Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Maksud Mimpi Seseorang Yang Kita Sayang Dan Kenal Berulang Kali Dalam Islam

Maksud Mimpi Seseorang Yang Kita Sayang Dan Kenal Berulang Kali Dalam Islam | Mimpi seseorang, ada yang anggap hanya mainan tidur dan ada yang anggap ada maksudnya yang tersendiri. 

Tak kisahlah mimpi apa sekalipun ramai yang cuba nak tahu apakah ada maksudnya ataupun tidak. Maksud mimpi ini pula ada yang sekadar kepercayaan dan ada yang muncul dalam tafsir Islam. Begitu juga dengan mimpi seseorang. 

Kalian pernah mimpi akan seseorang tak? Daku pernah mimpi akan seseorang malah daku juga pernah mimpi ayah yang sudah meninggal. 

Mimpi akan seseorang ini sememangnya sudah biasa cuma kita kena lihat samada mimpi tu datang hanya sekali ataupun berulang-ulang kali. Eh pernah tau mimpi yang sama serupa lebih dari sekali. 


Maksud Mimpi Orang Yang Sama Berulang Kali Dalam Islam

Sebelum bercerita akan maksud mimpi seseorang dalam Islam, suka untuk daku kongsikan dulu akan maksud mimpi seseorang menurut pembacaan saintifik. 

Berdasarkan apa yang ku baca, mimpi pada seseorang ini merupakan hasil dari sesuatu yang ada dalam alam nyata. Maksudnya seseorang seringkali bermimpi ketika lena pada seseorang disebabkan oleh fikiran sendiri yang terlalu memikirkannya. 

Sebagai contoh diri sendiri sedang jatuh hati pada seseorang. Sedang bercintalah mudah cakap. Maka fikiran yang sedang memikirkan pada si dia tu akan membuatkan tidur malam termimpi-mimpi pada dirinya. Inilah antara punca mengapa mimpi pada seseorang boleh berlaku. 

Tak mustahil juga apabila seseorang itu seringkali bermimpi akan suatu perkara disebabkan rasa gelisah. 

Gelisah untuk bertemu dengan seseorang yang baru pertama kali ingin bertemu. Mulakan fikiran bayangkan benda yang bukan-bukan. Kiranya jika dari logikal, mimpi pada seseorang boleh berlaku akibat rindu dan gelisah. Hmm diri sendiri cari penyakit rupanya. 


Mimpi Seseorang Yang Sudah Meninggal Menurut Islam Dan Masyarakat 

Berbeza pula dengan mimpi seseorang yang sudah meninggal. 

Menurut pemahaman dalam Islam, mimpi seseorang yang sudah meninggal besar kemungkinan ada kaitan dengan insan yang telah meninggal itu sendiri. 

1. Tanda Mimpi Seseorang , Sebuah Kerinduan Yang Sedang Ditanggung

Untuk maksud mimpi bertemu orang yang sudah meninggal ini, dikatakan bahawa ianya adalah sebuah petanda bahawa seseorang yang sedang bermimpi itu sangat-sangat merindui orang yang telah meninggal tersebut. Mungkin suami/isteri, anak, ibu ayah, saudara, dan teman baik dan sebagainya. 
2. Ada Pesanan Dari Arwah  

Ada juga yang berpendapat bahawa mimpi bertemu seseorang yang telah meninggal ni membawa maksud dari arwah itu sendiri. Ada yang menganggap arwah ingin menyampaikan pesanan pada orang yang sedang bermimpi itu. Mungkin berkaitan dengan sesuatu perkara yang belum selesai semasa arwah masih lagi hidup.

3. Petanda Akan Mendapat Pertolongan 
Pendapat lain tentang mimpi seseorang yang sudah meninggal ini dikatakan membawa maksud akan mendapat pertolongan dari seseorang yang akan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

4. Arwah Mengharapkan Kiriman Doa Untuknya 

Selain dari itu, mimpi seseorang yang sudah meninggal ini dianggap sebagai satu pesanan. Pesanan ini dikatakan yang arwah mengharapkan kiriman doa dari mereka yang masih hidup ini untuknya di alam sana. Bagi yang pernah mimpi begini, eloklah didoakan arwah dan membuat kenduri tahlil untuk arwah.

Mimpi Seseorang Itu Jangan Dijadikan Sebagai Akidah - Ustaz Azhar Idrus 





Nampaknya Mimpi Seseorang Ini Ada Kaitan Dengan Perasaan Rindu!

