Tepuk Amai-Amai Sing and Record Fun Book Dari Baba Baa (Guna Lagu Rakyat Tarik Minat Anak Belajar)  | Hanya dengan tulisan nama Tepuk Amai-Amai daku telah dapat membayangkan kenangan lama di saat daku bermain dengan ibu menggunakan lagu ini. Daku juga ikut teringat teringat kisah kecil dulu di mana daku akan sering bermain dengan rakan sepermainan sambil menyanyikan lagu rakyat begini. 

Saat pertama kali daku terlihat akan buku ini, 1st impression daku "hmmmm cantik! Eh lagu rakyat la.. Ooo boleh rekod suara juga untuk dengar semula. Wah boleh ajak anak bermain sambil baca, nyanyi-nyanyi dan menari". Tak nak tunggu lama daku terus dapatkan satu untuk Kasih Sufi.



Korang tentu boleh perasan kan? Dari 1st impression daku sendiri ikut teruja dengan Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Fun Book dari Ba Ba Baa ini. Tak sabar betul nak lihat  penerimaan Kasih. Tambahan pula buku ni memang sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas termasuk kanak-kanak dan dewasa.

Saat mula-mula beri buku Tepuk Amai-Amai Sing and Record Fun Book Dari Baba Baa ini, wajah Kasih dah mula berkerut. Kulit buku Tepuk Amai-Amai ini Kasih perhatikan dengan agak lama. Agaknya dia tengah cuba tafsirkan apa sebenarnya yang daku kasi padanya ni. Seronok pula melihat reaksi Kasih yang sedang fokus! 


Tak hanya itu, Kasih juga turut meneliti permukaan kulit buku tersebut. Jarinya yang kecil tu menyentuh perlahan-lahan pada permukaan kulit buku Tepuk Amai-Amai Sing and Record Fun Book Dari Baba Baa yang licin dan berkualiti ini dengan penuh berani. 


Daku terus membiarkan Kasih meneroka Tepuk Amai-Amai Sing and Record Fun Book Dari Baba Baa ini sendiri. Bukannya apa, daku nak lihat sendiri bagaimana akhirnya reaksi Kasih apabila mengetahui yang sebenarnya buku ini boleh mengeluarkan bunyi. Daku tak nak juga beritahu sebaliknya daku mahu KasihSufi berjaya menemuinya sendiri. 


Satu demi satu helaian buku Tepuk Amai-Amai Sing and Record Fun Book Dari Baba Baa ini Kasih selak. Dari awal hingga muka surat terakhir Kasih belek satu persatu. Kasih juga ikut tertarik untuk menatap setiap helaian dengan lebih lama. Almaklumlah kat setiap halaman ni ada gambar yang berbeza dengan warna yang sangat menarik. 


Akhirnya Kasih terhenti pada pelbagai butang yang ada pada bahagian tepi. Hmmm nampaknya Kasih akan bakal jumpa keistimewaan utama buku ini sebentar lagi. 


Haa kan dah kata. Amboiii bukan main lagi tu. Bila di tekan button pada bahagian tepi mengikut jenis icon yang telah disediakan, lagu pun akan segera bermain. Kebetulan Kasih Sufi tertekan pada butang lagu Jong Jong Inai maka apabila daku tepuk tangan Kasih juga ikut tepuk tangan bersama. 


Akhirnya Kasih Sufi dah pandai bermain bersama Tepuk Amai-Amai Sing and Record Fun Book Dari Baba Baa ini  sendiri sepenuhnya. Bila di tanya best ke tak? Bukan jawapan dalam bentuk suara yang diberikan tapi 'mulut muncung' rasa nak cubit tu yang diberinya. 


