Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hajat Miliki Kediaman Impian Boleh Terlaksana Dengan Sentuhan NAS Nuri Construction

Assalamualaikum, hi korang. Hari ni masa tengah mengemas tetiba ternampak model rumah yang di buat suami. Apalagi terus jadi teringat impianku dan suami yang sedang bertungkus lumus untuk memiliki rumah impian kami sendiri. Buat pengetahuan semua sekarang ni daku dan suami masih lagi tinggal secara menyewa dan 'slow slow' kata omputih. Almaklumlah, anak ramai ni banyak nak pakai belanja jadi lambatlah sikit simpanan untuk bina rumah dapat dipenuhkan. Takpe yang penting impian tu ada kan?


Yang melambatkan rumah impian kami tercapai bukan hanya faktor kewangan tetapi juga faktor proses pembinaan rumah itu sendiri. Manakan tidak, daku dan suami kalau boleh mahukan rumah impian yang di bina atas tanah kami sendiri. Maka fahamlah bila melibatkan proses mahu bina rumah atas tanah sendiri ni, perlukan masa untuk cari tapak lokasi yang sesuai, perlu fikirkan konsep ruah yang mahu di bina dan sebagainya.

Perlu Ada Konsep Rumah Impian Untuk Dibina Atas Tanah Sendiri

Alhamdulillah, daku dan suami memang telah dapat kata sepakat tentang bentuk rumah yang ingin kami bina nanti. Nak tahu bagaimana kami lakukan perbincangan untuk mendapatkan konsep bagi rumah impian kami itu? Cara yang kami lakukan itu adalah :

  • 1. Google dan lihat hasil design rumah orang lain sebagai inspirasi
  • 2. Senaraikan apakah konsep rumah impian masing-masing
  • 3. Senaraikan juga kehendak utama yang dimahukan untuk ruang dalam 
  • 4. Tukar senarai untuk tahu rumah impian sesama sendiri
  • 5. Tekankan part yang paling diinginkan untuk rumah impian tersebut


Hasilnya daku mahukan sebuah rumah yang berbumbung rata ala-ala rumah Korea yang berada di atas rooftop manakala suamiku pula mahukan rumah dua tingkat konsep moden dengan gaya open.

Daripada idea kami berdua tersebut, suami telah membuat pengiraan secara kasar berkaitan dengan sudut luas ruangan dan akhirnya suami buatkan dalam bentuk sebuah model rumah untuk gambaran secara lebih nyata. Model inilah yang akan kami persembahkan kepada pihak kontraktor yang akan ditakdirkan akan bekerjasama dengan kami nanti.



Wajib Cari Kontraktor Yang Paling Layak Dan Berkemahiran Tinggi

Bercerita tentang kontraktor, dalam banyak-banyak kontraktor yang daku ikuti secara online, pihak NAS Nuri Construction Sdn Bdn amat menarik perhatian aku buat masa ini. Kenapa pihak NAS Nuri ini berjaya menarik perhatian aku? Ini kerana NAS Nuri Construction Sdn Bhd yang telah diasaskan oleh Hj Noor Azman Sakiman ini telah berjaya menyempurnakan pelbagai projek kerajaan persekutuan dan negeri serta swasta.


Antara projek yang telah berjaya disiapkan adalah seperti projek membaikpulih sekolah, membina bangunan tambahan sekolah, kerja pembersihan, kerja membina jeti, membina kediaman perumahan, baik pulih bangunan kerajaan dan lain-lain lagi. Pendekata, panjang pun ikut kata, pihak Nas Nuri Construction adalah pihak yang boleh dipercayai dengan pengalaman dan kemahiran yang tinggi dalam bidang pembinaan kediaman. 



N.A.S Nuri Construction Mempunyai Pelbagai Keistimewaan Utama Yang Patut Dipertimbangkan

Antara kelebihan utama yang ada pada pihak N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd adalah seperti:

1. Mempunyai Kepakaran Dan Pengalaman Yang Tinggi Dalam Kerja Berkaitan Pembinaan

NAS Nuri Construction Sdn Bhd diwujudkan pada tahun 2009 dengan tumpuan fokus untuk pembinaan rumah banglo milik persendirian. Sehingga kini N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd telah terlibat lebih daripada 100 projek dengan jayanya.


