Resepi Kek Coklat Kukus Lembap Ikut Sukatan Cawan (Senang, Cepat Dan Sedap)
Resepi Mudah Kek Coklat Kukus Lembap Ikut Sukatan Cawan (Senang, Cepat Dan Sedap) | Lain orang lain citarasa dan bagi daku dan suami kami lebih prefer kek yang lembap daripada jenis kek yang agak kering.
Kiranya aku dan suami ni lebih suka makan kek kukus daripada jenis kek yang di bakar. Antara kek yang menjadi kegemaran adalah kek coklat moist yang di kukus dengan topping coklat yang umph!!
Bila buat kek begini wajib di buat sebiji terus! Untuk sekali hadap okay... makin syok jika dapat makan beramai-ramai waktu kek masih lagi panas-panas.
Tekstur lembut dan gebu makin terasa nikmat di nikmati dengan minuman panas. Paling best kalau dapat makan bersama Teh O atau Kopi panas.
Dan yang paling penting daku suka kek yang sederhana manis. Sebabnya bila makan kek yang terlampau manis terasa bagaikan melekat di tekak.
Dan yang paling penting daku suka kek yang sederhana manis. Sebabnya bila makan kek yang terlampau manis terasa bagaikan melekat di tekak.
Bagaimana nak buat kek coklat kukus lembap dengan cepat? Di sini akan dikongsikan caranya. Tak susah mana, kita guna ikut sukatan cawan je... senang faham, mudah buat, cepat siap, sedap makan.
3. Sementara menunggu air kukusan periuk pengukus panas, ayakkan bahan tepung di bawah ini.
BAHAN & CARA UNTUK MEMBUATNYA
Bahan yang diperlukan takde lah remeh sangat. Semua ni boleh di beli dari mana-mana kedai kek mahupun pasaraya besar terdekat.
1. Kisar semua bahan di bawah ini menggunakan blander dalam jangkamasa lebih kurang 5 minit. Nak gunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja. Bahan tersebut adalah :
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair / susu kotak segar
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 3 biji telur ayam
2. Setelah itu, panaskan air di dalam periuk pengukus dan siap sedia untuk proses mudah yang berikutnya.
3. Sementara menunggu air kukusan periuk pengukus panas, ayakkan bahan tepung di bawah ini.
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
4. Sekarang masukkan bahan yang telah di kisar ke dalam mangkuk yang besar dan setelah itu tuangkan adunan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit sampai habis. Kacau sebati adunan terbabit dan ketepikan sekejap.
5. Sekarang, sapukan acuan atau loyang dengan butter atau minyak. Setelah itu tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan tutup loyang dengan plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek. Jika takde plastik bungkus penutup periuk kukus dengan kain tudung lama yang dah tak digunakan.
6. Akhir sekali bolehlah di kukus selama 1 jam atau sampai betul-betul masak. Nak tahu dah masak ke belum senang je, korang boleh cucuk dengan garfu dan jika dah tak melekat bermakna kek tersebut dah ready sepenuhnya untuk di makan.
CARA SEDIAKAN TOPPING
Last sekali untuk bahagian topping. Bahan dan cara nak buat topping ni pun takde la susah mana. Bahan yang diperlukan adalah :
> 4 sudu besar serbuk koko
> 5 sudu besar susu pekat
> 3 sudu besar minyak masak
> 2 sudu besar susu cair.
Manakala cara untuk membuatnya pula adalah dengan mencampur semua bahan ke dalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan. Kacau hingga betul-betul sebati tau! Leaps tu bolehlah dituangkan ke atas kek dan siaplah semuanya untuk di makan.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Sis Hawa Dot Com
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Semoga bermanfaat.
Tawaran Hebat Harga Jimat Amway
ini kali betul-betul boom!!
whatsapp :
sedapnya.. Rasa macam nak buat pula.. hehehe..
ReplyDeleteinshaAllah sedap... mudah je , leh try Sha wat menu minum petang
Deleteumi raya suka buat kek coklat ni
ReplyDeleteyummy..!!
ReplyDeleteEllerinize sağlık
ReplyDeleteSalah satu kek kegemaran saya. Lelehan cokelat yang mengiurkan. :)
ReplyDeleteWAH SEDAP TU FEVERET KAK
ReplyDeletesedapnya... saya pun suka kek yang macam ni. jemput singgah ke blog saya https://nurulnajihah38.blogspot.com/2019/05/have-we-say-alhamdulillah-today.html
ReplyDeleteDah try buat resepi ne.. Tapi susu cair je sy tukar ke fresh milk..sblm² ne memang guna susu cair je.. sgt² moist.. sukatan ikut lebih kurang je..ank² teringin sgt nak makan..
ReplyDeletealhamdulillah... terima kaish kerana mencuba... mmg mudah je nk buat.. ikut semua bahan tu inshaAllah jadi! Sedap... =D
DeleteSaya dah cube resipi ni, alhamdulliah ni pertama kali bt kek, menjadi.. Elok lembut roti nya👍😊.
ReplyDeletealhamdulillah.... tahniah3x.. lepas ni boleh la buat bila bila nk makan.. x yah dh beli kan.. jimat haha
DeleteHaii . . susu cair tuh dlm tin kan . .
ReplyDeleteya betul.. susu cair ni yg dalam tin.. susu cair / susu sejat
Delete