Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Maksud Di Sebalik Warna Dan Jumlah Tangkai Bunga Ros

Maksud Di Sebalik Warna Dan Jumlah Tangkai Bunga Ros | Setiap perkara ada maksud yang tersendiri disebaliknya, begitu juga dengan bunga ros. Maksud bunga ros secara umum, kita tahu bunga ros atau mawar ini adalah simbol percintaan. Tapi apa maksud warna bunga ros yang berbeza tu?

Pemberian bunga ros sudah cukup untuk melambangkan cinta korang pada pasangan. Namun, tahukah erti maksud di sebalik warna ros yang ada? Apa pula maksud 3 kuntum bunga ros atau maksud 6 kuntum bunga ros yang ada disebaliknya?

Masa sedang bercinta kat hati ni teringin juga nak dapat bunga ros namun disebabkan suamiku tu bukannya 'mat bunga' jadi jangan mimpilah untuk dapat bunga mawar pelbagai warna yang cantik berkembang dan wangi tu dari dia.

Aku pernah juga tanya. Jawapannya, lebih baik beri makanan dari beri bunga yang akan layu dan hanya menunggu masa untuk di buang. Chia chia chia.. pandai betul dia cari dalih.... sebenarnya dia tak nak beri sebab malu. 


Maksud bunga ros

Yang pasti, sebagai perempuan bunga adalah salah satu kegemaran kami. Kerana itu bunga ros atau bunga mawar ini boleh di anggap sebagai tanda cinta.  

Kerana itu memang ramai pasangan kekasih akan memberi bunga ros sebagai tanda cinta. Warna dan bilangan bungan ros yang diberi mempunyai maksud yang pelbagai. 

Bunga ros yang pelbagai warna ini dapat memberi pelbagai maksud mengikut warna dan jumlah tangkai yang di beri. So, kalau sukakan seseorang dan tak berani nak beritahu secara direct bolehlah gunakan bunga ros ni. Nak pujuk isteri merajuk pun ok.

Maksud Disebalik Warna Bunga Ros 

1. Maksud Bunga Ros MERAH


Maksud bunga ros


Cinta yang tulus ikhlas , berani untuk menempuhi apa saja halangan, penuh keghairahan dan sangat membara. Hantar bunga rose merah seperti tanda "aku cinta padamu".

2. Maksud Bunga Ros PINK

Maksud bunga ros

Bunga ros pink mewakili perasaan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Pink gelap memberi maksud terima kasih dan penghargaan terhadap seseorang. Pink cerah pula membawa maksud rasa kagum dan simpati.

3. Maksud Bunga Ros KUNING



Maksud bunga ros

Untuk bunga ros kuning, Rose kuning ini membawa maksud persahabatan, kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Ia juga membawa maksud permulaan untuk sesuatu yang baru. 

Rose kuning sangat sesuai dihadiahkan sebagai tanda ucapan tahniah pada rakan dan kekasih untuk sesuatu perkara yang mengembirakan.

4. Maksud Bunga Ros PUTIH


Maksud bunga ros

Bunga ros putih. Rose putih ini mewakili lambang kesucian kerana itu ia sering digubah sebagai bunga di hari perkahwinan. 

Ia juga membawa erti pengakuan dari hati. Boleh berikan pada isteri untuk mengakui bahawa dialah satu-satunya isteri yang sangat disyukuri kehadirannya di sisi anda.

5. Maksud Bunga Ros OREN

Maksud bunga ros

Rose oren adalah tanda ghairah dan tulus murni. Pemberian rose oren sebagai tanda untuk menyampaikan maksud bahawa perhubungan tersebut ingin dipanjangkan lagi. 

Ia juga sesuai untuk di beri kepada rakan perniagaan dan lain-lain yang ingin kita teruskan lagi ikatan yang sudah terjalin sehingga ke peringkat seterusnya.

6. Maksud Bunga Ros UNGE / LAVENDER

Maksud bunga ros

Lavender adalah maksud untuk "cinta pandang pertama". Bunga rose berwarna lavender ini adalah untuk seseorang yang telah berjaya menarik perhatian kita sejak pertama kali bertentang mata. 

7. Maksud Bunga Ros BIRU

Maksud bunga ros

Warna biru bermaksud hubungan tersebut adalah sangat mustahil dan tidak patut untuk diteruskan lagi. Kenapa biru dikaitkan dengan situasi tu daku sendiri tak pasti.

8. Maksud Bunga HITAM

Maksud bunga ros

Bunga rose hitam seringkali di kaitkan dengan makna selamat tinggal, penamat dan juga kematian. Tetapi pemberian rose hitam ini juga boleh membawa maksud positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru terutama selepas berjaya menempuhi halangan.


Makna Disebalik Jumlah Tangkai Bilangan Kuntum Bunga Ros

Beri bunga boleh juga membawa maksud berdasarkan jumlah tangkai bunga ros yang di beri. Sebelum itu kenalah tahu dulu apakah maksud di sebalik jumlah tangkai bunga ros ini. 

Antaranya maksud 3 tangkai bunga ros, maksud 6 kuntum bunga ros dan sebagainya.