Pekerja binaan kami dipecah mengikut kemahiran masing-masing dari permulaan kerja hingga selesai (tiada pekerja yang sama akan kekal di tapak hingga akhir), setiap perjalanan kerja akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh pegawai bertanggungjawab, dan segala urusan pembelian barang ditapak diuruskan staff kewangan di pejabat.


2. Setiap Hasil Projek Diberikan Sekali Dengan Waranti

secara keseluruhannya yang mana hanya 15 buah saya untuk setiap tahun. Ini adalah bagi menjaga servis dan kualiti pembinaan sepertimana yang diharapkan oleh pelanggan. Apa yang lebih menarik pihak N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd turut menawarkan waranti untuk setiap rumah kediaman yang di bina. 



Waranti yang diberi oleh pihak N.A.S Nuri Construction Sdn Bh terbahagi kepada dua. Yang pertama adalah waranti untuk pembinaan rumah yang akan sah selama 36 bulan (3 tahun) dan yang ke duanya pula adalah waranti untuk kemasan rumah yang akan sah selama 12 bulan ( 1 tahun).



3. Servis Ubah Suai Kediaman Juga Ada 
Pihak N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd bukan hanya menyediakan servis pembinaan rumah tetapi juga turut boleh menawarkan servis ubah suai kediaman untuk mana-mana ruang yang diinginkan. Manalah tahu kebetulan nak besarkan ruang rumah atau nak cantikkan lagi dari rupa lama ke rupa yang lebih moden, so tak perlulah sibuk cari kontraktor lain lagi.



4. Kerja Pembinaan Dilakukan Secara Menyeluruh Luar dan Dalam 

Jika rumah saja cantik tapi sistem perparitan dan paip tersekat apa gunanya kan? Dengan N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd para pemilik kediaman tidak perlu risau kerana segalanya akan dipersiapkan secara menyeluruh. Pembinaan longkang, tangki air, kaki lima dan sebagainya akan dipastikan siap sepenuhnya. Tak hanya itu, rawatan anai-anai juga ada bagi memastikan pembinaan rumah kukuh dan tahan lama.



5. Tempoh Masa Binaan Dan Kualiti Hasil Projek Sentiasa Diberi Keutamaan 

Pekerja binaan akan dipecah mengikut kemahiran masing-masing dari permulaan kerja hingga selesai. Ini bermakna tidak akan ada di pekerja yang sama akan terus kekal di tapak binaan yang sama hingga akhir.


Setiap pembahagian tugas dan perjalanan kerja akan sentiasa diselia oleh seorang penyelia tapak dan akan turut di pantau juga oleh pegawai yang bertanggungjawab. Manakala segala urusan pembelian barang ditapak binaan pula akan diuruskan oleh staff kewangan di pejabat. Ini bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar supaya tempoh serta kualiti untuk setiap hasil projek dapat memuaskan hati para pemilik kediaman dari rupa luar rumah sehingga ke bahagian dalam.



Contoh Hasil Kerja N.A.S Nuri Construction Yang Lengkap

Ini adalah hasil kerja untuk 1 unit banglo yang telah siap sepenuhnya bertempat di Jenderam. Kos keseluruhan anggaran RM 450K dengan saiz binaan rumah beranggaran seluas 2800kps. Kos binaan manggunakan goverment loan dan kos adalah termasuk tembok di sekeliling kediaman termasuk retaining wall. 



Spesifikasi:
• Kemasan lantai bertile (pilihan mengikut klien). Tile dinding 6ka bagi bilik air dan dapur.
• Bata bagi dinding digunakan jenis bata merah dengan wire mesh.
• Struktur reinforced concrete (ikut structure drawing).Ketinggian dalam rumah (lantai-siling) 10.5Ka
• Kuda-kuda (truss) jenis zincalumn
• Bumbung jenis genting jenama monier dengan double sided aluminium foil
• Siling jenis plaster ceiling dengan cornish (pemasangan oleh specialist ceiling plaster)
• Tingkap jenis aluminium casement NB
• Pintu bilik dan bilik air jenis solid decorative (alatan kunci brand St Guchi/Greset) (pintu dipasang oleh specialist).
• Cat luar jenis tahan cuaca dan dalam rumah jenis Nippon Matex dengan sealer istimewa(jenama Nippon dan setara), sealer jenama Jotun. Pintu dicat Minyak
• Longkang dan kakilima keliling rumah
• tangki air jenis polythene dengan tangki septik comply IWK.
• Rawatan anai-anai biasa