Itulah beberapa maksud mimpi bertemu orang yang sudah meninggal yang ada kaitan dengan Islam dan kepercayaan masyarakat. 

Yang pasti, walau ramai orang kata kalau kita mimpi orang tu, maksudnya orang tu rindukan kita, betul ataupun tidak itu semua sukar untuk dipastikan. Cuma jika bangun dari tidur dan teringat mimpi yang sama saja asyik berlaku itu tandanya mungkin ada sesuatu yang perlu kita ambil tahu. 

Tak suruh percaya 100% pada mimpi kerana memang mimpi ini boleh dikategorikan sebagai mainan tidur semata namun jika sudah mimpi berulang-ulang kali sudah tentu diri rasa tak sedap kan? Rasa tertanya-tanya. Maka bolehlah di tanya pada mana-mana ustaz bagi mendapatkan sedikit bantuan untuk tafsiran mimpi tersebut.

Mimpi Orang Yang Kita Kenal

Hakikat sebenar tentang maksud mimpi ni hanya Allah sahaja dan kerana itu bila bermimpi terutama mimpi pada seseorang, janganlah terlalu memikirkannya. Jika kebetulan kita mimpi orang yang kita kenal dan masih hidup maka hubungilah dia untuk bertanya khabar. Jika kita mimpi seorang lelaki secara berulang kali mungkin itu rupanya jodoh kita, siapa tahu... lakukanlah solat istikharah.


Mimpi Bekas Kekasih? Janganlah Terlalu Memikirkannya

Manakala jika kita mimpi bekas kekasih hantar mesej atau datang ke rumah, anggaplah itu sekadar satu mainan tidur semata. Dah jadi bekas kekasih pun kan jadi kenapa nak fikir lagi. Teruskan saja hidup seharian yang ada sekarang. 

Jika mimpi seseorang lelaki tak nampak muka pula doalah benda yang baik-baik agar Allah jauhkan perkara yang tidak baik. 


Sudah tahu maksud mimpi orang yang kita sayang atau mimpi seseorang yang kita kenal dan sudah meninggal, kirimkanlah doa yang baik-baik pada mereka. Luangkan masa untuk baca AlQuran dan sedekahkah pahala surah pada mereka. 

Itulah lebih kurang maksud untuk mimpi bertemu seseorang yang boleh kita ambil tahu. Memimpikan seseorang itu nampaknya ada kaitan dengan fikiran, hati dan perasaan rindu. 

Apa sebenarnya mimpi untuk bertemu dengan seseorang dalam Islam dan masyarakat ini? Itu saja jawapannya dan semoga ianya dapat membantu memberi serba sedikit gambaran. InshaAllah. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia




Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :

40 comments for "Maksud Mimpi Seseorang Yang Kita Sayang Dan Kenal Berulang Kali Dalam Islam"

  1. Salam, nak tanya. Saya pernah termimpi seorang lelaki menjadi suami saya yg saya jngin kn which is seorg penyayang, menghormati saya dan membimbing saya. Tapi time tu saya x nampak wajah dia. So saya terus berdoa inginkn kepastian siapa dlm mimpi tuu. N baru kemarin, saya termimpi benda sama n time tu saya nampak wajah dia, n dia adalah kwn sekelas saya. Saya dah 4 sem sekelas, tapi x pernah pun ada perasaan dgn dia. Bila saya bgn dri mimpi tuu, hati saya berdegup sngt kencang. Boleh saya tnya apakah maksud mimpi tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... kalau ikut pendapat sis secara peribadi.. mungkin dia ada hati ngan awak,... apapun jgn risau soal jodoh pertemuan itu urusan Allah... bnykkan berdoa moga dipertemukan dgn jodoh yg baik2

      Delete
  2. salam, saya nak tanya juga. saya pernah berdoa semoga orang yang rindu saya muncul dalam mimpi. pada malam tu saya mimpi seorang lelaki yang saya selalu terserempak tapi tak pernah tegur dekat sekolah muncul dalam mimpi saya. Boleh saya tahu apa maksud mimpi itu?

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya saya kerap mimpi arwah kawan sekolah saya.. Dan saya selalu mimpikan arwah berulang kali dalam mimpi tu arwah menggunakan kain kafan di badan nya ..boleh saya tahu kenapa ..

