sarapan dan makan tengahari dengan mudah. Sebabnya, daku ni memang kurang gemar sikit keluar pada waktu pagi semata untuk bersarapan. Tambah-tambah kalau perlu mencari kedai makan mana yang best. So, bila ada dapur gas begini sememangnya sangat bagus untuk seorang ibu seperti aku yang dapat menyediakan makan minum untuk suami dan anak-anak dengan mudah.  


Ohya, periuk nasi, periuk biasa, kuali dan cerak elektrik juga turut disediakan sekali. Begitu juga dengan gula dan uncang teh untuk di buat minuman panas. Pendekata, alhamdulillah semuanya sangat lengkap dan mudah untuk digunakan. 




Part yang membuatkan daku makin suka adalah mesin basuh. Yelah, anak ramai kan so jika bercuti kenalah singgah ke dobi hanya untuk membasuh pakaian kotor. Tapi dengan adanya mesin basuh yang telah disediakan oleh owner homestay begini terus rasa sangat mudah sekali. Dalam masa yang sama bukan hanya dapat jimatkan masa tetapi juga dapat jimatkan wang untuk upah dobi. 


Daku memang suka IQ Homestay Kuala Terengganu ini yang sangat memahami kehendak para penghuni. Jika di lihat dengan mata kasar, boleh dikatakan segala kemudahan ada di sini. Jika korang sedang mencari homestay Kuala Terengganu yang bagus dan lengkap dengan segala kemudahan, rasanya IQ Homestay Kuala Terengganu ini tidak kurang juga hebatnya.

8. Terdapat Tiga Buah Bilik Yang Selesa 

Di dalam IQ Homestay Kuala Terengganu ini terdapat tiga buah bilik yang selesa. Pertama bilik tidur utama dengan sebuah katil bersaiz queen dan sebuah bilik air di dalamnya. Bilik tidur utama ini turut mempunyai penghawa dingin dan juga kipas. 


Bilik air di dalam bilik tidur utama ini turut dilengkapi dengan shower dan juga tandas yang lengkap sepenuhnya. Selipar juga ada dan memang bersih sebersih bersihnya.


Untuk bilik tidur yang ke dua, terdapat katil bersaiz queen dan juga ampaian sejadah. Tidak hanya itu terdapat juga laci meja kecil untuk diletakkan barangan peribadi kebersihan diri. Saat buka pintu bilik ke dua ini tadi, terus rasa nak cepat-cepat baring bila terpandangkan cadarnya yang merah menawan. 


Untuk bilik yang ke tiga ada katil single di dalamnya. Tapi jangan risau kerana tuan empunya IQ Homestay Kuala Terengganu ni turut menyediakan toto sebagai alas tidur untuk penghuni tambahan. Kiranya tak perlu nak sebut tentang toto, memang dah pun ada di dalam bilik ini. 


Seterika dan iron board juga turut disediakan untuk memudahkan lagi urusan para penghuni di sini. Sejadah turut ada untuk semua bilik cumanya untuk wanita muslimah perlu bawa telekung solat sendiri ye. 


9. Tandas Yang Bersih dan Memuaskan

Tandas serta bilik air di dalam IQ Homestay Kuala Terengganu ini ada dua buah sebenarnya. Satu di dalam bilik tidur utama dan sebuah lagi berdekatan dengan ruang dapur. Ke dua-duanya lengkap dengan shower , sinki dan juga cermin. Soal kebersihan juga turut dititikberatkan untuk ke dua-dua buah bilik air ini. Dont worry untuk toilet memang tip top!


10. Harga Yang Sangat Murah Dan Berpatutan

Tatkala bercerita tentang harga, daku rasa harga untuk IQ Homestay Kuala Terengganu ini memang sangat berbaloi. Sebab apa berbaloi? Mana taknya, dengan semua kelengkapan yang disediakan di tambah lagi tahap kebersihan yang memuaskan, harga untuk IQ Homestay Kuala Terengganu ini hanyalah pada tahap RM200 sahaja sehari semalam. 


