Assalamualaikum... hi hi hi... hari ni nak kongsi sikit tips bagaimana untuk pilih dan beli Safety Harga. Kasut keselamatan (safety shoes) ini memang rata-rata menganggap agak mahal tetapi bagi aku sendiri ia ada keistimewaan dan sebab yang cukup mengapa patut beli dan pakai.

Di sini ku kongsikan sekali Tips Memilih Safety Shoes supaya tidak tersalah memilih dan tidak tersilap membeli sehingga membazirkan wang sendiri. Apapun ini hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri dalam memilih kasut Safety Shoes untuk suami dan jenama kasut yang tertera di dalam entry ini hanyalah sekadar salah satu cadangan sahaja. 

Sebenarnya, kasut safety ni ada banyak jenis di pasaran. Antara kasut jenama safety yang tops adalah seperti Caterpillar, Mr Mark, Oscar, Red Wing, Black Hammer dan lain-lain lagi. Dan untuk asbenku, beliau telah memilih kasut safety dari jenama HAMMER KING'S untuk kegunaannya.



Nak beli kasut safety terlebih dahulu perlu diKetahui ciri-ciri dan jenama kasut keselamatan terbaik di pasaran, Bila dah tahu antara jenama terbaik yang boleh dijadikan pilihan dapatlah dibuat perbandingan dalam skala yang lebih mudah. Antara perkara yang perlu di beri perhatian sebelum boleh di beli sesuatu kasut itu sebagai pilihan adalah: 

Tips #1 : JENIS 
Apabila memilih kasut keselamatan, adalah disarankan untuk memilih jenis kasut yang betul dan bersesuaian mengikut kerja yang akan dilakukan. Dalam erti kata lain jangan letak soal design tempat pertama sebaliknya lihat dulu jenis kasut tersebut sama ada sesuai dengan suasana kerja yang akan dipakai nanti. 




Tips #1 : SAIZ 
Seterusnya lihat pada saiz. Pastikan membeli dalam size yang betul supaya nanti dapat di pakai dengan rasa selesa. Elakkan juga membeli dalam ukuran saiz yang betul-betul sendat sebaliknya elok di beli mengikut size keselesaan dengan pemakaian stokin. Yelah, kasut begini cepat berpeluh tau.. 




Tips #3 : KUALITI VS JENAMA
Kualiti VS Jenama! Of courselah kena lebihkan soal kualiti dulu. Dan selalunya jika sesuatu jenama tersebut popular maka besar kenungkinan safety shoes daripada jenama tersebut sangat awesome! Tapi jangan lupa pula pada harga yang patut di bayar. Semakin tinggi kualiti, semakin popular jenama maka semakin melambung jugalah harganya.

Apapun tidak bermakna kasut safety shoes yang lebih murah ini tidak patut di beli dek kerana tidak boleh menandingi jenama kasut popular yang berada dicarta teratas. Atas diri sendiri untuk membeli mengikut kemampuan. Untuk jenama Hammer King's ini alhamdulillah agak berkualiti termasuk pada bahagian tapak.




Tips #4 : CIRI KASUT KESELAMATAN TERBAIK 
Lazimnya safety shoes didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan yang banyak. Antara ciri keselamatan tersebut adalah seperti berikut :
  • · Antistatic Footwear
  • · Water Resistant Footwear
  • · Abrasion Resistant Sole
  • · Heat Resistant Outsole (300°C)
  • · Soles Resistant to Oil and Acids/Alkalis
  • · Steel Toe-Cap
  • · Penetration Resistant Steel Midsole
Untuk kasut dari jenama Hammer King's ini turut dilengkap dengan tahap ciri keselamatan sebagaimana seperti yang telah diterangkan pada kotak pembungkusan. Pendek kata, kalau pakai ni memang payah sikitlah kaki nak cedera kalau terkena paku ke apa.




Tips #5 : DESIGN 

Setelah isu keselamatan semuanya tip top, bolehlah diberi perhatian pada designnya pula. Selalunya kasut safety ni di datangkan dalam warna yang gelap danapa yang paling best sekali, design kasut safety design terbaru kini tidak macam dulu lagi. Jika dulu kasut safety hanya pentingkan isu ciri keselamatan pada kasut dengan tujuan utama untuk pakai di tapak binaan dan sebagainya. Tapi kini kasut safety turut di beri perhatian pada soal design untuk pemakaian yang lebih meluas.



Safety Shoes Hammer King's - Cantik Bergaya Selesa Selamat!

Hakikatnya, Safety shoes adalah salah satu benda wajib apabila kita memasuki kawasan binaan atau kawasan operasi. Malah apabila anda mahu memasuki mana – mana kilang untuk anda melakukan kerja – kerja baik pulih anda perlu memakai safety shoes. Malah memakai safety shoes adalah peraturan daripada Occupational Safety & Health Administration standard (OSHAS) supaya majikan perlu menjaga keselamatan pekerjanya daripada apa jua bahaya ditempat kerja, Termasuklah perlindungan kaki.



Untuk kasut safety begini, ada banyak seller jual dalam Lazada. Cuma pastikan pilih seller yang ada rating dan feedback yang positif sebelum pembelian mula di buat. Link seller SAFETY SHOES MURAH DAN CANTIK boleh klik di sini. Dengan design yang begini lawa memang sesuai untuk di pakai raya juga. 

Okaylah tu, dapat jimatkan wang... sudahlah boleh pakai untuk pergi kerja sebaliknya boleh di pakai untuk urusan santai di luar waktu berkerja juga. Harga bergantung pada seller dan untuk sepasang Hammer King's yang di beli oleh suami ini adalah dalam anggaran RM200 saja sepasang.

HAMMER KING'S | KASUT SAFETY BOLEH PAKAI RAYA














Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.