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum saya nak tanye , sekarang saya rase saya sukakan seseorang ( saya tak pasti dengan perasaan saya sendiri ) bila saya fikir / cemburu / rindu saya akan termimpikan lelaki lain . Lelaki yang saya mimpi adalah lelaki yang same . Dan kitorang saling kenal . Dah banyak kali mimpi dia . Ini mainan syaitan atau ade petunjuk ? Saya ragu - ragu la ..

    ReplyDelete
  5. Akak, kalau kita mimpi seseorang yang kita suka secara kerap tapi dia macam menjauh dari kita. Apa mksudnya kita perlu jauhkan diri dari dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dh dia nk jauhkan, buat apa kita nk ikut.. jodoh di tangan Tuhan, sejauh mana dia lari kalau itu jodo akan kembali juga depan mata :D tak perlu bimbang.. tetapkan hati, Allah sebaik2 pemberi jodoh jd doa Allah permudahkan urusan bertemu jodo dgn bakal pasangan yg baik2

      Delete
  6. Kita mimpi orang yg tak mengenali kita,

    ReplyDelete
  7. saya ad pertanyaan selalu bermain dlm fikiran saya selama ini... sejak saya berumur 10 tahun saya pernah bermimpi seorng gadis cina yg bercakap dengan saya dalam mimpi saya... dan berlanjutan saya berumur 12 tahun saya bermimpi benda yang sama cuma kali ini dia berdiri di depan saya.... sekarang saya berumur 20 tahun dan mimpi itu kembali pula... bermimpi seorang perempuan cina itu... adakah gadis itu jodoh saya... saya amat takut sebab ada orang ingin membuat dengan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. soal sama ada dia jodoh atau kena buat itu sukar nk ditentukan.. mungkin juga ada hal lain.. cuba selidik dia duduk dimana .. mungkin ada hal yg x selesai ke

      Delete
  8. Sejak akhir2 ni sy menyimpan perasaan suka pd sepupu sy hingga terdetik hati sy mahukan dia jadi suami sy tapi kami masing2 tak tahu perasaan masing2 tapi kami mmg mesra berbual bila bertemu . Satu hari di waktu dhuha sy ada termimpikan dia tiba tiba berbual mesra dan ber tanya khabar sy tapi sayangnya ia mimpi dan dia x cakap pun sayang kat saya . Boleh tahu adakah mimpi sy ini ada tanda baik tuk hubungan kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin itu tandanya awak kena cuba2 cari jalan dulu utk suarakan rasa hati.. cara terbaik terus terang saja pd ibu dan ayah sendiri.. minta mak ayah fikir baik buruk dan tolong jd org tengah utk suarakan rasa hati.. jika sepupu setuju itu jodoh dan kalau dia x setuju maka redhalah

      Delete
  9. Assalamualaikum .. Sy nk tnye ada seorang lelaki memandang dan senyum kat sy dan memerhatikan sy dari jauh dan disedari oleh kwn2 sy... Lelaki tu dh berkawin cuma sy x nk layan sgt takut nk kacau rumah tangga dia... Sy cuba elakkan diri tapi setiap sy tak boleh tidur asyik mimpikan dia... Apa maksud mimpi tu... Apa yg harus sy buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar kemungkinan, adik yg ada hati pd dia sbb dia mungkin ada menepati ciri2 yg adik cari.. tp mcm yg adik ckp td dia suami orang jadi elakkan.. dan seeloknya, cari jodoh dgn lelaki lain yg punya ciri2 seperti itu.. ramai lelaki dlm dunia ni.. malah bnyk yg lebih hebat2... yg penting utamakan lelaki bujang dr suami org sbb adik pun perempuan kan.. jadi adik mesti tahu sakitnya macam mana =D

      Delete
    2. Dalam Islam ada poligami. Tak salah rasanya bercinta dengan suami org asalkan jangan berlebihan. Lepas bercinta, berkahwin. Poligami itu halal.

      Delete
    3. betul.. jika sungguh ada hati, hrp berdepan dgn si isteri, jgn dibelakangnya. Sbb poligami itu halal , Allah benarkan tetapi dgn cara yg betul tanpa menyakiti hati sesiapa. barulah manis sebuah poligami yg tepat dgn ajaran Islam dpt dilaksanakan

      Delete
  10. Assalamualaikum sis, saya ada pertnyaan. Kawan saya yg dulunya bekas kekasih saya bgitau sya yg masa dia sakit dia ada tetidur. Then dia termimpi yg saya kawin dgn org lain. Dia menangis n kwn saya saya pujuk. Sis ada pendapat x psal mimpi ni?

