Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dashing Deo Perfume Body Spray, Haruman Special Untuk Para Lelaki

Dashing Deo Perfume Body Spray, Haruman Special Untuk Para Lelaki | Bila lihat nama 'DASHING' memang dah sangat sinonim sebabnya dari dulu suami guna jenama ni. Kiranya Dashing adalah salah satu jenama pilihan suami jika nak beli pewangi badan. Cuma apa yang menariknya kalau dulu beli deodorant dan pewangi dalam dua botol yang berbeza tapi sekarang dah disekalikan menjadi satu.


Makin special, haruman Dashing ni memang ditujukan khas untuk mereka yang aktif. Tak bermaksud aktif bersukan je, berpeluh dan lasak berkerja juga masih boleh di ambil kira. Dengan pemakaian Dashing Deo + Perfume Body Spray ni dapatlah badan bertahan dari bau yang kurang menyenangkan tu. Takdelah bau kurang enak lepas aktif bergerak. Almaklumlah, para lelaki ni kan memang lasak.



4 (Empat) Jenis Variasi DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY 

Untuk koleksi wangian Dashing Deo + Perfume Body Spray ini, ia didatangkan dalam empat jenis bauan yang berbeza. Ia dirumus dengan wangian Dashing Eau De Toilette untuk beri bau yang lebih tahan lama. Agen anti-bau dan anti-bakteria pula berkesan utnuk memberikan perlindungan selama 24 jam terhadap bau badan.

Yang lebih menariknya lagi, satu botol Dashing Deo + Perfume Body Spray ini  boleh bertahan sebanyak 880 semburan. Dalam erti kata lain, sebotol Dashing Deo + Perfume Body Spray boleh tahan selama 5 bulan. Sebabnya kandungan Dashing Deo + Perfume Body Spray adalah 100% deodorant sepenuhnya.


Empat wangian tersebut adalah :

HATTRICK
Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.



SPEED
Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


ULTIMATE KICK
Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


HITMAN
Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml dengan harga RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian.


 Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di:

DASHING MALAYSIA

12 comments for "Dashing Deo Perfume Body Spray, Haruman Special Untuk Para Lelaki "

  1. Bagusnya dah ada deodoran dengan perfume, jimat space & duit!

    ReplyDelete
  2. Eh murah je harga dia ye. Deo perfume lagi.

    ReplyDelete
  3. lama Saya tak tengok brand Dashing ni. Lagend brand ni.

    ReplyDelete
  4. harga sgt berpatutan... bagus

    ReplyDelete
  5. Dashing mmg jenama yg dipercayai.. harga berpatutan dan bau pun tahan lama.. menarik ni.

    ReplyDelete
  6. Ini produk baru ya, cocok buat lelaki aktif.

    ReplyDelete
  7. wangi ka? femes jgk brand ni

    ReplyDelete
  8. nangti nk minta en,somi try dashing plak. :-)

    ReplyDelete
  9. Dashing ni antara jenama yang memang orang cari kan :)

    ReplyDelete
  10. lama sungguh dashing ni sampai sekarang masih bertahan terbaik lah.. ohh ada banyak jenis rupanya...

    ReplyDelete