Bila lihat pada pelamin yang indah dengan kuntuman bunga ros terus teringat balik pada zaman bujang dulu. Masa sedang bercinta kat hati ni teringin juga nak dapat bunga ros namun disebabkan suamiku tu bukannya 'mat bunga' tapi 'mat rock' so jangan mimpilah untuk dapat bunga mawar pelbagai warna yang cantik berkembang dan wangi tu dari dia.

Daku pernah juga tanya secara kiasan... jawapannya, lebih baik beri makanan dari beri bunga yang akan layu dan hanya menunggu masa untuk di buang. Chia chia chia.. pandai betul dia cari dalih.... sebenarnya dia tak nak beri sebab malu...



Yang pasti, sebagai perempuan bunga adalah salah satu kegemaran kami. Kerana itu bunga ros atau bunga mawar ini boleh di anggap sebagai tanda cinta.  Kerana itu memang ramai pasangan kekasih akan memberi bunga ros sebagai tanda cinta. Warna dan bilangan bungan ros yang diberi mempunyai maksud yang pelbagai. 

Bunga ros yang pelbagai warna ini dapat memberi pelbagai maksud mengikut warna dan jumlah tangkai yang di beri. So, kalau sukakan seseorang dan tak berani nak beritahu secara direct bolehlah gunakan bunga ros ni. Nak pujuk isteri merajuk pun okay......

Maksud Disebalik Warna Bunga Ros 

1. MERAH 



Cinta yang tulus ikhlas , berani untuk menempuhi apa saja halangan, penuh keghairahan dan sangat membara. Hantar bunga rose merah seperti tanda "aku cinta padamu".


2. PINK

Bunga ros pink mewakili perasaan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Pink gelap memberi maksud terima kasih dan penghargaan terhadap seseorang. Pink cerah pula membawa maksud rasa kagum dan simpati.


3. KUNING

Untuk bunga ros kuning, Rose kuning ini membawa maksud persahabatan, kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Ia juga membawa maksud permulaan untuk sesuatu yang baru. Rose kuning sangat sesuai dihadiahkan sebagai tanda ucapan tahniah pada rakan dan kekasih untuk sesuatu perkara yang mengembirakan.


4. PUTIH

Bunga ros putih. Rose putih ini mewakili lambang kesucian kerana itu ia sering digubah sebagai bunga di hari perkahwinan. Ia juga membawa erti pengakuan dari hati. Boleh berikan pada isteri untuk mengakui bahawa dialah satu-satunya isteri yang sangat disyukuri kehadirannya di sisi anda.


Baca Juga : 10 TIPS UTAMA UNTUK MEMILIH PASANGAN HIDUP YANG BETUL SUPAYA TIDAK MENYESAL


5. OREN

Rose oren adalah tanda ghairah dan tulus murni. Pemberian rose oren sebagai tanda untuk menyampaikan maksud bahawa perhubungan tersebut ingin dipanjangkan lagi. Ia juga sesuai untuk di beri kepada rakan perniagaan dan lain-lain yang ingin kita teruskan lagi ikatan yang sudah terjalin sehingga ke peringkat seterusnya.



6. LAVENDER

Lavender adalah maksud untuk "cinta pandang pertama". Bunga rose berwarna lavender ini adalah untuk seseorang yang telah berjaya menarik perhatian kita sejak pertama kali bertentang mata. 


7. BIRU

Warna biru bermaksud hubungan tersebut adalah sangat mustahil dan tidak patut untuk diteruskan lagi. Kenapa biru dikaitkan dengan situasi tu daku sendiri tak pasti. 


8. HITAM

Bunga rose hitam seringkali di kaitkan dengan makna selamat tinggal, penamat dan juga kematian. Tetapi pemberian rose hitam ini juga boleh membawa maksud positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru terutama selepas berjaya menempuhi halangan.


Baca Juga : Senarai Lengkap Cadangan Hadiah Kahwin Untuk Bakal Pengantin

Makna Disebalik Jumlah Tangkai Bunga Ros

Beri bunga boleh juga membawa maksud berdasarkan jumlah tangkai bunga ros yang di beri. Sebelum itu kenalah tahu dulu apakah maksud di sebalik jumlah tangkai bunga ros ini. Antaranya maksud 3 tangkai bunga ros, maksud 6 kuntum bunga ros dan sebagainya.


1 kuntum = Cinta pandang pertama, kaulah yang satu
2 kuntum = Saling menyayangi antara satu sama lain
3 kuntum = Aku cinta kamu [ I love You ]

6 kuntum = Aku ingin menjadi milikmu
7 kuntum = Aku sangat mengilaimu
9 kuntum = Cinta yang sejati hingga ke hujung nyawa
10 kuntum = Kamu sangat sempurna untuk ku

11 kuntum = Kaulah yang paling ku sayangi
12 kuntum = Terimalah aku sebagai kekasihmu
13 kuntum = Peminat rahsia
15 kuntum = Saya minta maaf, tolong maafkan saya... pleaseeee

20 kuntum = Percayalah, saya sangat jujur pada awak
21 kuntum = Aku setia padamu
24 kuntum = Tak boleh berhenti dari ingatkan awak / 24jam sehari

33 kuntum = Aku cinta padamu... cinta cinta cinta!! Tersangat-sangat cinta!!
36 kuntum = Akan ku ingati waktu-waktu indah ketika bersama
40 kuntum = Cintaku padamu adalah tulen
50 kuntum = Tidak pernah menyesal menyintaimu

99 kuntum = Aku akan mencintaimu untuk sepanjang hidupku
100 kuntum = Kekal bersama untuk selamanya sehingga ke hujung usia
101 kuntum = Kaulah satu-satunya cintaku
108 kuntum = Jom kita kahwin !!

365 kuntum = Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365 hari
999 kuntum = Cinta yang berkekalan sampai bila-bila


Baca Juga : CADANGAN HADIAH TERBAIK UNTUK PEREMPUAN SEMPENA HARI ISTIMEWA



Yang pasti, ualls jangan ingat pemberian bunga rose ni hanya untuk kekasih dan isteri sebaliknya bunga rose ni boleh juga di beri pada ibu, kakak dan juga rakan-rakan. Pendekata, bunga ros boleh di beri kepada sesiapa saja yang ualls suka. Jangan ualls gi petik bunga rose dari halaman orang sudahlah......

Nak Hadiahkan Bunga Cara Istimewa? Boleh Tempah Secara Online Sekali Penghantaran

Punyalah mudah dan canggih, sekarang ni urusan tempahan bunga dah boleh dilakukan secara online sekali dengan servis penghantaran pada hari yang sama. Ada banyak pihak yang menyediakan servis ini yang di buka untuk seluruh Malaysia. Ada macam-macam jenis bunga dengan pelbagai design gubahan.

Jika nak berikan bunga dengan kek juga boleh. Jika kebetulan tinggal berjauhan dengan pasangan, masih boleh minta pihak pengubah bunga untuk tolong belikan hadiah yang sesuai. Range harga pula ada yang mahal dan ada yang murah, pandai-pandailah pilih mengikut kemampuan.

Hmmm bayangkanlah... buat tempahan kemudian akan di hantar secara terus bagi pihak kita pada si dia, wow mau melompat si dia terima pemberian tu... gerenti happy senyum sengih sampai ke telinga.

Lepas ni walau duduk lain-lain negeri pun tak apa dah.. kalau tiba harijadi dan sebagainya tak payah juga pening kepala nak berikan apa... tak usah juga rasa malu tebal muka bawa bunga beri depan-depan... Kan senang tu?














Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.