Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Percutian Bersama Famili Merupakan Moment Terindah Yang Paling Bernilai - Jom Cuti !

Sedar tak sedar, cuti sekolah bakal muncul lagi. Walaupun baru saja selesai bercuti di Terengganu sempena Cuti Tahun Baru Cina yang lalu, hati ni masih lagi rasa teruja jika dapat bercuti lagi di penghujung bulan Mac ini. Apa nak buat, dari dulu hingga kini memang suka sangat jalan-jalan makan angin bersama famili.


Jika di tanya kemanakah lokasi untuk percutian berikutnya? Terus terang daku sendiri belum dapat pastikan lagi. Cuma jika dikutkan hati terasa hendak bercuti di mana-mana pulau yang cantik. Jika dapat ke negeri Terengganu semula pun okay. Walau baru saja pergi pantai di Terengganu baru-baru ini tapi masih banyak tempat yang belum sempat ku singgah. Terasa teringin sangat untuk bercuti di kepulauannya yang sangat terkenal tu. Sebagai contoh Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan lain-lain lagi.

Kenapa Daku Sangat Suka Pergi Bercuti Dengan Famili? 

Jika ditanya mengapa daku sangat suka pergi bercuti dengan keluarga, jawapannya adalah disebabkan persefahaman yang tidak terbatas. Tidak hanya itu, bercuti dengan famili sebegini dapat memberikan pelbagai kelebihan yang lain. Nak tahu apakah kelebihan sebenarnya jika dapat bercuti dengan famili ini? Jawapannya adalah :

1. Kenangan akan kekal lama dalam memori anak-anak

Dulu daku pernah rasakan yang bercuti ni agak payah disebabkan bilangan anakku yang agak ramai. Seperkara lagi aku rasa memori bercuti pasti akan dilupakan oleh anak bila mereka sudah semakin besar nanti. Namun ternyata, anggapan aku tu sama sekali adalah salah.


Kalau nak tahu, menurut ahli psikologi yang bernama Oliver James, melalui The Telegraph. Saat percutian keluarga dikategorikan sebagai suatu yang amat menyeronokkan bagi seorang kanak-kanak. Malah, menurut kajian memori bercuti sebegini akan tersimpan buat masa yang lama dalam memori mereka. Alhamdulillah.



2. Travel dapat memberi manfaat kepada otak anak

Memori ketika bercuti tidak hanya akan tersimpan dalam ingatan anak bahkan persekitaran yang baru boleh menawarkan banyak manfaat kepada perkembangan otak anak; dari segi sosial, fizikal, kognitif, dan interaksi sensori. Hal ini pernah dijelaskan oleh Dr Margot Sunderland.


Kerana itu bercuti bersama keluarga bukanlah satu pembaziran sebaliknya satu kaedah untuk membantu perkembangan otak dan minda anak-anak. Yelah, orang dewasa pun rasa bahagia bila dapat bercuti. Inikan pula kanak-kanak. Bayangkan bila dapat bermain pasir dan mandi laut dengan famili begini. Best kan?


3. Mengukuhkan hubungan kekeluargaan

Part paling best tika bercuti adalah untuk lari dari kehidupan harian untuk sementara. Semua kerja akan ditinggalkan tanpa perlu lihat wajah boss untuk beberapa hari. Ditambah dengan perjumpaan dengan semua adik beradik yang sebelum ini tinggal di negeri berlainan.


Makin bermakna bila mak ayah tersayang dapat ikut bersama sepanjang percutian. Ini semua adalah satu hadiah yang paling tak ternilai selagi hayat masih di badan. 

4. Beri pengalaman di luar kotak

Ketika sedang bercuti secara automatik kita akan berada di dalam zon yang sangat selesa. Dalam erti kata lain kita akan rasa tenang, santai dan boleh bereksperimen tentang tempat baru yang belum pernah dijejakan kaki sebelum ini. Semua pengalaman ini akan dapat membantu kita untuk berfikir di luar kotak. Keadaan ini tidak hanya untuk orang dewasa tetapi juga untuk anak-anak.


Tempoh sepanjang bercuti ini juga dapat membantu anak-anak untuk bersifat lebih terbuka. Dalam erti kata lain takde la terlalu takut walau berada di persekitaran baru. Paling penting dapat mengajar anak tentang sikap berdikari. Dalam masa yang sama dapat memperkenalkan anak-anak dengan pelbagai budaya di negeri orang serta menghormati setiap apa yang ada disekelilingnya.