    ReplyDelete
  11. Hi! Nak tanya. Kerana sebab tertentu, saya jauhkan diri saya dari seseorang ni. Untuk kebaikan kedua-dua pihak.
    Tapi kenapa dia masih lagi datang dalam mimpi saya?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,saya nk tanya kak.saya ada mimpi ada seorang lelaki berjubah putih dia datang pada saya,dia cakap kau nk tahu tak ada seorang lelaki belah kampung kau tu disukai kau.saya tanya sapa dia kata si polan bin si polan.akhirnya saya jumpa lelaki yg disebut oleh lelaki berjubah putih tu.saya tengok wajah macam saya kenal je si dia.apa maksudnya mimpi tu kak?

    ReplyDelete
  13. iyah biasanya minta dikirimin doa

    ReplyDelete
  14. saya ada bermimpikan seorang lelaki in real life tu punya senyuman sangat sedih dipandangan saya... mata dia layu like sedih aje. tapi dalam mimpi saya dia senyum sekali dengan mata dia senyum sangat gembira! dia bertanyakan nama saya dan saya bagitahu nama saya dan dia makin tersenyum. saya suka lihat dia senyum macam tu!

    ReplyDelete
  15. Hi sis, saya keraaappp sgt mimpi kan ex saya. Bukan sekali dua.. Banyak kali dah.. Saya tak rindu kn dia langsung. Dan saya dh ada pun psgn baru (dah 5 tahun pun dgn psgn baru ini) tapi tulah.. Dgn pasangan baru ni mmg susah dia masuk mimpi. Tapi ex tu kerap sgt dia masuk mimpi.. Nak kata ada urusan tak selesai dgn dia, rasa nya tak ada dah.. Atau pun dia masih berharap pada saya ye? Tapi kami tak contact langsung dah 4 tahun tak contact each other. Just nampak perkembangan masing2 di social media. Saya tak nak mimpi diaa, kenapa dia masuk mimpi saya banyak kaliiii?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar mainan tido je tu... jgn bnyk fikir, buang je jauh2 ye

      Delete
  16. Saya ada mimpi saya tak jumpa barang yang saya cari. Apakah maksudnya?

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum sis sy nk tanya ap maksud mimpikan ank yg lama trpisah diatas perpisahan dgn bekas suami?sy tak pernah mimpikn ank sebelum ini

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum sis sy nk tanya ap maksud mimpikan ank yg lama trpisah diatas perpisahan dgn bekas suami?sy tak pernah mimpikn ank sebelum ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. kalau mimpi gini selalunya sbb rindu.. mungkin diri sndiri rindukan anak atau mungkin anak yg sdg rindu dan perlukan ibu. Telefonlah tanya khabar, setakat bertanya khabar apa salahnya

      Delete
  19. asalmualaikum sis saya nk tnya baru-baru ni saya ada termimpi seorang lelaki yang tidak dikenali tapi saya dapat melihat rupa nya samar-samar,lelaki tu cuba nak mengurat saya,dan lepastu dia kata kat saya dia betul-betul sukakan saya tapi saya tolak kata-kata dia dan cuba menjauhi diri saya daripada nyaa,lepastu dalam beberapa minit kemudian ada seorang wanita menegur saya dia mengatakan lelaki itu menangis kerana saya..dan saya tiba-tiba rasa serba salah dan pergi melihat keadaan lelaki tu.semasa saya melihat keadaan laki tu memg betul-betul nangis yang teramat sangat,tiba-tiba saya ternampak sesuatu barang di hadapan laki tu khas untuk diberi kepada sayaa...apa maksud disebalik mimpi saya niy sis.sampai sekrag saya tak bole lupaa mimpi trsebut😔

    ReplyDelete
  20. asalmualaikum sis saya nk tnya baru-baru ni saya ada termimpi seorang lelaki yang tidak dikenali tapi saya dapat melihat rupa nya samar-samar,lelaki tu cuba nak mengurat saya,dan lepastu dia kata kat saya dia betul-betul sukakan saya tapi saya tolak kata-kata dia dan cuba menjauhi diri saya daripada nyaa,lepastu dalam beberapa minit kemudian ada seorang wanita menegur saya dia mengatakan lelaki itu menangis kerana saya..dan saya tiba-tiba rasa serba salah dan pergi melihat keadaan lelaki tu.semasa saya melihat keadaan laki tu memg betul-betul nangis yang teramat sangat,tiba-tiba saya ternampak sesuatu barang di hadapan laki tu khas untuk diberi kepada sayaa.selepas mimpi tu saya trus terjaga dri tidur...apa maksud disebalik mimpi saya niy sis.Tapi sebelum saya tidur saya langsung tak fikir apa-apa pon,tiba-tiba mimpi niy muncul pada saya.sampai sekrag saya tak bole lupaa mimpi trsebut😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm,... mungkin ada yg sdg taruh hati dlm diam tp tak berani nk terus terang takut ditolak kot. hehe

