Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Akhirnya Berjaya Bersama Google Adsense Setelah Hampir Give Up !!

Akhirnya Berjaya Bersama Google Adsense Setelah Hampir Give Up !! | Sebagai seorang blogger sudah semestinya ada impian untuk jana income dengan blog sendiri. Bohonglah kalau cakap buat blog hanya suka-suka tanpa ada niat untuk buat duit guna blog ni. Iyalah, masa habis banyak tau untuk naikkan trafik, tulis entry dan sebagainya. Sanggup jugalah bayar bil internet yang lebih mahal untuk dapat aksese yang lebih laju demi blog.  

Sebab itu bila blog daku ini berjaya lulus Adsense, Ya Allah happynya tu hanya DIA saja yang tahu! Rasa macam terbalas sikit susah payah selama ni. Tapi untuk berjaya lulus Google Adsense ni bukannya satu kerja yang mudah. Setelah sekian lama mencuba, menanti dan berusaha untuk diterima, akhirnya baru kini berjaya. Serius cakap, macam tak percaya bila berjaya juga 'lembutkan hati' si Adsense ni. 




Kalau nak tahu daku mohon Adsense dah lama.. sejak awal mula berblog pada tahun 2017 lagi! Tapi asyik gagal jer...  Daku tak salahkan Adsense sebabnya memang masa tu blog belum betul-betul ready lagi. Saat tu seorang demi seorang rakan blog hebohkan khabar gembira lulus Adsense hingga membuatkan hati rasa nak terus cuba dan mencuba. 


Pertanyaan (Adsense Gagal Approved - Apa Perlu Buat?) Terus Berlegar Dalam Kepala

Pertanyaan begini sering berlegar dalam kepala saat apabila Adsense gagal diluluskan. Demi nak dapatkan juga akaun Adsense daku terus berusaha mencari info bagaimana untuk berjaya dalam permohonan untuk meletakkan Iklan Google Adsense di blog ini. Lama jugalah daku berusaha keras ke arah ni. Sambil buat research tentang macam mana nak buat duit dengan blog, aku pun terus juga mencuba nasib untuk apply Google Adsense lagi dan lagi. 

Hasil dari pembacaan di blog rakan-rakan blogger yang lebih arif tentang Adsense ni, rata-rata memberitahu jika nak berjaya buat duit dengan Adsense ni, perkara paling penting ialah konten. Jaga konten blog dengan tulis dalam bentuk yang baik dengan isi kandungan yang bermanfaat. 

Tips Lulus Google AdSenseCara Memohon Kelulusan Google Adsense dan sebagaimana terus daku baca tapi ada jugalah part yang aku tak paham. Haha... Begini rupanya bentuk cabaran untuk setiap blogger demi mendapatkan Google AdSense




Makin hari makin banyak tips untuk lulus mohon google adsense hasil dari pembacaan tu dan ada banyak jugalah yang ku cuba praktikkan. Akhirnya, syukurlah,... permohonan untuk pertama telah diterima. Tetapi, itu baru review yang pertama sedangkan review yang ke dua belum tahu nasibnya lagi. Aduhaiiii.... napa payah bebenor ni?? 

Sekali lagi daku terus baca tips untuk lulus Google Adsense. Ada satu blog ni diberitahu bahawa nak lulus google adsense ni mudah je kalau ikut tips-tips yang diberikan. Eh, rasa macam nak marah pula sebabnya daku sendiri dah cuba macam-macam tapi tetap tak lepas sepenuhnya lagi. 


