Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cerpen : Aku Benci, Aku Benci! Tapi Hati Mula Rindu (Part 2)

Sambungan dari part 1



AILEEN
Ke mana lah aku nak pergi ni? Itu lah buat keputusan mengikutkan hati. Nak naik angin tak tengok tempat. Kenapalah kau ni bodoh sangat?  Habib ni pun satu, bukannya nak datang pujuk aku ke apa. Aku ni tengah merajuk tau, bukannya tengah nak lari dari rumah. Kalau dia datang minta maaf pun aku dah berpuashati. Bukannya susah pun kan?

Aku menoleh ke belakang dan aku semakin cuak. Nak tahu kenapa? Sebabnya kereta Habib dah tak ada. Eh! Ke mana pula si Habib ni? Tak kan dia berpatah balik kot? Sampai hati dia tinggalkan aku sorang-sorang kat jalan yang lengang ni.

Habislah aku kali ni. Apa aku nak buat ni? Macamana aku nak balik? Telefon? Ya telefon... aku terus mencapai telefon dari dalam tas tangan. Alamak, takde line!

Tiba-tiba aku teringat beberapa babak dalam filem Hollywood, kalau sesat atau dalam kesusahan di tepi jalan, boleh beri isyarat tangan dengan ibu jari di halakan ke atas. Nanti akan adalah kereta yang akan berhenti memberi bantuan atau sekurang-kurangnya akan tumpangkan. Haaaaa.... nice idea. Sekarang apa yang perlu aku buat hanyalah tunggu.

Mujurlah tak berapa lama aku kat sini terus nampak sebuah kereta sedan berwarna putih semakin menghampiri tempat aku berdiri. Aku pun apa lagi, melancarkan misi yang sudah aku setting dalam kepala sejak tadi. Memang kacang! Aku baru saja beri isyarat, kereta tersebut terus berhenti.


Aku dekati kereta yang bercermin gelap itu, seorang lelaki sebaya aku menurunkan tingkap dari dalam. Wahhh... hensem!

Aku : Maaf encik... Encik boleh tumpangkan saya tak?
Dia : Nak ke mana ni?
Aku : Sebenarnya saya sendiri tak pasti tempat ni, saya datang dengan kawan tadi tapi dia dah tinggalkan saya kat sini. Encik sendiri nak ke mana?
Dia : Saya nak ke rumah kakak saya kat atas bukit sana tu. Lepas tu saya akan berpatah balik ke bandar. Kalau awak tak kisah, saya boleh tumpangkan awak.

Apa lagi... aku angguk-angguk tanda setuju sajalah. Pucuk di cita ulam mendatang kata orang melayu. Ingat senang nak dapat tumpang macam ni. Kereta lelaki hensem pulak tuh. Huh, setakat  Habib tu apa la sangat. Tengoklah, baru aku angkat tangan sikit dah ada yang berhenti. Aku perhatikan keadaan dalam kereta, agak bersepah.

Bau asap rokok memenuhi ruang kereta. Pening pula rasanya tapi memang beginilah keadaan kereta orang muda kan? Si  Habib tu ajer yang melayan kereta sendiri macam seorang puteri. Kotor sikit pun tak boleh. Asyik nak berkilat jer 24 jam. Tak macho langsung!!!

"Siapa nama awak?" Tanya pemuda itu.

Ha ah lah, aku belum kenalkan diri aku lagi. Macamana boleh terlupa ni. "Nama saya Aileen.. nama encik?"  tanyaku padanya semula. "Nama saya Remy" jawabnya pendek.

Ooooo... Remy.. macam nama Remy Ishak pulak... kikiki... Aku tergelak sorang di dalam hati. "Jauh lagi ke rumah kakak encik tu?"  Aku teruskan perbualan dan dia kembali tersenyum.  "Tak jauh dah.. lepas beberapa selekoh lagi sampai lah kita". 

Aku hanya mengangguk. Kenapalah nak buat rumah tengah-tengah bukit macam ni, dekat dengan hutan pulak tu. Tapi soalan ini aku hanya simpan di dalam hati, nanti kan si Remy ni terasa pula. "Kakak saya seorang pelukis, jadi sengaja dia pilih untuk tinggal di sini, dekat dengan alam katanya." Eh eh macam tahu-tahu pulak apa yang aku nak tanya. Ada jodoh ni.. Opss.. gatalnya kau Aileen.


******************************

HABIB

Sebaik saja Aileen menapak tanpa sebab tadi, Habib terus mengubah kedudukan keretanya ke seberang jalan yang lebih luas untuk di parking. Setidaknya tak adalah mengganggu haluan. Kalau diikutkan hati memang tak nak diparking kereta Honda CHR warna biru kesayangannya tu di pinggir jalan begini. 



