Makna Di Sebalik 11 Warna Kegemaran Dalam Berpakaian  | Apakah rahsia disebalik warna pakaian yang digayakan? Kalau nak tahu warna dalam berpakaian ni boleh bantu kita untuk kenal sikap atau karakter si pemakai dengan lebih dekat. Malah warna di sebalik pakaian ini juga boleh bantu tukar mood dari tak okay kepada lebih happy dan sebagainya. 

Sebagai contoh, ex boyfriend minta clash, so takkan nak pergi kerja pakai pakaian hitam kan? Alamatnya memang akan terus down dah macam orang berkabung kematian suami. 




Haa inilah yang ingin dikongsikan kat sini. Melalui artikel ini akan dikongsikan info mengenai makna disebalik warna pakaian yang boleh bantu tukar mood kita. Ia juga dapat memberitahu kita sedikit 'klu' bagaimana untuk tahu mood seseorang pada hari tersebut. Selain itu ia turut dapat membantu kita untuk lebih faham tentang sikap diri sendiri mengikut warna kegemaran masing-masing.



11 Warna Kegemaran Dalam Berpakaian Dengan Maksud Disebaliknya 


Inilah dia makna disebalik warna untuk setiap busana yang digayakan. Warna ini bukan saja dapat membantu dari segi psikologi malah boleh juga membantu untuk memberi rupa penampilan yang lebih baik.


#1 - Makna Di Sebalik Warna BIRU
  • melambangkan kejujuran dan kemuliaan
  • melambangkan perasaan dan emosi seorang lelaki

#2 - Makna Di Sebalik Warna BIRU MUDA
  • melambangkan kejujuran dan kemuliaan
  • melambangkan perasaan dan emosi seorang lelaki
- Pilihan Warna Biru Dalam Berpakaian
Tona biru dapat memberikan efek sejuk, nyaman, dan juga tenang. Ia juga dapat membantu mengatasi perasaan tertekan, cemas dan imsomnia. Dari segi emosi pula, biru sering dikaitkan sebagai pemberi kecerdasan, kekuatan dan semangat kepada si pemakai. Secara ringkasnya, pemilihan warna biru dalam berpakaian boleh membantu meningkatkan keyakinan dalam diri si pemakai. 

#3 - Makna Di Sebalik Warna MERAH
  • mempunyai tiga makna berbeza iaitu marah, periang dan penyayang
  • merah yang berlebihan boleh membawa kepada tekanan
  • merah pekat pula boleh membawa kepada agresif dan kemarahan
  • marah turut berguna untuk mereka yang malas bagi kembalikan rasa tenaga
  • membarakan kembali perasaan/emosi yang sedang lemah

- Pilihan Warna Merah Dalam Berpakaian
Merah pula sering dikaitkan dengan kekuatan, semangat, kegembiraan dan juga tenaga. Ia juga boleh melambangkan rasa cinta yang mendalam, keinginan yang kuat dan juga nafsu. Dalam masa yang sama, tona warna merah turut membawa makna awas, amaran, kecemasan, bahaya dan juga peperangan. Kesimpulannya merah boleh membawa aura negetif dan juga positif bergantung pada situasi.


#4 - Makna Di Sebalik Warna MERAH JAMBU / PINK
  • merupakan warna cinta sejati dan romantik
  • melahirkan rasa untuk berkongsi tenaga, emosi dan perasaan
  • melambangkan warna kasih sayang samaada secara emosi mahupun fizikal

- Pilihan Warna Merah Jambu (Pink) Dalam Berpakaian

warna pink dengan perempuan memang dah sangat sinonim. Warna pink yang agak muda dan pastel boleh membuatkan seseorang itu tampak sangat ayu dan lembut. Eh jangan ingat pink ini hanya untuk wanita. Lelaki juga boleh pakai kerana ia dapat memberikan rasa yang sangat bertenaga dan positif dengan penuh rasa kasih sayang.



#5 - Makna Di Sebalik Warna KUNING
  • warna kuning yang lebih cerah akan membawa maksud kreatif dan interlektual
  • warna kuning gelap menunjukkan pemikiran yang lebih pada keceriaan
  • warna kuning gelap juga boleh membawa ke arah sangkaan buruk dalam berfikir
  • warna kuning yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang menjadi diktator

- Pilihan Warna Kuning Dalam Berpakaian
Warna kuning sangat special kerana ia dapat melahirkan rasa gembira, intelektual, keceriaan, merangsang mental aktiviti dan meningkatkan daya energi. Pemilihan wana kuning dalam berpakaian pula dieprcayai boleh membuatkan si pemakai berasa lebih bijak dan cerdas setiap masa. 

Namun jangan keterlaluan hingga pakai terlalu banyak warna kuning kerana ia boleh menimbulkan rasa gelisah, tertekan dan tidak stabil. Seeloknya warna kuning elok digayakan secara mix and match dengan warna-warna yang lain. 

