Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Lengkap Untuk Bercuti Ke Pulau Redang Bersama Anak Kecil & Kanak-Kanak

Dimanakah tempat yang seronok untuk bercuti kat Malaysia ni? Hmmm rasanya banyak sangat tempat yang seronok kan? Almaklumlah negara kita ni memang dalam kategori cantik kot. Sebagai salah seorang yang stay dii kawasan pantai timur sudah semestinya daku sarankan pulau-pulau yang ada banyak di sekitar perairan Terengganu. Salah satu daripadanya sudah tentulah Pulau Redang. 



Percutian Ke Pulau Redang bersama keluarga adalah satu aktiviti yang patut di cuba! Serius best! Memang sangat-sangat seronok hingga tahap tak mau balik tau! Bolehkah untuk pergi bercuti di Pulau Redang tanpa pakej? Jawapannya boleh saja... cuma jika mahu segalanya berjalan dengan lancar ada baiknya hubungi mana-mana pihak yang sesuai untuk dapatkan harga pakej percutian yang sesuai. Dont worry tak semua pakej tu mahal. 

Daku sendiri alhamdulillah dah berjaya jejakkan kaki ke Pulau Redang. Bukan hanya bersama famili tapi juga dengan anak-anak sekali. Kiranya ini adalah percutian ke Pulau Redang untuk bercuti berserta dengan pengalaman sebagai ibu ayah untuk lalui pengalaman bercuti ke Pulau Redang bersama anak kecil juga. 



Keindahan Pulau Redang Tiada Siapa Boleh Nafikan

Jika dulu hanya dengar saja orang cakap Pulau Redang ni cantik! Pulau Redang ni best! Dan ternyata semua itu memang betul pun. Cuma dulu susah nak bayangkan cantiknya tu bagaimana tapi setelah pergi sendiri hmmmmm memang tak terucap dengan kata-kata. Tersangatlah cantik hanya Tuhan saja yang tahu. Air yang jernih dengan ikan cantik jinak-jinak bermain di sekeliling benar-benar membuatkan kenangan ni sangat manis untuk dikenang sampai bila-bila. 




Banyak Aktiviti Boleh Dilakukan Di Pulau Redang Bersama Anak 

Melancong ke Pulau Redang tak akan boring kerana kat sana ada banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan. Antara aktiviti paling popular sudah semestinya aktiviti snorkeling. Bercuti ke Pulau Redang tanpa melakukan aktiviti snorkeling memang tidak lengkap sama sekali. Untuk anak kecil boleh juga di bawa main air dengan penggunaan jaket keselamatan dan juga pelampung.


Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah bermain di tepi pantai bersama anak-anak. Jika nak berjemur ala mat dan minah salleh pun boleh tapi rasanya tak payahlah kot. Kan tak pasal makin hitam pulak. Kiki.... 

Memadailah teman anak bermain pasir dengan penuh rasa happy. Air kat Pulau Redang ni pun bersih dan jernih jadi tak perlu risau apa-apa. Selain dari tu boleh juga berkelah beramai-ramai, menaiki bot untuk keliling pulau dan sebagainya. 


Panduan Untuk Bercuti Ke Pulau Redang Bersama Anak Kecil & Kanak-Kanak

Disebabkan daku bercuti bersama suami dan anak-anak maka rasanya elok sangat jika daku kongsikan sekali panduan dan tips bagaimana untuk bercuti ke Pulau Redang bersama anak kecil. Semoga dengan adanya tips dan panduan ni dapatlah membantu memberi sedikit info kepada ibu dan ayah yang sedang merancang untuk bercuti ke Pulau Redang tu. 



1. Perlukan Kerjasama Penuh Secara Berjemaah 


Nak cuti dengan seronok sama-sama kan? Maka tanggungjawab untuk jaga anak kecil dan kanak-kanak perlu dilakukan secara berjemaah. Tak ada istilah ini anak kau dan ini anak aku. Sambil jaga anak sendiri prihatin juga dengan anak sahabat dan ahli famili lain yang di bawa bersama. 

