Affan Natural Baby Balm & Telon Oil - Teman Baik Anak Di Kala Kembung Dan Selesema | Assalamualaikum..... Hari ni daku nak share tentang minyak telon dan juga baby balm. Harap-harap dapatlah beri beberapa info yang boleh dijadikan panduan. Sebelum tu, daku yakin pastinya ibu ayah yang baru nak bergelar ibubapa akan tertanya-tanya, KENAPA semua ibu semacam teruja sangat hendak sapu minyak telon pada bayi masing-masing? Kenapa perlu sapu? Apakah kepentingannya?

Kalau nak tahu penggunaan minyak telon adalah penting untuk bayi. Minyak telon untuk bayi ini ada banyak faedah dan disebabkan itulah ianya akan di simpan sebagai stok di rumah untuk digunakan bila perlu. Antara kelebihan utama dari minyak telon terbaik adalah untuk mengatasi masalah bayi kembung. Minyak Telon ini kebiasaannya digunakan selepas bayi dimandikan untuk memberikan kesegaran kepada bayi

Ada juga yang turut datang bersama baby balm. Antara produk jenama minyak telon dan baby balm yang ada di pasaran buat masa ini adalah SET AFFAN NATURAL yang dikeluarkan oleh pihak IMANNI SKINZ




Set Affan Natural - Dihasilkan Dari Bahan Semulajadi Untuk Pelbagai Kegunaan

Buat masa ini daku membuat keputusan untuk menggunakan Affan Natural Baby Balm dan juga Natural Minyak Telon sebagai persediaan awal sekiranya diperlukan. Affan Natural Baby Balm dan Natural Telon Oil dihasilkan demi untuk memberi keselesaan pada bayi dari pelbagai masalah.

Kandungan dalam minyak telon dan baby balm ini diasaskan dengan menggunakan bahan semulajadi dan kerana itulah ia dipanggil dengan nama 'natural'. Antara kelebihan dan bahan yang terkandung di dalam set AFFAN NATURAL ini adalah seperti yang tertera di bawah ini.




1. Minyak Telon Affan
Affan Natural Telon Oil (minyak telon) ini dirumus khas dari Minyak Almond, Halia, Daun Pudina, Habbatus Sauda Organik, Bunga Geranium, Minyak Kayu Putih, Lavender, Bunga Kenanga, Minyak Ylang-Ylang dan Vitamin E. 

Minyak ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia sintetik, steriod, paraben, bahan pewarna dan pewangi tiruan.. Bau-bauannya adalah dari 100% bahan semulajadi tumbuhan. Ia juga tidak mengandungi sebarang bahan kimia sintetik, steriod, paraben, bahan pewarna dan pewangi tiruan. 



Baunya sangat wangi dan menyegarkan dari gabungan semua bahan semulajadi terpilih yang digunakan. Minyak Telon Affan ini dapat bantu atasi masalah kembung perut, perut sebu dan keras, memberikan lebih haba pada bayi pada waktu cuaca yang agak sejuk, mengurangkan batuk dan kahak serta merawat selesama pada bayi.


2. Baby Balm Affan 

Affan Baby balm pula dihasilkan dengan menggunakan Essential Oil (pati ekstrak) dari bunga kenanga, lavender dan geranium rose. Ia juga turut mengandungi Habassatus Sauda, Minyak Almond dan Minyak Zaitun untuk melindungi dan mengekalkan kelembapan pada kulit. 

Baby Balm Affan dihasilkan 100% dengan bahan organik dengan tujuan sebagai aromaterapi untuk memudahkan anak tidur dengan lena sepanjang malam tanpa gangguan. Ia juga dapat bantu anak untuk menjadi lebih tenang tanpa meragam.



Baby Balm Affan ini juga dapat bantu atasi masalah hidung tersumbat di waktu anak alami selesema. Bukan setakat untuk bayi dan kanak-kanak malah orang dewasa juga boleh menggunakannya. Selesema dengan pernafasan tidak lancar akibat hidung tersumbat memang sangat merimaskan tetapi dengan adanya baby balm begini dapatlah digunakan pada waktu-waktu tersebut. 

