Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Petua & Doa Untuk Anak Cerai Susu Badan Setelah Usianya 2 Tahun

Petua & Doa Untuk Anak Cerai Susu Badan Setelah Usianya 2 Tahun | Tidak dinafikan susu ibu memang berkhasiat. Alhamdulillah aku sendiri dah berjaya susukan 6 anak kandungnya dengan susu ibu sepenuhnya. Jangka masa untuk aku menyusu adalah bermula pada hari pertama kelahiran sehinggalah usia anak sekitar umur 2 tahun.

Bila masuk umur 2 tahun, sebagai ibu aku perlu laksanakan cara untuk cerai susu dengan anak. Bukan tak kasihankan anak yang masih kecil tapi waktunya dah tiba untuk anak bergantung pada makanan pejal. 


Umur sesuai cerai susu badan adalah 2 tahun (24 bulan dan ke atas).

Aku sendiri akan tekad usahakan untuk bercerai susu badan dengan anak tika usianya genap mencapai umur 2 tahun kerana apabila lebih dari umur 2 tahun maka tugas tu akan menjadi lebih susah.


petua-doa-anak-cerai-susu-badan

Pengalaman Anak Cerai Susu Bukan Mudah

Tak dinafikan masih ra
mai ibu bapa yang tak percaya betapa sukarnya perjalanan yang akan dilalui semasa proses cerai susu badan. Haaa kalau dah rasa sendiri nanti tahulah betapa sukarnya nak pujuk anak untuk stop menyusu badan ni. 

Sama seperti para ibu yang lain di luar sana, proses untuk mulakan sesi menyusu memang mudah tapi proses untuk ceraikan susu itu agak mencabar sikit. Tapi berkat petua dan doa yang ada, InshaAllah  proses untuk ceraikan anak dengan susu ibu akan berjalan dengan lancar dan mudah. 

Bercerita tentang tips cerai susu badan ni, sewaktu masih belum ada banyak pengalaman dengan anak sulung dulu, aku rasa bagai nak menangis bila perlu hentikan susu badan pada anak. Sedih sangat lihat anak asyik minta nak susu. 

Malah aku juga ada terfikir untuk cari cara keringkan susu badan dengan cepat supaya anak boleh cerai susu badan dengan lebih mudah. Sememangnya pengalaman dengan anak sulung telah mengajar semua ibu untuk menjadi lebih bersedia. 

Dan untuk cerai susu badan ini akhirnya aku telah tahu beberapa petua dan juga doa untuk anak cerai susu badan supaya dapat dihadapi dalam keadaan yang lebih bersedia.

Cara Tradisional Cerai Susu Badan

Cara tradisional cerai susu badan juga aku cuba lakukan dengan niat untuk anak cerai susu secara beransur-ansur.

Antara cara tradisional cerai susu badan yang aku lakukan adalah :
  • letak asam jawa
  • letak sirap
  • letak bawang putih
  • letak serbuk kopi dan macam-macam lagi.


petua-doa-anak-cerai-susu-badan

5 Cara Atau Tips Untuk Anak Cerai Susu Badan

Terus terang, cara cerai susu tradisional itu tak menjadi pada aku. Akhirnya aku nekad gunakan kaedah di bawah ini. 

Di sini aku kongsikan beberapa petua untuk bercerai susu badan dengan anak. Semoga dengan adanya perkongsian ini dapatlah dijadikan sebagai salah satu ikhtiar untuk di cuba pada anak masing-masing. 

Berjaya atau gagal itu bergantung pada diri sendiri dan anak. Yang penting usaha dulu dan jangan mudah berputus asa.

1. Jangan Offer Susu Badan Sendiri Pada Anak 

Anak yang dah berusia 2 tahun ni dah kurang tahap keperluan untuk susu badan berbanding dulu. Yelah mereka dah besar. 

Kalau terus di beri takut nanti hanya akan bertukar kepada tabiat buruk. Tamabahan pula lama kelamaan susu ini akan stop jadi takkan nak di biar anak terus hisap 'kantung kosong' semata hingga jadi bad habit pula.

2. Perkenalkan Makanan Pejal Yang Boleh Memikat Selera Anak 

Usia 2 tahun maksudnya anak dah pandai makan sendiri. Dah boleh terima makanan itu dan makanan ini. Maka perkenalkanlah pelbagai makanan pejal yang sedap padanya. 

