Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

40 Ayat Pickup Line Sweet Untuk Lelaki, Suami Boleh Cair

40 Ayat Pickup Line Sweet Untuk Lelaki, Suami Boleh Cair | Ayat-ayat pickup line untuk mengorat sudah selalu kita dengar. Yelah, dah selalu sangat dengar ayat pickup line Sepahtu yang lawak. Memang terhibur dengar ayat pickup line padu ni, boleh tersenyum dibuatnya. 

Untuk memberi kelainan, mari kita baca ayat pickup line sweet untuk lelaki. Masa bercinta lelaki beri ayat pickup line rindu untuk perempuan. Lepas kahwin isteri kasi ayat buat lelaki cair sebagai pickup line pada suami. 

ayat-pickup-melayu-untuk-lelaki


Ayat Pick Up Line Melayu Untuk Lelaki

Berikut adalah senarai terkini ayat pick up line sweet untuk lelaki yang boleh isteri gunakan dalam usaha membuat hati suami cair. 
Ayat buat lelaki cair yang digunakan sebagai ayat pickup line untuk suami tak sama seperti ayat pickup line untuk pakwe dan sebagainya. Dah kahwin kan, lainlah sikit tahapnya.
Ayat pickup line untuk suami ini boleh dijadikan sebagai hiburan ketika duduk berdua. 

Ayat Pick Up Line Untuk Lelaki (Suami) No.1 - No.10

Abang tahu tak, apa beza siang dan malam?
Apa dia?
Siang abang kena hadap boss, malam abang milik sayang.


Abang, jom kita pergi cuti nak?
Sayang nak cuti ke mana?
Nak cuti ke dalam tasik hati abang.


Sayang tak sukalah duduk rumah ni!
Kenapa pula?
Sebab bila abang pergi kerja, sayang kena tanggung rindu tiap hari.


Antara warna putih dan biru, warna mana abang pilih?
Warna biru.
Salah! Abang pilih warna putih, itukan warna baju nikah kita dulu.


Abang, hari ni saya malas masaklah.
Tak apa, jom kita makan luar.
Tak boleh! Nanti ada orang lain tengok abang. Sayang pergi masak sekarang juga!


Saya tak nak makan coklat lagi lepas ni.
Kenapa? Sayang sakit gigi ke?
Taklah. Cuma sejak dah kahwin ni, rasa manis cinta awak lebih hebat dari manis coklat tu.


Esok sayang balik kerja pukul berapa?
Macam biasa.
Maksudnya, sayang juga kena mandi pakai perfume kasi wangi untuk sambut abang balik kerja macam biasa.


Selalunya, pokok kelapa tinggi ke rendah bang?
Mestilah tinggi.
Tapi tinggi lagi cinta saya pada abang.


Saya rasa nak makan ayam masak madu. Tapi saya tak berani.
Awak takut apa?
Saya takut nanti awak betul-betul suka pada madu hingga madukan saya.


Barang dapur dah habis bang. Jom kita pergi beli.
Kejap abang pergi siap.
Tak payah! Nanti terlajak hensem, ada pula orang lain nak ikut balik.


Ayat Pick Up Line Padu Untuk Lelaki No.11 - No.20


Abang, kita nak pergi cuti ni. Handphone abang ada waze kan?
Ada. Takyah risau.
Kalau gitu, abang tolong wazekan sekali jalan untuk sayang pergi ke hati abang tu.


Kalau abang nak tahu, sayang suka roadblock.
Lah, dah kenapa suka roadblock?
Sebab sayang sendiri dah letak roadblock di dalam hati ni. Tak kan ada orang lain selain abang.


Tahun ni kita jadi balik kampung tak?
Tak jadilah sayang. Cuti abang dibekukan.
Tak apalah. Di mana ada awak, disitulah kampung saya. Saya okay.


Abang, nah air.
Kenapa air ni tawar?
Sebab manisnya ada pada abang.


Abang tahu tak, apa beza kuih tart dengan abang?
Tak tahu.
Kuih tart cair di mulut. Abang cair di hati sayang.


Abang boleh kira berapa banyak air hujan yang turun?
Mana boleh. Banyak sangat tu.
Banyak lagi jumlah cinta sayang pada abang tau!


Rumah kita sekarang sunyi tapi tak lama lagi mesti akan meriah.
Kenapa? Mak ayah nak datang dari kampung ke?
Taklah, tapi sebab sayang nak lahirkan anak ramai-ramai untuk abang. 


Abang jangan banyak makan benda manis tau.
Abang memang tak suka sangat makan yang manis-manis.
Bagus bagus. Sebab manis yang ada pada abang dah cukup banyak.


Abang tahu tak apa persamaan abang dengan polis?
Apa dia?
Polis tangkap penjahat. Abang pula tangkap saya untuk duduk dalam penjara hati abang.