Sebahagian Daripada Maklumbalas Pemilik Kediaman Yang Telah Menggunakan Khidmat  N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd





Mahu Bina Rumah Atas Tanah Sendiri? Tetapkan Bajet dan Pilihlah Kontraktor Terbaik Yang Paling Layak 

Sebelum daku terlupa, untuk bina rumah di atas tanah sendiri ini selain daripada kontraktor sudah semestinya perlu fikirkan soal bajet. Jika kalian berkerja dengan gaji di tahap layak, kalian bolehlah membuat pinjaman. Manakala untuk yang lebih suka bina rumah dengan tunai maka kalian bolehlah terus berbincang dengan pihak kontraktor seperti N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd ini bagi mendapatkan sebuah rumah kediaman yang sesuai dengan bajet yang diperuntukkan. 



Adakah daku juga akan gunakan khidmat N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd? Hajatnya InshaAllah mahu namun apakan daya kerana pihak N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd ini hanya menawarkan khidmat pembinaan rumah kediaman untuk 2 negeri saja iaitu di sekitar Negeri Sembilan dan juga Selangor. 

So, bagi korang yang berada di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor yang punya impian untuk miliki rumah banglo atas tanah sendiri, jangan malu jangan segan boleh terus hubungi pihak N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd hari ini juga.



NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD | PEMBINA RUMAH IDAMAN BOLEH DIPERCAYAI
Hotline : +6019-348 7372 | +03 33923478
Facebook : NAS Nuri Construction Sdn. Bhd
Blog : https://www.dawaibesi.com/

Alamat :
NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD
No. 26-2F (2nd floor), Jalan Setia Perdana AY U13/AY
40170 Shah Alam, Malaysia



22 comments for "Hajat Miliki Kediaman Impian Boleh Terlaksana Dengan Sentuhan NAS Nuri Construction"

  1. Mudah-mudahan tercapai impian untuk memiliki rumah idaman. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah mudahkan segala urusan, limpahkan rezeki dan beri peluang untuk membina rumah impian akk. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen... terima kasih CS. Moga gitulah hendaknya...

      Delete

  3. Memiliki rumah mengikut citarasa sendiri adalah impian semua orang.
    Mudah2an impian akan terlaksana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. ameen. moga impian makbul 1 aari nanti

      Delete
  4. Replies
    1. kan.. lawa2 hasil kerja NAS Nuri Construction ni

      Delete
  5. Smg dipermudahkan. Mmg ptg cari kontraktor yg utk buat rumah sdiri.

    ReplyDelete
  6. Insyaallah smoga impian tercapai 😁 rumah impian pun sgt cantik n praktikal. Salam singgah

    ReplyDelete
  7. semoga impian tercapai... in sya Allah.

    ReplyDelete
  8. In Sya Allah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
    Biarlah ada impian daripada tiada langsung.
    Patutlah macam familiar je construction company rasanya macam pernah tengok signboard Nas Nuri Construction Sdn Bhd kat Seremban ni.
    Hurmmm... tapi di mana ya?

    ReplyDelete
  9. Rumahnya cantik dan kokoh!
    Ini kunjungan balik, izinkan saya "follow" ya Sis Hawa

    ReplyDelete
  10. lawa - lawa pulak design rumah cantik.. amin insyaAllah semoga dpermudahkan urusan awa n family nak ada rumah sendiri ..

    ReplyDelete
  11. rumah satu keperluan bila telah berkeluarga ni, semoga setiap mereka yang impikan kediaman sendiri akan tercapai satu masa nanti :) In Shaa Allah

    ReplyDelete
  12. Wah cantik betul sentuhan dorang. Moga dipermudahkan buat awa sekeluarga.

    ReplyDelete
  13. Cantik cantik design rumah under NAS Construction ni. Siapa kata syarikat anak bumiputera tidak boleh bersaing dengan yang lain.

    ReplyDelete
  14. nice la rumah2 tu. cantik

    ReplyDelete