Hmmm... tak pasal-pasal hari ni keretanya kotor. Tapi salah dia juga memilih untuk bawa Aileen ke sini. Sebenarnya dia berniat untuk bawa Aileen menikmati pemandangan dari puncak bukit tapi entah di mana silapnya, Aileen tiba-tiba naik angin.

Setelah berpuashati dengan kedudukan keretanya, Habib kembali menapak ke atas jalan untuk mengejar Aileen dari belakang. Tapi, puas sudah dia memandang ke arah jalanraya berkali-kali namun kelibat Aileen sama sekali tak kelihatan. Dia terus berjalan dan berjalan menyelusuri jalanraya yang lengang itu namun Aileen tetap juga tak kelihatan. Saat ni, hati Habib dah mula berasa bimbang. Habib cuba menelefon Aileen namun panggilan tidak dapat disambungkan.


"Aileen...........!!! Di mana kau.......???" Habib terus memekik memanggil nama Aileen dengan sekuat-kuat hatinya. Suara Habib bergema-gema memecah kesunyian. Namun, malangnya tetap tiada sebarang sahutan. Hanya bunyi angin yang berdesir di celahan daun-daun pokok.

"AILEEN....... Kau dengar tak ni?" Habib terus memekik memanggil nama Aileen. Namun sama seperti tadi, hanya suara deruan angin yang membalas laungannya, bukan Aileen. Habib terus berlari dan berlari menjejak Aileen namun tetap tidak ketemu. Jangan kata suara, bayang pun tak ada. Habib semakin resah dan gelisah. Dia nekad, selagi dia tidak temui Aileen kembali, selagi itu dia tidak akan balik!

******************************

AILEEN
Aku memandang ke luar cermin tingkap kereta. Benarlah seperti apa yang Remy katakan. Selepas melalui beberapa selekoh, kami tiba di sebuah rumah banglo yang agak besar. Tapi mengapa suasananya agak berlainan? Entah kenapa aku rasa macam di perhatikan. Halaman yang tidak terurus membuatkan aku semakin resah. 



"Ini rumah kakak awak?" Aku ajukan soalan pada Remy tapi dia sama sekali tidak menjawab. Hati aku mula rasa tidak tenteram. Remy menghentikan keretanya betul-betul berhampiran pintu masuk dan apa yang lagi mengejutkan, rumah banglo ini ternyata sudah usang dan seperti sudah lama telah ditinggalkan oleh si penghuninya. 






Tubuh aku mula menggeletar. Aku pejamkan mata erat-erat namun hatiku semakin kencang berdegup. Aku sangat-sangat takut. 



Saat mata ku terpejam, aku dapat merasakan ada suatu objek keras sedang berlegar-legar di sekitar pipiku. Sejuk, licin dan tajam. Mungkinkah? Aku segera membuka mata, benarlah apa yang aku jangkakan. Sebilah pisau rambo sedang di ajukan oleh Remy pada pipi kananku.  



“Apa awak nak buat ni Remy?” tanyaku cemas.



"Remy? Siapa itu Remy? Nama aku bukan Remy! Hahaha..." "Habib.... tolong aku.. Wajah Habib yang angkuh itu kembali memenuhi ruang fikiran. 



"Tolonglah... apa yang awak nak buat dengan saya ni?" tanyaku sekali lagi dengan nada suara yang bergetar. Sumpah! Aku memang sangat takut. 



“Ala.. buat-buat tanya pula. Macam tak biasa.” Lelaki yang mengaku bernama Remy ini terus mengacah-acahkan pisau tajam di tangannya ke arahku. Ya Tuhan, apakah maksud semua ini. Kenapa kejadian ini harus terjadi?



Aku mula menangis. Namun, hakikatnya tiada siapa di sini selain kami berdua. Menyesalnya aku kerana buat perangai dengan Habib tadi, tapi kenapa pula aku perlu menyalahkan diriku sendiri? Bukankah ini semua terjadi disebabkan Habib. Kalaulah dia tidak bawa aku ke sini tadi pasti semua ini tidak akan berlaku.
“Tak perlu nak menangis. Tiada siapa akan dengar tangisan kau. Hahaha!” Dia merebahkan kusyen kereta tempat ku bersandar. Kepalaku terhentak kuat ke penyandar kusyen yang agak keras. Sakit.

 Pisau tajam itu masih erat berada di dalam genggamannya. Mahu saja aku buka pintu dan melarikan diri namun aku tak berani. Lelaki ni pasti tidak akan teragak-agak untuk menusuk pisau tajam itu ke perutku. Tidak! Aku tak mahu mati.


