Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Benarkah Punca Sakit Leher Kerana Bantal Tidur? (Salah Bantal)

Masalah Sakit Leher Adalah Kerana Bantal Tidur? (Salah Bantal) | Kalian pernah tak alami sakit leher, sakit tengkuk atau orang lama sebut salah bantal. Kalau nak tahu, daku seringlah juga berasa sakit tengkuk ataupun sakit leher sebaik saja bangun dari tidur tiap pagi ni. Macam nak patah leher ni haaa.. aduh memang sakit! Serius sakit! Nak toleh ke kiri dan ke kanan pun jadi susah... 

Bila jadi begini nak tak nak daku kena usaha cari jalan penyelesaian. Dan mengikut info yang ku terima hasil dari pencarian di Google, rupanya masalah sakit tengkuk atau sakit leher ini adalah berpunca daripada BANTAL! 




Bantal? Ehhh tak kan bantal pun tak kenal kot? Jika mengikut kamus wikipedia Bahasa, Bantal ialah kusyen lembut yang seseorang letakkan di bawah kepala mereka ketika mereka sedang tidur di katil. Sebuah bantal boleh diperbuat daripada apa saja bahan yang menyelesakan.

Manakala jika mengikut kamus English pula, is dikenali sebagai PILLOW. pillow is a support of the body at rest for comfort, therapy, or decoration. Pillows are used by many species, including humans. Some types of pillows include. Haa siap sekali dengan maksud bagai ku cari... punyalah nekad nak hilangkan sakit leher ni! 


Salah Bantal Boleh Berlaku Atas Banyak Faktor 


Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang mengalami sakit leher termasuklah penggunaan bantal yang kurang sesuai. Penggunaan bantal yang betul bukan sekadar untuk memberi keselesaan sahaja. Bahkan ia penting untuk menyokong struktur kompleks kepala, leher, bahu, pinggul dan tulang.
“Kegagalan menggunakan bantal yang sesuai boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit leher, pinggang, bahu, pinggul, sendi-sendi dan saraf. Pada masa sama, ia juga mengurangkan kualiti tidur seseorang,” jelas ahli fisioterapi Hospital Columbia Asia Petaling Jaya, Intan Marliana Tazari.



Setiap orang pasti perlu tidur dalam keadaan lebih selesa terutama dikalangan mereka yang penat bekerja seharian. Sebab itu, bantal tidur mesti yang bagus, lembut, empuk, gebu dan selesa. Dengan bantal yang sesuai, bolehlah menikmati keselesaan maksimum. Jika tersilap memilih bantal, haaa mulalah sakit tengkuk atau sakit leher ni datang. Betul-betul tak selesa selepas bangun hinggakan nak bergerak pun susah. 
Need help choosing a pillow? Yes I do!! Serius daku memang perlukan bantal baru sebab dah tak tahan sangat dah! 


Misi Mencari Bantal Baru Bermula 

Dek kerana nak beli bantal yang terbaik (tak nak sakit leher lagi... sob sob), daku pun mulakan misi mencari bantal yang ada di dalam Shopee dan Lazada. Hmm banyak jugalah jenama bantal ni! Naik juling lah juga biji mata. Mana satu nak pilih terus jadi blur. So cara terbaik daku gunakan perkhidmatan Google Search semula untuk bantu daku buat keputusan sebelum membeli mana-mana bantal. 




Sebaik saja di search, perkataan 'DAG - Bantal Hotel 7 Bintang' terpacul di dada skrin laptop! Amboi hebat sangat ke ni sampai tahap 7 bintang? Siap ngaku taraf bantal hotel lagi? Antara feedback (review) dari testimoni yang ku baca tentang bantal keluaran Das Abdul Global Sdn Bhd (DAG) ini ialah :

  • bantal padat atau lembut untuk tidur malam yang lena
  • bantal selesa rasa tak nak bangun tidur
  • bantal untuk nyenyak lena seperti benar-benar di hotel
  • empuk dan selesa kalah bantal kekabu biasa
  • inilah bantal hotel paling empuk, selesa, gebu
  • jenama (brand) bantal terbaik Malaysia


Bantal DAG Ada Banyak Jenis (Mana Satu Nak Pilih Ni?)

Daku tak tunggu lama, terus saja ke website utama milik DAG dan terkejut jugalah dengan pelbagai jenis bantal yang ada! Daku ingatkan tadi bantal ni sejenis saja. Rupa-rupanya ada banyak dan antaranya bantal bulu pelepah, busa memori dan poliester dalam banyak bentuk dan saiz. Patutlah di panggil bantal hotel, siap ada bantal dari bulu pelepah itik lagi ni haaa... dasyat betul company ni!! 




PhD koleksi bantal 3 Bintang. Padat dan mampat, sesuai kepada penggemar bantal tinggi. Hygiene - tidak berdebu dan anti alergik. Setakat hari ini, dah terdapat berjenis-jenis bantal hotel DAGTM berada dalam pasaran Malaysia, antaranya :


  1. DAGTM (Hollowfill)
  2. Microfiber M1 (1.0 kg)
  3. Microfiber M2 (1.2 kg)

Setiap jenis bantal ini dihasilkan dengan teliti mengikut spesifikasinya. Antara bantal yang seronok di tidur ini adalah hotel Microfiber DAGTM. Isian bantal yang sintetik, tiada material selain microfiber mampu memberikan rasa dan ilusi ‘semulajadi’ seakan-akan kekabu asli.