Antara Sebab Mengapa Review Blog Untuk Adsense Gagal 

Siapa sangka siapa menduga.. email dari Adsense di buka dengan deraian airmata, review tersebut gagal! Aduh.. berkecai harapan lagi nampaknya.... ni nk kena mandi bunga ke apa ni?? Daku pun sempatlah search info mengapa review di tolak dan berdasarkan info yang ada di Google untuk masalah ini adalah :

1. Konten yang tidak cukup 
2. Usia blog yang masih muda
3. Template yang tidak responsive
4. Navigation yang tidak jelas 
5. Terdapat banyak gambar dengan 'copyright'
6. Kadar trafik yang masih rendah 


Pernah Juga Cuba Apply Guna Akaun Youtube 

Apabila percubaanku menggunakan akaun Google untuk blog gagal, maka daku buat keputusan untuk gunakan akaun untuk Youtube. Sekali lagi daku mohon dan akhirnya aku kembali di review review dan review hinggalah memakan masa sehingga berbulan-bulan lamanya. Banyak kali jugalah send email sekali dengan 'screenshot' tapi tetap tak berjaya. Akhirnya dah malas nak kisah untuk dapatkan kelulusan penuh (full account) dari Adsense ni. 

Maka dengan itu daku pun mula tawar hati dan merajuk tahap tak nak di pujuk lagi. Biarlah kalau dah memang tak ada rezeki. Its okay. Daku fokus saja pada Nuffnang dan Innity. Fine! Habis cerita! Daku dah cuba sehabis daya untuk naikkan trafik hingga boleh menawan hati pihak Innity, tapi alih-alih dengan Adsense tetap tak lepas. Hmmm apa nak buat... 



Saat daku hebohkan di wall FB betapa hatiku merajuk dengan Adsense, tak sangka ramai pula yang datang beri kata-kata semangat. Terima kasih semuanya. 


Jika Dah Rezeki Tak Kan Ke Mana

Bila baca balik komen dari rakan-rakan di Facebook, alhamdulilah daku kembali rasa bersemangat semula untuk mencuba. Kali ini daku nekad untuk mulakan dari awal semula. Pada hari yang sama, daku terus apply Adsense sekali lagi dengan terus membiarkan saja akaun yang tak pernah lepas tu.

Akaun email yang pernah ku gunakan untuk apply Adsense dulu kini daku tukar dengan akaun email yang baru. Dalam masa yang sama daku juga turut baca perkongsian berkaitan Adsense daripada mereka yang berpengalaman. Setelah puas daku godek dan hadam apa yang boleh, dengan penuh yakin, nekad dan doa, akhirnya akaun Google Adsense untukku berjaya diluluskan sepenuhnya hanya dalam masa 2 HARI !! 


11 OGOS MOHON - 13 OGOS LULUS !!


Haaa bayangkanlah jika dulu Adsense Sangat Lama Tidak Dijawab Google , hanya mood review semata-mata tapi kini terus lulus dalam masa 2 hari saja?! Mau tak happy.. lagi-lagi bila dapat buat semuanya sendiri. Rasa berbaloi segala penat lelah selama ni. Nasib baiklah ada rakan-rakan bagi semangat kalau tidak memang tak cuba buat semula dah!! Betul-betul mencabar sungguh!! 


[ Baca Juga : Cara Buat Duit Dengan Blog Adsense Hingga Dapat 10 USD Sehari ]


Nasihat Ikhlas Untuk Yang Belum Berjaya

Hanya satu daku nak cakap, jika belum berjaya teruskan cari info dan dalam masa yang sama teruskan perbaiki entry blog dan lain-lain apa yang patut. Jangan jadi macam diri aku ini yang hampir give up di tengah jalan. Jika tak berjaya teruskan mencuba.

Jika terus juga tak boleh nak buat, dah pening sangat kepala tu.... okay cari je mana-mana sifu Adsense untuk bantuk applykan bagi pihak diri sendiri. Cuma jika gunakan khidmat mereka ni memang akan dikenakan bayaranlah sebabnya usaha untuk mohon akaun Adsense ni bukan satu kerja yang mudah. Jika mudah, tentu-tentu semua orang akan lulus Adsense dengan mudah kan???

Teruskan perjuangan...... Sambil-sambil menunggu akaun Adsense nak lulus tu, terus mantapkan blog. InshaAllah akan berhasil juga akhirnya nanti..... Ameen...



