Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sukarelawan Nestlé Ceriakan Kanak-Kanak Autistik Dengan Penuh Rasa Kasih


Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini para Sukarelawan Nestlé telah menceriakan kanak-kanak Autistik dengan penuh rasa kasih. Namun tahukah kalian apa itu Autistik? Bagi yang belum tahu, Autistik merupakan gangguan perkembangan yang mempengaruhi beberapa aspek bagaimana anak melihat dunia dan bagaimana belajar untuk semua perkara. Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik.

Autistik atau autisma adalah masalah gangguan perkembangan otak yang berterusan dan kekal. Menurut The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 5th Edition (DSM-5) , Autisma dikategorikan sebagai satu penyakit psikiatri dan dikenali sebagai ‘Autism Spectrum Disorder’ (ASD)

Nestlé ROCKers, representatives from NASOM and the kids pose for a group shot after an eventful morning.

Kemahiran Bersosial Dalam Kalangan Kanak-kanak Autistik Berbeza


Kanak-kanak yang mengalami masalah ASD ini akan menghadapi kesukaran dari segi sosial, komunikasi lisan atau gerak tubuh dan juga masalah tingkahlaku. Masalah ASD ini boleh dikesan seawal umur 2 tahun. Penyakit ASD ini boleh dikesan melalui pemerhatian ibubapa dan juga penilaian daripada doktor ataupun individu yang berkaitan.


Kerana itu, ibu bapa perlu menghantar anak yang menghidap autisme ke sekolah khas supaya kanak-kanak istimewa berkenaan mendapat pendidikan dengan lebih berkesan. Pelan pendidikan untuk kanak-kanak autisme biasanya menekankan pelbagai kemahiran pembangunan, akademik, komunikasi dan bahasa, kemahiran sosial, kemahiran berdikari, isu tingkah laku dan kemahiran lain yang berkaitan.


Antara Tanda & Ciri Anak Autism. Ketahui Simptom Ini Lebih Awal 

Tanda-tanda awal autisme pada setiap penghidapnya juga berbeza. Ibu-bapa mana yang tidak risau apabila anak kesayangan disahkan menghidap autisme. Ada yang membayangkan anak itu bakal gelap masa depannya. 

Namun autisme boleh dirawat jika ia dikesan dengan lebih awal. Ada yang menunjukkan kelainan pada usia beberapa bulan selepas lahir, manakala yang lain menunjukkan ciri-ciri yang jelas pada usia antara 18 hingga 24 bulan. 


Untuk para ibu bapa yang ragu, boleh semak 8 ciri ciri autisme ini pada anak. 

  • Tidak menunjukkan eye contact 
  • Tidak bertindak balas terhadap senyuman 
  • Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepala ke dinding 
  • Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, malah selesa bermain sendiri 
  • Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang dan kerap melentikkan badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk. 
  • Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan 
  • Sering menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja. 
  • Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat. 
  • Untuk kanak-kanak berusia 18 bulan ke atas , mereka lebih suka menggunakan isyarat berbanding perkataan.

Sukarelawan Nestlé Ceriakan Kanak-Kanak Autistik 
Bulan Kesedaran Autisme jatuh pada bulan April dan untuk tahun 2019, Nestlé Malaysia baru-baru ini telah bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) untuk menceriakan seramai 50 kanak-kanak dalam sesi sukaneka, sebagai sebahagian daripada Program Sukarelawan Kakitangan Nestlé Malaysia yang dikenali sebagai Nestlé ROCKS (Reaching Out to Community and Kids).

Nestlé volunteer Hannah De Lumen and a student of NASOM enjoying themselves at the experiential learning session.



Aktiviti tersebut bersama sukarelawan Nestlé, yang lebih mesra dikenali sebagai ROCKers, bertujuan untuk menggalakkan mereka menyertai aktiviti yang menyeronokkan serta membantu meningkatkan integrasi sensori, komunikasi dan kemahiran interaksi sosial mereka. Sesi sukaneka itu meliputi pelbagai aktiviti interaktif seperti permainan kerusi berirama dan permainan bola yang dipertingkatkan untuk menggalakkan kanak-kanak belajar menerusi pengalaman.


Menurut Puan Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé Malaysia, “Usaha menyokong masyarakat adalah sesuatu yang dekat di hati kami dan kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan NASOM untuk menganjurkan hari yang menyeronokkan bersama kanak-kanak ini dan keluarga mereka. Kami gembira kerana berpeluang untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai, dengan matlamat untuk memberi lebih kefahaman dan sokongan kepada masyarakat autistik.”

 Volunteers from the National Autistic Society of Malaysia (NASOM) and Nestlé interacting with the kids during the experiential portion of the telematch session. 



Puan Felina Feisol, Pengerusi NASOM, tambah lagi, “Kami terharu melihat sebuah syarikat terkenal seperti Nestlé Malaysia mencurahkan masa dan tenaga untuk menyokong perjuangan kami. Kanak-kanak ini seronok dapat berinteraksi dengan ROCKers Nestlé dan aktiviti ini juga menyokong pembangunan peribadi dan kemahiran komunikasi serta meningkatkan keyakinan mereka. Kami berharap untuk meneruskan kerjasama dengan Nestlé Malaysia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.”


Selain sesi sukaneka, Nestlé Malaysia menyumbangkan barangan bernilai RM13,000 kepada pusat NASOM untuk keperluan pentadbiran mereka, termasuk mesin perlaminaan, papan putih dan projektor LCD. Mereka juga menyumbangkan produk-produk seperti MILO, NESTUM dan bijirin sarapan Nestlé.

Volunteers from Nestlé, fondly known as ROCKers, guide the kids through the experiential session. 


Jangan Sesekali Sisihkan Kanak-Kanak Autistik (Autisme)
Tindakan yang dilakukan oleh pihak Nestlé memang patut dicontohi oleh lebih ramai pihak lain di luar sana. Ini kerana golongan kanak-kanak autistik ini tidak boleh disisihkan dan perlu terus diberi kasih dan sayang dalam apa jua bentuk supaya diri kanak-kanak ini terus ceria dan bersemangat untuk terus belajar berkomunikasi dengan baik.

Semoga kanak-kanak ini akan terus berjaya sehingga dapat membawa diri dengan baik bersama masyarakat seperti kanak-kanak yang lain.




7 comments for "Sukarelawan Nestlé Ceriakan Kanak-Kanak Autistik Dengan Penuh Rasa Kasih "

  1. Dulu xtahu sgt pasal sakit autism ni. . Skrg byk media yang share pasal sakit autism ni. .Mereka tidak perlu disisihkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama.. sis dulu tak tahu juga... skrg makin lama makin tahu apa anak autism ni. dan mmg btul tak leh disisihkan tapi kna trima dgn baik.

      Delete
  2. usaha yang baik dari pihak nestle

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kan... sbagai pengguna produk kita pun ikut rasa bangga cmni

      Delete
  4. Banyak kerja amal yang pihak Nestle buat. Terbaik.

    ReplyDelete