Eeee geram!!! Suka sangat buat aksi comel pada mama tau!! Ini yang bikin hati mama rasa nak cium cium jeeeee...  Kasih Kasih,.. makin lama makin pandai bikin hati mama cair. Luv u. "

Kesimpulannya, buku Tepuk Amai-Amai Sing and Record Fun Book Dari Baba Baa ini ternyata agak special dengan fungsinya yang pelbagai. Antara ciri-ciri yang ku suka akan buku ini adalah seperti :

1. Saiz Dan Ketebalan Yang Mudah Dipegang Oleh Kanak-Kanak

Bagi pendapat peribadi, daku suka bila saiz dan beratnya agak mudah untuk dipegang oleh anak walaupun sebesar Kasih yang hanya berusia 18 bulan. Buku ini juga mudah untuk di bawa ke mana saja terutama ketika travel. At least jika perlu rempuh traffic jem balik kampung ke apa, anak taklah boring sangat kat dalam kereta. 


2. Setiap Halaman Punya Warna Yang Berbeza

Daku juga suka bila setiap halaman di beri warna highlight yang berbeza, sebabnya secara tidak langsung daku turut boleh ajar Kasih tentang warna. Nampak sangat Baba Baa dah fikir semua ni untuk beri seberapa banyak fungsi untuk anak-anak. 



3. Mempunyai Butang Untuk 7 Jenis Lagu Yang Mudah Ditekan

Semua butang senang untuk di tekan. Kiranya mudah sangat digunakan baik untuk kanak-kanak mahupun baby. Setiap butang juga diletakkan ikon yang sama dengan ikon yang ada di dalam halaman cerita. 


Setiap contoh mewakili setiap satu lagu yang ada. Terdapat 7 buah lagu semuanya iaitu:
  • Tepuk Amai-Amai
  • Wau Bulan
  • Jong-Jong Inai
  • Bintang Kecil
  • Dua Mata Saya
  • Enjit-Enjit Semut
  • Suriram


4. Turut Ada Butang Record, Play, On dan Off

Kasih ni sejak di beri Tepuk Amai-Amai Sing and Record Fun Book Dari Baba Baa, lepas satu lagu, lagi satu lagu didengarnya. Dah pandai tekan button untuk record juga. Fungsi setiap butang ni mudah saja. 


Fungsi untuk setiap butang ini adalah :
  • PLAY : Mainkan lagu yang telah sedia ada
  • RECORD : Rekod nyanyian dengan mengikut minus 1 yang disediakan
  • PLAY RECORDING : Mainkan semula apa yang telah di rekod tadi
  • OFF : Bila dah puas main boleh off untuk jimatkan bateri

Yup, Tepuk Amai-Amai Sing and Record Fun Book Dari Baba Baa ini menggunakan kuasa 3 biji bateri bersaiz AAA yang mudah untuk di pasang.


5. Ada Aktiviti Tambahan Untuk Main Bersama Anak

Satu hal lagi, dengan setiap pembelian turut ada set aktiviti dalam bentuk sticker untuk bermain bersama. Ala-ala cari benda tersembunyi gitu. Sebabna di dalam buku ini ada karakter yang sengaja di letak dalam bentuk tersembunyi dan jika anak dapat mencarinya maka bolehlah diletakkan dengan sticker.


Bila semuanya dapat dijumpai turut ada sticker Well Done sebagai tanda ucapan tahniah untuk si comel tersayang. Best juga!



Kat Mana Boleh Dapatkan Buku Ni? Berapakah Harganya? 

Harga untuk sebuah Tepuk Amai-Amai Sing and Record Fun Book adalah RM63.20. Cara nak beli tak susah, hanya perlu terus ke lamanweb utama milik Baba Baa dan bolehlah di buat pembelian. Senang sangat.


Tak perlu juga risau untuk caj penghantaran kerana untuk setiap pembelian dengan nilai RM50 dan ke atas, kos pos adalah percuma. Macamana? Best ke tidak? Kalau best apa yang ditunggu lagi tu segera grab satu sebagai hadiah untuk si cilik kesayangan. Jom ajar anak lagu-lagu rakyat.








Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.