Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Love Earth Menawarkan Pelbagai Produk Organik Sedap Termasuk Mee Dan Beras Untuk Bayi

Assalamualaikum, hi korang! Eh nak tanya, korang pernah dengar tak nama LOVE EARTH. Ini bukan nama filem ataupun pusat kitar semula tau, tapi Love Earth yang daku maksudkan ini adalah jenama bahan makanan yang selamat dan bersifat semulajadi sepenuhnya. Dalam erti kata lain ia adalah suatu jenama bahan organik. Love Earth ini menawarkan pelbagai makanan ringan dan produk organik seperti kacang, bijian, kismis, makanan kering, rempah, bahan mentah dan sebagainya.

Apa yang lebih menariknya lagi, bahan makanan organik yang ditawarkan oleh pihak Love Earth ini sangat bagus, selamat dan berkualiti. Malah ianya juga dihasilkan dalam pelbagai bentuk supaya sesuai dengan pelbagai kategori umur. Paling best, makanan untuk bayi juga ada. Antaranya beras dan mee yang diperbuat khas untuk bayi.

 
Harga yang ditawarkan juga alhamdulillah sangat munasabah dan tidak terlalu membebankan. Kuantitinya juga agak banyak berpadanan dengan harga yang perlu di bayar. Sebagai contoh, harga untuk Organic Baby Noodles yang telah dicampur dengan carrot, ubi manis dan bayam hanyalah RM11.90 saja. 

Cuba lihat pula jumlah hidangan (serving) yang tertera iaitu sebanyak 6 kali. Ini bermakna, RM11.90 adalah untuk 6 serving. Bila dibahagikan jumlah hidangan dengan harga yang perlu dibayar, kos untuk satu hidangan hanyalah bernilai RM2 !! 


Murah kan harga untuk produk-produk organik keluaran Love Earth ni. Sebab itu daku berani cakap harga yang ditawarkan oleh pihak Love Earth untuk semua barangannya memang sangat bagus dan berbaloi. Tidaklah terlalu membebankan walaupun barangan organiknya ternyata sangat baik dan berkualiti. Mana nak dapat produk special khas untuk anak dengan harga begini?

Selain produk makanan organik untuk bayi, ada juga pelbagai produk lain yang turut sesuai untuk seisi keluarga seperti minuman berasaskan soya, tepung, bijirin, makanan ringan dan lain-lain. Banyak sangat jika nak disebutkan semuanya kat sini. Tawaran diskaun untuk pelbagai jenis produk terpilih juga ada.



So untuk mak ayah yang berminat untuk dapatkan produk organik untuk kesihatan tubuh buat seisi keluarga terutama untuk si manja tersayang, kalian bolehlah terus membuat pembelian untuk mana-mana produk pilihan masing-masing. Bagaimana nak buat pembelian? Tak susah, terus saja ke lamanweb utama LOVE EARTH dan bolehlah cuci mata serta shopping puas-puas di sana.

Website untuk pembelian : https://myloveearth.com/



19 comments for "Love Earth Menawarkan Pelbagai Produk Organik Sedap Termasuk Mee Dan Beras Untuk Bayi "

  1. dah check website dia, banyak bijirin yang menarik dan menyihatkan

    ReplyDelete
  2. pertama kali dengar prodak ni. macam2 pilihan ada kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu... mcm2 ada.... rambang mata gak la kalau gi wbsite dia tu hehe

      Delete
  3. Menarik gak ni..tunggu baby sal besar ckit nanti sal ushar...

    ReplyDelete
  4. What's more exciting, the organic food offered by Love Earth is very good, safe and good quality.

    ReplyDelete
  5. Wahhh , menarik ni..mmg nak cari babyfood utk baby Nami. Tq share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 mrs.pip. peluk cium utk nami tu ye... makin comeyy dh dia awa tgk

      Delete
  6. Wah, first time tau ada produk mee organik untuk kids..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. sis pun mcm wowww sangat!! ini rare.... tapi bagus la.. special utk baby n kids

      Delete
  7. baru pertama kali dgr brand ini, bagus pemakanan sihat untuk anak2 bermula dari kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. awa pun baru kenal gak mummy alin... special kan

      Delete
  8. This is not too burdensome, although organic barriers have become very important for me and my family lately.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eating organic foods is very good and congrats to you cause make organic foods more closer to you and ur families... keep it up! =D

      Delete
  9. I think that Love Earth make really good products, but unfortunately, it is not so popular as Nesquik. I like having granolas in the morning for breakfast. I will definitely taste these products.

    ReplyDelete
  10. Hai...nak tanya..semua produk love earth ni memang halal ke? Sebab saya ada beli gula kelapa organik dari jenama ni..

    ReplyDelete