Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Telur Masak Sos (Menu Simple Masakan Orang Bujang)

Resepi Telur Masak Sos (Menu Simple Masakan Orang Bujang) | Tidak kira sama ada telur mata masak sos mahupun telur rebus masak sos, inilah antara lauk pertama saat mula belajar masak dulu. Resepi telur goreng masak sos ini juga antara menu favourite tika masih bujang. Hingga kini menu telur ayam masak sos tetap disajikan sekali sekala pada suami dan anak-anak.  

Nak tahu kenapa daku cukup suka dengan menu ni terutama masa bujang dulu? Jawapannya tak lain dan tak bukan kerana  resepi telur masak sos ini senang dan cepat untuk di masak. Menu simple  



Telur mata masak sos dan telur rebus masak sos memang tidak dinafikan yang ianya sangat senang untuk di masak dan sedap untuk di makan. Bagi yang tak berapa pandai sangat masak tu, cuba je masak telur rebus masak sos atau telur goreng masak sos ni, gerenti berhasil. Paling best jika buat telur masak sos masam manis. 


Menu telur goreng masak sos cili begini sesuai juga untuk adik-adik yang baru nak cuba-cuba belajar masak. Jika telah berkahwin dan masih sedang berusaha untuk belajar masak, boleh juga disajikan pada suami lauk telur goreng masak sos ini padanya. 

Bahan Yang Diperlukan 
  • 3 biji telur ayam
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 ulas bawang besar
  • 2 biji cili padi
  • secubit garam 
  • sedikit air

Cara Untuk Membuatnya 

1. Goreng telur hingga garing dan ketepikan. Jika suka telur mata pun boleh. Pandai-pandailah ye. Dah siap digorengkan ketepikan dulu sekejap.


2. Setelah itu mayang nipis bawang putih. Begitu juga dengan bawang besar. Bawang besar kalau nak nampak cantik potong secara bulat. Last sekali potong cili padi dengan size sederhana kecil. 


3. Sekarang panaskan sedikit minyak dan bolehlah mula menumis bawang putih, bawang besar dan juga cili padi tadi. 

4. Setelah bawang layu dan mula naik bau, masukkan sos dan sedikit air. Gaul rata dan bolehlah dituang ke atas telur yang telahpun siap di goreng tadi. 


Apa perasaan bila lihat menu telur goreng sis cili begini? Ada teringat zaman remaja di sekolah menengah tak? Atau mungkin teringat saat mula menjadi isteri orang dan inilah masakan pertama untuk suami rasa? 

Yang pasti, resepi telur masak sos cili begini benar-benar dapat mengamit nostalgia. =D 


6 comments for "Resepi Telur Masak Sos (Menu Simple Masakan Orang Bujang)"

  1. Assalamualaikum.. Hi sya bw sni. Done follow

    ReplyDelete
  2. mmg simple makan boleh bertambah2 juga

    ReplyDelete
  3. Simple je menu ni tapi sedap😋.

    ReplyDelete
  4. zalam ziarah nak cuba kat rumah kos saya butuh sangat recipe yang senang buatnya, sebab masih sendiri dan jauh di rantau orang

    ReplyDelete