Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Agar Agar Bandung Simple Tapi Sedap

Resepi Agar Agar Bandung Simple Tapi Sedap | Panas-panas dapat pekena agar-agar yang disejukkan memang best kan? Rasa nyaman je bila agar-agar yang manis. lembut dan sejuk tu turun kat tekak. Antara agar-agar paling senang yang boleh di anggap sebagai asas adalah agar-agar sirap rose. Yelah mudah je kot. Agar-agar sirap rose hanya perlu masak agar-agar bersama gula, sirap rose dan air semata. Nak lagi bau best letak daun pandan.

Dari resepi agar-agar sirap ros tadi boleh di upgrade untuk rasa yang lebih best! Caranya adalah dengan diletakkan susu. Sirap campur susu rasanya ramai dah tahu yang ia di panggil sebagai sirap bandung. Napa panggil dengan nama bandung begini? Entahlah, daku sendiri tak sure. Hehe... 

Yang pasti agar-agar Sirap Bandung dari hanya agar-agar merah biasa ini memang aakan menjadi makin sedap apabila ditambah susu. Baru-baru ni daku ada juga masak guna resepi agar-agar bandung ni, hmmm kejap je licin! Okay apa dari hanya guna air bandung untuk minum tu sesekali buat sebagai agar-agar sebagai pemanis mulut. 


Resepi Agar-agar Sirap Bandung Yang Mudah Dan Sedap 

Bahan-bahan:

* 1 paket agar-agar serbuk (sukatan air 1 liter) 

* 1 tin susu cair
* sedikit susu pekat manis (ikut citarasa masing2 mengikut tahap manis yang disukai)
* 4 sudu gula pasir ( jika suka manis boleh tambah, jika tak suka manis tak letak takpe)

* sedikit sirap rose
* air 600 ml


Cara Untuk Membuatnya :

1 - Panaskan air dan tambahkan serbuk agar-agar ke dalamnya.
2 - Setelah itu masukkan susu cair, susu pekat manis dan gula.
3 - Apabila telah mendidih, boleh terus masukkan sirap jika mahu agar-agar bandung yang penuh. Jika mahu di buat dalam pelbagai lapisan maka asingkan kepada beberapa bahagian. 
4 - Tuang ke dalam loyang dan setelah sejuk dengan suhu bilik bolehlah dimasukkan ke dalam peti 


Sebahagian Dari Idea Untuk Versi Agar-Agar Bandung Yang Lebih Umph!

AGAR-AGAR BANDUNG LAICI

AGAR-AGAR BANDUNG CINCAU


AGAR-AGAR BANDUNG SELASIH

Okay , selamat mencuba....... =D

3 comments for "Resepi Agar Agar Bandung Simple Tapi Sedap"