26 comments for "Akhirnya Berjaya Bersama Google Adsense Setelah Hampir Give Up !!"

  1. wahhh,, tak sia2 tak give up.. dulu, ekin pun ada apply GA tapi failed, pastuh tukar email, alhamdulillah dah lulus jugak.. hiihiii..

    jom sama2 kumpul duit dari GA..

    ReplyDelete
  2. wow, ada dengar pasal susah nak dapat adsense punya approvals. So congratulations.

    ReplyDelete
  3. tahniah, keep blogging sis.memang seronok berblog bila pada masa sama kita dapat earnings dari blog kann. saya pun dah hampir 3 tahun berblog dengan adsense.Syukur.Memang sangat membantu sebagai pasif income:)

    ReplyDelete
  4. Nice nye.... nak jugak la....tapi no time dah nak belek belek..adakah kuperlu upah org je..hahaa..

    Tahniah yaaa

    ReplyDelete
  5. Tahniah, Kak Hawa. Baru perasan yang blog akak dah ada iklan Adsense.

    ReplyDelete
  6. Ok nnti sy cuba apply tips dari akak ni.

    ReplyDelete
  7. As-salam Siti Awadah,

    Alhamdulillah.. Tahniah. Salam kenal ya :)

    ReplyDelete
  8. congrates..tpi klu tak silap sy income adsense tak elok dipaparkan tkut ada risiko kna banned

    ReplyDelete
  9. Tahniah Hawa, samalah dengan Sis, Sis dah berapa kali mohon, tapi Jan lepas baru approved..dan income dah nak cash out dah, sekali iklan kena hold kejap, tengah menunggu surat nak key in no pin code...tak sabar dah ni nak cash out ....

    ReplyDelete
  10. nak tanya,Nuffnang Malaysia dah tak aktif ke?saya macam nak cuba adsense jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuffnang masih aktif lg.. saya pun masih guna nuffnang juga.. dua2 saya apply.. boleh guna cara yg sama

      Delete
  11. Alhamdulillah. Tahniah Kak Hawa. 💗

    Ruby pun mohon juga ritu. Alhamdulillah dapat. Dalam 3 4 hari dah dapat. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..akhirnya berjaya. Tahniah

    ReplyDelete
  13. Congrats Sis, Adsense memang complicated sikit, apa apa pun kena sabar and jangan give up.

    ReplyDelete
  14. Tahniah.. Adsense la yang paling payah nak apply.. hmmm

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, sikit je is nak tips sebagai former ex adsense, is penah dpt income dri adsense bertahun tiap2 bulan then dgn hanya satu je kena pedajal terus adsense akaun kena banned.


    dari tahun 2013 - sampai 2015 adsense akaun RIP.

    Why?

    blog is kena flood dgn fake traffik dri robot!

    is dah cuba appeal banyak kali bertahun2 termasuk bulan lepas but still kena reject dgn xdilayan terus.

    so tips is dan nasihat is bawa lah adsense nie ke platform lebih selamat mcm wordpress self host.

    sebab leh pasang plugin untuk preven bot attack, spamming, refresh attack, ping attack, dan show ads only to unique visitor iaitu visiter yg masuk blog kita dari organic search engine, then views post kita pertama, kemudian dia klik post seterusnya dan juga post ketiga atau komen, masuknya satu visitor dgn at least 3 views baru ads kita di paparkan kepa dia, kalau sekali plugin ads manager akan ignore dia.

    Salam Blogwalking puasa.
    Jangan Bersedih mahupun gundah Sentiasa Ceria dan Update Blog Selalu Tau.
    Selamat Berpuasa, Selamat PKPB ya.

    http://iskandarx-society.blogspot.com/
    http://iskandarx.blogspot.com/
    https://melayupress.wordpress.com/
    https://twitter.com/iskandarX

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.... saya ulang baca artikel ini..... tahniah....

    ReplyDelete