Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pakaian Bayi Paling Wajib Beli Untuk Newborn & Baby - Boleh Shopping Dengan Harga Murah Dari MD Textile

Pakaian Bayi Paling Wajib Beli Untuk Newborn (Elak Dari Membazir) -Assalamualaikum, hiii korang. Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan lepas adik ipar telah selamat menerima seorang baby boy, Ashfaq namanya. Dan honestly walau Ashfaq dah berusia 4 bulan daku belum beri apa-apa hadiah lagi. So fikir punya fikir, ada baiknya beli baju saja. Tapi baju bagaimana yang wajib di beli untuk seorang baby? 

Okay, disebabkan dulu daku pernah kongsikan tentang barangan bayi yang wajib di beli secara keseluruhan, kini daku kongsikan pula panduan membeli pakaian bayi yang wajib untuk newborn supaya tidak membazir. 

Baby Ashfaq - 4 Month

Berbekalkan pengalaman sendiri yang pernah bersalin dan menjaga 6 orang anak, jenis pakaian baby yang wajib dibeli oleh bakal ibu bapa untuk dipakaikan pada newborn / baby adalah dari jenis rompers dan jumpsuit. Sekali lagi ku ulangi, pakaian bayi paling wajib beli untuk newborn & baby adalah rompers serta jumpsuit.

Bagus Pakaikan Bayi Dengan Rompers Dan Jumpsuit 

Jika nak tahu rompers dan jumpsuit paling sesuai kerana ia mudah untuk dipakai dan ditanggalkan. Ini disebabkan oleh adanya butang pada pakaian tersebut. Paling bagus, pakaian sebegini dapat membantu ibu ayah tika ingin menukar lampin pakai buang bayi.

Rompers dan jumpsuit ini ada pelbagai jenis dan yang paling best ianya boleh di pakai lama dari usia newborn sehingga baby berumur beberapa bulan. Selepas itu jika mahu dipakaikan lagi dengan rompers bolehlah di beli dalam size yang lebih besar. 



Paling penting, tika memilih rompers dan jumpsuit sila pastikan ia diperbuat daripada material 100% cotton yang tidak panas yang mudah menyerap peluh. Ini bagi memastikan bayi dapat berada dalam keadaan selesa sepanjang memakainya.

Selain daripada itu sila lihat juga pada mutu jahitannya sama ada kemas ataupun tidak. Antara pihak yang ada menawarkan romper dan jumpsuit yang dari material cotton yang terbaik dengan mutu jahitan yang kemas adalah MD Textile.


Antara Kelebihan Pakaian Bayi Dari MD Textile 

Antara sebab mengapa daku sarankan membeli pakaian bayi dari pihak MD Textile ini adalah :

1. Material Yang Berkualiti - Cotton Fullycombed 


Diperbuat daripada 100% kain kapas sepenuhnya. Hasilnya, kain yang lembut dan sesuai untuk kulit licin bayi. Selesa, sejuk dan tidak bermiang juga. Proses pewarna bebas daripada bahan-bahan karsinogen. Paling penting ia adalah hasil buatan anak Malaysia sepenuhnya. 

2. Mutu Jahitan Yang Kemas 


Soal mutu jahitan alhamdulillah tampak sangat kemas dan tepat. Tiada juga masalah jahitan tertanggal dan berbulu. Malah tidak ada juga masalah jahitan terkoyak dan sebagainya. Semua pakaian yang diterima alhamdulillah dalam keadaan perfect sepenuhnya.

3. Butang Yang Kuat Dan Tidak Mudah Tanggal 


Kadangkala ketika di pasaraya pernah terjumpa rompers dan jumpuit dengan butang yang agak besar dan tebal. Seara tidak langsung butang yang tebal dan keras boleh menyebabkan baby berasa tidak selesa. Beerbeza dengan pakaian baby dari MD Textile ini. Snap pada butang berasal dari Jepun dngan bentuk yang jauh lebih kuat dan lebih ringan. Ia juga tidak mudah tertanggal. 

