Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi : Ayam Masak Kurma Paling Senang Nak Buat

Ramai yang sangka nak masak ni tak susah, campak je apa yang ada janji sedap! Tapi sebenarnya tak semudah tu. Kalau nak tahu surirumah paling stress bila perlu fikir bab menu makanan yang perlu di masak ni. Yelah, kan masak menu yang sama je suami naik muak lari makan kedai pulak. 

Belum ada idea nak masak apa untuk menu hari ni? 

Apa kata jadikan menu Kurma Ayam yang mudah dan ringkas untuk dinikmati brsama famili. Lagipun resepi ayam masak kurma ini sangat sesuai untuk dihidangkan bukan sahaja dengan nasi putih tapi juga dengan  nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya. 

Antara lauk kurma yang sering dibuat ialah ayam. Tapi jika nak variasikan resepi masak kurma ni dengan lauk lain selain ayam seperti daging lembu, kambing, itik, telur, ketam dan udang juga boleh. Takde masalah. 

Pandai pandailah untuk jadi lebih kreatiif. Yang penting kena balancekan rasanya supaya sedap di makan.


Bahan bahan:
  • 1 ekor ayam (size kecik)
  • 5 ulas bawang merah - hiris
  • 4 ulas bawang putih - hiris
  • 1 biji bawang besar - belah 4 tapi jangan putus
  • 2 biji ubi kentang 
  • 1 biji tomato - belah 4 (jika suka)
  • 2 biji cili besar - buang biji, belah 2 (jika suka)
  • Rempah penumis - bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 1 kotak santan kotak - campur air secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Asam keping
  • 1 sudu kecil kerisik

Bahan kisar:
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia


Cara menyediakan dan memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan. 

2. Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi. Masukkan rempah kurma. Kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak. 

3. Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.

4. Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak. Masukkan garam, gula, kerisik dan asam keping. 

5. Akhir sekali, masukkan buah tomato. Setelah kuah naik minyak cantik, bolehlah ditutup api.

RESEPI UDANG MASAK KURMA (Image Via : Butterkicap)

Sebenarnya, resepi ayam masak kurma ni antara makanan paling ringkas dan mudah untuk di masak

Masakan ni antara menu yang paling kanak-kanak gemar dek kerana rasanya yang tak pedas.  Selain tu, resepi ayam masak kurma ni juga adalah antara hidangan yang tak asing lagi di kenduri kendara terutama untuk negeri di bahagian Utara. 

Untuk resepi masak kurma ni kadang daku perhatikan ada certain resepi pakai kerisik dan ada certain tak pakai. So terpulang pada selera masing-masing mana yang lebih suka. 

Ada juga yang masak resepi ayam kurma tanpa santan. Antara resepi ayam masak kurma Chef Wan, resepi kurma ayam Chef Hanieliza dan resepi ayam masak kurma Azie Kitchen, resepi yang ku masak lebih hampir dengan menu yang dikongsikan oleh Puan Azie. 

Biasalah, nama resepi memang sama tapi mungkin cara penyediaan agak berbeza antara seorang dengan yang lain. Macam tu juga dengan resepi ayam masak kurma ni. 

Okay semua, selamat mencuba!

13 comments for "Resepi : Ayam Masak Kurma Paling Senang Nak Buat"

  1. Ayam kurma ni salah satu makanan kegemaran saya. Baru je makan semalam😂.

    ReplyDelete
  2. sedap ayam kurma, kegemaran anak2 saya juga ni

    ReplyDelete
  3. Senang je kan masaknya.......nampak sedap

    ReplyDelete
  4. Baru makan masak kurma semalam tp kurma daging. Hehe :)

    ReplyDelete
  5. Akak memang tak pandai buat yang ini kalau nak campur-campur rempah walaupun suka makan, kena cari paste Brahim.

    ReplyDelete
  6. ayam masak kurma, my feveret jugak ^_^

    ReplyDelete
  7. Cantik serba serbi masak kurma Hawa ke tu? Color semua menarik mesti sedap ni. Macam nak try resepi ni nanti.

    ReplyDelete
  8. mmg resepi yg mudah, anak2 paling suka sbb tak pds n berkuah...

    ReplyDelete
  9. sepertinya sedap ayam masak kurma..

    ReplyDelete