Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Masalah Rahim Jatuh Dan Senaman Untuk Naikkan Peranakan ( Boleh Lakukan Sendiri Di Rumah )

Ini bukan kisah Rahim anak Pak Samad kat kampung sebelah tu ye adik kakak, ini rahim yang ada kat setiap wanita normal. Yang acah acah dari lelaki nak jadi wanita, walau leh buang ehem ehem tu, tetap takde rahim. 

Ini kerana rahim adalah pemberian Allah SWT yang sangat special hanya untuk para wanita sahaja, tempat di mana zuriat akan dilindungi sehingga lahir sebagai baby. Sebab itu dinamakan Rahim yang bermaksud Penyayang. 

Masalah Rahim jatuh tak boleh dibuat main kerana ia boleh mengganggu keseluruhan tubuh wanita. Kat sini akan dikongsikan tentang cara untuk menaikkan peranakan yang dah jatuh. 

Terus terang, masalah rahim jatuh ini jika tidak diubati dengan segera akan menjadi semakin teruk. Tahap yang paling teruk ialah akan keluar tombong pada vagina.



Cara naikkan peranakan yang jatuh ada banyak dan ianya lebih berkesan jika dilakukan sejak peringkat awal. Yang pasti semua wanita patut jaga-jaga. Jika nak usaha naikkan sendiri peranakan juga boleh. 

Masalah rahim jatuh ini boleh cuba dibetulkan dengan cara amalkan senaman kagel dan dengan cara lakukan sendiri urutan di rumah.

Untuk senaman kagel, biasanya senaman ini akan diajar jururawat selepas bersalin terutama di hospital swasta. 

Peranakan atau rahim jatuh, mendengarkan namanya sahaja sudah gerun namun suka atau tidak memang perlu berusaha untuk  menaikkan semula tempat peranakan. Boleh juga amalkan senaman kemutan untuk menguatkan otot pelvik dalam membantu menaikkan rahim yang jatuh ini.


Gambar Rahim Jatuh Di Kalangan Wanita 



Sebab Mengapa Rahim Boleh Jatuh
  • Kehamilan yang kerap dan bersalin berulang kali pada jarak yang dekat.
  • Otot-otot rahim menjadi kian lemah selepas bersalin seiring dengan peningkatan usia.
  • Melahirkan bayi yang besar
  • Melahirkan bayi dengan bantuan forceps atau vacuum
  • Hilangnya hormon estrogen disebabkan oleh menopouse
  • Kerap mengangkat benda berat
  • Obesiti
  • Berdiri terlalu lama
  • Pernah melakukan pembedahan di sekitar kawasan rahim


Cara Mengesan & Mencegah Rahim Jatuh - Boleh Buat Sendiri

1. Secara Berbaring (digalakkan untuk anak dara)
Letakkan ibu jari dalam pusat. Jika terasa berdenyut-denyut , maknanya tempat peranakan berada di tempat yang betul. Jika tiada terasa apa-apa, lurut ke bawah pusat hingga terasa denyut-denyut.
Andai terasa denyut-denyut di bahagian bawah pusat, anda perlu menaikkan semula tempat peranakan. Biasanya kaedah mengurut boleh dilakukan oleh bidan yang pakar.
2. Secara Mencangkung
Masukkan jari ke dalam rahim dan cuba sentuh objek berbentuk bulat seperti guli tetapi lembut. Jika dapat merasanya, maknanya peranakan sudah menggelongsor turun dari kedudukannya. Untuk kepastian, ambil cermin dan tengok jika ada daging yang sudah terkeluar.
  • Elak kehamilan yang rapat
  • Kurangkan berat badan
  • Jangan angkat benda berat
  • Amalkan senaman kemutan untuk menguatkan otot pelvik

Naikkan Rahim - Cara Senaman



Cara senaman Kegel:
1. Kemut otot faraj dan otot pelvik dalam keadaan paha dan kaki dirapatkan perlahan-lahan sebanyak 20 kali (boleh dilakukan ketika berdiri, duduk ataupun baring).
2. Pernafasan dikawal dengan menahan nafas selama lima saat semasa melakukan kemutan. Nafas dilepaskan perlahan-lahan secara serentak ketika melepaskan kemutan dalam pengulangan empat hingga lima kali.

Kelebihan senaman Kegel

Bagi yang menghadapi masalah rahim jatuh boleh mengamalkan senaman kemut atau Kegel kerana ia bagus untuk:
1. Menyempitkan pembukaan ruang faraj yang renggang dan longgar.
2. Membantu wanita mengatasi masalah mengawal kencing.
3. Menghalang angin daripada masuk ke dalam vagina dan menyebabkan kentut vagina.
4. Meningkatkan kualiti dan mengintimkan hubungan seks suami isteri.
5. Menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko koyakan perinium semasa bersalin.

Senaman ini boleh dilakukan sesiapa saja yang mempunyai masalah seperti:


1. Masalah orgasma: Kegagalan mencapai klimaks dalam perhubungan seks.
2. Kehamilan: Untuk bersiap sedia menghadapi proses kelahiran.
3. Selepas bersalin: Atas sebab otot kontrak secara berlebihan semasa proses kelahiran akan menyebabkan otot vagina dan pelvik lemah dari biasa.
4. Kebocoran kencing: Kekerapan mengalami kebocoran kencing apabila anda melakukan perkara seperti senaman, ketawa, dan batuk yang kuat.
5. Sembelit: Anda mengalami masalah yang sama dengan pergerakan usus dan cenderung berasa seolah-olah tidak dapat mengawal sesuatu ketika anda perlu pergi ke bilik mandi (inkontinens tinja).
6. Pembedahan di pelvik: Anda menjalani pembedahan pada mana-mana organ yang terbabit di lantai pinggul, termasuk pundi kencing, rahim, usus atau rektum yang membuat anda sukar mengawal organ ini dengan betul.
7. Penuaan: Kelemahan mengawal lantai pelvik atas faktor peningkatan usia.
8. Berat badan: Berat badan berlebihan boleh mengehadkan kekuatan di lantai pinggul anda, menyebabkan gejala yang tidak diingini.

Itulah serba sedikit info mengenai masalah rahim jatuh di kalangan para wanita. Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak dan sama-sama kita berusaha untuk masalah ini.

#PetuaNaikkanPeranakan


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

13 comments for "Masalah Rahim Jatuh Dan Senaman Untuk Naikkan Peranakan ( Boleh Lakukan Sendiri Di Rumah )"

  1. ok this is new. thnk you akak

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing sis.

    ReplyDelete
  3. Penting untuk semua wanita ambil tahu.Bahaya untuk jangka masa panjang andai tidak dirawat segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. org dulu diaorg cukup jaga masa pantang sebab takut benda gini jadi

      Delete
  4. info yang sangat berguna.. tq share..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Sis.
    Saya berkunjing balas dan follow.
    Nice blog and entry.

    ReplyDelete
  6. Maksudnya kalau buat senaman kemut atau kemut selalu tu kiranya baik lah untuk peranakan dan rahim ya? heheh ini soalan, nk lebih kefahaman.

    ReplyDelete
  7. saya ada masalah rahim jatuh.. hmmm.. dah sengkak rahim still x ok jgak.. klau buat senaman ni agak2 berapa lama proses sembuh

    ReplyDelete