RM200 sahaja semalam??? Ya betul!! Sebab itu daku cakap IQ Homestay Kuala Terengganu ini boleh dikategorikan sebagai salah sebuah homestay murah Kuala Terengganu yang boleh di sewa dengan kadar yang amat berpatutan. 

Ohya, sebelum terlupa di IQ Homestay Kuala Terengganu ini sebenarnya mempunyai tiga unit homestay yang terletak secara bersebelahan dan harga untuk salah sebuah unit homestay di sini hanyalah sekadar RM150. Homestay yang berharga RM150 semalam itu sebagaimana yang dipamerkan di dalam gambar di bawah ini. 


Daku sendiri dah masuk dan lihat IQ Homestay Kuala Terengganu untuk unit yang berharga RM150 semalam tersebut dan alhamdulillah memang tip top juga dengan tiga buah bilik di dalamnya. Cuma apa yang membezakan, homestay dengan kadar harga RM150 semalam tidak mempunyai aircond dan mesin basuh sahaja. Lain-lain tetap sama dan tip top. 

Homestay selesa tiga bilik hanya pada kadar RM150 sehingga RM200 saja sehari semalam! Giler murah punya harga ni!!! So, pada yang nak lebih berjimat bolehlah menyewa IQ Homestay Kuala Terengganu ini dengan kadar harga tersebut. Ini harga untuk peak season juga tau! So memang sangat murah dan berbaloi-baloi.

Keluhuran Owner IQ Homestay Kuala Terengganu Yang Superb!

Walaupun daku hanya sempat tinggal di sini hanyalah untuk jangka masa semalam saja tapi itu sudah cukup untuk mempamerkan sikap keluhuran si owner untuk IQ Homestay Kuala Terengganu ini. Antara keluhuran yang ku perasan adalah pada sikap sambutan untuk kedatangan si penyewa yang telah datang dari jauh dalam keadaan penat. Bayangkanlah, sampai je dah ada ucapan selamat datang berserta biskut dan beberapa botol air mineral di atas meja. 


Tidak hanya itu, turut ada juga makanan ringan dalam bentuk sambal bilis goreng yang di jual dengan harga amat berpatutan. Ini tidak lain untuk memudahkan lagi urusan di penghuni. Untuk sikap begini, berbanyak terima kasih daku ucapkan untuk owner IQ Homestay Kuala Terengganu ini. 


Adakah Daku Akan Menginap di IQ Homestay Kuala Terengganu Ini Lagi ?

Terang lagi bersuluh, sudah semestinya jawapanku adalah YA!! Ya, daku memang amat berpuashati dengan IQ Homestay Kuala Terengganu ini dan tidak teragak-agak untuk menyewanya lagi untuk tinggal bersama family tatkala berpeluang untuk ke Kuala Terengganu lagi. Korang sendiri, jika berhasrat untuk ke Terengganu dan sedang mencari homestay harga murah Kuala Terengganu , korang bolehlah untuk turut mempertimbangkan IQ Homestay Kuala Terengganu ini sebagai salah satu pilihan untuk penginapan. 


IQ Homestay Kuala Terengganu sedia untuk di sewa. Ketersediaan yang baik dengan kadar harga yang hebat untuk rumah sewa di Kuala Terengganu, Malaysia memang sangat berbaloi. Semoga selepas membaca review ini korang akan dapat membuat pilihan untuk homestay terbaik di Kuala Terengganu agar percutian akan terasa lebih bermakna dan menyeronokkan. Untuk ke Homestay IQ Kuala Terengganu ni korang hanya perlu Google atau Waze je dan seterusnya pandu arah akan terus bawa sehingga ke depan pintu homestay dengan sangat mudah.

Untuk owner Homestay IQ Kuala Terengganu, kekalkan servis kalian dan teruskan memberi penginapan yang sangat bersih dan selesa dengan suasana penuh friendly begini untuk semua penghuni. Ada masa dan kelapangan, InshaAllah kita dapat berjumpa lagi nanti. 

