Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Lafaz Niat Puasa & Berbuka Dalam Jawi Dan Rumi

Cara Lafaz Niat Puasa & Berbuka Dalam Jawi Dan Rumi |  Assalamualaikum. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Ramadhan.... Ramadhan... Ramadhan di hatiku. 

Nak puasa kena ada niat dan Niat puasa Dan Berbuka Puasa Ramadhan semestinya sama saja seperti sebelum-sebelum ini. Bagi yang belum boleh hafal dengan baik , tak salah jika nak Google sokmo tiap kali mahu lafazkan. Sebagai panduan gitu. Apa ada hal. Yang penting tahu untuk berpuasa perlu lafazkan niatnya. 




Bilakah waktu niat? Kalau niat jam 9 pagi okay ke?

Hendaklah berniat untuk berpuasa sebelum terbit fajar atau sebelum masuk waktu solat Subuh. Niat ini sebenarnya mudah saja. Jika ada lintasan hati hendak berpuasa, maka itulah niat. Kalau bangun sahur sudah tentu ada niat. 


Kenapa makan sahur waktu pagi-pagi buta jika bukan dengan niat untuk berpuasa? Bagi yang terlupa untuk berniat pada malam hari tersebut maka bolehlah dilafazkan niatnya saat sedang ingin bersahur. 




Cuma para ulama mempermudahkan sikit waktu niat bagi puasa sunat. Kalau puasa wajib seperti Ramadan dan puasa nazar, maka niat puasa mestilah pada waktu malam sebelum terbit fajar. Adapun puasa sunat, maka diharuskan berniat sebelum gelincir matahari iaitu sebelum masuk waktu solat Zuhur.



Orang tua-tua kata kena niat puasa setiap malam. Hai, susah juga tu. Kalau niat borong untuk sebulan terus, boleh tak?


Jawabnya ya boleh!  Nak lagi mudah lafaz je terus untuk sebulan. Haaa gerenti tak payah nak pening kepala lagi. Mudah betul Islam ni sampai boleh ucap lafaz niat puasa selama sebulan sepanjang Ramadhan ni kan?

Asalnya hendak berniat puasa setiap malam. Boleh juga diniatkan berpuasa sebulan sekali. Misalnya pada malam pertama Ramadan, kita berniat untuk berpuasa satu bulan Ramadan. Di samping itu, kita juga berniat setiap malam. Kalau terlupa niat pada malam-malam tertentu, maka memadai niat sebulan tersebut.



Bacaan niat berpuasa untuk sehari dan sebulan boleh dibaca serentak. Niat puasa adalah di hati. Lafaz untuk berpuasa di mulut bukanlah niat. Ia hanya sekadar lafaz sahaja. Masyarakat Islam di Malaysia biasa berlafaz dalam bahasa Arab.

Di bawah ini daku sertakan bacaan niat puasa, doa berbuka puasa dalam jawi dan rumi serta

lafaz Niat Puasa Ramadhan harian dan sebulan. Niat puasa bulan Ramadan dalam bahasa Arab dan Rumi yang tepat dan sahih beserta bacaan boleh diikuti mengikut apa yang tertera di dalam posting ini.


1 - NIAT PUASA HARIAN DI BULAN RAMADHAN






Cara Bacaan Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Harian
Arab: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Adaa-i Fardhi Syahri Ramadhaana Hazihis Sanati Lillahi Ta’aala
Maksud: Sahaja aku berpuasa besok hari bagi menunaikan fardhu bulan ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Ta’ala

Cara Bacaan Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Sebulan
Arab: Nawaitu Souma Syahri Ramadhaana Kullihi Fardha Hazihis Sanati Lillahi Ta’aala
Maksud: Sahaja aku berpuasa sebulan ramadhan yang diwajibkan ke atasku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala





2 - NIAT PUASA SUNAT DI BULAN REJAB


Niat puasa sunat di bulan Rejab adalah seperti berikut

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى 
Nawaitu Sauma Ghodin Fii Syahri Rajab Sunnatan Lillahi Taala

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Rejab kerana Allah Taala”   


3 - NIAT PUASA GANTI / PUASA QADA' 

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى


Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala


*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
*ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)

Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala


4 - DOA UNTUK BERBUKA PUASA 




Allahumma laka sumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin


*Sumtu / sumna tu sum tu bukan huruf sin tapi sod. Tebal sikil masa sebut sum tu.

Ertinya:
Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan Engkau beriman kami dengan rezeki Engkau kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Semoga apa yang dikongsikan di sini dapat memberi sedikit sebanyak info mengenai Cara Lafaz Niat Puasa & Berbuka Dalam Jawi Dan Rumi bagi yang memerlukan. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat memperbanyakkan amal di bulan yang penuh mulia dan istimewa ini. Ameen..

2 comments for "Cara Lafaz Niat Puasa & Berbuka Dalam Jawi Dan Rumi"