      Delete
  21. Salam sis. Macam mana pula ye kalau saya kerap bermimpi orang yang saya kenal tapi tidak rapat? Kebetulan dia ni merupakan kawan kepada kawan rapat saya dan dia pernah bercerita kepada kawan saya bahawa dia juga pernah bermimpi saya dan dalam mimpi tersebut, dia bermimpi bahawa kami berkahwin. Peliknya, dia bermimpi selepas 2 hari saya mimpikan dia pertama kalinya. Dalam seminggu selepas itu, baru kami dapat berinteraksi pertama kalinya dalam game. Kami bermain dalam satu team yang sama. Sehingga hari ini, saya telah bermimpi dia 4-5 kali dan saya masih ingat tentang mimpi itu. Saya ada hati pada orang lain dan dia juga begitu. Adakah ini hanya permainan syaitan yang tidak memberi apa apa makna ataupun ada sesuatu sebaliknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah juga ni.. mcm ni la.. lepas solat doa agar Allah temukan jodoh dgn org baik2.. buat solat istikharah bagus juga. Minta allah tunjukkan jalan.. adakah ini jodoh atau hanya mainan syaitan mcm yg di kata.. sbb sama2 ada hati pd org lain kan

      Delete
  22. Hi, detect la saya. Reply lah saya.. Saya bermimpi orang yang saya suka bagi duit dkt saya dalam sampul.. Dalam masjid.. Asalnya dia nk sedekah kpd seorang budak, dan bila dia nmpk saya dia bgi satu sampul berisikn duit.. Dan pada masa yg sama dlm mimpi tu.. Saya check dalam kereta, duit tu byk dia bgi.. Apa mksdnya agak2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk mimpi dapat duit boleh baca maksudnya kat sini :D https://www.sishawa.com/2020/11/16-maksud-mimpi-tentang-wang-duit.html

      Delete
  23. Salam sis..sy ade mimpi sy berkawin dgn seorang lelaki .tpi sy tak kenal dia pon.muka dia samar2 je.tak dpt nk tgk muka dia dgn jelas.bila sy bgn pgi sy rasa happy😅.pastu sy ade share story ni dgn kwn sy.time ceritakn mimpi ni kat kwn sy..sy rasa hati saya berdebar dan happy.mcm mne ni?😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah jodoh dah dekat agaknya tu. Moga segalanya dipermudahkan. Tiba masa pasti akan teringat balik mimpi ni dengan rasa berdebar semula bila 'orang' dlm mimpi tu muncul betul2 secara nyata :D

      Delete
  24. Assalamualaikum sis.... saya mimpi saya bernikah dengan someone which is ex sendiri tapi malam td dh basuh kaki semua sis and malam tido tu x terfikir pon pasal dia ... petanda apa ye ni ?

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum. saya sering bermimpi kwn2 sekitar saya yang saya sayang tinggalkan saya bila saya dalam kesusahan. mimpi ni saya dapat dari kecil lagi. adakah membawa maksud yang mereka semua tu bukan kwn yang terbaik utk saya?

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum , saya nak tnye knpe saya bermimpi 5 kali orang yg sama pda situasi atau mimpi yang berbeza , di realiti , sya sedih sendiri, tapi bila dlm mimpi , saya bersama dia saya sedang bergelak tawa tanpa tahu ape itu kesedihan . dia buat saya happy bila dalam mimpi and time saya menagis , saya teringat dia . kenapa yer ? hope awak balas . cause saya betul ii nak tahu , tu maksud yang baik atau buruk untuk mimpi tu....

    ReplyDelete
  27. Kalau Saya pulak,saya pernah tersuka seseorang ni,tapi itu dah lama.sekarangni saya tak fikir pon pasal dia.tapi dia selalu masuk mimpi saya.saya pelik betul knapa mcm tu.nak kata rindu, fikirkan dia pon tak.perasaan suka tu pon dah hilang.tpi knapa dia masuk dlm mimpi saya.saya masih tak faham.mungkin main tidur je ke?

    ReplyDelete