Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar - Lebih Murah, Jimat dan Best !

Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar - Lebih Murah, Jimat dan Best ! | Assalamualaikum, hi hi mommy daddy di luar sana. Ku doakan moga kalian semua happy di samping anak-anak tersayang. Dan bercerita tentang anak-anak, kalian ada perasan tak yang Carrie Junior dah muncul dengan satu lagi produk baru. Haaaa... jika dulu sabun mandian wangi semerbak dalam bentuk cecair tapi kini dalam bentuk buku pula. Daku dah cuba, serius sangat wangi dan best! Paling penting murah dan amat menjimatkan. Hehe.



Sebagaimana lazimnya, anak-anak memang sangat lasak setiap masa. Terutama jika yang masih kecil. Hari-hari asyik aktif bermain dan masa mandi sememangnya amat penting sekali. Namun apa perlu di buat untuk memujuk mereka mandi sehingga bersih tanpa sebarang drama? Jawapannya tak lain dan tak bukan dengan mencari sabun yang sesuai, wangi dan menyeronokkan. 


Sebenarnyam masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin kerana ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.


CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. 


Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.



CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. 


Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.

 

Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu :
  • Groovy Grapeberry
  • Cheeky Cherry 
  • Double Milk 

Ia akan menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.


Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. Apakah mainan rahsia tersebut? Ehhh mana boleh beritahu, kalau beritahu tak suprise lagilah kan? Jika nak tahu, kena beli sendiri. 


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu. Apa tunggu lagi tu? Jom dapatkan satu untuk anak tersayang.


5 comments for "Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar - Lebih Murah, Jimat dan Best !"

  1. Bing Dan Yi memang pakai Carrie junior shower gel. Cuma sabun ni tak melekit ke?

    ReplyDelete
  2. anak sy suka pakai sabun carrie junior..lps nie boleh la try yg sbun buku pula..😊🤗

    ReplyDelete
  3. Budak2 mmg suka kan jenama ni. Zaza pun minat.. Skg dh ada sabun buku macam ni.. Blh la beli

    ReplyDelete
  4. Cam best jer, nak try beli satu la untuk anak-anak guna time mandi. Pakai shower gel, cepat sangat habis budak2 main tekan sesuka hati

    ReplyDelete
  5. anak2 dr dulu masa kecil mmg belikan carrie junior ni..wangi nau nau..skrg dah kuar bentuk bar plak eh..

    ReplyDelete