Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skip Hop ZOO Characters - Antara Set Lengkap Terbaik Untuk Barangan Kanak-Kanak

Signature Skip Hop ZOO characters merupakan salah satu koleksi cantik dari jenama pengeluar set lengkap terbaik untuk barangan kanak-kanak. Antara barangan yang paling mendapat sambutan adalah seperti Skip Hop Zoo Lunchie Beg, Skip Hop Backpack, Skip Hop Mealtime Set dan banyak lagi. 

Paling daku suka adalah beg tahan panas untuk isi makanan buat anak. Tiap-tiap hari bawa bekal makanan ke sekolah pun tak apa dengan adanya beg bekas makanan dari Skip Hop ni. 



Daku sendiri rasa makin mudah dengan adanya set lengkap daripada Skip Hop. Sebagai contoh sejak ada beg tahan panas secara tak langsung dah dapat membantu untuk kekalkan makanan dengan baik tanpa perlu untuk panaskan makanan dalam microwave dan sebagainya. Ia juga bukan sekadar tahan panas tapi juga BPA free. 

Alang-alang dah beli bekas makanan yang bertangkai untuk memudahkan anak ni, boleh juga turut dapatkan set kelengkapan untuk makan yang sangat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Tak lupa juga bekas minuman yang boleh diletakkan di bahagian poket tumble pada backpack. Pendekata, sangat-sangat mudah dan praktikal. Sangat-sangat comel juga untuk digunakan oleh anak-anak pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. 



Kalian tengoklah sendiri betapa happynya wajah si Awwal apabila diberikan set lengkap yang terdiri daripada bagpack, lunch bag, mealtime set dan juga botol minuman ni. Hmmm senyum menguntum sampai tak boleh nak sorok! Dan bila lihat wajah happy anak tahap begini sudah tentulah tahap gembira daku sebagai ibu menjadi semakin meninggi. Yelah, bila anak happy sudah tentu ibu makin happy kan?


Kalau nak tahu, sebenarnya daku sendiri tak menyangka yang Awwal akan rasa segembira ini. Daku ingatkan jika di beri mainan beliau akan terasa sangat teruja tapi rupa-rupanya bila di beri set untuk dirinya begini yang telah membuatkan dia rasa sangat-sangat seronok! Agaknya Awwal suka sebab karakter pada barangan SKIP HOP ini sendiri yang sangat cute dan menarik. 


Inilah antara barangan yang telah dihadiahkan pada Awwal. Serius cakap, bukan mudah sebenarnya untuk pilih design yang paling sesuai untuk Awwal. Bukan kerana tak banyak pilihan sebaliknya ada terlalu banyak set cantik menarik yang membuatkan daku jadi rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. 


Kasih Sufi juga tak kurang happynya jika hendak dibandingkan dengan abangnya Awwal. Buktinya, nak ke mana-mana bukan main sibuk lagi nak bawa bersama backpack dengan karakter Unicorn Skip Hop kesayangannya tu. 

Bila kat rumah pula tak nak lagi makan dalam bekas makanan yang lain. Nak juga juga makan dalam bekas Unicorn dengan warna purple cantik dengan jenama Skip Hop ni. Tapi at least baguslah juga sebabnya Kasih ni adalah seorang picky eaters. Jadi bila di beri makanan dalam bekas yang cantik comel begini, alhamdulillah Kasih dah jadi makin happy bila tiba masa untuk makan.


Set Makanan Skip Hop Berkualiti Tinggi Dengan Harga Yang Berbaloi 

Berdasarkan pemerhatianku sendiri, daku dapati set sudu garfu dan pinggan mangkuk dari Skip Hop ini sememangnya sangat berkualiti tinggi. Ia diperbuat sepenuhnya daripada melamin dan sangat tebal serta tahan lasak. Bahagian tempat suapan pula sengaja diperbuat daripada bahan bukan plastik untuk memastikan ianya lebih senang basuh dan tanggal kotoran tanpa menyebabkan tinggalan kuman. Yelah, kan bahagian tu yang akan sentiasa dimasukkan sehingga ke dalam mulut anak. 


Untuk set pinggan dan mangkuk yang diperbuat daripada melamin ini ternyata ianya sangat selamat untuk kanak-kanak kerana material yang digunakan adalah bebas BPA, bebas PVC dan juga bebas Phthalate. Warnanya yang terang memang juga semakin dapat menarik perhatian anak-anak untuk menggunakannya. Bekas ini sesuai juga untuk dimasukkan ke dalam dishwasher tapi ianya sama sekali tidak boleh dimasukkan ke dalam microwave / ketuhar ya!

Antara Kelebihan Lain Yang Ada Pada Set Tableware Melamine Skip Hop

1. Banyak Pilihan Design Menarik Dengan Warna Yang Cantik Dan Terkini



2. Sesuai Untuk Diisi Dengan Apa Jua Menu 


3. Saiz Sudu Garfu Yang Sesuai Dengan Tangan Kanak-Kanak 


4. Bentuk Sudu Yang Bagus Dan Mudah Untuk Digunakan


5. Bekas Minuman Berstraw Yang Sedondon Juga Ada Untuk Dibeli



6. Sangat Praktikal Untuk Kegunaan Dimana Saja 


7. Mudah Untuk Dibersihkan


Set Lengkap Begini Sesuai Untuk Kegunaan Anak Di Rumah, Taska Dan Juga Travel 


Sangat Sesuai Untuk Dihadiahkan Pada Si Manja Kesayangan

So apa pendapat mommy mommy tentang Skip Hop ZOO Characters ni? Okay ke tidak? Bagi pendapat diri sendiri alhamdulillah memang awesome sangat-sangat!! Semua barangan ini boleh di beli secara berasingan untuk dilengkapkan sebagai satu set. Jika di buat mengikut turutan, rasanya mommy boleh beli mengikut cadangan di bawah ni.

