Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cerpen : Aku Benci, Aku Benci! Tapi Hati Mula Rindu (Part 1)

Encik Borhan dan  Tuan Lee bersahabat baik. Mereka tinggal berjiran dan saling mengambil berat di antara satu sama lain. Keakraban mereka menjadi semakin erat apabila mereka berkerjasama menubuhkan sebuah syarikat komunikasi.

Anak Tuan Lee , Habib dan anak Tuan Borhan, Aileen membesar bersama. Walau Encik Borhan dan Tuan Lee bersahabat baik namun Habib dan Aileen sentiasa tidak seteru. Habib dan Aileen tidak pernah sependapat dalam apa jua perkara. 

Habib dan Aileen sering bergaduh dan sengaja menyakiti hati di antara satu sama lain. Habib pernah membuang kasut sekolah Aileen ke dalam tong sampah, manakala Aileen pula pernah sengaja memancitkan tayar motorsikal Habib.

Semasa Aileen berusia 18 tahun, keluarga Encik Borhan terpaksa berpindah ke Jepun untuk mengembangkan lagi syarikat usahasama mereka. Perpisahan ini merupakan satu rahmat buat Habib dan Aileen. 
Suatu hari, Aileen di minta oleh ayahnya supaya kembali ke Malaysia.... dan rupa-rupanya kepulangan itu adalah untuk menyatukan Habib dan Aileen secara paksa oleh keluarga masing-masing. 



***********************************

AILEEN ( watak diri awak dalam cerita ini)

Aku betul-betul tak sangka.. kepulanganku ke sini rupanya sudah di rancang terlebih dahulu oleh keluargaku dan keluarga Uncle Lee. Kalau tak kerana kasihku sebagai anak pada ke dua orang tua, pasti sekarang ini aku sudah terbang pulang ke Jepun dan tolak mentah-mentah rancangan mereka untuk segera kahwinkan aku dengan Habib. 
Eeeee... sebut nama mamat tu pun aku dah nak muntah, inikan pula nak jadikan dia sebagai suami?!
Kalau tak setuju bermakna aku dan Habib akan terus cuba untuk di satukan sampai bila-bila.. Dan kalau aku setuju, bermakna aku tak akan di ganggu lagi dengan isu kahwin dan aku juga bebas untuk hidup jauh dari keluarga. Aku boleh lakukan apa saja yang aku suka... dan yang pastinya, aku juga bebas untuk bercinta dengan sesiapa yang aku suka.
Tapi, mana boleh seorang perempuan yang bergelar isteri menjalin hubungan dengan lelaki lain? Eh siapa cakap aku isteri dia? Aku bukannya mahukan dia.. aku sama sekali tidak cintakan dia dan aku sama sekali benci dia dari atas sampai bawah. Jangan kata nak tidur sebilik, nak pandang muka dia pun aku tak hingin! Aku bukannya curang sebab aku sendiri tidak pernah rela untuk menjadi isteri dia. 
Tapi, bagaimana kalau Habib tiba-tiba jatuh cinta pada aku? Aku ni kan comel, putih, baik, manja,.... pendek kata panjang pun kata, siapa saja boleh jatuh cinta pada aku termasuk Habib.. Tak leh jadi ni.. aku kena make sure dia betul-betul tak de hati pada aku dulu sebelum aku terima permintaan mak dan ayah.

*****************************
HABIB
Entah apa la yang bagus sangat pada perempuan tu sampai mak ayah aku mahu sangat aku beristerikan dia. Aku rasa dia biasa-biasa saja... Nak kata cantik macam bidadari tak juga... nak kata sopan santun macam perempuan Korea terakhir, eh tak juga lah. Pandai masak?? Emm... dia kata dia pandai masak tapi jangan-jangan nak siang ikan pun tak reti.
Apa yang patut aku buat sekarang ni ya.. Mati-mati aku ingat dia datang sini untuk lawat mak ayah jer, tapi rupa-rupanya dia dah sekongkol dengan mak ayah aku untuk control seluruh hidup aku. Jangan-jangan dia memang dah lama suka kat aku kot. 
Tengoklah aku ni... anak orang kaya, hensem, bijak, up to date... ha apa lagi yang kurang? Aku ada ciri-ciri lelaki idaman.. sapa yang tak nak? Cuma hati aku ni hanya sukakan sorang perempuan saja.. dia adalah Mina, satu-satunya wanita yang berjaya mencuri hati aku. Dia bukan saja cantik, lemah lembut dan sporting.. malah dia cukup pandai mengambil hati aku. Bukan macam pompuan tu! Jangan kata nak ambil hati... bercakap pun macam singa tengah lapar. 
Aku tak peduli... apa pun yang jadi aku tak akan sesekali bersama dengan pompuan tu. Tapi... kalau aku tak terima dia, semua wang belanja aku akan di bekukan. Aduh, dari mana pula aku nak dapatkan wang nanti? 