5. Mengalakkan penerokaan

Keseronokkan ketika bercuti yang paling ketara adalah apabila anak-anak dapat meneroka tempat baru. Seronok bila lihat anak-anak teruja melihat dunia baru di tempat yang dilawati. Semasa travel, anak-anak ini akan memproses setiap apa yang di lihat sebagai sebuah maklumat. Makin bagus jika kita dapat memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk bergerak sambil diperhatikan gerak geri mereka.


Sebagai ibu bapa kita patut membenarkan bersantai dan gembira sepanjang percutian. Waktu ini juga adalah masa yang tepat untuk bertanyakan soalan tentang apa yang dilihat sebagai satu pembelajaran. Contohnya, kita boleh bertanya tentang pemandangan sekeliling, makanan dan minuman yang agak berbeza di negeri sendiri dan sebagainya.



Sebelum Bercuti Ada Baiknya Dapatkan Info Mengenai Promosi Percutian Secara Online

Bercerita tentang percutian ni, daku ada terbaca tentang kempen Matta Fair Promo yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni. Dari apa yang ku perhatikan, Matta Fair 2019 ini sangat praktikal kerana dapat menyediakan segala kemudahan seperti cadangan lokasi menarik, kemudahan penginapan dan sebagainya hanya dengan satu aplikasi. Boleh tahan jugalah jumlah % diskaun yang ditawarkan. 

Traveloka Sering Menawarkan Promosi Hebat Untuk Mereka Yang Ingin Bercuti 

Antara banyak-banyak pihak yang membuat promosi untuk bercuti, daku amat tertarik dengan promosi Traveloka Saleabration yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini. Kempen promosi Traveloka Saleabration ini tidak kurang hebatnya dengan Matta Fair. Melalui kempen promosi Traveloka Saleabration ini turut ditawarkan pelbagai info berkaitan percutian untuk sesiapa saja yang berminat.


Apa yang membuatkan daku rasa tertarik dengan Traveloka Saleabration ini disebabkan oleh kemudahan yang lengkap untuk merancang sebuah percutian. Melalui lamanweb Traveloka ini daku bukan hanya boleh mendapat info mengenai harga hotel yang bersesuaian dengan bajet malah dapat juga menempah tiket flight dan bilik hotel dalam masa serentak.

Pelbagai Info Lengkap Yang Mudah Untuk Diakses

Cara untuk mencari hotel yang sesuai pada tarikh yang dikehendaki ternyata sangat mudah. Hanya perlu masukkan lokasi yang ingin dikunjungi baik dalam mahupun luar negara kemudian boleh pilih hotel mana yang diinginkan berdasarkan segala fasiliti dan review yang diberikan. Jika berpuashati bolehlah terus membuat tempahan serta merta.

TEMPAHAN HOTEL

Begitu juga dengan tiket kapalterbang. Tak perlu susah payah, di lamanweb Traveloka turut boleh membuat tempahan tiket. Pilih destinasi tempat berlepas dan arah tuju kemudian masukkan tarikh pergi dan balik pada ruangan yang telah disediakan. Jangan lupa untuk confirmkan sekali jumlah seat.

TEMPAHAN TIKET KAPAL TERBANG

Ada lagi!! Tidak hanya boleh membuat tempahan bilik hotel dan tiket flight, melalui Traveloka Saleabration ini kita turut dapat melihat cadangan tempat menarik berserta aktiviti yang boleh dilakukan di lokasi yang ingin kita pergi itu nanti. Ini penting untuk tahu samada lokasi percutian tersebut benar-benar menarik dengan pelbagai tempat tarikan yang best ataupun tidak.

CADANGAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK

Sebagai contoh ingin bercuti ke Terengganu maka masukkan perkataan Terengganu di ruangan yang telah disediakan dan Traveloka akan munculkan pelbagai cadangan tempat penginapan, landmark dan lain-lain lagi. Senang sangat kan?


Percutian Dengan Perancangan Bijak Dapat Menguntungkan Duit Poket Sendiri

Sebagai seorang kaki travel, pelbagai info yang diberikan sama ada melalui Matta Fair mahupun Traveloka Saleabration sememangnya amat aku hargai. Kempen-kempen sebegini secara tidak langsung dapat memudahkan urusan travel untuk orang seperti aku ini. Yelah, mana sempat nak cari tempat menginap dengan harga diskaun yang best satu demi satu kalau tak ada kempen begini.