4. Beraneka Design Dengan Lengan Panjang Dan Pendek



Di lamanweb MD Textile ada bermacam jenis design yang amat menarik untuk di beli. Sebagai contoh jumpsuit dengan nama Bruce Lee ini. Sangat menarik dan baby Ashfaq juga tampak sangat comel dan ceria dalam persalinan ni. 

5. Ada Pelbagai Warna dan Size 


Apa yang paling daku suka, pakaian baby dari MD Textile ini ada dalam pelbagai size! Dari NB (newborn) yang baru lahir sehingga ke usia 24 bulan. Untuk lebih mudah faham, size yang disediakan adalah :
  • saiz NB - (0-3 months)  
  • saiz S - ( 3-6 months)
  • saiz M - (6-12 months)
  • saiz L - (12-18 months) 
  • saiz XL - (18 - 24 months).

Manakala untuk warna pula ada bermacam colour dari pink, hijau, kuning, purple, biru, merah, putih, hitam, oren dan lain-lain lagi. Boleh rambang mata dibuatnya!

6. Boleh Padankan Dengan Beanies Hat Yang Comel


Ohya, ada juga beanies hat (topi baby) yang boleh di beli secara berasingan mengikut mana-mana warna yang disukai. Ia juga boleh dipakai secara sedondon dengan warna baju romper yang di beli dan boleh juga di pakai dengan cara mix and match dengan mana-mana pakaian yang ada. 

Semua Pakaian Dijual Dengan Harga Yang Terlajak Murah 

Setahap manakah harga yang ditawarkan? Benarkah betul-betul murah? Kalian boleh lihat sendiri antara senarai harga pakaian dari MD Textile yang ku kongsikan di bawah ini.









Puashati! Tak Sabar Nak Shopping Lagi

So, dah tahu kan kat mana boleh shopping rompers dan jumpsuits baby yang berkualiti dengan harga terlajak murah? Daku sendiri pun tak sabar nak shopping lagi kat website MD Textile ni. Bagi pendapatku sendiri, shopping online melalui wesbite MD  Textile ini memang best! Tengok sendirilah baju yang di pilih untuk baby Ashfaq ni, penuh berwarna warni. Hehe...


Baby Happy Sangat Selesa- Terima Kasih MD Textile 

Harga pulak murah giler... macam 
tak masuk akal pula rasanya. Almaklumlah, MD Textile ini adalah antara pemborong dan pembekal pakaian berasaskan shirt yang terbesar di Malaysia. Apa yang di tunggu lagi tu? Jom shopping..



16 comments for "Pakaian Bayi Paling Wajib Beli Untuk Newborn & Baby - Boleh Shopping Dengan Harga Murah Dari MD Textile"

  1. Wahh bagus ni.. boleh la try usha2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bagus awak... ada kualiti, harga pun murah sgt! x rugi beli kat anak

      Delete
  2. Replies
    1. serius berbaloi kalau beli mar! mar baru bersalin kan, sesuai sgt la..

      Delete
  3. Replies
    1. kan.. comeyyy je ray. Siapa cakap baju murah takde kualiti, x selesa.. okay je tu :D

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    rajin kongsi info yang bermanfaat begini, semalam baru beli dua pasang baju untuk hadiah anak buah baru, biasa-biasa jew heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam amie.. inshaAllah sis cuba share info2 begini lagi di masa akan datang ye.. tahniah gak utk kehadiran anak buah baru tu amie =D

      Delete
  5. Cantik2 design baju baby di MD Textile ni, nampak mmg berkualiti. Murah plak lg tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. tapi dah nama pun pembekal trbesar kan... so untung la sikit bagi pembeli mcm kita ni hehehe... eh shirt dewasa dan shirt muslimah paras lutut pun ada! boleh gi tengok murah2 juga tu

      Delete
  6. Dah lah murah, cantik & berkualiti pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia ana oi.... full package! rezeki

      Delete
  7. Banyak pilihan dan cantik2 belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bli online tu yg mudah. tak yah nk buang masa gi pasaraya dok belek lama2 hehe

      Delete
  8. tgk kain dia pun dah tahu berkualiti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik nor.. takde la nipis sangat ke apa.. ok je

      Delete