Untuk sebarang info dan tempahan, boleh terus hubungi :

HOMESTAY IQ KUALA TERENGGANU | PENGINAPAN SELESA DALAM SUASANA DESA
AddressWakaf pak ya kg paya resak , jln kubang panjang, 21600 Marang, Terengganu ( hanya 25 minit dari Masjid Terapung )
Whatsapp :  019-9155177



31 comments for "Homestay IQ Kuala Terengganu - Penginapan Selesa Dalam Suasana Damai Desa"

  1. Selesanga homestay no awa, kalau ke sini, akan pastikan menginap di homestay ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. awa pun rasa x puas dok sini.. selesa n comel

      Delete
  2. Seronoknya cuti-cuti...SA tahun ni cuti x leh kemana-mana...anak dara nak PT3 so kena la focus...lepas PT3 nanti baru la plan jalan jejauh skit...cantik homestay tu..harga pun reasonable...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe... settle exam leh jalan sbagai hadiah lepas penat berusaha... kalau xde lokasi lagi jemput ke terengganu

      Delete
  3. Interesting. Sure, boleh masuk dalam reference list utk penginapan next vacation ni. Tq dear

    ReplyDelete
  4. Dekat terengganu biasa lalu je sbb kalau balik kg.. Mesti kena lalu tganu.. Xde peluang lg nk pusing2 tgk..ada rzki blh la menyinggah

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah la kejap... luangkan masa sehari ke... lepak amik angin kata orang sebelum teruskan perjalanan.. =D

      Delete
  5. Selalu pergi Trengganu tapi belum sampai lagi ke KT...
    One day kalau sampai boleh lah stay sini sebab di Paka pun Sis stay Homestay ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. homestay mmg puas kan sebab luas n bebas leh duduk ngan family sama-sama. Nanti ke Paka jemput lah terus ke Kuala Terengganu. Ambik homestay ni pun okay sbb mmg murah n selesa. InshaAllah

      Delete
  6. Suka macam ni.. bersih dan selesa untuk menginap

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... sis suka gak yg mcm ni. x terlalu besar pun xpe , yang penting bersih selesa

      Delete
  7. Wah, cantik dan selesa homestaynya

    ReplyDelete
  8. Besar, luas, selesa sangat homestay ni. Boleh masuk dalam list bila bawa family ke sana nanti. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  9. Kalau ke terengganu boleh masuk list homestay ni awa...selesa & lengkap fasiliti nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Marsha.. antara homestay fav dh ni... selesa sgt

      Delete
  10. Cantik homestay ni, part mesin basuh tu setuju sangat. Kalau ada memang added value betulla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... terus rasa suka... sbb mudah nk basuh hahaha

      Delete
  11. Cantik & selesa homestay. Memang best juga tengok dapur semua lengkap. Datang semangat nak masak, hehe. Btw, terima kasih utk kunjungan & followed #566

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... pergi homestay ni mcm nk ada kat umah sndiri la juga... x yah lengkap smua jnji yg asas tu semua ada. baru puashati.. suasana dlm kampung tu 1 hal lg.. sejuk je rasa

      Delete
  12. wah bagus la homestay ni. boleh rekemen pada family dan kawan2 yg nak bercuti ke Kuala Terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus rekemen... mmg bagus CH... hrp owner dpt kekalkan tahap apa yg ada skrg.. comel je.. bersih sgt

      Delete
  13. Selesanya homestay ni. Kemas je memang sesuai kalau pergi ramai-ramai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. comey je.. rasa mcm balik kampung kiki

      Delete
  14. Homestay yg cantik dan cukup selesa.. sesuai utk famili.boleh la rekeman pd kawan2 klu bercuti di terengganu

    ReplyDelete
  15. Cantik betul homestay nie.. saya pun rajin jln2 ke KT.. Nanti boleh consider homestay nie kalau ke sana..

    ReplyDelete