Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Pilih Dan Beli Safety Shoes Dengan Betul

Assalamualaikum. hari ni nak kongsi sikit tips bagaimana untuk pilih dan beli Safety Shoes termasuk berapa harga. Kasut keselamatan (safety shoes) ini memang rata-rata menganggap agak mahal tetapi bagi aku sendiri ia ada keistimewaan dan sebab yang cukup mengapa patut beli dan pakai.

Safety shoes malaysia price berapa? Mahal tak?

Where to buy safety shoes in malaysia? 

Di mana kedai safety boot near me?

Di sini aku kongsikan beberapa info yang berkaitan termasuk sekali Tips Memilih Safety Shoes supaya tidak tersalah memilih dan tidak tersilap membeli sehingga membazirkan wang sendiri. 

Apapun ini hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri dalam memilih kasut Safety Shoes untuk suami dan jenama kasut yang tertera di dalam entry ini hanyalah sekadar salah satu cadangan sahaja. 

Kasut safety ni ada banyak jenis di pasaran. Antara kasut jenama safety yang tops adalah seperti Caterpillar, Mr Mark, Oscar, Red Wing, Black Hammer dan lain-lain lagi. Dan untuk asbenku, beliau telah memilih kasut safety dari jenama HAMMER KING'S untuk kegunaannya.



Nak beli kasut safety terlebih dahulu perlu ketahui ciri-ciri dan jenama kasut keselamatan terbaik di pasaran. Bila dah tahu antara jenama terbaik yang boleh dijadikan pilihan dapatlah dibuat perbandingan dalam skala yang lebih mudah. 

Antara perkara yang perlu di beri perhatian sebelum boleh di beli sesuatu kasut itu sebagai pilihan adalah: 

Tips #1 : JENIS

Apabila memilih kasut keselamatan, adalah disarankan untuk memilih jenis kasut yang betul dan bersesuaian mengikut kerja yang akan dilakukan.

Dalam erti kata lain jangan letak soal design tempat pertama sebaliknya lihat dulu jenis kasut tersebut sama ada sesuai dengan suasana kerja yang akan dipakai nanti. 




Tips #2 : SAIZ

Seterusnya lihat pada saiz. Pastikan membeli dalam size yang betul supaya nanti dapat di pakai dengan rasa selesa. 

Elakkan juga membeli dalam ukuran saiz yang betul-betul sendat sebaliknya elok di beli mengikut size keselesaan dengan pemakaian stokin. Yelah, kasut begini cepat berpeluh tau.. 





Tips #3 : KUALITI VS JENAMA

Kualiti VS Jenama! Of courselah kena lebihkan soal kualiti dulu. Dan selalunya jika sesuatu jenama tersebut popular maka besar kenungkinan safety shoes daripada jenama tersebut sangat awesome! 

Tapi jangan lupa pula pada harga yang patut di bayar. Semakin tinggi kualiti, semakin popular jenama maka semakin melambung jugalah harganya.

Apapun tidak bermakna kasut safety shoes yang lebih murah ini tidak patut di beli dek kerana tidak boleh menandingi jenama kasut popular yang berada dicarta teratas. 

Atas diri sendiri untuk membeli mengikut kemampuan. Untuk jenama Hammer King's ini alhamdulillah agak berkualiti termasuk pada bahagian tapak.



Tips #4 : CIRI KASUT KESELAMATAN TERBAIK

Lazimnya safety shoes didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan yang banyak. Antara ciri keselamatan tersebut adalah seperti berikut :
  • · Antistatic Footwear
  • · Water Resistant Footwear
  • · Abrasion Resistant Sole
  • · Heat Resistant Outsole (300°C)
  • · Soles Resistant to Oil and Acids/Alkalis
  • · Steel Toe-Cap
  • · Penetration Resistant Steel Midsole

Untuk kasut dari jenama Hammer King's ini turut dilengkap dengan tahap ciri keselamatan sebagaimana seperti yang telah diterangkan pada kotak pembungkusan. 

Pendek kata, kalau pakai ni memang payah sikitlah kaki nak cedera kalau terkena paku ke apa.



Tips #5 : DESIGN

Setelah isu keselamatan semuanya tip top, bolehlah diberi perhatian pada designnya pula. Selalunya kasut safety ni didatangkan dalam warna yang gelap danapa yang paling best sekali, design kasut safety design terbaru kini tidak macam dulu lagi. 

Jika dulu kasut safety hanya pentingkan isu ciri keselamatan pada kasut dengan tujuan utama untuk pakai di tapak binaan dan sebagainya. 

Tapi kini kasut safety turut di beri perhatian pada soal design untuk pemakaian yang lebih meluas.




Safety Shoes Hammer King's - Cantik Bergaya Selesa Selamat!


Hakikatnya, Safety shoes adalah salah satu benda wajib apabila kita memasuki kawasan binaan atau kawasan operasi. 

Malah apabila anda mahu memasuki mana-mana kilang untuk anda melakukan kerja- kerja baik pulih, anda perlu memakai safety shoes. 

Malah memakai safety shoes adalah peraturan daripada Occupational Safety & Health Administration standard (OSHAS) supaya majikan perlu menjaga keselamatan pekerjanya daripada apa jua bahaya ditempat kerja, Termasuklah perlindungan kaki.




Untuk kasut safety begini, ada banyak seller jual dalam Shopee. Cuma pastikan pilih seller yang ada rating dan feedback yang positif sebelum pembelian mula di buat. 

Harga bergantung pada seller dan untuk sepasang Hammer King's yang di beli oleh suami ini adalah dalam anggaran RM200 saja sepasang.






Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :


10 comments for "Cara Pilih Dan Beli Safety Shoes Dengan Betul"

  1. Husband pun kena pakai safety shoe kalau pi site tapi boot office sponsor..

    ReplyDelete
  2. i'd love to have those sbb mmg suke boots.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti leh beli ray... kat LAZADA ada banyak design... lawa2

      Delete
  3. safety shoes pun cantik boleh buat g raya nih.. hee~ berbaloi lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. alang2 nk beli kasut raya baik beli yg ada safety terus... gerenti selamat utk kaki =D

      Delete