Hari ni sayang rasa penat sangat-sangat bang.
Kesiannya. Sayang penat kemas rumah ke?
Taklah! Sayang penat berlari untuk duduk dalam hati abang tu tiap hari.


Ayat Pick Up Line Sweet Untuk Lelaki No.21 - No.30


Abang mata sayang rasa sakit.
Sakit kenapa?
Sakit sebab selalu terkena panahan cinta dari abang.


Abang, sayang nak kunci.
Kunci apa?
Kunci untuk tutup semua pintu ke hati abang. Sayang tak nak orang lain masuk.


Abang, sayang nak tanya. Bila tutup mata nampak apa?
Mana ada nampak apa. Gelap jer.
Macam tulah gelapnya hidup sayang kalau tanpa abang.


Susah betul menaip di keyboard ni!
Kalau rasa susah, taiplah pelan-pelan.
Susah sebab asyik tertaip nama abang jer dari tadi.


Kalau abang makin gelap pun, sayang tetap cintakan abang.
Kalau abang makin gemuk?
Lagi bagus! Itu tandanya sayang pandai jaga makan minum abang.


Saya rasa menyesal! Sangat menyesal!
Menyesal kenapa?
Menyesal sebab tak terima lamaran awak lebih awal. :)


Awak jangan lagi beli bunga untuk saya.
Sejak bila tak suka bunga ni?
Sejak saya rasa bunga tu mudah layu sedangkan saya nak cinta abang selalu mekar hanya untuk saya.


Abang suka no berapa?
Tak tahu.
Abang boleh pilih nombor berapa pun! Tapi, sayang tetap pilih no1 kerana di hati ni hanya ada abang.


Kenapa orang lelaki suka main badminton ye?
Sebab seronok.
Hmmm.. seronok lagi saya duduk melayan abang dari penat berpeluh main badminton tu. 


Abang, nanti saya nak ikut abang pergi memancing.
Hari tu sayang cakap boring.
Saya nak ikut. Saya tak nak ada orang lain pancing abang untuk gantikan tempat saya.



Read This :



Ayat Pick Up Line Sweet Couple Untuk Lelaki No.31 - No.40


Kalau sayang nak minta abang tolong buat sesuatu boleh tak?
Buat apa?
Sayang nak abang tolong kipas hati ni yang asyik rasa panas sebab terkena cinta abang.


Abang rasa kat Shopee tu ada jual gari tak?
Nak buat apa beli gari?
Sayang nak gari hati abang supaya tak cari yang lain.


Saya tak sangka abang sejahat ni!
Saya jahat buat apa?
Abang jahat sebab dah curi hati saya, sampai sekarang abang tak pulangkan balik.


Abang tahu tak, apa samanya abang dengan duit?
Apa dia?
Dua-dua saya suka! Dua-dua saya sayang!


Kalau saya ajak terjun lombong, abang nak ikut tak?
Tak naklah.
Bagus. Sebab saya dah tak mampu nak terjun lombong lepas dah lemas tenggelam dalam hati abang tu. 


Abang jom tolong saya sidai baju kat luar.
Banyak sangat ke?
Sikit je kalau nak dibandingkan cinta saya pada abang.


Abang suka laut atau air terjun?
Air terjun.
Saya suka laut sebab boleh pegang tangan jalan tepi pantai dengan abang.


Abang tahu tak apa persamaan saya dengan semut?
Apa dia?
Semut suka manis gula. Saya pula suka manis cinta abang.


Abang! Tolong telefon bomba lekas!
Kenapa? Apa yang terbakar?
Hati saya! Hati saya dah terbakar kena panahan cinta abang!


Kalau rumah kita tepi masjid mesti lagi bagus kan?
Mestilah sebab boleh solat jemaah di masjid.
Bukan. Sebab saya nak belajar dengan ustazah untuk jadi isteri penyejuk mata untuk awak.


Itulah dia himpunan koleksi ayat pickup line sweet couple yang boleh isteri berikan pada suami. Ayat-ayat pickup line bukan untuk mengorat saja. Nak beri pada pasangan setelah berkahwin pun okay.

Kesimpulan 


Rahsia kebahagiaan suami isteri ini ada banyak. Penggunaan ayat pickup line sweet couple begini juga dapat menambahkan rasa happy dalam perkahwinan. Asyik suami je bagi ayat pickup line sweet pada isteri, kali ni biar isteri pula kasi ayat pickup line padu pada suami.

Adakah ayat-ayat pickup sweet untuk lelaki ini benar-benar menjadi untuk buat lelaki cair? Itu kena cubalah dulu. 

Yang pasti, ayat pickup line bukan hanya untuk mereka yang belum berkahwin, dah berkahwin juga boleh gunakan untuk mengorat suami isteri untuk eratkan lagi hubungan. 

Semoga ayat pickup line antara suami isteri ini dapat tambah rasa manis sebagai sweet couple sesama sendiri. 


Post a Comment for "40 Ayat Pickup Line Sweet Untuk Lelaki, Suami Boleh Cair"