1 Kuntum maksudnya 1 tangkai 

1 kuntum = Cinta pandang pertama, kaulah yang satu
2 kuntum = Saling menyayangi antara satu sama lain
3 kuntum = Aku cinta kamu [ I love You ]

6 kuntum = Aku ingin menjadi milikmu
7 kuntum = Aku sangat mengilaimu
9 kuntum = Cinta yang sejati hingga ke hujung nyawa
10 kuntum = Kamu sangat sempurna untuk ku

11 kuntum = Kaulah yang paling ku sayangi
12 kuntum = Terimalah aku sebagai kekasihmu
13 kuntum = Peminat rahsia
15 kuntum = Saya minta maaf, tolong maafkan saya... pleaseeee

20 kuntum = Percayalah, saya sangat jujur pada awak
21 kuntum = Aku setia padamu
24 kuntum = Tak boleh berhenti dari ingatkan awak / 24jam sehari

33 kuntum = Aku cinta padamu... cinta cinta cinta!! Tersangat-sangat cinta!!
36 kuntum = Akan ku ingati waktu-waktu indah ketika bersama
40 kuntum = Cintaku padamu adalah tulen
50 kuntum = Tidak pernah menyesal menyintaimu

99 kuntum = Aku akan mencintaimu untuk sepanjang hidupku
100 kuntum = Kekal bersama untuk selamanya sehingga ke hujung usia
101 kuntum = Kaulah satu-satunya cintaku
108 kuntum = Jom kita kahwin !!

365 kuntum = Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365 hari
999 kuntum = Cinta yang berkekalan sampai bila-bila



Read This :




Jangan ingat pemberian bunga rose ni hanya untuk kekasih dan isteri sebaliknya bunga rose ni boleh juga di beri pada ibu, kakak dan juga rakan-rakan. 

Pendek kata, bunga ros boleh di beri kepada sesiapa saja yang anda suka. Jangan korang gi petik bunga rose dari halaman orang sudahlah.
 

Nak Hadiahkan Bunga Ros Merah Sebagai Tanda Cinta? Boleh Tempah Secara Online Sekali Penghantaran

 
Punyalah mudah dan canggih, sekarang ni urusan tempahan bunga dah boleh dilakukan secara online sekali dengan servis penghantaran pada hari yang sama. Ada banyak pihak yang menyediakan servis ini yang di buka untuk seluruh Malaysia. Ada macam-macam jenis bunga dengan pelbagai design gubahan.

Jika nak berikan bunga dengan kek juga boleh. Jika kebetulan tinggal berjauhan dengan pasangan, masih boleh minta pihak pengubah bunga untuk tolong belikan hadiah yang sesuai. Range harga pula ada yang mahal dan ada yang murah, pandai-pandailah pilih mengikut kemampuan.

Hmmm bayangkanlah... buat tempahan kemudian akan di hantar secara terus bagi pihak kita pada si dia, wow mau melompat si dia terima pemberian tu... gerenti happy senyum sengih sampai ke telinga.

Lepas ni walau duduk lain-lain negeri pun tak apa dah.. kalau tiba harijadi dan sebagainya tak payah juga pening kepala nak berikan apa... tak usah juga rasa malu tebal muka bawa bunga beri depan-depan... Kan senang tu?

Kesimpulan

Semua tahu yang bunga ros adalah simbol percintaan, tetapi warna-warna yang berbeza memberi makna yang berlainan. Tak kisah la sekuntum atau sejambak, pasti akan rasa gembira bila terima. Makin happy bila tahu makna tersirat disebalik warna dan bilangan bunga ros tu.

Dari dulu hingga kini, pamai pasangan kekasih akan memberi bunga ros sebagai tanda cinta. Warna dan bilangan bungan ros yang diberi juga mengikut apa yang tersirat di hati. 

Dengan adanya senarai maksud bunga-bunga ros di Malaysia ini dapat memberi sedikit sebanyak info pada kita semua. 




Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :

14 comments for "Maksud Di Sebalik Warna Dan Jumlah Tangkai Bunga Ros"

  1. Bestnya dapat bunga banyak2..hahaaha kalau ade org bagi Del amik jer

    ReplyDelete
  2. belum pernah bagi bunga ros...

    kalau minum sirap ros adalah..

    ReplyDelete
  3. hahahaha takpernah dapat T.T boleh sha entry ni kepada yang tersayang buat hint

    ReplyDelete
  4. Lama tak terima bunga rose...

    ReplyDelete
  5. pernah dapat dari someone masa merajuk tapi tulah tak rasa pun dia tahu maksud bilangan dan warna tu. main bagi je. hahaha

    ReplyDelete
  6. dulu bopren pernah bagi setangkai ros merah.uih..tak tau nak cakap ape..simpan sampai kering tau bunga rose tu..hahahaha..terus thorwback..hahaha....tapi mase tu mmg cinta pandang pertama..cuma takde jodoh je...

    ReplyDelete
  7. Tak pernah dapat bunga punn..huhuhu

    ReplyDelete
  8. wah.. mama tak penah ingat maksud2 bunga dan kaler ni

    ReplyDelete
  9. HAHAHAHAHAHTak pernah dapat T.T boleh sha entry ni kepada yang tersayang buat hint

    ReplyDelete
  10. cantiknya semua warna bunga ros kat atas niiiiiii! lagi lagi warna putih tu, sejuk je mata memandang. btw, saya tak pernah lagi dapat bunga ros hahaha.

    p/s: jemput join segmen blog saya sis hawa :D

    ReplyDelete
  11. mek rase pernah dapat 3 kuntum tp lepas kena paksa beli. tapi betul la weih, layu. baik kau beli cactus, susah nak mamp. nak jaga pn senang. hahaha

    ReplyDelete
  12. Selalu pesan kat suami, kalau nak beli bunga hidup, beli yang dalam pasu. Boleh siram, letak.baja, siap boleh biakkan lagi.😂

    ReplyDelete
  13. Huhu. Tak pnh on tahu maksud bunga ni.. Huhu di Sebb kn dpt bunga mlm tdi.. 15.kumtum ros. Merah 3.ros putih.. Bru thu..

    ReplyDelete
  14. Mksud 5kuntum bunga rose apa, , ..memang rasa bahagia dpt bunga 😍

    ReplyDelete