Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Fisherman's Friend Blackcurrant Kini Telah Ada Di Pasaran Malaysia

Jika sakit kerongkong, batuk dan timbul rasa gatal pada tekak, apa yang akan kalian buat? Mungkin ada yang akan menjawab, minum ubat batuk tetapi pilihan itu bukanlah satu-satunya jalan. Tambahan pula untuk ibu menyusu seperti aku ini. Mana bisa ku minum ubat sembarangan. Jadi jalan terbaik untukku tiap kali ada masalah seperti sakit tekak adalah dengan makan lozeng. Paling best sekarang ni dah ada lozeng FISHERMAN'S FRIEND dengan perasa BLACKCURRANT.


Kalau nak tahu, lozeng Fisherman's Friend Blackcurrant ni baru saja berada di pasaran Malaysia. Kiranya boleh rasa perisa baru untuk tahu sama ada sedap atau tidak. Tiba-tiba rasa terujalah pulak.



Inilah bentuknya, sama seperti lozeng keluaran Fisherman's Friend yang lain cuba yang membezakan sudah tentu pada bahan utama dan warna.



Lozeng Fisherman's Friend digemari oleh rakyat Malaysia dan terkenal kerana keupayaannya memberikan kesan kelegaan dan kesegaran nafas.  Setiap pek lozeng Fisherman's Friend membawa ciri inovatif "Zip & Lock" (penutup zip), untuk memastikan setiap lozeng segar hingga yang terakhir! Payahkan kalau dulu kita makan lozeng ni, pastu kena cari getah utk ikat plastik supaya lozeng yang tak di makan habis tu tak masuk angin.

Siapa tak kenal Fisherman's Friend yang telah memperkenalkan pelbagai produk untuk disesuaikan dengan keperluan pengguna, termasuk lozeng tanpa gula.  Tambahan terbaharu ini juga tidak mengandungi gula dan merupakan alternatif yang selsuai untuk mereka yagn mahukan pilihan produk tanpa gula.


Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif Fisherman's Friend di Malaysia, 

"Sebagai jenama yang terkenal dan mempunyai kedudukan global yang kukuh, kami komited untuk menawarkan produk yang segar dan menarik kepada pengguna. Dengan tambahan lozeng terbaru kami, pelanggan boleh menikmati manisan rasa buah-buahan yang segar dan juga mendapat kelegaan segera daripada kerengsaan tekak dan batuk. Sesungguhnya anggur hitam digemari oleh rakyat Malaysia, dan itulah sebabnya produk ini cepat menjadi kegemaran ramai!" 

Keluaran lozeng Fisherman's Friend yang melebihi lima billion setiap tahun di seluruh dunia dengan sentuhan kesegaran lozeng anggur hitam baharu masih didambakan, sama seperti lozeng Original Fisherman's Friend yang pertama dicipta di England pada 1865. 





Rasanya alhamdulillah sedap! Memang betul ada rasa blackcurrant dan baunya pun wangi dan amat menyegarkan mulut. Cuma agak pedas sedikit dan berangin. Kebetulan daku makan dalam kereta dan KASIH SUFI yang ada kat sebelah pun sibuk juga nak cuba. Agaknya tergoda dengan bau lozeng Fisherman's Friend bila lihat mamanya makan. Takpe kita kasi test sikit!

Nak ye? Takpe mama kasi Kasih cuba.... 

Dah dapat sebiji... 

Ngap! (time ni dah tak sabar nak lihat reaksi Kasih)

Tara... ehhh boleh senyum pula si Kasih ni. Pedas juga tu kalau untuk baby. 

Lozeng Fisherman's Friend Blackcurrant boleh didapati di semua pasar raya hiper, pasar raya, kedai serbaneka, kios stesen minyak dan kedai farmasi di seluruh Malaysia. Produk dijual pada harga jualan yang disyorkan RM4.20 untuk pek 25g. 


Jangan risau kerana semua produk Fisherman's Friend disahkan halal dan ianya sangat sesuai di bawa bersama ke mana saja terutama ketika sedang travel



11 comments for "Fisherman's Friend Blackcurrant Kini Telah Ada Di Pasaran Malaysia "

  1. I never really know what fisherma like haha. Pernah makan sikit je dulu itu pun sbb nak rasa. Tp dah lupe cane rasa dye. Sedap ke ? Untuk ape tu sbnrnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk sakit tekak n batuk2 ray... sedapp... pedas sikit berangin

      Delete
  2. dulu2 dana tkt nk try fisherman ni sbb ingatkan tak sedap, bila sekali beli eh sedap... yg ni kene try nih... rasa blackcurrant tu mesti sedap di tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. ramai fikir cmtu.. sis dulu mula2 masa try pun gitu.. tapi dh cuba, eh sedaplah

      Delete
  3. wah.. perisa baru.. menarik untuk dicuba..

    ReplyDelete
  4. This is the shape, just like the other Fisherman's Friend releases try to distinguish of course in the main material and color.

    ReplyDelete
  5. WAH COMELNYA KASIH NMPAK SUKA MKN FISHERMAN

    ReplyDelete
  6. Kalau Fiena rasa sakit tekak memang selalu pesan kat suami suruh beli Fisherman's Friend ni. Biasa beli flavor Citrus. Nak gak cuba blackcurrant ni nanti. Thank you info sis.

    ReplyDelete
  7. boleh tahan, teringat iklan lamanya

    ReplyDelete
  8. saya juga suka beli ini saat radang tenggorokan, yang rasa cherry juga lebih segar terasa

    ReplyDelete