“Buka baju!” arahnya keras! Buka baju? Tak nak! Aku tak mampu menjawab dengan suara sebaliknya hanya dengan gelengan kepala bertalu-talu.

“Buka!” Arahnya lagi dengan suara yang lebih kuat dan keras. Aku terus menggeleng-gelengkan kepalaku lagi sekali. Butang baju hadapan yang ku pakai terus ku genggam dengan erat.

“Aku cakap buka, buka!” suara keras Remy membuatkan aku semakin takut tapi aku tetap tidak membuka baju seperti arahannya. Kalau beginilah keadaannya aku lebih rela mati di bunuh.

“Kau nak aku bukakan untuk kau ya? Baik..” dia cuba untuk menarik blaus merah jambuku. Aku semakin mengemaskan genggaman. Aku terus meronta-ronta untuk melepaskan diri namun tidak berdaya. Airmata terus mencurah-curah tanpa henti namun hati lelaki milik si lelaki durjana ini tidak sedikitpun terusik dengan airmata wanita yang keluar dari mataku. Alangkah kejamnya lelaki ini!

“Nanti.. tunggu kejap.” Aku cuba memberanikan diri untuk bersuara.

“Aku tak mahu tunggu lagi. Aku tak sabar nak ratah kau yang cantik dan gebu ni. Hahaha..!!” suara kuatnya membuatkan aku semakin takut. Aku menelan liur beberapa kali.

“Kalau ya pun, janganlah kat sini. Tak selesalah..” Aku cuba sedaya upaya mengukir sebuah senyuman manis untuknya. “Sayangg.. kita cari tempat lain ya..” aku kenyitkan mata. Dia mula tergelak besar.

“Kalau dari tadi kau macam ni, kan senang.” Pisau rambo miliknya terus di oles lembut ke pipi kananku semula.

“Sabarlah.. Kita cari hotel nak?” kataku dengan nada yang penuh menggoda. Dia mengeleng.

“Kalau kat dalam rumah tu macamana?” Aku memberikan isyarat mata tentang rumah usang yang berada di hadapan kami.

“Kenapa nak ubah tempat? Kat sini pun boleh kan?” ternyata umpanku tidak mengena. Sangkaku dia akan terpedaya tapi ternyata sangkaanku tersasar.

“Kat sini tak bestlah.. Kita carilah tempat yang selesa sikit… jom lah..” aku terus memberikan senyuman yang paling manis untuknya dengan hati yang tidak rela. Moga-moga aku dapat peluang larikan diri bila pintu kereta ni dah di buka nanti.

Pang! Sedas penampar hinggap tepat di pipiku. Mataku mula berpinar-pinar. Kepalaku terasa berpusing-pusing dan akhirnya aku sudah tidak ingat apa-apa lagi.


  ******************************************


“Aileen… Aileen bangun!” Habib? Apakah itu suara Habib ?

“AILEEN…!!” terasa ada sepasang tangan  menampar-nampar lembut ke dua-dua belah pipiku. Aku cuba sedaya upaya membuka ke dua belah mata namun tetap tidak berjaya. Berat!


“Aileen… kau janganlah buat aku risau. Bangunlah. Pleaseeeee….” Kedengaran sayu sekali suara itu di telinga. Namun aku juga yakin yang itu suara milik Habib.

“Aileen.. aku minta maaf. Aku bersalah! Bangunlah Aileen. Aku tak nak kehilangan kau. Bangunlah sayang..” Sayang? Habib panggil aku sayang? Betul ker dia sayangkan aku?

“Aileen.. aku akan bertanggungjawab ke atas kau. Aku akan jaga kau buat selamanya. Aku janji!” Tanggungjawab? Iya, aku bersama si Remy lelaki durjana tadi. Rogol? Adakah aku benar-benar telah di rogol? Aku terus membuka mataku kuat-kuat. Remy? Mana dia? Mana lelaki jahanam tu? Mana?

Aku berpaling ke kiri dan kanan namun tiada siapa-siapa di situ melainkan aku dan Habib. Aku cuba mengingati semula apa yang terjadi namun kepalaku terasa berat dan sakit.

“Aileen.. syukurlah kau dah sedar.”  Saat itu aku dapat melihat dengan jelas airmata lelaki milik Habib yang menitis deras ke pipinya. Baru aku perasan, aku sekarang sedang berada di dalam kereta mewah milik Habib, bukannya di dalam kereta busuk dengan bau asap rokok kepunyaan Remy itu lagi.

“Aileen.. kau jangan risau. Aku akan jaga kau. Lagipun tiada apa-apa yang berlaku tadi, aku sempat selamatkan kau. Tapi…” sebaik saja mendengar perkataan tapi, aku terus memandang tepat ke wajah Habib!