********************************************

AILEEN dan HABIB  keluar dari bilik yang di huni dalam rumah besar milik orang tua Habib dan bertembung di hadapan tangga untuk menuju ke tingkat bawah. Bagaikan magnet yang saling menarik, mereka sama-sama menghampiri di antara satu sama lain. Mata saling merenung... 
Aileen : Aku tak nak kahwin dengan kau..!
Habib  : Aku pun sama.. aku tak ingin jadikan kau isteri aku..
Aileen : Betul kau tak nak jadikan aku isteri kau?
Habib  : Yer lah! apa.. kau ingat aku ni teringin ke nak kahwin dengan kau?

Mereka terus memandang... nampaknya matlamat mereka sama. Mereka berdua sama-sama saling membenci dan mereka berdua juga saling tidak menyintai. Akhirnya mereka sama-sama tersenyum. 
Habib : Kau fikir apa yang aku tengah fikir?
Aileen  : Aku rasa aku sedang fikir apa yang kau tengah fikir..
Habib : Bagus... jom kita jumpa mak dan ayah aku kat bawah.
Aileen : Jom!

Mereka sama-sama menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Tuan Lee dan isterinya sedang asyik berbual di ruang tamu. Kehadiran Habib dan Aileen  melebarkan lagi senyuman sepasang suami isteri yang sentiasa mesra itu. Belum sempat Tuan Lee menjemput anak dan bakal menantunya duduk, terlebih dulu dua orang anak muda itu bersuara...

Habib dan Aileen  : Kami setuju untuk berkahwin! Kahwinkan kami dengan segera!

Tuan Lee dan isterinya benar-benar terkejut! Baru kelmarin mereka berdua berperang besar dengan Habib , tup-tup hari ni terus dah berubah fikiran. Walau tak tahu apa yang merubah fikiran anak tunggal mereka itu namun yang pasti perkara ini harus di segerakan. Jangan kata bulan depan, minggu ni juga akan dikahwinkan Habib dengan Aileen.

********************************
7 HARI SEBELUM PERKAHWINAN

Kami sudah nekad. Kami akan berkahwin mengikut kehendak keluarga kami. Tapi, kalian jangan ingat kami akan kahwin sampai ke akhir nyawa.  tak... Perkahwinan kami ni hanya di atas kertas saja. Rahsia ni akan kami simpan sampai mati.

Dan bila tiba masanya untuk berkahwin betul-betul dengan jodoh-jodoh kami, maka kami akan tandatangan surat perceraian bersama-sama. So, kami bukan saja dapat tunaikan impian ibu dan ayah untuk berbesan malah kami juga dapat tunaikan impian kami untuk bersama orang yang kami sayang.

"Habib ...!" Aku melaung namanya melalui telefon bimbit di tangan sambil melambaikan tangan ke arahnya yang berada di seberang jalan dari dalam kafe tempatku berada. Dia segera melintas jalan dan berlari ke arah aku. Nafasnya turun naik tanda kepenatan.



"Habib ... aku dah cakap dengan mak yang aku nak majlis kecik-kecik jer.. dia orang setuju." Wajah Habib  tampak bercahaya. Suka lah tuh. "Hari ni kita tak yah cuba gaun kahwin la ya... malas lah."

Aku terus bangun untuk meninggalkannya yang masih termegah-megah. Dia cepat-cepat bangun untuk menghalang langkah aku

"Kau nak ke mana pulak ni? Kau jangan nak pergi sana sini suka hati ya.. kau belum biasa lagi dengan suasana kat sini"

Aku nak ke mana di tanya nya? Hey... suka hati aku lah nak ke mana pun. Aku sama sekali tak jawab pertanyaan dia.. malas lah aku nak layan. Dari aku layan mamat ni baik aku pergi shopping... yeppiii....

"Kau nak ke mana?!" Sekali lagi dia bertanya, bukan setakat itu malah tanganku pula ingin direntapnya. Wah banyak cantik! Nikah pun belum dah pandai nak sentuh-sentuh ek!

Ini lah yang membuatkan aku makin benci dengan dia. Kasar!