Cumanya perhatian penuh sudah semestinya oleh ibu dan ayah untuk anak itu sendiri. Dalam erti kata lain suami isteri perlu sama-sama pikul tanggungjawab untuk pastikan keselamatan anak masing-masing terjaga. 

2. Bawa Makanan Ringan Sebagai Bekalan

Makanan ringan dan makanan segera elok di bawa sekali. Sebabnya selepas puas bermain di air memang akan cepat terasa lapar. Paling elok bawa roti, sandwich, bun, keropok kerepek, burger, donut, hotdog dan sebagainya. Bawa juga bekal coklat berangin seperti Hudson dan asam asam kot kot ada yang akan rasa tak sedap badan nanti. 


3. Jangan Sesekali Lupa Untuk Bawa Air Kosong

Panas tau! Jadi sangat penting untuk bawa air kosong sekali. Keadaan di pulau ni memang panas dan kering jadi air kosong adalah sangat bagus untuk pulihkan tenaga. Nak lagi best bawa satu botol minuman sendiri dengan air kosong berais. Nak bawa air yang lain pun boleh cuma jangan sesekali bawa air yang ada kandungan susu dan malt seperti milo, neslo, vico, horlick dan sebagainya. Kan tak pasal boleh muntah oiii... 

4. Jaga Anak Dan Mandi Laut Secara Bergilir

Jika anak hanya dua orang dan ke dua-duanya mahu turun sama ke laut untuk berenang dengan ikan maka bolehlah turun secara serentak tapi jika ada anak lebih dari dua orang maka lebih afdal jika turun secara bergilir. Begitu juga jika rasa tidak yakin dengan air. Kan tak pasal diri sendiri panik, anak pula yang akan jadi mangsa lemas. Daku sendiri lebih senang turun seorang dari bersama anak kerana rasa kurang yakin. Mujurlah cik suami yang pandai berenang ada maka dialah yang handle semua anak untuk aktiviti bermain dalam air begini.



5. Beli Dan Pakaikan Sunblock Pada Diri Sendiri dan Anak Anak

Kat sana memang panas! Kalau tak di sapu dengan sunblock alamatnya bila balik nanti akan perasan kulit jadi berbelang macam zebra. Sini putih situ gelap! Jika memang ada impian nak kulit tan no hal tapi kalau risau kulit yang putih tu nampak terpakai jangan sesekali lupa pakai sunblock. Paling penting sapukan pada semua anak-anak yang di bawa sekali tu. Tapi awas jangan pakai banyak sangat tau sebabnya sunblock ni boleh bawa kesan tak elok untuk batu karang yang ada kat dalam air tu. 

6. Pakaikan Anak Dengan Seluar Kecil Bagi Gantikan Pampers

No pampers! Sorry ye... nak pakai sementara sampai kat sana tak apa tapi bila nak turun ke dalam air sila buka. Daku bernasib baik sebabnya ada anak dipakaikan dengan cloth diapers sebelum ni jadi bahagian luar cloth diaper yang kalis air itulah telah daku pakaikan pada Kasih yang masih kecil ni. 


7. Pakaikan Anak Dengan Baju Mandi Atau Baju Nipis Mudah Kering

Jika anak memang akan turun mandi maka pakaikan terus dengan baju mandi masing-masing dan jika anak tu masih kecil lagi maka boleh pakaikan dengan baju yang diperbuat daripada kain yang tidak terlalu tebal dan mudah serap peluh. Barulah anak akan berasa selesa dan tidak terlalu panas disebabkan penyerapan haba. 


8. Sila Bawa Sekali Nursing Cover / Sweater Berzip 

Untuk ibu yang masih menyusu badan jangan sesekali lupa untuk bawa bersama nursing cover. Nak bawa sweater berzip di bahagian hadapan juga boleh. Ia bukan saja dapat bantu semasa ingin menyusu bahkan boleh juga dijadikan bantal jika anak mahu tidur dan boleh juga diselimutkan pada anak jika anak berasa sejuk selepas bermain air. 


