Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Affan Natural Baby Balm & Telon Oil - Teman Baik Anak Di Kala Kembung Dan Selesema

 Affan Natural Baby Balm & Telon Oil - Teman Baik Anak Di Kala Kembung Dan Selesema | Assalamualaikum..... Hari ni daku nak share tentang minyak telon dan juga baby balm. Harap-harap dapatlah beri beberapa info yang boleh dijadikan panduan. Sebelum tu, daku yakin pastinya ibu ayah yang baru nak bergelar ibubapa akan tertanya-tanya, KENAPA semua ibu semacam teruja sangat hendak sapu minyak telon pada bayi masing-masing? Kenapa perlu sapu? Apakah kepentingannya?

Kalau nak tahu penggunaan minyak telon adalah penting untuk bayi. Minyak telon untuk bayi ini ada banyak faedah dan disebabkan itulah ianya akan di simpan sebagai stok di rumah untuk digunakan bila perlu. Antara kelebihan utama dari minyak telon terbaik adalah untuk mengatasi masalah bayi kembung. Minyak Telon ini kebiasaannya digunakan selepas bayi dimandikan untuk memberikan kesegaran kepada bayi

Ada juga yang turut datang bersama baby balm. Antara produk jenama minyak telon dan baby balm yang ada di pasaran buat masa ini adalah SET AFFAN NATURAL yang dikeluarkan oleh pihak IMANNI SKINZ




Set Affan Natural - Dihasilkan Dari Bahan Semulajadi Untuk Pelbagai Kegunaan

Buat masa ini daku membuat keputusan untuk menggunakan Affan Natural Baby Balm dan juga Natural Minyak Telon sebagai persediaan awal sekiranya diperlukan. Affan Natural Baby Balm dan Natural Telon Oil dihasilkan demi untuk memberi keselesaan pada bayi dari pelbagai masalah.

Kandungan dalam minyak telon dan baby balm ini diasaskan dengan menggunakan bahan semulajadi dan kerana itulah ia dipanggil dengan nama 'natural'. Antara kelebihan dan bahan yang terkandung di dalam set AFFAN NATURAL ini adalah seperti yang tertera di bawah ini.




1. Minyak Telon Affan
Affan Natural Telon Oil (minyak telon) ini dirumus khas dari Minyak Almond, Halia, Daun Pudina, Habbatus Sauda Organik, Bunga Geranium, Minyak Kayu Putih, Lavender, Bunga Kenanga, Minyak Ylang-Ylang dan Vitamin E. 

Minyak ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia sintetik, steriod, paraben, bahan pewarna dan pewangi tiruan.. Bau-bauannya adalah dari 100% bahan semulajadi tumbuhan. Ia juga tidak mengandungi sebarang bahan kimia sintetik, steriod, paraben, bahan pewarna dan pewangi tiruan. 



Baunya sangat wangi dan menyegarkan dari gabungan semua bahan semulajadi terpilih yang digunakan. Minyak Telon Affan ini dapat bantu atasi masalah kembung perut, perut sebu dan keras, memberikan lebih haba pada bayi pada waktu cuaca yang agak sejuk, mengurangkan batuk dan kahak serta merawat selesama pada bayi.


2. Baby Balm Affan 

Affan Baby balm pula dihasilkan dengan menggunakan Essential Oil (pati ekstrak) dari bunga kenanga, lavender dan geranium rose. Ia juga turut mengandungi Habassatus Sauda, Minyak Almond dan Minyak Zaitun untuk melindungi dan mengekalkan kelembapan pada kulit. 

Baby Balm Affan dihasilkan 100% dengan bahan organik dengan tujuan sebagai aromaterapi untuk memudahkan anak tidur dengan lena sepanjang malam tanpa gangguan. Ia juga dapat bantu anak untuk menjadi lebih tenang tanpa meragam.



