Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Mohon Dan Semak Kemasukan Anak Ke Pra Sekolah (Tak Berjaya Boleh Buat Rayuan)

Cara Semak Kemasukan Anak Ke Pra Sekolah (Tak Berjaya Boleh Buat Rayuan) | Tahun 2020, anakku yang nombor 5, iaitu Awwal akan genap berusia 5 tahun. Maka daku dan suami dah buat kata sepakat untuk menghantarnya ke Pra Sekolah sama seperti anak-anak kami yang lain. 

Bilakah tarikh semakan keputusan PraSekolah 2020 keluar? Jawapannya bermula 5 Ogos 2020. Untuk tahun 2021, 2022, 2023, 2024 dan seterusnya akan bergantung pada tarikh yang akan dikemaskini oleh pihak  Kementerian Pendidikan Malaysia dari masa ke semasa.

Jika sebelum ini permohonan dilakukan secara direct dengan mengambil borang permohonan di mana-mana sekolah yang ingin di pohon, tetapi sekarang dah berbeza. Malah cara untuk membuat permohonan untuk masuk ke pra sekolah menjadi makin mudah dan cepat sejak diwujudkan permohonan secara online.


Cara Untuk Mohon Kemasukan Ke Pra Sekolah 

Cara nak buat permohonan ni tak susah, jangan risau. Apa yang perlu dilakukan adalah :

1. Terus pergi ke website utama milik Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikhususkan untuk Pra Sekolah ( Klik Sini )

2. Login sistem ePrasekolah untuk permohonan & pendaftaran ke prasekolah bagi tahun 2020. Permohonan online dibuka 1 Mac - 30 April 2019.

3. Daftar akaun pada lamanweb tersebut dan pilih pada menu Borang Permohonan Pra Sekolah untuk mendapatkan borang yang perlu di isi.


4. Lihat arahan yang telah disediakan. Apa yang perlu di buat adalah :

  • a) print borang tersebut
  • b) isi borang tersebut dengan lengkap
  • c) sediakan dokumen lain yang di minta seperti salinan surat beranak, salinan my kid milik anak, salinan surat nikah ibu ayah dan sebagainya. 
  • d) dapatkan cop pengesahan untuk semua dokumen dari penghulu dan sebagainya
  • d) lekatkan sekeping gambar pasport anak ke borang tersebut
  • e) hantarkan borang permohonan yang telah lengkap ke prasekolah yang ingin di mohon.

Setelah itu pihak prasekolah akan masukkan semua data ke dalam sistem sebagai bukti penerimaan permohonan. Akhir sekali hanya perlu tunggu pengesahan sama ada berjaya ataupun sebaliknya. Tarikh untuk buat permohonan ini selalunya di buka sejak 01 Mac sehingga 30 April namun tarikh ini mungkin berubah dari masa ke semasa.


Cara Untuk Semak Keputusan Kemasukan Anak Ke Pra Sekolah

Cara Semak Keputusan Permohonan Online Kemasukan Anak Ke Prasekolah KPM Ambilan Tahun 2020 boleh dibuat bermula 5 Ogos. Manakala tarikh untuk Keputusan Permohonan Online Kemasukan Anak Ke Prasekolah KPM bagi tahun 2021, 2022, 2023, 2024 dan seterusnya akan dikemaskini kelak oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dari masa ke semasa. 

Buat ibu bapa dan penjaga yang ada membuat bolehlah terus di buat semakan. Untuk buat semakan ini mudah saja. Apa yang perlu dilakukan hanyalah untuk pergi ke lamanweb utama milik Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikhususkan untuk Pra Sekolah ( Klik Sini ), masukkan nama dan kata laluan sebagaimana yang telah di daftarkan saat mula buat permohonan dulu.




Setelah itu, klik pada bahagian Semakan dan Kemaskini Permohonan , setelah itu keputusan akan terus terpampang sama ada berjaya ataupun gagal. Alhamdulillah, untuk permohonan anakku Awwal telahpun berjaya. Syukurlah, tak perlu lagi buat sebarang rayuan.




