Skip Hop Farmstand Rock-A-Mole Guitar | Mainan Seronok Sambil Belajar Untuk Anak Dari Usia 6 Bulan
Sejak Kasih Sufi menginjak usia 1 tahun ke atas ni, daku mula jadi pening kepala untuk belikan permainan yang sesuai untuk perkembangan anak 1 hingga 2 tahun. Daku sememangnya sudah lama berhajat untuk belikan permainan yang sesuai dengan umurnya.
Kalau boleh bukan sekadar permainan untuk suka-suka tapi permainan yang boleh rangsang IQ anak dengan waktu bermain yang menyeronokkan. Daku juga ikut tertanya-tanya apakah mainan yang popular di kalangan kanak-kanak perempuan pada masa kini. Adakah anak patung? Ish tak kan hanya nak beri anak patung je?
Ternyata bukan mudah untuk mencari permainan yang sesuai dengan usia anak kerana hakikatnya tidak semua alat permainan boleh merangsang pembelajaran anak kita. Akhirnya, fikir punya fikir daku nekad untuk memberi Kasih Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari jenama SKIP HOP yang sangat sesuai untuk bayi seawal usia 6 bulan dan ke atas (kanak-kanak).
Untuk pengetahuan, berdasarkan info yang pernah ku baca, antara permainan yang akan buat anak kita bijak dan aktif adalah dengan memberinya alatan yang boleh dimainkan dan ada mengeluarkan bunyi. Salah satu contoh adalah gitar ataupun ukelele. Makin daku rasa bersyukur kerana Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skip Hop ini sangat sesuai untuk anak usia 2 tahun yang sebesar Kasih.
Reaksi Anak Terhadap Farmstand Rock-A-Mole Guitar
Inilah saat mula-mula beri Farmstand Rock-A-Mole Guitar ni pada Kasih. Dia renunggggg je.. Agaknya Kasih tengah fikir apalah benda ni.. Hehe.
Antara Kelebihan Yang Ada Pada Farmstand Rock-A-Mole Guitar
Berdasarkan pemerhatianku pada Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skip Hop ini termasuk dengan tahap penerimaan Kasih sendiri, di sini daku senaraikan beberapa kelebihannya.
1. Sangat Comel Dengan Bentuk Avokado
Bentuk dan saiznya sesuai dengan usia kanak-kanak antara umur 1 hingga 4 tahun. Ia mudah untuk di pegang dan designnya pula sangat comel penuh warna-warni. Tema utama untuk design Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skip Hop ini adalah avokado dan memang betul pun menyerupai seperti buah avokado dalam gabungan warna hijau dan coklat.
Terdapat tiga butang daripada tiga warna yang berbeza. Jika gitar yang sebenar mempunyai tali tapi Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skip Hop ini adalah dalam bentuk butang. Ini sesuai dengan usia kanak-kanak yang lebih cenderung dengan tahap motor diri mereka sendiri. Butang inilah yang akan mengeluarkan bunyi dan cahaya dalam satu masa apabila di tekan.
3. Elemen Yang Diterapkan Sangat Sesuai Dengan Usia Anak
Elemen lagu, cahaya dan warna ini dibuat khas untuk menepati kehendak ibu ayah untuk tingkatkan lagi tahap pembelajaran anak pada usia begini. Ianya bukan sekadar sebuah mainan tapi juga dapat membentuk motor skill yang lebih baik di samping membantu tingkatkan lagi deria penglihatan dan pendengaran.
4. Terdapat Bola Roll Pada Bahagian Tengah
Berbeza dari gitar sebenar, Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skip Hop ini tampil dengan sebuah bola roll pada bahagian tengahnya. Bola ini apabila digolekkan akan mengeluarkan lagu yang sangat cute. Malah tanda wajah dengan senyuman turut diletakkan untuk membuatkan mainan ini nampak sangat comel dan menyeronokkan pada diri anak-anak semasa bermain.
5. Tahan Lasak Dengan Material Yang Terbaik
Apa yang membuatkan daku makin suka dengan Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skip Hop ini adalah pada kualitinya yang sangat bagus. Ia juga turut diletakkan dengan skru bagi memastikan produk ini lebih tahan lasak. Almaklumlah, yang akan mainnya nanti anak-anak dari usia 6 bulan dan ke atas jadi jangan terkejut jika mainan ini turut di bawa bermain dalam pelbagai gaya.
Tapi sila pastikan mainan yang di beli untuk anak menepati tahap umur yang betul. Sebagai contoh, dalam tahun pertama kehidupan adalah tentang penerokaan, kemudian bayi akan membangunkan kemahiran motor baru dan seterusnya permainan menjadi lebih tersusun dan kompleks. Jika mahu mainan untuk kanak-kanak usia 6 bulan ke atas bolehlah dapatkan Farmstand Rock-A-Mole Guitar ini.

