Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Remember, Everyday Is Holiday! Ini Cara Untuk Menikmatinya

Remember, everyday is holiday! Bila aku terbaca saja ayat ini melalui website ARBA Travel & Tours, aku jadi makin tertarik untuk tahu lebih lanjut tentang ARBA. Ya aku tahu yang ARBA ini adalah sebuah syarikat berkaitan dengan pakej perlancongan tapi kenapa mesti di sebut sebagai "everyday is holiday"? Eh tak kan nak promote untuk orang pergi bercuti hari-hari kot....


Dalam masa yang sama aku cuba merenung ayat tersebut dengan lebih mendalam. Hmmm... alangkah indahnya jika setiap hari yang perlu aku lalui ini boleh terasa bahagia seperti saat sedang bercuti. Jika benar boleh rasa begitu sememangnya ia sangat happening dan best! Happy saja sentiasa tanpa perlu stress. Ohsem sangat.

Demi untuk tahu dengan lebih mendalam akan maksud untuk ayat tersebut, maka daku teruskan pencarian dengan mengodek lamanweb utama milik ARBA Travel & Tours. Dalam banyak-banyak kempen, pakej percutian ke Sabah telah berjaya menarik minatku. Lagi pula daku memang belum pernah jejakkan kaki ke sana. Bila lihat cadangan tempat menarik seperti pemandangan Gunung Kinabalu yang seperti suasana di New Zealand, hati aku benar-benar rasa teruja. Nampak gaya perlu bincang dengan encik suami ni.


ARBA Travel Antara Syarikat Yang Semakin Berkembang Maju Dari Hari Ke Hari

Sambil melihat pakej-pakej yang ada di ARBA Travel & Tours, daku turut membaca info lain yang berkaitan dengan syarikat ARBA itu sendiri. Terkejut juga bila lihat pencapaian mereka. Rupa-rupanya ARBA Travel merupakan TOP 30 SME IN MALAYSIA.

Dari 1.2 juta SME di Malaysia, ARBA Travel telah dinobatkan sebagai ‘Top 30 SME in Malaysia’ pada 2017 oleh SME Corp Malaysia. ARBA Travel juga satu-satunya ‘Travel Agency’ Malaysia yang pernah memenangi anugerah berprestij tersebut. Secara purata, SME di Malaysia mengambil masa 15 tahun untuk tersenarai dalam Top 50. ARBA Travel adalah syarikat bumiputera terpantas memperoleh anugerah tersebut iaitu hanya selepas 3 tahun penubuhan. Hebat betul ni!


Team ARBA Travel Lain Daripada Yang Lain

Ditubuhkan pada tahun 2014 oleh graduan luar negara, ARBA Travel kini menjadi antara syarikat pelancongan yang berkembang secara pantas di Malaysia. Bermula dengan 3 orang, kini ARBA Travel berkembang kepada lebih 50 orang pekerja sepenuh masa.

Apa yang lebih menariknya lagi, ARBA tidak hanya menumpukan tentang 'soal kerja untuk kejar matlamat' semata-mata sebaliknya pihak ARBA Travel ini turut mengutamakan suasana berkerja itu sendiri supaya semua staff berada di dalam keadaan happy dan tenang.


Antara perkara menarik yang boleh dinikmati sebagai salah seorang staff kerja ARBA Travel ini adalah :

1. Income bulan di bayar sehingga 2 ke 3 kali ganda lebih tinggi daripada gaji industri. Ini tidak termasuk bonus tahunan.

2. P2P  (Peer-to-Peer Monthly Bonus)

3. Elaun Perumahan / Pengangkutan

4. Takaful Medical Card.

5. Travel percuma + duit elaun sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Boleh pilih ingin ke Korea, Eropah atau ke dua-duanya sekali.


6. ‘Staff Price Travel’ diberikan pada setiap staff ARBA termasuk untuk pasangan, anak-anak, mak ayah, ibu dan bapa mertua. Harga sangat murah dan boleh dinikmati tanpa had limit setiap tahun. Dalam erti kata lain, boleh bercuti atau pergi umrah berulangkali untuk seisi famili dengan harga yang terlajak murah!

7. ‘Bring Child Anyday Policy’. Ini sangat fun! Bayangkan bila boss kasi lampu hijau untuk bawa anak-anak ke office pada bila-bila masa. Hilang masalah dan dapat juga kualiti time dengan anak. Malah anak juga akan turut rasa happ bila dapat kenal dengan ramai uncle & auntie dari team ARBA  yang sangat super fun.


8. Waktu kerja Office hour untuk ARBA bermula dari jam 9.45AM sehingga 3.45PM (6 jam saja). Ini bermakna para staff ARBA Travel tak perlu sangkut dalam traffic jam untuk datang kerja dan tak perlu juga sangkut dalam traffic jam semasa ingin pulang dari kerja. Kan best tu! Kualiti time dengan anak isteri juga semakin banyak.

9. Diterima saja berkerja dalam ARBA maka automatik akan di beri Macbook & iPhone setiap seorang.



10. Susana office sangat super best. Pejabat sangat luas dan happening dengan design yang cantik dalam konsep santai dan happening.


Hati Mula Cemburu Dengan Team ARBA Travel (Dalam Masa Sama Bangga Dengan Kejayaan Mereka)

Jika aku ini sedang berada dalam situasi mencari pekerjaan, terus terang aku sangat teringin untuk bersama team ARBA Travel. Bayangkanlah betapa banyak dan bestnya segala kemudahan yang bakal diperolehi sebagai salah seorang staff. Gaji lumayan, suasana kerja ohsem dan di tambah lagi dengan peluang untuk bercuti yang tidak ada limit. Haa apa lagi yang kurang?

Bila lihat team ARBA Travel dengan tahap mereka sekarang ini aku juga ikut rasa berbangga dan terus terang rasa keyakinan aku untuk menggunakan pakej mereka semasa bercuti telah meningkat dengan sendirinya.


Hajat awal ingin tahu tentang ARBA Travel untuk dapatkan pakej percutian ke Sabah saja tapi tak sangka semakin daku baca info tentang ARBA ini semakin jatuh hati pula aku tentang team mereka. Tahniah ARBA dan semoga kalian akan terus maju dari hari ke hari. Buktikan yang syarikat perlancongan begini juga boleh maju dan gah di mata dunia.

Aku juga ikut berdoa semoga suatu hari nanti semakin banyak syarikat yang boleh mengikut jejak langkah ARBA dalam menguruskan hal ehwal staff untuk terus berkerja dalam suasana yang aman, santai dan seronok.



2 comments for "Remember, Everyday Is Holiday! Ini Cara Untuk Menikmatinya"

  1. Wow... liez pernah dengar nama travel agent ARBA ni masa keje dulu. Antara company yang famous jugak.

    ReplyDelete
  2. Dapat macbook n iphone. Nak keje dengan ARBA lah gini.

    ReplyDelete