Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Pembersih Makeup Yang Mudah Tanpa Pedihkan Mata!

SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Pembersih Makeup Yang Mudah Tanpa Pedihkan Mata! | Sebagai perempuan sudah menjadi satu tabiat untuk mengenakan makeup, tidak banyak sedikit mesti pakai. Sebagai contoh paling simple mana sekalipun seorang perempuan itu pasti akan kenakan sedikit bedak di muka.

Dan sebagaimana yang diketahui umum jika mahu kulit wajah yang sihat dan bebas dari cela, salah satu tips wajib ikut adalah dengan membersihkan wajah dari sebarang makeup terutama sebelum tidur malam. Daku sendiri tidak terkecuali dan antara pencuci makeup yang berjaya melekat kuat kat hati ni adalah SAFI Micellar Natural Cleansing Water.


Pernah dengar tak tentang SAFI Micellar Natural Cleansing Water ni? Kalau belum meh sini daku nak story dari apa yang best sangat tentang SAFI Micellar Natural Cleansing Water hingga daku ikut tertawan untuk guna setiap hari.

Antara Kelebihan SAFI Micellar Natural Cleansing Water


Kalau nak tahu, SAFI Micellar Natural Cleansing Water ini adalah dicipta khas untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Ianya diperkaya dengan formulasi 100% bahan aktif semulajadi dan sama sekali tak pedihkan mata!! Mudah cakap, lembut dan best tanpa ada sebarang rasa pedih langsung pada bahagian mata. 

Pembersih Solekan SAFI Micellar ini amat sesuai dan elok untuk digunakan pada mereka yang dari spesis malas nak jaga kulit muka. Ia juga boleh digunakan baik perempuan mahupun lelaki. Siapa saja yang mahu bersihkan wajah dari kotoran, jangan lagi pening kepala. Terus je dapatkan SAFI Micellar Natural Cleansing Water sebagai produk wajib guna harian. 



SAFI Micellar Natural Cleansing Water adalah rangkaian pembersih solekan dengan sifat 'mesra dan lembut pada kulit'. Kerana itu ia sangat sesuai digunakan untuk menanggalkan solekan terutama pada bahagian mata yang sensitif dengan berkesan. 

Paling penting pembersih Solekan SAFI Micellar didatangkan dengan formulasi "mesra kulit" ini telahpun diuji secara dermatologi. Ianya juga bebas dari paraben, SLE / SLS , pewarna, alkohol dan minyak mineral. Produk SAFI Micellar Cleansing Water ini juga diperakui Halal Oleh JAKIM dan sesuai untuk semua jenis kulit sama ada normal, kering, berminyak dan berjerawat. Ternyata ianya dapat memenuhi keperluan semua jenis kulit khususnya dari jenis yang sensitif.



Terdapat 3 variasi pilihan iaitu Neem, Ros dan Timun. 

SAFI Micellar Natural Cleansing Water hadir dengan tiga variasi rumusan 100% bahan semulajadi aktif dan setiap satu daripadanya boleh menepati keperluan khusus kulit masing-masing.

1. SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Rose

  • Kulit normal & Kombinasi
  • Membersih & mengecilkan liang pori


Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Ros, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan 1 sapuan serta mengecilkan liang pori yang mengurangkan wajah berkilat, hasilnya kulit segar dan berseri. Sesuai untuk kulit normal dan kombinasi

2. SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Neem

  • Kulit berminyak & Berjerawat
  • Membersih & mengawal jerawat


Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Neem, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan 1 sapuan serta mengawal jerawat, hasilnya kulit berseri tanpa cela. Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat

3. SAFI Micellar Natural Cleansing Water – Cucumber

  • Semua jenis kulit
  • Membersih & melembapkan kulit
Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Mentimun, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta melembap dan juga menyihatkan kulit, hasilnya kulit lembut dan bermaya. Sesuai untuk semua jenis kulit.



Untuk diriku sendiri, buat masa ini daku gunakan SAFI Micellar Natural Cleansing Water yang berwarna pink yakni ROSE. Ini kerana kulit wajah daku ni alhamdulillah tak ada sebarang masalah jerawat cumanya liang pori wajah kurang halus sedikit terutama pada bahagian dahi. Almaklumlah, umur dah masuk 30 series awak oi!! =D


Cara nak gunakan SAFI Micellar Natural Cleansing Water ni mudah saja. Hanya perlu tuangkan sedikit ke atas kapas muka yang bersih dan lembut kemudian bolehlah terus di sapu pada bahagian makeup yang mahu ditanggalkan. 


Gosok secara perlahan jangan kasar-kasar tau.... jangan risau sisa kotoran makeup tu akan melekat pada kapas dengan cepat. Kuasa tanggalkan makeup yang ada pada SAFI Micellar Natural Cleansing Water ni memang awesome! Nak guna pun senang sangat! Amat menjimatkan masa. Paling bagus ianya boleh digunakan pada bila-bila masa termasuk ketika ingin tanggalkan makeup untuk solat. 


Rangkaian produk SAFI Micellar Natural Cleansing Water ni dijual dengan harga RM 17.25 bagi botol bersaiz 200ml dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terpilih di Malaysia. Untuk size 200ml ni boleh guna lama tau! So memang sangat menjimatkan.

Paling penting, dengan adanya SAFI Micellar Natural Cleansing Water ni takde la timbul rasa malas untuk tanggalkan makeup lagi. Haa nak kulit wajah sihat dan cantik tak mau malas-malas ehhhh... kan dah mula naik jerawat situ, naik jerawat sini.... masa tu dah makin susah untuk dapatkan kulit wajah yang sihat seperti dulu lagi.


So, apa tunggu lagi tu? Jom dapatkan SAFI Micellar Natural Cleansing Water untuk kita guna sama-sama. 





4 comments for "SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Pembersih Makeup Yang Mudah Tanpa Pedihkan Mata!"

  1. Safi pon dah setanding jenama2 besar lain..:) yakin dan suci dgn safi

    ReplyDelete
  2. mungkin sesuai dgn saya yg neem tu, kulit sy ya rabbi minyaknya... geleng pala terusss

    ReplyDelete
  3. Botolnya cantik!
    Saya suka yang formula rose :)

    ReplyDelete
  4. hebat ada 3 jenis ikut kesesuaian kulit ..

    ReplyDelete