Lepas dah puas sesi membelek, Kasih mula tekan butang yang ada pada Farmstand Rock-A-Mole Guitar ni, keluarlah lagu dan cahaya... comel pula bila lihat wajah Kasih yang sedang khusyuk. Daku yang tengok ni pun ikut teruja sama. Terdapat 6 lagu kesemuanya yang akan dimainkan secara bergilir mengikut butang yang di tekan. Jadi memang asyik la juga si Kasih ni bermain.
Tengok tu, daripada duduk bersandar hingga ke baring tertiarap. Seronok bukan main di tekan butang yang ada untuk dengar lagu. Lampu yang turut ikut bernyala membuatkan Kasih makin asyik.
Kiranya kalau dulu Kasih mengamuk nak handphone untuk tengok Youtube tapi sekarang bila dah ada Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skip Hop ni daku dah dapat pesongkan sedikit minat Kasih daripada telefon kepada permainan.
Berdasarkan pemerhatianku pada Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skip Hop ini termasuk dengan tahap penerimaan Kasih sendiri, di sini daku senaraikan beberapa kelebihannya.
1. Sangat Comel Dengan Bentuk Avokado
Bentuk dan saiznya sesuai dengan usia kanak-kanak antara umur 1 hingga 4 tahun. Ia mudah untuk di pegang dan designnya pula sangat comel penuh warna-warni. Tema utama untuk design Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skip Hop ini adalah avokado dan memang betul pun menyerupai seperti buah avokado dalam gabungan warna hijau dan coklat.
2. Butang Pelbagai Warna Yang Mudah Untuk Ditekan
Terdapat tiga butang daripada tiga warna yang berbeza. Jika gitar yang sebenar mempunyai tali tapi Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skip Hop ini adalah dalam bentuk butang. Ini sesuai dengan usia kanak-kanak yang lebih cenderung dengan tahap motor diri mereka sendiri. Butang inilah yang akan mengeluarkan bunyi dan cahaya dalam satu masa apabila di tekan.
3. Elemen Yang Diterapkan Sangat Sesuai Dengan Usia Anak
Elemen lagu, cahaya dan warna ini dibuat khas untuk menepati kehendak ibu ayah untuk tingkatkan lagi tahap pembelajaran anak pada usia begini. Ianya bukan sekadar sebuah mainan tapi juga dapat membentuk motor skill yang lebih baik di samping membantu tingkatkan lagi deria penglihatan dan pendengaran.
4. Terdapat Bola Roll Pada Bahagian Tengah
Berbeza dari gitar sebenar, Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skip Hop ini tampil dengan sebuah bola roll pada bahagian tengahnya. Bola ini apabila digolekkan akan mengeluarkan lagu yang sangat cute. Malah tanda wajah dengan senyuman turut diletakkan untuk membuatkan mainan ini nampak sangat comel dan menyeronokkan pada diri anak-anak semasa bermain.
Apa yang membuatkan daku makin suka dengan Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skip Hop ini adalah pada kualitinya yang sangat bagus. Ia juga turut diletakkan dengan skru bagi memastikan produk ini lebih tahan lasak. Almaklumlah, yang akan mainnya nanti anak-anak dari usia 6 bulan dan ke atas jadi jangan terkejut jika mainan ini turut di bawa bermain dalam pelbagai gaya.
6. Turut Ada Butang ON dan OFF Untuk Jimatkan Bateri
Ini satu lagi keistimewaan yang ada pada Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skp Hop ini. Dengan adanya butang begini dapatlah dijimatkan kuasa bateri dengan baik. Barulah dapat di main dalam jangka masa yang lebih lama berbading mainan biasa tanpa butang ini.
7. Disertakan Dengan Bateri Untuk Setiap Pembelian
Bateri yang diperlukan untuk Farmstand Rock-A-Mole Guitar ini adalah dari jenis AAA sebanyak tiga biji. Namun apa yang makin best, bateri ini telahpun disertakan sekali untuk setiap pembelian. Kiranya sampai je lepas order dah boleh terus beri anak main.
Anak Usia 5 Tahun Ikut Jatuh Hati
Haa bukan Kasih je suka main dengan Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skip Hop ni, sebaliknya anakku Awwal yang sudah hampir berusia 5 tahun ikut suka sekali. Bergilirlah Kasih dan Awwal main bersama. Mujur tak berebut. Tak dinafikan permainan memang perlu untuk anak-anak kerana apabila anak-anak bermain mereka akan mengalami proses pembelajaran untuk terus berimaginasi.