Baby Balm Affan ini juga dapat bantu atasi masalah hidung tersumbat di waktu anak alami selesema. Bukan setakat untuk bayi dan kanak-kanak malah orang dewasa juga boleh menggunakannya. Selesema dengan pernafasan tidak lancar akibat hidung tersumbat memang sangat merimaskan tetapi dengan adanya baby balm begini dapatlah digunakan pada waktu-waktu tersebut. 

Ohya, sebelum terlupa.... baby balm ini juga boleh digunakan untuk atasi masalah ruam pada kulit seperti ruam peluh dan ruam susu, termasuk jugalah ruam lampin pada punggung baby tu.  

Antara Kelebihan Lain Yang Ada Pada Set AFFAN NATURAL

Antara kelebihan dan keistimewaan Affan Natural Telon Oil & Natural Baby Balm ini adalah :

- Boleh digunakan pada baby seawal usia 2 bulan
Sesuai digunakan dari bayi hingga dewasa
Melembapkan kulit dari masalah kekeringan
- Tidak panas dan lembut pada kulit bayi
- Tidak melekit dan mudah menyerap
- Berbau harum dan menyegarkan
Menghangatkan kulit baby pada waktu cuaca yang sejuk



Cara Untuk Menggunakannya

Kedua-dua produk AFFAN Natural Baby Balm & Affan Natural Telon Oil didatangkan dalam bentuk yang mudah bawa dan tidak tumpah. Packagingnya sangat comel dan menarik dengan warna kehijauan. Cara untuk menggunakan ternyata sangat mudah! 



Untuk minyak telon hanya perlu Spraykan sedikit ke tapak tangan kita dan sapukan minyak telon ke dada, perut, bahagian belakang dan sebagainya. Manakala untuk Affan baby balm pula boleh disapu terus pada bahagian yang diperlukan.




Baby Kini Sudah Boleh Tidur Lena dengan Affan Adanya Natural Telon Oil dan Baby Balm

Sejak gunakan set Affan Natural Telon Oil & Natural Baby Balm ini pada Kasih, alhamdulillah nampak Kasih makin selesa dan senang untuk tidur. Malah tidur Kasih juga semakin nyenyak tanpa bangun dengan kerap macam dulu lagi. Kasih sendiri selepas mandi akan terus minta set Affan Natural untuk dipakai pada dirinya sendiri. Ini kalau di biarkan , mahu habis sebekas sehari ni!!



Dalam masa yang sama daku sudah tentu daku rasa happy bila lihat tindakbalas Kasih terhadap set ini. Bagi aku, kedua-dua gabungan Affan Natural Baby Balm dan Telon Oil sebagai set minyak baby terbaik dengan bau yang menyenangkan ini sangat memuaskan hati kerana berjaya memberi kesan yang okay pada Kasih. Alhamdulillah.... 


Antara Testimoni Pengguna Lain Yang Telah Menggunakannya






Baru Dapat Baby? Sedang Mencari Produk Set Minyak Telon Yang Okay? Bolehlah Cuba Affan Natural (Baby Balm & Minyak Telon) Untuk Atasi Masalah Kembung Pada Bayi

Tidak kisahlah baby yang masih kecil ataupun anak yang telah besar, semuanya boleh dipakaikan dengan set Affan Natural Baby Balm dan Telon Oil ini pada bila-bila masa yang diperlukan. Daku sendiri turut menggunakannya dan baunya tu memang sangat best dan ohsem! Wangiiii jer... lembut jer.... 

Tidak berminyak dan tidak melekit pulak tu! Sangat senang dan yang penting masalah kembung perut pada Kasih memang benar-benar dapat diatasi. Paling best ianya juga adalah produk Muslim keluaran anak tempatan yang halal.