"Baik kau jawab cepat... ! Kau nak ke mana?!" Sekali lagi dia menyoal aku namun aku tetap hanya menggeleng-gelengkan kepala seperti tadi. Tak kuasa aku nak bawa dia bersama-sama aku. Buat menyemak jer....

Tiba-tiba aku rasakan bagai kaki sudah tidak mampu untuk jejak ke tanah. Manakan tidak, wajah sengal Habib semakin hampir dengan wajah aku. Matanya merenung tepat ke dalam mata aku. Dub dab dub dab jantungku dibuatnya. Ya Tuhan, fokus Aileen, fokus.

"Jangan nak cakap banyak. Hari ni kau akan jadi orang tawanan aku... ." Dia terus menarik hujung tudung aku menuju ke keretanya yang di parkir di seberang jalan. Aku benar-benar tidak berdaya untuk melawan. Mak, ayah, kenapa dia ini yang kalian pilih sebagai menantu?!

*****************************

Dah hampir sejam aku di dalam kereta bersama dia tapi masih juga belum sampai-sampai. Entah ke mana la dia nak bawa aku ni. Aku terus memejamkan mata untuk mengelak perbualan. Sesekali aku membuka sedikit mataku dan menjeling ke arahnya yang tekun memandu.

 Sudah berulangkali aku mencari di mana keistimewaan dia tapi sampai sekarang aku belum dapat menemuinya lagi. Emak dan ayahku sering memujinya tapi aku rasakan pujian yang di berikan cukup berbeza dengan diri Habib yang sebenar.

Hai... bila lah nak sampai ni? Aku dah hampir pitam duduk begini sejak tadi. Berpura-pura tidur membuatkan seluruh tubuh aku berasa lenguh. Arghhhh aku dah tak tahan lagi. Pemanduan yang semakin laju membuatkan aku semakin tidak senang duduk.

 "Habib ! Please stop the car..!"  Akhirnya aku bersuara juga. Aku memberikan arahan dengan keras dan jelas namun dia hanya buat endah tak endah. Bukan nya dihentikan kereta sebaliknya semakin menekan pedal minyak. "Habib ! I said stop! Stop... Stop!" Sama macam tadi, langsung tak berbekas. Geramnya aku!

Orang macam ni aku nak jadikan suami? Memang sah lah aku dah semakin hilang akal. Semakin lama kereta yang ku naiki ini di rasakan semakin laju. Mujurlah laluan ini agak lengang jika tidak rasanya sudah lama kami berdua menjadi arwah kerana bertembung dengan kereta lain. 

"Ok fine. Tak nak berhenti tak apa tapi tolonglah perlahankan kereta ni. Kau nak kita accident ker?" Aku cuba bertoleransi dengannya menggunakan nada suara yang agak perlahan. Syukurlah, kereta semakin perlahan dan akhirnya selamat berhenti di tepi jalan. 

"Aku minta maaf membuat kau merasa takut.." katanya perlahan. Aku bagaikan tidak percaya, selama aku kenal Habib belum pernah sekalipun dia bercakap baik dengan aku. 

Aku : Eh tak lah! Aku bukannya takut. Aku cuma nak tengok permandangan kat sini kejap.. tu je..
Dia : Ooo... Maknanya kau tak takut lah kalau aku bawa kereta laju-laju?
Aku : Mana ada takut..! Aku cuma risau sebab kau tu bukannya cekap bawa kereta macam aku.
Dia : Jadi kau tu lebih terror bawa keta dari aku lah?
Aku : Of course! Tengok kaki la...
Dia : Ok...!

Dia tanggalkan tali pinggang keledarnya dan keluar dari kereta.  Kemudian dia datang ke arah aku dan buka pintu seperti seorang gentleman. Aduh hensem!

Dia : Haaa... tunggu apa lagi? Lekas lah!
Aku : Lekas? Lekas nak ke mana? Mana ada apa kat sini... aku tengok banyak pokok-pokok jer..
Dia : Pulak.. dah tu tadi kau juga yang kata nak tengok permandangan.. so, kau tengok la semua pokok-pokok kat sini..


Ops... terlepas cakap la pulak! Macamana nak cover line ni..


Aku:  Aku rasa macam ada sesuatu kat sini tadi tapi bila berhenti tengok tak ada apa la pulak! Jom lah kita blah.. (Aku segera mereka alasan buat menutup malu.)