Tapi sila pastikan mainan yang di beli untuk anak menepati tahap umur yang betul. Sebagai contoh, dalam tahun pertama kehidupan adalah tentang penerokaan, kemudian bayi akan membangunkan kemahiran motor baru dan seterusnya permainan menjadi lebih tersusun dan kompleks. Jika mahu mainan untuk kanak-kanak usia 6 bulan ke atas bolehlah dapatkan Farmstand Rock-A-Mole Guitar ini.
Puashati Lihat Anak Main Dengan Gembira
Nampak tu, bukan main happy lagi si Kasih ni bermain. Tersenyum suka je dia. Bila melihat pada reaksi yang Kasih tunjukkan, memang tepatlah keputusanku untuk berikan Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari jenama Skip Hop ini pada Kasih. Dan memang benar jugalah yang mainan ini sangat sesuai dengan tahap usianya untuk semakin merangsang imaginasi kanak-kanak.
Sedang mencari permainan yang diciptakan untuk anak usia 6 bulan dan ke atas. Mahukan mainan yang sesuai untuk anak usia 2 tahun seperti Kasih? Boleh dapatkan Farmstand Rock-A-Mole Guitar dari Skip Hop ini untuk dihadiahkan pada anak kesayangan.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan harga dan sebagainya, bolehlah terus hubungi wakil penjual barangan keluaran Skip Hop yang original seperti di bawah ini :
WEBSITE
waahh! macam menarik. nak beli la nanti. Anak saya yang kecik tu suka toys yang ada bunyi, so guitar ni nampak macam OK. Mesti dia suka kalau dah beli nanti =))
ReplyDeletesis bg kat anak alhamdulillah ank suka sgt!! cute plak tgk dia main =D
Deletelepas ni kene cr mainan yang ade bunyi2 jgk la utk ank..
ReplyDeleteank dh masuk 2tahun dh.. hahahaha
tu la boleh beli mainan yg ada bunyi n lampu.. seronok sikit diaorg makan.. xpe walau dh 2 tahun pun =D
Deleteseronok nampak dia main :-)
ReplyDeleteitulah.. alhamdulillah kena ngan umur plak tu
Deletecomel lah. Brand Skip Hop ni harga dia berapi.... huhu
ReplyDeleteutk harga boleh klik kat link yg di bagi tu.. kalau terus sebut harga kat sini kan takut ada seller komen dgn harga lain pulak... :)
Deleteseronokla dia ada mainan baru hehe
ReplyDeleteHappy bukan main cik itah oi... hhaa
DeleteSeronok lah Kasih dengan abangnya Awwal dapat mainan tu ya.
ReplyDeleteHarga Skin Hop ni boleh tahan juga ya :)
alhamdulillah happy anak2 ni... ya harga dia boleh tahan juga tp bila fikir balik jatuh sama je dgn beli beg biasa.. sbb beg skip hop ni mmg kualiti tinggi... boleh pakai lama... sbb tu rasa puashati sgt2... =D
DeleteAnak kita kalau dapat permainan ni bukan setakat dia tekan button yang ada. Tapi dia akan hempuk hempuk. Sampai satu tahap tak tahu dah nak belikan permainan apa. Seronok tengok budak budak yang pandai bermain dengan permainan macam ni.
ReplyDeletehaaa mcm anak sis yg no 4... dia kalau mainan hmmm.. mmg kejap je hancusss... yg x leh buka dia buat smpai boleh buka. haha.. tp mujurlah mainan adik2 dia ni dia x buat gitu... nasib baik..
DeleteHi sis awa. Fafa here.heee wahhh menariknyeee bentuk avacado pulak tu. Nak beli jugak lah untuk anak buah kita tu. Mesti dorang suka
ReplyDeleteMenarik juga ni.. Ada idea nk hadiahkan pada anak buah nnt
ReplyDeleteOh kenalah beli permainan yang sesuai untuk umur budak kan. Yes bagus ada bunyi, warna utk budak2 lebih cepat pandai. Nanti bolehla ambik gambar Sufi masa tgh pegang main gitar.
ReplyDeleteKanak-kanak cepat belajar satu2 perkara. Tambah ada warna dan bentuk lagi mereka suka
ReplyDeleteComelnya permainan ni. Jenama ni memang popular dikalangan ibubapa. Selain daripada kualiti, fungsi produk ini juga memang terbaik
ReplyDeleteSkip hop ni mmg well known kan.. Tgk material pun tau Guna yg bermutu tinggi sbb tu tahan lasak kan
ReplyDeleteSkip hop is such a nice brand for kids to play! Alot kids get hook with it, glad your kids like this new toys.
ReplyDeletei like to see this piece of avocado design and wanna buy this for my nephew to play too!!
ReplyDeleteAmboi, memang seronok lah anak duk menekan button kalau camtu kan. Syok je tekan pastu ada play something. Sekarang ni games pun kena ikut kesesuaian umur anak kan.
ReplyDelete