Bagi kalian yang berhajat untuk mendapatkan Affan Natural Baby Balm dan Telon Oil ini, bolehlah cepat-cepat hubungi team Imanni Skinz hari ini untuk mendapatkannya secara terus, lagipun sekarang tengah ada promosi tau! Untuk sebarang urusan pembelian dan pertanyaan lanjut boleh hubungi Team Imanni Skinz melalui detail di bawah ini : 


IMANNI SKINZ | AFFAN NATURAL SET UNTUK BABY

Affan Natural Baby Balm : 
Harga Asal : RM45 
Harga Promosi : RM39 

Affan Natural Telon Oil : 
Harga : RM35



17 comments for " Affan Natural Baby Balm & Telon Oil - Teman Baik Anak Di Kala Kembung Dan Selesema"

  1. Minyak yang berasaskan natural atau alami adalah yang terbaik untuk anak kecil kerana kulit mereka yang sensitif. Beli minyak ni pun banyak kegunaannya. Kita mak pak pun boleh guna sekali. Sapu minyak kemudian buat urutan lembut pada bayi, lama la bayi ni tidur.

    ReplyDelete
  2. wah bagus ni. kalau nak buat gift masa pi melawat kawan2 sedara mara pun boleh. lagi bagus untuk bayi ^_^

    ReplyDelete
  3. Benda paling penting wajib ada bila ada anak kecil or baby, bagus khasiat dia.

    ReplyDelete
  4. alahai comel nyer model yg tunjuk perut tu :)
    sebaik nya guna produk trusted gini.
    zaman dulu, aida branak kecik, x byk produk gini.
    dok la beli produk yg lain.
    botol / packaging nyer pun amat cute.

    ReplyDelete
  5. Teringat time 1st baby, time cari keperluan berpantang, salesgirl promote2 minyak telon , then dari sana baru tau kepentingan minyak telon .... yang minyak telon awa guna ni mesti sedap n wangi, ada daun pudina gitu ...

    ReplyDelete
  6. Baby kalau dah kembung perut merupakan satu nightmare buat ibu2. Bagus skrg banyak rangkaian produk utk tangani masalah bayi nie. Xpernah cuba lagi yg jenama nie nanti nk cuba lah

    ReplyDelete
  7. Mesti ramai ibu-ibu/ famili yang mencari bahan bantuan penjagaan anak-anak/ bayi mendapati perkongsian ini sangat membantu. Thanks sebab mempermudahkan urusan ramai.

    ReplyDelete
  8. minyak telon ni memang wajib ada kalau ada anak kecik. serbaguna pulak tu, kalau sesaje nak urut pun boleh, memang anak akan rasa selesa dan lega. lenguh-lenguh pun hilang

    ReplyDelete
  9. Wah, nampak menarik produk ni. Mmg sesuai untuk bayi. Mesti ramai yang mencari produk sebegini untuk digunakan. Saya pun mcm nak beli untuk kakak saya.

    ReplyDelete
  10. Sebagai ibu memang kita akan cari produk yang mengandungi bahan yang selamat untuk baby kan. Namlak bagus produk ni. Nanti nak beli jugaklah. Tq for sharing sis awa.

    ReplyDelete
  11. comel je kasih happy lepas sapu minyak telon affan natural baby ni. Bila Kasih suka, nyenyak tidur mesti Kak Hawa pun lega.

    ReplyDelete
  12. memang patut ada balm dan minyak telon dekat rumah, mana yang ada anak kecil..budak suka diurut dengan minyak telon ni..hangat je badan diaorang

    ReplyDelete
  13. Thanks for the recommendation... have not heard about this brand yet, but perhaps will give it a try since my nephew easily get selesema lately

    ReplyDelete
  14. oh is this a new brand? I first time seeing this. The packaging is nice la but it's a bit expensive. Hope it's good in quality too

    ReplyDelete
  15. Baihaqi dengan tufael suka sangat guna affan oil ni. Wangi pun wangi...mak dia pun selit-selit guna jugak...hihi

    ReplyDelete
  16. Bagus kan sebab serba guna minyak telon Affan ni. Berbaloi beli.

    ReplyDelete
  17. Alololo comelnya semua produk ni. Masa zaman akak takda pun lagi banyak produk macam ni. Akak just guna minyak angin kat farmasi untuk baby tu je. Hehehe

    ReplyDelete