Ohya, sebelum terlupa.... baby balm ini juga boleh digunakan untuk atasi masalah ruam pada kulit seperti ruam peluh dan ruam susu, termasuk jugalah ruam lampin pada punggung baby tu.  

Antara Kelebihan Lain Yang Ada Pada Set AFFAN NATURAL

Antara kelebihan dan keistimewaan Affan Natural Telon Oil & Natural Baby Balm ini adalah :

- Boleh digunakan pada baby seawal usia 2 bulan
Sesuai digunakan dari bayi hingga dewasa
Melembapkan kulit dari masalah kekeringan
- Tidak panas dan lembut pada kulit bayi
- Tidak melekit dan mudah menyerap
- Berbau harum dan menyegarkan
Menghangatkan kulit baby pada waktu cuaca yang sejuk



Cara Untuk Menggunakannya

Kedua-dua produk AFFAN Natural Baby Balm & Affan Natural Telon Oil didatangkan dalam bentuk yang mudah bawa dan tidak tumpah. Packagingnya sangat comel dan menarik dengan warna kehijauan. Cara untuk menggunakan ternyata sangat mudah! 



Untuk minyak telon hanya perlu Spraykan sedikit ke tapak tangan kita dan sapukan minyak telon ke dada, perut, bahagian belakang dan sebagainya. Manakala untuk Affan baby balm pula boleh disapu terus pada bahagian yang diperlukan.




Baby Kini Sudah Boleh Tidur Lena dengan Affan Adanya Natural Telon Oil dan Baby Balm

Sejak gunakan set Affan Natural Telon Oil & Natural Baby Balm ini pada Kasih, alhamdulillah nampak Kasih makin selesa dan senang untuk tidur. Malah tidur Kasih juga semakin nyenyak tanpa bangun dengan kerap macam dulu lagi. Kasih sendiri selepas mandi akan terus minta set Affan Natural untuk dipakai pada dirinya sendiri. Ini kalau di biarkan , mahu habis sebekas sehari ni!!



Dalam masa yang sama daku sudah tentu daku rasa happy bila lihat tindakbalas Kasih terhadap set ini. Bagi aku, kedua-dua gabungan Affan Natural Baby Balm dan Telon Oil sebagai set minyak baby terbaik dengan bau yang menyenangkan ini sangat memuaskan hati kerana berjaya memberi kesan yang okay pada Kasih. Alhamdulillah.... 


Antara Testimoni Pengguna Lain Yang Telah Menggunakannya






Baru Dapat Baby? Sedang Mencari Produk Set Minyak Telon Yang Okay? Bolehlah Cuba Affan Natural (Baby Balm & Minyak Telon) Untuk Atasi Masalah Kembung Pada Bayi

Tidak kisahlah baby yang masih kecil ataupun anak yang telah besar, semuanya boleh dipakaikan dengan set Affan Natural Baby Balm dan Telon Oil ini pada bila-bila masa yang diperlukan. Daku sendiri turut menggunakannya dan baunya tu memang sangat best dan ohsem! Wangiiii jer... lembut jer.... 

Tidak berminyak dan tidak melekit pulak tu! Sangat senang dan yang penting masalah kembung perut pada Kasih memang benar-benar dapat diatasi. Paling best ianya juga adalah produk Muslim keluaran anak tempatan yang halal.


Bagi kalian yang berhajat untuk mendapatkan Affan Natural Baby Balm dan Telon Oil ini, bolehlah cepat-cepat hubungi team Imanni Skinz hari ini untuk mendapatkannya secara terus, lagipun sekarang tengah ada promosi tau! Untuk sebarang urusan pembelian dan pertanyaan lanjut boleh hubungi Team Imanni Skinz melalui detail di bawah ini : 


IMANNI SKINZ | AFFAN NATURAL SET UNTUK BABY

Affan Natural Baby Balm : 
Harga Asal : RM45 
Harga Promosi : RM39 

Affan Natural Telon Oil : 
Harga : RM35







Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.