Boleh Juga Bawa Barangan Sampingan Lain Untuk Keperluan Sampingan Semasa Di Sana

Ada lagi barangan lain yang boleh di bawa bersama sebagai bantuan. Antaranya seperti :
  • tuala mandi
  • beg kalis air untuk isi handphone, dompet dan lain-lain
  • beg plastik untuk isi baju basah
  • tikar boleh lipat untuk duduk di pantai

       Baca Juga : Kenangan Day Trip & Snorkeling Di Pulau Redang Dengan Alur Galley Suites


Anak Tak Muntah Ke Naik Semasa Naik Bot Ke Pulau Redang Ni?

Inilah rupa bot yang digunakan untuk ke Pulau Redang. Walaupun nampak kecil tapi alhamdulillah selesa dan tidaklah terlalu kecil bagai yang di sangka. Adakah muntah ketika naik bot ni? So far semasa kami ke sana pergi dan balik tidak ada seorang pun yang muntah. Lagipun naik bot ni udara segar akan menerpa ke muka jadi sangat-sangat best dan segar dapat bernafas dengan udara yang best dan berangin.


Cuma tak dinafikan bila bot dah berhenti tu memang rasa lah sikit bila terkena alun laut. Semasa kat sini ramai yang rasa mahu muntah kan? Tapi alhamdulillah anak-anak semuanya okay. Masing-masing tidak rasa apa-apa.

 

Keputusan Bercuti Ke Pulau Redang Memang Sangat Tepat


Bercadang untuk melancong ke Pulau Redang? Jangan jadikan ianya sekadar angan-angan sebab Pulau Redang memang sangat best sekali. Pakej ke Pulau Redang juga banyak untuk memudahkan lagi urusan untuk bercuti dengan senang dan gembira tanpa sebarang masalah. 

Yang pasti, Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Bila tiba cuti sekolah makin ramai yang akan ke sana. Jika ada niat untuk bercuti ke Pulau Redang teruskan dan jika kebetulan pula ada anak kecil, jangan risau masih lagi boleh bercuti ke Pulau Redang bersama anak-anak. Yang penting kena bijak sediakan persiapan dengan barangan yang patut ada untuk anak berasa lebih selesa tanpa banyak ragam.



Impian Bercuti Ke Pulau Redang Dengan Anak Kecil Telah Sukses !!

Alhamdulillah, daku dah berjaya melancong ke Pulau Redang dengan anak-anak dan suami. Tiga famili pergi bersama dan masing-masing berjaya handle anak dengan penuh sukses sepanjang percutian ni. Kami tiga orang mak dara dengan anak yang masih kecil telah berjaya bercuti tanpa sebarang masalah berkat penggunaan tips dan panduan di atas.


Kalian bila lagi? Jom ke Pulau Redang walau hanya untuk sekali. InshaAllah akan rasa happy dan silap haribulan tak sabar untuk pergi lagi berulang-ulang kali selepas percutian untuk kali yang pertama. Jom bercuti!! Pulau Redang memang best!!


5 comments for "Panduan Lengkap Untuk Bercuti Ke Pulau Redang Bersama Anak Kecil & Kanak-Kanak"

  1. wahhh seronoknya sis. rasanya kalau first time elok ambik pakej, kalau dah pernah pergi tak yah ambik pun takpe kan?
    thankyou sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga mcm tu... cuma kalau sis mungkin akan juga pakej .. sbb nk smooth... kalau terus gi gitu takut ramai n payh dpt boaat semua je... haha

      Delete
  2. good info kpada yg ada anak kecik

    ReplyDelete
  3. Teringin nak pergi Pulau Redang ni

    ReplyDelete
  4. Berapa umur anak puan masa pergi?

    ReplyDelete