Dulu daku memang takut untuk bercuti. Risau sangat kalau-kalau lari bajet. Tapi setelah ada pelbagai kempen daripada pelbagai pihak, alhamdulillah rasa happy sangat! Kiranya untuk bercuti dengan harga yang berpatutan bukanlah satu masalah lagi. Cuma apa yang penting, perlu luangkan sedikit masa untuk mencari pelbagai info mengenai tawaran diskaun percutian daripada mana-mana pihak yang bersesuaian.


Yang pasti, dekat atau jauh bukanlah ukuran. Sebaliknya, masa berkualiti dan aktiviti yang dilakukan bersama semasa bercuti tidak sama berbanding pengalaman di rumah. Senyuman dan keterujaan anak-anak semasa bercuti sama sekali tidak ternilai dengan wang ringgit. Memori yang tercipta bersama juga sangat bernilai untuk dikenang buat selamanya. 

Apa yang ditunggu lagi tu? Jom cuti!!! Syokkkk sangat tau........



20 comments for "Percutian Bersama Famili Merupakan Moment Terindah Yang Paling Bernilai - Jom Cuti !"

  1. seronok tau dpt bercuti dengan family.. then buat mcm-macam activities.. mmg jadi kenangan yang indah je...traveloka mmg website wajib liez masuk klau nak usha hotel..

    ReplyDelete
  2. kami pun suka bawak anak2 ke tepi pantai. sambil2 tu boleh la kita sembang2 dengan anak mengenai kebesaran Illahi :)

    ReplyDelete
  3. Semua moment ni akan jadi kenangan untuk kita. Seronok bercuti bersama family kan sis. Salam kenal. Singgah balas kunjungan :)

    ReplyDelete
  4. Kalau bercuti bersama family, memang seronok dan sangat bahagia.
    Banyak masa bersama , duduk makan bersama, berbual bersama dan bermacam nak bincangkan..
    Tak kisahlah kan dalam negeri ke luar negeri ke, janji dapat bersama keluarga..

    ReplyDelete
  5. wow..lengkap tips sis awa...teringat kecik2 dulu bercuti dengan family, walaupun tempat dekat je sekadar berjalan2 tepi pantai..tetap tersimpan dalam memori sampi sekarang...moment indah, memang susah nak hilang kan...

    ReplyDelete

  6. I like to go and play at the beach. the beach is my favorite place!

    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.

    http://www.okcheori.com

    ReplyDelete
  7. selalu klu travel mmg sendiri2 je google tapi klu tgk tips2 ni mmg interesting jugak! thank you for sharing!

    P.S. follower GFC #583

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  8. Mmg seronok dpt pergi bercuti bersama yg tersayang...

    ReplyDelete
  9. wahhhh.. seronok dapat bercuti ramai2 :)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih sis kerana beri tips yang best ni.
    Memang best bila pergi bercuti, sebenarnya memori seperti ini lebih berharga dari harta benda kan..

    https://www.rapiterapi.com/blog

    ReplyDelete
  11. salam kenalan dari oohsenyum.com

    jom tukar suka sama suka link,blog saya tak lah hebat mana pun, pageview 1500 sehari je pun. kalau sudi sila comment di blog saya ye di

    https://www.oohsenyum.com/2015/03/tukar-suka-sama-suka-blogist.html

    Nanti saya add ke bloglist oohsenyum.com secepat mungkin!

    ReplyDelete
  12. bercuti bersama keluarga adalah moment yang paling best sekali..

    ReplyDelete
  13. nampaknya kena plan lebih banyak percutian la dengan family.tak dapat jauh, dekat pun ok kan

    ReplyDelete
  14. haish.. kalau bercuti dengan Traveloka memang tak terasa sungguh duit keluar.. banyak penjimatan.. hee~ ke kita kena pergi bercuti ke Terengganu ni ? em..

    ReplyDelete
  15. Banyak ya manfaatnya vacation dengn keluarga, teritama buat anak...dan Traceloka memudahkannya...

    ReplyDelete
  16. Salam kenal kakak,, saya vika dari blogger Indonesia.. salam sukses selalu.. memang ya kak, momen terbaik untuk sekedar menghabiskan waktu bersama keluarga adalah momen berharga dan terbaik yang kita punya..

    ReplyDelete
  17. bercuti bersama family lah paling best walaupun sekejap kan

    ReplyDelete
  18. Semoga nnti kita akan diberi peluang utk bercuti ramai2 lagi...kenangan yg tak akan pernah hilang dlm ingatan...semoga hubungan kekeluargaan kita akan terus dirahmati Allah SWT dan membawa kita ke syurgaNya...

    ReplyDelete