Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Koleksi Ayat Pedas Sentap Untuk Bekas Suami / Bekas Isteri / Bekas Kekasih

Apakah ayat paling sentap untuk bekas suami / bekas isteri / bekas kekasih? Jika di tanya tentang ayat paling sentap ini daku terus teringat zaman masih solo dulu. Yelah, zaman tu ada saja kisah dikalangan rakan yang asyik kecundang dengan cinta. Cinta monyetlah katakan! Tapi hairan juga, bila masa monyet ni pandai bercinta?! Hmmm....

Tak kisahlah monyet pandai bercinta ke tak, cumanya bagi daku sendiri selaku seorang manusia, jika cinta tak kesampaian memang sakit beb! Sakit sangat-sangat. 

Makin sakit jika bekas kekasih tu dengan mudah boleh tayang 'orang baru' di depan mata kita. Tapi jika di tanya apakah cara jalan penyelesaian terbaik untuk segera hilangkan rasa panas hati, jawapannya mudah saja. Cari penganti gerenti lupa..

ayat-sentap-untuk-lelaki


Cuma masalahnya bukan mudah untuk cari penganti tersebut. Yelah, tak kan disebabkan kecewa terus nak tangkap muat kot! Agak-agaklah.... 

Jadi cara yang paling mudah untuk bidas bekas kekasih yang sengaja nak sakitkan hati kita tu adalah dengan ayat sentap paling pedas! Nak tahu apakah ayat sentap paling pedas tersebut? Di sini akan disenaraikan beberapa ayat yang boleh digunakan. Nak kena dia kan?!!!

10 Ayat Sentap Paling Pedas Untuk Bekas Suami / Bekas Isteri / Bekas Kekasih

ayat-sentap-untuk-lelaki

Amboi! Cepatnya dapat penganti! Jumpa kat tepi jalan keeee?

Kalau ya pun nak cari penganti , carilah yang lebih elok dari saya...

Tahniah! Jaga dia baik-baik dan tolong jangan buat macamana awak buat kat saya


Cepatnya awak cari orang baru. Ni mesti sebab nak lupakan saya cepat kan? Kesiannya

Putus cinta je terus cari yang lain. Murah betul harga cinta awak tu kan?

Terima kasih kerana tinggalkan saya. Akhirnya saya dah tak perlu tengok muka awak lagi! Yahoooo...

Saya tak nak bercinta dengan sesiapa lagi selagi saya tak dapat jumpa orang yang jauh lebih baik dari awak.

Solo lagi best! Boleh pergi sana sini, takde sapa sibuk nak ikut

Sekali awak tinggalkan saya, sejuta kali saya tak nak patah balik pada awak!

Allah SWT akan jodohkan orang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Jika awak bukan jodoh saya jadi telah ada orang yang lebih baik untuk saya dan orang itu pastinya bukan awak!! =D

Akhir sekali, walaupun ada rasa sakit hati tetapi harus di ingat yang soal pertemuan dan perpisahan ini adalah satu perkara biasa. Jika dia ditakdirkan pergi dari sisi kita , itu bermakna dia bukanlah jodoh yang terbaik untuk kita. Apa yang perlu dibuat adalah bersabar dan tunggu dengan tenang sehingga saat itu tiba.

ayat-sentap-untuk-ex

Daku sendiri tak pernah menyangka akan bertemu jodoh dengan suami yang berasal jauh dari negeri yang lain di tempat kelahiranku sendiri. 

Paling tak sangka boleh bertemu jodoh dengan sahabat pena sendiri yang telah dikenali sejak di sekolah menengah lagi. 

Kalaulah dari dulu daku tahu suamiku ini adalah jodohku, memang tak akan aku layan dia dengan teruk seperti dulu. Tapi kenangan begitulah yang boleh membuatkan kita tahu bagaimana untuk lebih menghargai insan yang pernah hadir di dalam hidup kita.

ayat-sentap-untuk-ex


Ingat tau... jika ditakdirkan terpaksa putus cinta dengan insan yang disayangi, jangan terus mengalah dan berendam airmata sebaliknya mohonlah pada Allah SWT agar dihadirkan insan lain yang jauh lebih baik dari itu. Ameen.


5 comments for "Koleksi Ayat Pedas Sentap Untuk Bekas Suami / Bekas Isteri / Bekas Kekasih"

  1. Yg dah jadi bekas jgn diingat lagi. Biarlah dia pergi dari rekod pengalaman kita..

    ReplyDelete
  2. Kekekeke kita baca tergelak-gelak Hawa...ada juga ayat macam tu ek hahahaha

    ReplyDelete
  3. amboi ayat menyegat ye Awa :)

    ReplyDelete
  4. hahahaha ayat mmg power..zaman muda-muda liez klau terjumpa ex, saje je lalu depan muka dia.. then yg datang merayu tu liez senyum je..takde la sampai bagi ayat power maut ke.. sbb masa putus tu dah bagi penampar sedas.. wakakaka

    ReplyDelete