1. Beg Galas Belakang (Backpack)
2. Beg Lunchies (Beg Bekal Makanan Tahan Panas)
3. Set pinggan/mangkuk melanin
4. Set sudu dan garfu
5. Botol air



Untuk sebarangan urusan pembelian, pertanyaan harga dan sebagainya.... mommy mommy boleh contact wakil penjual sah produk jenama Skip Hop yang original mengikut detail di bawah ni. Jom mommy!! Beli satu untuk dihadikan pada si manja kesayangan.... =D

BLOOM & GROW | SELLER TERBAIK BARAGAN SKIP HOP DI ASIA

INSTAGRAM 
@bloomandgrowasia  |  @smartmumasia  | @skiphop.asia

WEBSITE



23 comments for "Skip Hop ZOO Characters - Antara Set Lengkap Terbaik Untuk Barangan Kanak-Kanak "

  1. eee comel je piring dengan beg tu alahaiii

    ReplyDelete
  2. cantik cantik, memang sesuai sgt ngan anak-anak

    ReplyDelete
  3. Cute details 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  4. Alahai comel-comel nya Skip Hop ZOO Characters ni. saya pulak yang geram. hehe. nak beli tak ada anak kecik kan. huhu

    ReplyDelete
  5. Comelnya bekas makanan tu. Bertambah selera makan kalau macam ni😂.

    ReplyDelete
  6. oh so comel set piring mangkuk ni. Zoo character dengan warna yang terang. Menarik, pas tuh I rasa kids pon ada selera nak makan lebih ya.

    ReplyDelete
  7. this is so cute.. i guess all kiddos will hv better appetite by using all these utensils.. hahaha love it..

    ReplyDelete
  8. perghhh menarik sangat ni..kalau dapat mau semangat anak aku pakai beg tu p sekolah...siap akan tambah nasi lagi kalau ada set kelengkapan makan yang menarik macam tu :) owh ya, tak daftar affiliate ke untuk produk tu?

    ReplyDelete
  9. comel. warna nyer menarik perhatian anak2 utk makan, kan.
    tu yg penting.
    diorang makan, kenyang, kita ibu2 ni happy lah.
    a perfect complete set. jadikan hadiah pun perfect :)

    ReplyDelete
  10. comelnya set2 pinggan mangkuk ni! kenapalah masa saya kecil tak ada set macam ni? haha :) mmg sesuai untuk budak2 kecil.

    ReplyDelete
  11. Comel anak2 kak dan perkakasan yang kanak-kanak. Keselamatan kena di titik berat walhal untuk makan sekali pun. Terima kasih , share review sebegini

    ReplyDelete
  12. Memang happy le anak2 sebab cantik betul set pinggan mangkuk ni, dengan ada kartun lagi. Sis tak ada anak kecik, kalau beli untuk diri sendiri boleh je kan..hehehe

    ReplyDelete
  13. cantik cantik belaka... unicorn tu lawa nya !! kitaorang ada illama... memang anak anak suka gila satu kelengkapan yang cukup.. beg pon comel bergaya je bila bawa berjalan jalan... kemasan dan jahitan pun cantikkk.. pinggan mangkuk sudu pun memang menarik... pokok pangkal WE LOVE SKIP HOP too !!!!

    ReplyDelete
  14. Perghh. Teringat pulak zaman kanak2 dulu. Main masak dengan kwn. Haha. Mesti anak semangat kan bwk beg kemana2 , tunjuk dengan kwn2. Nanti anak kawan lain menangis, ckp dgn mak nak macam tu jugak . Haha. Satu set mcm tu selalu dlm berapa?

    ReplyDelete
  15. Alahai comel nya! Warna yang terang menarik! Anak nina kalau dpt ni mau dia makan bertambah tambah. Bag Skip Hop memang best. Nina punya bag pampers.
    Tahan lasak, best pakai

    ReplyDelete
  16. knp comel sangat beg dia bekas makanan dia..eh kita ni dahal ada anak kecil, pantang ye namapk mcmni..hehee..memng kene ada untuk diaornag..baru diaorg happy nak makan kan..

    ReplyDelete
  17. Comel2 kan produk ni. Suka tengok. Kita ada yang siri fox punya mmg best!

    ReplyDelete
  18. comel sangat nih ...mesti anak2 suka , nak makan apapun senang sebab diorang sebenarnya suka tengok bekas dari isi dalamnya ..air kosong pun diorang kata sedap.....ekekeke

    ReplyDelete
  19. Comelnya beg tuuuu. Ini kalau anak-anak buah emi tengok, mahunya mintak dibelikan sorang satu. Dah la anak2 buah ramai, hahah

    ReplyDelete
  20. alamak, dah lama dok usha brand skip hop ni. nampak bagus betul kualitinya. bolehlah masuk dalam wishlist

    ReplyDelete
  21. Mmg well known brand skip hop ni kan... Tahan lasak plak tu... Mmg berbaloi la beli

    ReplyDelete
  22. Alahai kenapalah comel sangat bekas2 ni.. Serius kalau org dewasa tengok pun boleh terpegun apatah lagi kalau kanak2 kan... Mesti mereka suka tengok design2 cmni

    ReplyDelete