Ibu Bapa Boleh Buat Rayuan Untuk Kemasukan Anak Ke Pra Sekolah

Tempoh untuk membuat rayuan turut di buka. Ini bagi memberi peluang kepada mana-mana ibu bapa yang mungkin terlambat dan terlupa untuk membuat permohonan sepanjang tempoh yang diberikan dulu. Biasalah, kadangkala ibu bapa sibuk dan terlepas pandang. Daku sendiri nyaris terlupa tau! Mujurlah encik suami alert.

Tarikh untuk rayuan selalunya akan di buka serta merta selepas tarikh permohonan lain dikeluarkan. Ini bermakna rayuan boleh di buat selalunya bermula dalam bulan Ogos namun ianya turut tertakluk pada pindaan tarikh. Jadi cara terbaik eloklah check sendiri nanti pada lamanweb EPrasekolah itu sendiri.


Tarikh Permohonan Dan Semakan Keputusan Boleh Berubah Mengikut Tahun

Sebagaimana yang dikatakan tadi, tarikh semakan keputusan daftar murid pra sekolah KPM bagi tahun 2020 telahpun keluar dan untuk carian maklumat semakan keputusan permohonan kemasukan anak ke pra sekolah bagi tahun 2021, 2022, 2023, 2024 dan seterusnya, tarikh semakan akan dikemaskini nanti oleh pihak KPM dari masa ke semasa. 

Yang pasti, selalunya tarikh permohonan untuk Pendaftaran Online KemasukaMurid Prasekolah dibuka sejak bulan Mac hingga April. Manakala Semakan Keputusan Permohonan PraSekolah KPM pula di buka sejak bulan Ogos. Dan untuk Rayuan Pendaftaran Murid Prasekolah akan terus di buka sebaik saja keputusan diumumkan.




Penting!! Wajib Cetak Surat Tawaran Setelah Permohonan Berjaya

Bagi permohonan yang telah berjaya wajib mencetak Surat Tawaran Permohonan dan di surat itu juga telahpun ada tarikh dan masa bila patut di bawa anak ke sekolah terbabit untuk sesi pendaftaran. Daku sendiri alhamdulillah syukur rasanya. Tak sabar pula nak hantar Awwal ke sekolah. Wah dah makin besar pun!


Surat Tawaran Sekolah Untuk Anakku Awwal



Untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak untuk dihantar ke Pra Sekolah, jangan lupa untuk beri perhatian tentang tarikh permohonan. Jangan nanti terlepas tarikh jika mahu urusan berjalan dengan lancar. Daku sendiripun nasib baiklah ada suami tolong ingatkan. Kalau tidak alamatnya terpaksa mohon kemasukan dalam bentuk rayuan.

Jika anda ingin mengetahui cara permohonan tahun satu boleh merujuk kepada website tersebut untuk mendapat panduan lengkap.


Itulah serba sedikit info tentang Semakan Keputusan Permohonan Dan Rayuan PraSekolah KPM 2020 Online Dan Manual. Semoga dengan adanya panduan Semakan keputusan permohonan murid Prasekolah 2020 KPM ini dapat membantu serba sedikit pada semua ibu bapa di luar sana. 


SEMOGA BERJAYA... JOM HANTAR ANAK KE PRA SEKOLAH =D


8 comments for "Cara Mohon Dan Semak Kemasukan Anak Ke Pra Sekolah (Tak Berjaya Boleh Buat Rayuan)"

  1. İnteresting post😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  2. Oooo sistem pentadbiran pendidikan negara kita dah semakin baik.. Harap2 level pndidikan kita pon makin bagus la...

    ReplyDelete
  3. sekarang semua dh gunakan online, tp tetap kene alert tentang tarikh nya... kalau terlepas naya jgk

    ReplyDelete
  4. macam mana saya nak cetak surat tawaran tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. login masuk ke website tu dan kat sana mmeang ada ditunjukkan link untuk cetak surat tawaran tu.. klik je situ then boleh terus print guna printer

      Delete
  5. Assalamualaikum.. nk tnya ank okey ke antar ke pra sekolah masa tahun 2019

    ReplyDelete
    Replies
    1. permohonan tahun 2019 dan anak saya start hantar tahun ni (2020). alhamdulillah semua okay, dia pandai bawa diri walau usia baru 5y

      Delete
  6. Kalau tadika tak ada dalam senarai tadika berdaftar kpm , boleh ker?
    Saya kurang faham pendaftaran eprasekolah ni mmg wajib ker?

    ReplyDelete