#6 - Makna Di Sebalik Warna HIJAU
  • melambangkan keremajaan 
  • memberikan ketenangan, kedamaian, kesenangan dan kesejahteraan
  • sentiasa ingin memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik
  • warna hijau yang lebih gelap melambangkan perasaan cemburu

- Pilihan Warna Hijau Dalam Berpakaian

Hijau ini sering dikaitkan dengan warna syurga. Ini kerana warna hijau boleh mencetuskan rasa tenang, aman, damai, subur dan segar sesuai dengan tema warna bercirikan alam yang menghijau. 

Warna dari rona hijau ini juga boleh melambangkan pada rasa percaa, setia, yakin dan bijak. Dari segi psikologi warna pula, warna Hijau ini adalah salah satu medium yang boleh membantu seseorang yang sedang tertekan untuk menyeimbangkan semula emosinya.



#7- Makna Di Sebalik Warna HITAM
  • melambangkan exclusive dan sofistikated
  • meluahkan sesuatu yang dramatik
  • mempamerkan rasa sugul dan dramatik
  • membuatkan yang muda kelihatan dewasa

- Pilihan Warna Hitam Dalam Berpakaian

Warna hitam dianggap sebagai satu misteri. Ini kerana warna hitam ini boleh membawa kepada banyak maksud. Warna hitam boleh melambangkan penguasaan dan formaliti seseorang individu. Dalam masa yang sama, warna hitam ini juga boleh melambangkan ciri maskulin, kemakmuran, dan juga ketegasan.

Hitam ini juga turut dikaitkan dengan rasa sedih, pilu dan tertekan kerana itu warna hitam telah digunakan oleh masyarakat barat sebagai warna utama apabila berlakunya sesebuah kematian. Yang penting hitam ini juga mempunyai ciri istimewa kerana ia dapat memberi impak kurus kepada orang yang agak berisi hanya dengan memakai pakaian dari warna hitam ini. 

#8 - Makna Di Sebalik Warna PUTIH
  • melambangkan kesucian hati dan amanah
  • melambangkan kebersihan
  • melambangkan kemuliaan dan kesembuhan 

- Pilihan Warna Putih Dalam Berpakaian

Jika hitam melambangkan kesedihan, putih ini pula melambangkan kesucian dan aura yang sangat postif. Warna putih ini juga boleh memberikan rasa positif kepada si pemakainya. Warna putih sesuai dengan apa juga majlis dan warna putih ini ternyata sangat indah apabila dikenakan dengan aksesori yang lain. Maka tak hairanlah mengapa pengantin memilih putih sebagai warna tema hari bersejarah mereka.

#9 - Makna Di Sebalik Warna PURPLE (UNGU)
  • melambangkan kewanitaan
  • melambangkan ciri-ciri keibuan
  • warna untuk pertambahan spirutual falsafah kejayaan
  • warna untuk sikap yang positif

- Pilihan Warna Purple / Ungu Dalam Berpakaian

Purple merupakan warna biru dan merah. Jadinya purple boleh dikaitkan dengan banyak perkara. Antaranya kemewahan, cita-cita, misteri dan juga kebebasan. Dalam masa yang sama purple turut boleh membawakan maksud kesedihan dan pivacy. Tak kisah jika kena dengan warna kulit, rasa yakin.. nampak makin cantik atau hensem, pakai je!





#10 - Makna Di Sebalik Warna OREN / JINGGA
  • melambangkan sikap bersemangat dan kuat
  • melambangkan sifat penuh komited terhadap pekerjaan dan kehidupan

- Pilihan Warna Oren Dalam Berpakaian

Warna Oren adalah gabungan dari merah dan kuning. Jadinya warna oren ini boleh membawa maksud banyak perkara. Antaranya kegembiraan, kreativiti, kekaguman, keselesaan dan juga optimisme. Dalam berpakaian pula, warna oren perlu di gayakan dengan tambahan warna yang hampir senada dan lebih gelap seperti coklat dan sebagainya. Jika tidak ia akan menampakkan imej perilaku hiperaktif.

#11 - Makna Di Sebalik Warna COKLAT / KOKO
  • melambangkan keselamatan material, kekayaan dan kematangan
  • melambangkan sikap bertanggungjawab
  • warna tanah yang sentiasa menyimpan tenaga untuk beri manfaat pada kehidupan baru
  • melambangkan keadaan merendah diri dan sentiasa menjaga maruah

- Pilihan Warna Coklat (Koko)  Dalam Berpakaian
Warna koko boleh membuatkan seseorang itu rasa lebih selesa dan cool. Ini kerana warna coklat adalah warna down to earth  yang bersifat rendah diri. Ia juga boleh menampakkan ciri-ciri kematangan. Dalam berpakaian pula jika boleh tambahkan warna coklat tua dengan warna yang lain untuk menampakkannya sedikit ceria.

Baca Juga : Makna Di Sebalik Warna Dan Jumlah Tangkai Bunga Ros

Tak kiralah warna pada pakaian mahupun tudung, yang penting dengan pemilihan warna yang di pakai pada hari tersebut boleh memberikan sedikit info untuk kita lebih tahu keadaan beliau pada hari tersebut. At least bolehlah dapat agak keadaan boss, isteri, tunang mahupun girlfriend untuk hari tu.
Apakah Warna Favourite Kalian? Adakah Ia Mempengaruhi Mood? Ternyata warna, personaliti dan fesyen adalah sangat berkaitan 





Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.