Assalamualaikum, hi korang! Eh nak tanya, korang pernah dengar tak nama LOVE EARTH. Ini bukan nama filem ataupun pusat kitar semula tau, tapi Love Earth yang daku maksudkan ini adalah jenama bahan makanan yang selamat dan bersifat semulajadi sepenuhnya. Dalam erti kata lain ia adalah suatu jenama bahan organik. Love Earth ini menawarkan pelbagai makanan ringan dan produk organik seperti kacang, bijian, kismis, makanan kering, rempah, bahan mentah dan sebagainya.

Apa yang lebih menariknya lagi, bahan makanan organik yang ditawarkan oleh pihak Love Earth ini sangat bagus, selamat dan berkualiti. Malah ianya juga dihasilkan dalam pelbagai bentuk supaya sesuai dengan pelbagai kategori umur. Paling best, makanan untuk bayi juga ada. Antaranya beras dan mee yang diperbuat khas untuk bayi.

 
Harga yang ditawarkan juga alhamdulillah sangat munasabah dan tidak terlalu membebankan. Kuantitinya juga agak banyak berpadanan dengan harga yang perlu di bayar. Sebagai contoh, harga untuk Organic Baby Noodles yang telah dicampur dengan carrot, ubi manis dan bayam hanyalah RM11.90 saja. 

Cuba lihat pula jumlah hidangan (serving) yang tertera iaitu sebanyak 6 kali. Ini bermakna, RM11.90 adalah untuk 6 serving. Bila dibahagikan jumlah hidangan dengan harga yang perlu dibayar, kos untuk satu hidangan hanyalah bernilai RM2 !! 


Murah kan harga untuk produk-produk organik keluaran Love Earth ni. Sebab itu daku berani cakap harga yang ditawarkan oleh pihak Love Earth untuk semua barangannya memang sangat bagus dan berbaloi. Tidaklah terlalu membebankan walaupun barangan organiknya ternyata sangat baik dan berkualiti. Mana nak dapat produk special khas untuk anak dengan harga begini?

Selain produk makanan organik untuk bayi, ada juga pelbagai produk lain yang turut sesuai untuk seisi keluarga seperti minuman berasaskan soya, tepung, bijirin, makanan ringan dan lain-lain. Banyak sangat jika nak disebutkan semuanya kat sini. Tawaran diskaun untuk pelbagai jenis produk terpilih juga ada.



So untuk mak ayah yang berminat untuk dapatkan produk organik untuk kesihatan tubuh buat seisi keluarga terutama untuk si manja tersayang, kalian bolehlah terus membuat pembelian untuk mana-mana produk pilihan masing-masing. Bagaimana nak buat pembelian? Tak susah, terus saja ke lamanweb utama LOVE EARTH dan bolehlah cuci mata serta shopping puas-puas di sana.

Website untuk pembelian : https://myloveearth.com/



" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"