Kenal pasti juga apakah makanan yang disukai jadi nanti mudahlah untuk beri makanan tersebut sebagai penganti terutama ketika sedang memujuk. 


petua-doa-anak-cerai-susu-badan


3. Alihkan Perhatian Anak Dengan Aktiviti Yang Lain 

Jika anak tunjuk reaksi nak susu, cepat-cepat alihkan perhatiannya dengan aktiviti yang lain. Sebagai contoh ajaknya bermain bersama, menonton tv bersama, bakar biskut atau kek sama-sama dan sebagainya. 

Dalam waktu yang sama sediakan juga minuman lain untuk hilangkan dahaganya tu. Anak boleh juga bertindak minta susu sebab dahaga. 

4. Elakkan Dari Duduk Dengan Posing Yang Selalu Digunakan Semasa Menyusu 

Jika dulu selalu duduk berbaring depan TV sambil anak menghisap maka sekarang ni janganlah berbaring macam itu juga. Duduk tegak pada sofa dan elakkan dari menunjukkan sebarang aksi yang boleh mengingatkannya pada aktiviti menyusu seperti dulu.


5. Sediakan Air Dalam Botol Pada Waktu Malam 

Aku juga pernah terdengar pada waktu itu yang cerai susu badan di waktu malam malam adalah satu tips yang boleh digunakan untuk anak, yelah masa tu kan sedang tidur panjang jadi mungkin boleh digunakan. 

Caranya adalah dengan menyediakan air masak biasa dalam botol bagi mengantikan susu badan tika anak terjaga dari lena kerana dahaga. 

Doa Untuk Hentikan Tabiat Buruk Anak Kecil

Untuk menghentikan tabiat seseorang kanak-kanak tidak kisahlah sama ada untuk cerai susu, hisap jari kaki, hisap ibu jari, tidur dengan cium bantal busuk dan sebagainya. 

Baca Surah Al Fatihah diikuti dengan doa berikut dan tiup di tempat yag berkenaan. Sebagai contoh jika mahu putus susu maka tiupkan pada mulut anak.

Doa tersebut adalah :
anak-cerai-susu-badan

Cara untuk dipraktikkan pada anak :

1. baca surah Al Fatihah 
2. baca doa di atas
3. hembus pada tempat berkenaan ( mulut , jari , bantal)


Boleh juga digunakan pada bahagian payudara ibu :

1. baca surah Al Fatihah
2. selawat ke atas Nabi sebanyak 3x pada asam jawa, kunyit dan sebagainya
3. sapu asam jawa tersebut pada kawasan penyusuan. 
4. lakukan secara berulang hingga berjaya 


sumber : 
Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat Dan Doa-Doa Mustajab oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din 

anak-cerai-susu-badan

Jangan Lakukan Secara Drastik Sebaliknya Secara Perlahan-Lahan

Walaupun ada petua dan doa di atas tai harus di ingat yang proses untuk bercerai susu ni tidak boleh dilakukan secara drastik. Tak boleh sama sekali terus cut off hari tu juga! Amboiii tu dah macam nak nayakan anak. 

Lakukanlah secara berperingkat dan perlahan-lahan. Kita usaha renggangkan bukannya terus stop on the spot. Kan mengamuk anak tu buatnya sampai demam ke apa.. Haaa sapa yang susah...

Anak sedang bermanja dan tidur di pangkuan selama 2 tahun tiba-tiba terus cakap tak boleh. Anak sedang sedih maka janganlah kita tambahkan kesedihan dengan cara paksaaan. 

Cara terbaik yang patut dilakukan adalah :

1. Maklumkan pada anak yang dia dah besar, dah tak comel kalau terus hisap susu
2. Beritahu yang susu mama akan habis tak lama lagi jadi kena minum air lain
3. Jika dulu anak hisap 3 jam sekali jadi sekarang jarakkan pada 6 jam sekali
4. Elakkan menyusu badan di tempat awam sebaliknya gantikan dengan air yang lain
5. Belikan bekas minuman yang comel sebagai ganti, jangan beli puting pulak sudahlah!
6. Cakap dan pujuk baik-baik bukannya dalam nada marah

tips-anak-cerai-susu-badan

Kesimpulan

Saat ini aku masih lagi sedang memberi susu badan pada Kasih Sufi. Umur Kasih sekarang telahpun menjangkau usia 20 bulan. Ini bermakna hanya tinggal 4 bulan saja lagi untuk aku berikan susu badan pada Kasih. Ala, sedih la pulak!! 

Tapi, bila tiba masanya, cerai susu badan terpaksa dilakukan juga demi masa depan bersama. Yelah, tak kan sampai bila-bila nak menempek hisap susu badan kot! Malulah.


Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:



Semoga bermanfaat. 


3 comments for "Petua & Doa Untuk Anak Cerai Susu Badan Setelah Usianya 2 Tahun"