Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bertuah Jika Lakukan 7 Perbuatan Ini (Pahalanya Sentiasa Bertambah Walau Kita Telah Mati)

7 Perbuatan Amal Yang Pahalanya Sentiasa Bertambah Walau Kita Telah MatiSegala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam yang telah mengutus Rasulnya dan Nabinya untuk kita. Kita sebenarnya amat bertuah kerana terdapat amal yang pahalanya akan terus boleh diterima walau telah mati dan berada di dalam kubur. 

Tidak! Harta, keluarga dan insan tersayang tidak dapat teman kita di dalam kubur. Duduklah kita di dalam kubur yang gelap dan sempit itu sendirian tetapi masih ada 7 (tujuh) 'benda' yang boleh sampai kepada kita walau telah mati kelak. Tujuh perkara ini adalah berkaitan dengan amal.



Hadis tentang amal jariah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya “(Hadis Riwayat Muslim). 
Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya “(Hadis Riwaya Ibnu Majah).

Pahala Yang Mengalir Setelah Mati

Di dalam hadis tersebut ternyata bahawa terdapat 7 macam amal yang pahalanya masih boleh mengalir setelah mati. 7 Jenis perbuatan ini adalah :

1. Ilmu Yang Telah Disebarkan 
Perkongsian ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan berguna melalui pendidikan formal (seperti sekolah, universiti , kolej dan institusi) dan pendidikan tidak formal seperti perbincangan ilmiah, tazkirah di masjid-masjid, ceramah umum, kursus motivasi, program dakwah dan tarbiah dan sebagainya. Termasuk dalam kategori ini adalah menulis buku-buku yang berguna , menulis kitab-kitab agama dan menyebarkan bahan-bahan pendidikan Islam melalui artikal-artikal tazkirah sama ada di facebook atau di blog.

2. Anak Soleh Yang Mendoakan

Mendidik anak menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia. Menurut keterangan hadis ini, kebaikan yang diperbuat oleh anak soleh pahalanya sampai kepada orang tua yang mendidiknya yang telah meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai atau pahala yang diterima oleh anak-anak tadi. Doa anak yang soleh kepada orang tuanya mustajab di sisi Allah SWT.

Kerana itulah, amalan berdoa untuk ibu bapa sentiasa dituntut hatta mak ayah masih hidup atau telah meninggal dunia. Ini kerana di dalam keadaan roh yang kesunyian ketika berada di alam kubur, mereka yang telah meninggal dunia terutamanya ibu bapa ini masih boleh menerima pahala di atas apa yang kita lakukan. Ingatlah! Jangan sesekali tinggalkan nama mereka di dalam doa kita semasa solat setiap hari. Sentiasalah menyebut mengenai mereka kerana mereka dah banyak berkorban harta dan nyawa untuk kita. 

3. Mushaf (Kitab-Kitab Agama) Yang Diwariskan

Mewariskan kitab suci al-Quran, kitab tafsir al-Quran, mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya. Samaada untuk ahli keluarga dirumah, untuk sekolah-sekolah agama dan maahad tahfiz dan untuk perpustakaan awam. Selagi kitab-kitab tersebut digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan maka orang yang mewakafkan akan mendapat pahala yang berterusan.

4. Masjid Yang Dibina

Membangun masjid. Perkara ini selaras dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala orang yang mengerjakan amal ibadah di masjid tersebut. Termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid.
5. Rumah / Pondok Yang Dibina Untuk Penginapan Musafir
Membangun rumah musafir atau pondok bagi orang-orang yang bermusafir untuk kebaikan adalah suatu amalan sangat di tuntut. Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar mahupun untuk bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan mengalirkan pahala kepada orang yang membinanya. Termasuk juga kita membina pondok perhentian bas ditepi-tepi jalan yang tidak di bina oleh kerajaan.

6. Sungai Yang Dialirkan Untuk Kegunaan Orang Ramai 

Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tempat-tempat orang yang memerlukannya atau menggali perigi di tempat yang sering dilalui atau didiami orang ramai. Setelah orang yang mengalirkan air itu meninggal dunia dan air itu tetap mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup maka ia mendapat pahala yang terus mengalir.
Semakin ramai orang yang memanfaatkannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat.” (Hadis Riwaya Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).
7. Harta Yang Disedekahkan 
Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda. Selain daripada harta yang diberikan sebagai sedekah, termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembangunan pendidikan Islam, rumah anak yatim, maahad tahfiz, tanah perkuburan dan rumah oarng-orang tua. Selagi tanah tersebut digunakan untuk kebaikan maka pahalanya akan berterusan kepada pemberi tanah wakaf tersebut.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya. (Hadis Riwayat Al-Tabrani)




Buatlah Persediaan 'Masuk Kubur' Dengan Amalan Sedekah

Sedekah dapat di jadikan sebagai pemberi syafaat bagi pelakunya . Di dalam kubur ia mendapatkan kesejukan berkat sedekahnya dan terhindar dari panasnya kubur. Demikian pula di hari kiamat, ia akan mendapatkan naungan dari amal sedekahnya, padahal ketika itu kebanyakan manusia berada di dalam kepanasan yang tiada taranya. Dalam hadis lain di sebutkan bahawa sedekah itu dapat menolak kemurkaan Allah.


Maka yang menjadi hak kita dan untuk kita di alam kubur dan akhirat adalah sedekah jariah sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam hadis tadi. Bayangkan betapa banyak pahalanya yang telah dan akan diterima oleh mereka yang telah banyak berbuat kebaikan terutama para Sahabat seperti Saidina Uthman dan sebagainya yang sedang berada di alam kubur pada ketika ini. Cemburu? Jika cemburu segerelah berlumba untuk berbuat kebaikan. 

Amalan Penghapus Dosa Walau Sebanyak Buih Dilautan


Sesibuk mana pun kita, jangan sekali-kali lupa untuk membaca 3 zikir dibawah ini setiap kali selesai solat wajib, kerana ganjarannya adalah diampunkan dosa walau sebanyak buih dilautan. Zikirnya adalah :

  • SUBHANALLAH (33 kali) 
  • ALHAMDULILLAH (33 kali) 
  • ALLAHUAKBAR (33 kali) 


Kemudian diikuti dengan membaca zikir ini:


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لَهُ اْلمُلْكُ وَلَهُ اْلحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْر

Nescaya diampunkan dosa kecil kita yang telah lalu, walau sebanyak buih dilautan. Berikut adalah dalilnya; Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

“Barangsiapa mengucapkan tasbih (Subhanallah) setiap selesai solat sebanyak 33 kali, mengucapkan hamdalah (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali, bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali lalu sebagai penyempurna (bilangan) seratus dia mengucapkan;

[Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan haq selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala puji dan bagi-Nya kerajaan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu], maka akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Muslim No 597) 


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لَهُ اْلمُلْكُ وَلَهُ اْلحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

Nak mencari harta di dunia itu tidak salah asalkan ianya halal namun seimbangkan juga dengan harta pusaka yang ingin di bawa sehingga di dalam kubur. Tak perlu terlalu asyik dengan bertambahnya harta yang akan ditinggalkan sebaliknya tambahkan juga dengan harta yang akan bersama sewaktu kita berada di sana kelak. Semoga Allah membantu untuk kita beramal dan istiqomah dengan amalan ini. Amin. 

sumber : Webs UTM

4 comments for "Bertuah Jika Lakukan 7 Perbuatan Ini (Pahalanya Sentiasa Bertambah Walau Kita Telah Mati)"