Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jom Makan Street Churros Sedap Dengan Promosi Super Murah Sempena Merdeka!

Jom Makan Street Churros Sedap Dengan Promosi Super Murah Sempena Merdeka! | Assalamualaikum, hari ni daku nak share satu info yang patut dilepaskan oleh semua, terutama di kalangan pengemar churros. Bila sebut churros, pastinya nama STREET CHURROS bermain kat kepala kan? Mau tak nya, Street Churros ni memang ohsem giler! Sedap sangat-sangat! Mujurlah Street Churros ni turut ada di Kota Bharu kalau tidak dah tentu kempunan. 

Nak dijadikan cerita, pada hari tersebut daku bersama suami dan anak-anak ke AeonMall Kota Bharu untuk shopping barang sikit dan biasalah bila bawa anak ni, mulalah datang rengekan lapar dan boring. Ah sudah! Nak makan menu berat baru je lepas lunch hour. 

Toleh kiri, toleh kanan.. haa cafe mini Street Churros ada di depan mata. Apalagi melantak dengan churros la jawabnya. Bila tiba kat kaunter, eh ada promosilah pulak!! Pucuk di cita ulam mendatang kata peribahasa melayu. Terus tak teragak-agak untuk order. 


Sambil menunggu pesanan tiba, daku lihat agak ramai juga pelanggan lain yang turut singgah di cafe comel Street Churros ini. Mungkin juga masing-masing tertarik dengan promosi yang sedang berlangsung. BELI 3 PERCUMA 1 untuk setiap pembelian churros sepanjang bulan Ogos tau! 

Promosi ini adalah bersempena dengan bulan kemerdekaan negara kita. Sepanjang bulan Ogos semua pelanggan seluruh negera boleh beli dan nikmati churros sedap dengan tawaran tersebut. Dan pada tarikh 31 Ogos 2019, semua pelanggan Street Churros akan di beri diskaun sebanyak 31%. Haa banyak kan?


Pagi pendapatku sendiri, STREET CHURROS adalah sebuah take out cafe tahap global no.1. Walaupun Street Churros ini bermula di Korea dengan street mereka yang sangat happening tapi ternyata ia turut mampu menarik minat ramai orang termasuk di Malaysia. Daku sendiri jatuh hati dengan rasa churros yang lembut di dalam dan rangup di luar. Bila makan asyik je sampai tak angkat kepala. Hehe. 

Tak lama lepas buat pesanan, makanan yang ditunggu-tunggu dah pun siap! Anak-anak yang tadi merengek dah mula tersenyum suka. Daku dan suami of courselah tumpang makan sekali. Tak kan hanya nak telan air liur lihat anak-anak saja makan kot. Mana tahan. Kiki... 


Street Churros Menawarkan Pelbagai Menu Sedap Untuk Dinikmati 


Street Churros sedap ke tidak? Jujur cakap dalam banyak-banyak churros yang daku pernah makan paling sedap sekali adalah di Street ChurrosBetul sedap bila makan churros dekat Street Churros ni, tak tipu! 


Sebab tu jika ada peluang eloklah cuba sekali Street Churros dan bab menu jangan bimbang kerana ada banyak pilihan untuk di cuba. Paling penting churros yang di buat adalah dari adunan segar dan akan dihidangkan secara panas-panas. Kiranya bila ada order baru akan di masak. 

Kalau nak tahu, menu kat Street Churros ni memang banyak. Antara rasa yang sudah sebati dengan Street Churros ni pula adalah Cinnamon, Chocolate, Honey BBQ dan banyak lagi. Antara menu yang telah nikmati bersama famili pada hari tersebut adalah seperti yang ada di dalam gambar kat bawah ni. Meriah kan?



Cadangan Menu Best Yang Harus Dicuba Dari Street Churros 

Bagi korang yang belum pernah cuba makan churros di Street Churros ni, di sini daku kongsikan beberapa menu best yang patut di cuba. Sekali makan pasti akan teringat tau! Antaranya menu best tersebut adalah :

1. CHURROS FRIES
Bentuk Churros Fries ni sama seperti macam fries biasa. Agak panjang dan kecil sedikit dari churros biasa. Ianya cukup sesuai dengan kanak-kanak sebab sizenya yang mudah pegang.


2. STICK CHUROSS
Stick Churros ni besar sikit dari Churros Fries. Sizenya lebih kurang macam Street Churros basic yang biasa cuma bentuknya saja yang agak berbeza. Ia turut diletakkan seasoning seperti Choco, Cinnamon dan Honey BBQ. Boleh juga campur dua perasa dalam satu bekas. Daku paling suka rasa Cinnamon. Sangat sedap dengan teskturnya yang lembut di dalam dan rangup di luar. Seasoningnya juga sedang elok secukup rasa. 



3. CHURROS (BASIC) with DIPPING SAUCE 
Yang ni kira basic churros dan juga signature utama di sini. Ia di datangkan dengan tiga perisa iaitu chocolate, honey BBQ dan juga cinnamon. Dipping sauce juga ada di jual secara berasingan bagi kalian yang mahukan sos pencicah untuk dinikmati bersama.



