Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jom Dapatkan Pek Percubaan Percuma Susu Suffy bGenius di Shopee! Cepat Sementara Stok Masih Ada

Jom Dapatkan Pek Percubaan Percuma Susu Suffy bGenius di Shopee! Cepat Sementara Stok Masih Ada | Assalamualaikum semua... kali ni daku nak share peluang baik bagi ibu ayah yang punya anak kesayangan dalam lingkungan usia 1 hingga 3 tahun. Berita baik ni melibatkan pemberian pek percubaan percuma oleh pihak SUFFY dan makin best bukan hanya 1 tapi TIGA !!


Hmmmm.... tiga pek sekali dapat tau dan alhamdulillah daku sendiri dah pun berjaya menebusnya beberapa hari yang lalu. Bukan setakat tebus pek percubaan bahkan dapatkan juga pek susu dengan saiz 500 gram. Ini semua gara-gara serasinya susu Suffy ni dengan anak daku sendiri. Pek percubaan ni hanya untuk 50 orang bertuah saja tau. So, sebelum terlambat ada baiknya cuba nasib untuk tebus baucer Pek Percubaan Suffy bGenius bermula dari 24 Januari sehingga 15 Februari 2019 ini.



Sebelum daku kongsikan cara-cara bagaimana untuk menebus pek percubaan susu Suffy, ingin daku kongsikan dulu sedikit sebanyak info mengapa korang perlu cuba susu Suffy ni untuk anak-anak. Manalah tahu, susu Suffy ni sebenarnya yang sedang di cari-cari selama ni. Yang penting, susu Suffy ni amat berkualiti tinggi dan halal. 

Malah ianya juga ada di dalam pek 500 gram dan juga 900 gram termasuk juga pek percubaan bagi mereka yang mahu cuba ke atas anak terlebih dahulu samada serasi ataupun tidak tanpa perlu terus membeli pek dalam saiz sebenar. Pek percubaan ni memang ada di jual sentiasa oleh pihak Suffy hanya dengan harga RM6 untuk 3 pek. 



Sedikit Pengenalan Berkaitan Latar Belakang Syarikat 

Suffy Dairy Group Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengeluar produk tenusu jenama ‘’SUFFY’’ yang berpusat di Ipoh Perak. Suffy mempunyai pengalaman lebih dari 6 tahun di dalam memasarkan produk berasaskan susu ke seluruh Malaysia termasuk  Sabah dan Sarawak. Suffy mempunyai pelbagai produk susu berasaskan susu lembu dan susu kambing. 


Makin best, susu Suffy ni dihasilkan oleh pengusaha tempatan melalui kilang mereka sendiri dengan tahap piawaian yang sangat tinggi!! Bangga pula rasanya bila ada anak tempatan yang sedang bertungkus lumus untuk memberikan produk susu terbaik bersifat selamat dan halal begini. 


Buat masa ini SUFFY mempunyai 4 ( empat) jenis susu utama yang sangat bagus. Empat produk utama yang dihasilkan oleh jenama Suffy ini adalah :


1. Suffy Annis Nutricious – Untuk Perut Sensitif
Percuma set percubaan susu Suffy || Cepat sementara stok masih ada

Setiap anak-anak mempunyai tahap-tahap perkembangan yang berbeza dan di setiap tahap perkembangan, anak memerlukan nutrisi-nutrisi yang penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan yang melibatkan dari segi dalaman dan juga luaran.

Suffy Annis Nutricious dirumus dengan fomulasi Tri-Guide untuk menyokong dan meningkatkan perkembangan anak-anak melalui bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan menepati keperluan anak-anak. Tri-Guide mengandungi campuran istimewa bahan-bahan seperti DHA, Prebiotik dari FOS, L-Lysine dan Rantaian Sederhana Triglyceride @ MCT

  • Sesuai untuk Si Manja dari usia dari 1 – 3 Tahun
  • Mempunyai rasa yang sedap sertai bernutrisi
  • Sesuai untuk Kanak-Kanak yang mempunyai perut yang sensitif dan kurang selera makan

2. Suffy Pure Goat – Susu Untuk Semua
Percuma set percubaan susu Suffy || Cepat sementara stok masih ada
Peringkat awal kehidupan Si Manja adalah waktu yang sangat penting untuk perkembangan tubuh badan. Kami di Suffy memperkenalkan Suffy Pure Goat yang kaya dengan khasiat 100% semulajadi dari Susu Kambing untuk Si Manja Anda !!!
  • Susu kambing 100% asli
  • Tanpa sebarang pengawet, pewarna atau perisa tiruan

3. Suffy Goat
Percuma set percubaan susu Suffy || Cepat sementara stok masih ada
Peringkat awal kehidupan Si Manja adalah waktu yang sangat penting untuk perkembangan tubuh badan. Suffy Goat dengan formulasi kebaikan-kebaikan buah-buahan seperti Kurma dan Delima, selain daripada Madu dan Manna sangat baik untuk membantu Sistem Penghadaman Si Manja. Suffy Goat diimport dari Belanda dan diformulasikan di Malaysia berdasarkan keperluan Si Manja.

  • Tiada Gula Tambahan
  • Sesuai untuk Kanak-Kanak yang alami masalah alahan Protein Susu Lembu

4. Suffy bGenius

Susu Suffy® B Genius ini telah dikeluarkan dalam bentuk pakaging baru seberat 500g. Banyak kebaikan Suffy® B Genius ini. Antaranya ialah:  

BRILLIANT - Suffy B Genius mengandungi DHA yang merupakan antara komponen utama di dalam otak. Ia Berfungsi untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak. 