Selain sifatnya yang hipoalergenik, carik-carik fiber yang halus menjadikan bantal tersebut lembut dan betul-betul gebu. Bantal Microfiber M2 umumnya lebih padat berbanding Microfiber M1, seiring dengan perbezaan beratnya sebanyak 200g.
Sebaiknya sahaja menghenyakkan kepala di atas bantal ini, kepala terus tenggelam ditelan bantal gebu ini. Selesa yang amat. Seolah-olah kepala kita ‘secured’ dan ‘pampered’, dilindungi fiber ajaib yang sangat lembut dan memukau. Rasa seronoknya berbaring seakan sedang terapung-apung dan benar-benar relaks.

Tekstur bantal microfiber yang lembut ini juga ‘just nice’ dengan posisi bahu. Malah ia juga mesra dengan postur belakang sama ada sedang mengiring mahupun terlentang. Soal harga pula alhamdulillah, berdasarkan info di website memang sangat murah dan berbaloi untuk di beli. Lagi-lagi ianya boleh diguna lama dan boleh basuh dalam washing machine. Haa bantal boleh basuh dalam mesin basuh dan bila kelaur tetap maintain gebu gebas. Memang boleh buat daku jatuh cinta tahap kronik macam ni. 
sumber : DAG REVIEW


Das Abdul Global Sdn Bhd (DAG) Jenama Syarikat Muslim Dari Kelantan Rupanya!

Serius terkejut! Tak sangka! Dari Kelantan senegeriku juga rupanya... cuma maybe sebab aku ni tak pernah ambik kisah sangat tentang bantal (sebab tu boleh sakit leher ni), maka daku tak kenal sangat jenama ni. Malu pulak rasa, ishh.. Takpelah demi menyokong bisnes bantal kualiti tinggi milik anak jati Kelantan dan demi untuk menyokong produk keluaran Muslim tanpa pening isu boikot produk cina DPA ke apa, daku beli 1 biji! Kasi try la dulu.. kalau betul puashati, ye saya beli lagi dong... haa gitu.. 




SEDIKIT PENGENALAN MENGENAI DAG : PENGHIJRAHAN dari Tanah Merah, Kelantan ke Parit Raja, Batu Pahat, Johor dua tahun lalu membuka pintu rezeki buat Das Abdul dan Sapinah Muhammad, yang membuka empayar perniagaan yang diberi nama Das Abdul Global Sdn Bhd (DAG).



Berbekalkan modal wang simpanan sebanyak RM2,680 pasangan tersebut mendapatkan bekalan bantal yang selesa bertaraf hotel dengan menjual di car boot sale sekitar kawasan Parit Raja.
“Hari pertama menjual bantal merupakan momen yang sukar dilupakan kerana sejak pukul 3 petang hingga Maghrib tidak satu pun terjual sehingga kami hampir berputus asa.
Mata Das mula berkaca melihat anak keduanya yang ketika itu berusia 44 hari dan memikirkan nasib keluarga mereka sekiranya perniagaan tersebut gagal. Dalam suasana suram itu, doa mereka akhirnya dimakbulkan apabila berjaya menjual 30 biji bantal selepas waktu Maghrib.


Bermula detik itu, pasangan tersebut tidak menoleh ke belakang dan mengorak langkah untuk mengembangkan sayap perniagaan. Syarikat tersebut terkenal dengan tagline, ‘Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel! itu menggunakan spesifikasi bantal seperti di hotel yang sangat selesa dan tahan lasak.
Suami isteri itu pada awalnya tidak jelas produk apa yang ingin diniagakan sehinggalah pada suatu pagi Das terpandang sebiji bantal di bilik tidur mereka. Mereka yang sebelum ini berpengalaman sebagai jurutera awam dan pengurus resort di Kelantan mengambil keputusan untuk menjual bantal. Dengan kisah sebegitulah ia menjadi inspirasi dan kini pihak DAG telah membantu ramai orang untuk berjaya bersama-sama.
Sumber : KOSMO

DAG Bantal Hotel 7 Bintang, Amboi! Hebat Sangat Ke Ni? Ramai Yang Cakap Betul Ia Hebat! Jom Ikut Beli Try Sendiri!

Kat sini daku kongsikan sekali detail mengenai Das Abdul Global Sdn Bhd (DAG), manalah tahu suatu hari kalian pun ada alami masalah sakit leher salah bantal begini. Inilah orang cakap, jangan sesekali kedekut untuk keluarkan duit beli bantal yang baik untuk tidur lena tapi degil. Mujur juga bantal DAG ni murah, senang hati dapat miliki bantal best lepas ni... yahoo... =D 



Das Abdul Global Sdn Bhd (DAG) | Jenama Bantal Hotel Terbaik Malaysia


3 comments for "Benarkah Punca Sakit Leher Kerana Bantal Tidur? (Salah Bantal)"

  1. seksa sgt kalo sakit leher..
    rs xselesa..

    ReplyDelete
  2. dh lama wak nk beli sbb selalu nmpk dorg jual blkg boot kete tepi longkang tuuh..

    ReplyDelete
  3. belum pernah cuba lagi, boleh beli ni

    ReplyDelete