4. LONG FRIES 
Jika tadi churros fries yang agak pendek dan mudah untuk dipegang dan dinikmati oleh kanak-kanak, ini pula long fries yang agak wow!! Mana taknya kalian tengok sendiri sos dan cheese yang tahap meleleh tu. Kat atas ada dan kat bawah pun ada tau.


Daku rasa sedikit yang sos tu, omg pedas gak! Haha... kebetulan encik suami memang hantu pedas so dialah yang kaut makan habiskan sorang. Daku dan anak-anak lebih prefer yang dihidangkan bersama cheese. Sedap! Memang sedap! Punyalah asyik makan, tak sedar dah licin! Hehe... 





5. FILLING CHURROS
Satu lagi yang memang patut cuba adalah Filling Churros. Eh ini bukan tahap patut tapi wajib! Mesti dapatkan kalau ke Street Churrose. Malah filling churros ini adalah my favourite. Yes dalam banyak-banyak menu this one is so good!! Kalau tak cuba yang ini memang menyesal. Serius beb!


Bentuknya yang agak panjang dan agak besar pekena sensorang memang ohsem. Istimewanya Filling Churros ni disebabkan oleh kehadiran inti (filling) di bahagian dalamnya. Bila gigit umphhhh terus meletus dalam mulut. Makan pulak panas-panas, memang sedap. 


Ada 3 jenis filling untuk di pilih iaitu chocolate, cream cheese dan honey BBQ. Tak perlu sibuk  dalam mana-mana sos lagi dah. Bila sampai terus je ngap masuk mulut. Memang heaven! Daku sendiri hari tu hadap dua perisa seorang diri. 

Itupun rasa macam nak order lagi banyak-banyak punyalah sedap dan best layan. Mujurlah sempat perasan jelingan maut encik suami kat sebelah yang dah mula pening kepala tengok bininya makan tak ingat dunia! Hahaha =D


Dalam banyak-banyak perisa, daku rekomen yang coklat. Kalian tengoklah sendiri betapa banyaknya inti yang diletakkan kat dalam filling churros ni. Memang tak kedekut bahan ni. 


Nak Makan Churros Yang Super Sedap? Jom Singgah Ke Street Churros Dengan Harga Super Jimat Sempena Merdeka!

Makin lama daku membebel bercerita tentang Street Churros ni, makin menjadi-jadi pula rasa teringinku untuk pergi makan lagi. Seriously, pergilah cuba makan walau hanya sekali. Memang sangat berbaloi. Harga pun sangatlah berpatutan sekali. Kualiti dan rasa juga terbaik. 

Alhamdulillah, happy rasa hati apabila Street Churros di buka di Aoenmall KB ni. Lokasinya yang betul-betul di tingkat bawah berdekatan dengan pintu masuk ke bahagian jualan barangan dapur lebih memudahkan kerja. 



Untuk semua Street Churros fans, lekas grab peluang promosi BUY 3 FREE 1 dan juga 31% discount pada 31 Ogos ini. Jangan tunggu lama-lama kerana promosi ini hanyalah untuk sepanjang Ogos 2019 sahaja!! 

Jom Makan Churros Ohsem Super Sedap di....

STREET CHURROS MALAYSIA
Website | Facebook | Instagram

Alamat: Lot K06, Delica Foodcourt G/F,
AEON MALL Kota Bharu,
Bandar Baru Lembah Sireh,
15050 Kota Bharu, Kelantan

Telefon: 012-961 8179

( Tingkat bawah sekali berhampiran dengan kedai roti, sushi dan tealive)

9 comments for "Jom Makan Street Churros Sedap Dengan Promosi Super Murah Sempena Merdeka!"

  1. Yang fries tu nampak sedaplah😋.

    ReplyDelete
  2. Salah satu fav sis ni. Memang kalau kemana mana, nampak street churros ni sis sure singgah beli. Mmg sedap x terkata..hehehe

    ReplyDelete
  3. ala Street Churros ni ada jer promosi tau mesti kita akan cuba sedap best hehehehe kali ni untuk Merdeka lak ok lah kena pergi ni nak pergi kat IOI City Mall

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi makan churros, tapi sambil baca review ni macam nak mencuba pulak... boleh la masuk wishlist churros ni

    ReplyDelete
  5. Tak pernah nikmati Churros lagi, alangkah baiknya jika di kedah amnya ada satu, boleh Naim mencuba nya. melihat gambar pun dah terliur. hee

    ReplyDelete
  6. Sukaaa street churros!!! kawan i cakap bubble tea dia sedap jugakkk! boleh la try sekali dengan menu yang lain.

    ReplyDelete
  7. Cip panjang tu nampak menarik la. kalau diberi pilihan confirm chip tu je yang dibeli banyak. haha, memang buatkan hati nak keluar cari fries kat uptown malam ni..

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya sis belum cuba lagi ye Street Churros ni. Dari dulu nampak org dok post. Sekali lagi nampak ni terus teringin betul nak cuba. Semua nampak sedap especially yang ada dipping sos tu, nampak semua sedap la aih. Harus beli sebab tengah promo.

    ReplyDelete