Dia : Ok fine.. dan oleh kerana kau lebih cekap bawa kereta dari aku jadi.... sudilah kiranya tuan puteri pandu kereta ini bagi pihak patik. Patik sangat-sangat berbesar hati... silakan tuanku. (Dia senyum mengejek dan terus desak aku supaya keluar dari kereta.)

Aku : Eh takpe takpe.... aku pakai high heel ni, macamana nak bawa... esok-esok la ya.

Aku cuba menutup kembali pintu kereta tapi dia lebih pantas dari aku. Dia bongkokkan badannya dan sekali lagi menarik hujung tudung aku seperti tadi. Walaupun tarikan tu tak sekuat mana tapi kalau aku tak menurut alamatnya terburailah rambut aku kat sini. Kenapalah dia ni suka sangat paksa aku? Apa, dia ingat aku ni budak kecik ker?


Habib terus menolak aku ke pintu tempat duduk pemandu. Aku masuk. Manakala dia pula masuk duduk di seat penumpang di sebelah... Terpinga-pinga aku di buatnya. 

"Apa lagi tuan puteri tunggu? Jalanlah.." katanya dengan suara yang sangat romantik. Tapi aku sikit pun tak terpikat dengan suara itu sebab dalam hati aku sekarang ni macam ada seekor kuda sedang berlari dengan kelajuan 100 kilometer sejam.

Aku tanggalkan high heels tapi masalahnya macamana la aku nak bawa kereta ni, aku bukannya pernah belajar memandu. Mana brek? Mana gear? Mana tempat nak hidupkan enjin? Mana? Mana? Mana?

Aku cuba berlagak cool tapi nampaknya dalam saat darurat macam ni, muka cool yang aku tunjuk tak dapat selindungkan rasa gabra aku yang sudah sampai ke tahap maksimum. " Sebab itulah kau berbeza dari Mina" Akhirnya dia bersuara kembali memecah kesunyian.

Dia :  Mina tidak suka cakap besar. Mina sentiasa bersikap rendah diri walaupun dia lebih pandai serba serbi dari aku.

Aku : Mina...? Sia.. Siapa Mina?! (Aku gagahkan diri untuk bersuara)

Dia : Siapa lagi, kekasih aku lah. Dia lah satu-satunya gadis yang berjaya mencuri hati aku ni tau. Dia sempurna dalam pelbagai segi. Dan yang pasti dia berkali ganda lebih cantik dari kau. Dahlah! Pakai balik kasut tumit tinggi kau tu then tukar balik tempat duduk dengan aku.

Aku : Hek eleh... nak menunjuklah tu. Hey, aku pun ada pakwe yang jauh lebih hebat dari kau lah!

Dia : Jangan nak banyak cakap.... lekas pakai kasut tu, kan aku tinggal kau kat sini kan!

Aku pakai kasut aku semula dan aku capai juga tas tangan. Aku keluar dari kereta dan terus melangkah. Bukan ke arah tempat duduk penumpang tapi ke arah jalanraya yang lengang. Aku tak tahu apa nama tempat ini dan aku juga tak tahu di mana sebenarnya lokasi tempat ini. Yang aku tahu, aku sangat-sangat marah!



- bersambung di part 2.........

[sebarang komen sangat di alu-alukan]



18 comments for "Cerpen : Aku Benci, Aku Benci! Tapi Hati Mula Rindu (Part 1)"

  1. menarik.. selamat berkarya :)

    ReplyDelete
  2. Pandai sis berkarya. Mohon samb part seterusnya dengan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la sikit2... cuba2.. done sambung part 2 ana.

      Delete
  3. Replies
    1. sikit2 boleh la rabia.. takde pandai sgt pun :D

      Delete
  4. waaaa... bestnya... cpt kak sambung lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. TQ u sudi baca.. done sambung part 2

      Delete
  5. Replies
    1. InshaAllah kalau ada rezeki syaza.. doakan hehe

      Delete
  6. lps ni awa terbitkan novel. mana tahu akan diadaptasi ke drama TV ptg2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah jika ditakdirkan ada rezeki dr Allah :D

      Delete
  7. Terima kasih, done follow.

    Ditunggu sambungan ceritanya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Done follow ur blog juga.. leh baca sambungan kat part 2.. tq evi

      Delete
  8. Yeah sure.. done follow ur blog. anyway thanks for drop by

    ReplyDelete
  9. FarklΔ± bir ΓΌlkeden merhaba. Selam. Sizi takip ettim. Sizi de takibe beklerim. Bi Γ§ay buyrun.
    bicaygetir.blogspot.com

    ReplyDelete