BALANCE - Suffy B Genius membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian yang diperlukan oleh Si Manja. Nutrisi yang seimbang membantu Si Manja untuk membesar dengan lebih baik. 

BOOST - Suffy B Genius dirumus istimewa dengan Prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman Si Manja. Ianya juga diperkaya dengan kurma dan madu. Memang sangat elok untuk tumbesaran anak-anak.




Kelebihan Susu Suffy bGenius Bersama Kurma dan Madu Sangat Menarik Perhatian

Suffy® B Genius dengan Formula B3, dirumus dengan DHA (15mg/100g), Vitamin, Mineral serta tambahan Prebiotik – FOS & Manna untuk membantu Si Manja anda kekal sihat, bijak dan kuat. Semua khasiat ini terkandung dalam susu Suffy® B Genius dari buah Kurma dan madu. Dan lebih penting ianya mendapat pengiktirafan sijil HALAL dari JAKIM.

  • Buah Kurma
Buah kurma merupakan buah yang tinggi kandungan fiber. Fiber sangat penting untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. juga mengandungi Vitamin B3.

  • Madu
Madu mengandungi glukosa yang membantu untuk memberikan sumber tenaga kepada tubuh badan.


Panduan Penukaran Formula 

Bagi ibu ayah yang punya anak dengan minum susu yang lain sebelum ini, kalian boleh ikut langkah demi langkah yang telah disediakan oleh pihak susu Suffy untuk menukar susu formula tersebut dengan cara yang betul dan selamat bagi anak. Cara ini juga dapat memberitahu sama ada susu Suffy ini sesuai ataupun tidak dengan usus si manja tersayang.


Bagi daku sendiri, sebenarnya anakku Awwal agak sukar untuk menerima susu lembu biasa mahupun susu yang berasaskan soya. Tiap kali minum susu biasa yang banyak di jual di pasaran mulalah perutnya meragam hingga cirit birit. Penat tukar lampin jugaklah jawabnya! Hinggalah daku beralih kepada susu Suffy bGenius ini, alhamdulillah segalanya telah okay dan perutnya juga semakin lawas tidak seperti dulu lagi. Bukan main sedap lagi si Awwal minum susu hari-hari sekarang ni hehe.... 


Dapatkan Pek Percubaan Suffy® B Genius Yang Lebih Baik Dari Trial Pack Biasa

Set percubaan susu Suffy bGenius ini akan di hantar sebanyak 3 sachet untuk setiap kali pembelian. 3 sachet ini bertujuan untuk memberi si manja peluang untuk merasa samada kena dengan seleranya ataupun tidak. Dalam masa yang sama pek percubaan ini juga demi untuk membantu ibu ayah untuk mengesan tindak balas susu Suffy ini terhadap tubuh badan si manja selepas pengambilan. Dalam masa yang sama untuk kesan pada sistem penghadaman selepas pengambilan samada okay ataupun sebaliknya. 



Setiap pesanan untuk pek percubaan akan di proses dengan cepat dalam tempoh masa 24 jam. Malah akan terdapat Pegawai Khidmat Pelanggan yang sedia untuk menghubungi pelanggan dan memberi panduan serta khidmat nasihat cara pengambilan bagi yang memerlukan.



Nak Sampel Suffy® B Genius Secara Percuma Tak ?

Jika betul-betul berminat untuk dapatkan pek percubaan untuk susu Suffy bGenius ini secara percuma, lekas ikut langkah kat bawah ni sebelum kehabisan stok! Jika dah habis terpaksalah beli dengan harga RM6 untuk 3 sachet... tapi rasanya masih berbaloi dengan harga tu kan? Yang penting boleh cuba untuk anak.

1. Layari laman web http://www.suffy.com.my/sampelsususuffy/
2. Pilih senarai set percubaan dan isi maklumat peribadi



3. Baca Terms & Conditions dan klik butang Submit

4. Klik pada gambar set percubaan yang anda inginkan ( untuk bGenius - warna purple )

5. Log masuk pada lamanweb http://www.suffy.com.my/sampelsususuffy/ dan sila daftar akaun Shopee dahulu kalau tidak memiliki akaun Shopee 



6. Klik pada beli sekarang dan pilih kuantiti yang anda inginkan (hanya 1 set sampel susu percuma sahaja diberikan terhad kepada 50 orang pertama)



7. Klik pada suffymalaysia dan trial pack pilihan (mrs pip pilih Suffy B Genius) dan klik pada semak keluar


8. Gunakan kod SUFFYSBG untuk mendapatkan pek percubaan (1 set) secara percuma



9. Sila pastikan anda menekan pada baucer diskaun suffy malaysia official store dan klik OK untuk pengesahan. 
Penghataran akan dilakukan dalam masa 3 hari bekerja. Tarikh penebusan bermula 24/1/2019 sehingga 15/12/2019



Untuk sebarang info lanjut boleh terus hubungi pihak Suffy melalui detail di bawah ini :

SUFFY DAIRY GROUP SDN BHD (1189220-K)

Pejabat Urusan : No.8,Jalan Niaga Jelapang 2, Halaman Niaga Jelapang, 30020, Ipoh,Perak 
Telefon :  05-525 2992 




3 comments for "Jom Dapatkan Pek Percubaan Percuma Susu Suffy bGenius di Shopee! Cepat Sementara Stok Masih Ada"

  1. mudah je nak dapatkan sample ni, kita dah redeem 😍😋

    ReplyDelete
  2. Dah redeem..best susu ni. Berebut anak nak minum..

    ReplyDelete