“Tapi.... lelaki tu dapat larikan diri. Kenapa boleh jadi sampai macam ni Aileen? Aku dah puas cari kau tadi tapi tak ada. Itu yang aku nekad cari kau dengan kereta pula. Mujur aku perasan rumah ni dari tepi jalan. Bila sampai jer aku dengar jeritan kau dan sedang aku parking kereta, aku ternampak kelibat seorang lelaki lari masuk ke dalam hutan. Kau pula dah tak sedarkan diri di dalam kereta tu tadi. Tapi tak apa, aku dah ambil nombor pendaftaran kereta tu, kita pergi buat report polis ya.”

Polis? Tak nak! Aku tak nak semua orang tahu aku hampir menjadi mangsa rogol. Aku tak mahu! Aku tak sanggup tanggung malu.  Arghhhhh… Tidakkkk.....

“Aileen… kau dengar tak ni? Kita pergi balai polis ya?” pinta Habib lagi.
“Aku nak balik..” kataku perlahan.
“Aku akan bawa kau balik tapi sebelum tu kita singgah balai polis dulu.” Arah Habib.
“Tak nak!” kataku.
“Habis kau nak biarkan lelaki tu terlepas bebas?!” Habib menguatkan suara. Aku terdiam.
“Fine.. kita balik dulu. Kalau kau dah sedia nanti, baru kita report polis, okay?” Aku angguk.

Saat ini airmataku sudah mengalir seperti empangan yang baru pecah. Aku mula menangis teresak-esak seperti budak kecil. Habib terus memandu semula keretanya untuk keluar dari kawasan durjana itu.


“Kau jangan risau. Aku akan tetap terima kau. Aku akan sentiasa bersama kau. Kita kahwin betul-betul ya?” kata-kata Habib itu benar-benar membuatkan aku terkedu. “Kau adalah bakal isteri aku dan selama-lamanya akan menjadi isteri aku. “ kata Habib lagi dengan pandangan masih tertumpu ke arah pemanduan.

Oh tuhan mengapakah tiba-tiba hati aku mula berasa sangat bahagia?

“Tapiii... kau kan dah ada Mina.” Ya Mina! Kerana nama itulah aku terpaksa lalui semua ini. Aku benci dengan nama itu. Adakah ini bermakna aku cemburu?

“Aileen, aku serius. Aku janji, aku akan lupakan kekasih aku dan aku akan curahkan semua kasih sayang aku pada kau.. hanya pada kau seorang. Believe me..”  kata Habib dengan nada yang sangat bersungguh-sungguh.


“Really?” tanyaku padanya semula dengan pandangan penuh makna.
“Really! Ini janji aku pada kau! Hanya kau!” balas Habib semula.

“Habib…. Terima kasih.. Terima kasih banyak-banyak.” buat pertama kalinya aku menangis tersedu sedan dengan penuh pengharapan. Dan saat ini aku rasakan Habib sememangnya calon suami yang terbaik untukku. Sayangilah aku Habib kerana saat ini aku sudah mula jatuh cinta padamu wahai bakal suamiku.



p/s : Jangan mudah percayakah sesiapa terutama lelaki yang tak dikenali. Bahaya tau tak!! Hmmmm... 


16 comments for " Cerpen : Aku Benci, Aku Benci! Tapi Hati Mula Rindu (Part 2)"

  1. Wow..cerpennya panjaaang =D

    First time coming, would you like follow each other?

    Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ for coming.. sure y not... done follow ur blog :D

      Delete
  2. Cerita macamni bukan semata mata cerita. Ada juga yg real berlaku kan. Manusia sekarang tak kira penampilan kalau nafsunya tak dapat dibendung naudzubillah min zalik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... stiap cerita ada pengajarannya.. inilah suka duka kita dlm kehidupan..

      Delete
  3. Wow cerpen nya..
    bisa jadi ini namanya benci tapi cinta

    salam
    Fakhrezy

    ReplyDelete
  4. Bagus kak cerpennya. saya suka

    ReplyDelete
  5. cemasnyaaa.. kalau kena tinggal betul2 dh meraung tgh jln.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... sama la.. kena tinggal mmg kita nangis wak

      Delete
  6. Great post!
    And thanks for visiting my blog, I follow you now :) Hope you can follow me too ^^
    xx

    http://freakmuffin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. First time here, I followed you, do you wanna follow me back?
    xoxo

    marisasclosetblog.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure.. done follow ur blog.. thanks for coming here

      Delete
  8. Replies
    1. alhamdulillah ada pmbaca yg sudi tunggu rupanya.. baik saya sambung secepat mungkin ye

      Delete