Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mimpi Dipatuk Ular Menurut Islam, Maksud Baik Ke Buruk Ni?

Mimpi Dipatuk Ular Menurut Islam, Maksud Baik Ke Buruk Ni? | Mimpi, satu perkara yang sering bermain semasa tidur. Macam-macam mimpi pernah ku lalui termasuk mimpi ular. Uiii seram oiii... tapi dah nama pun mimpi kan! 

Nak tak nak kena hadap juga. Dan selepas mimpi tu terus terfikir, mimpi ular ni apa maksudnya? Apa pula arti tafsir mimpi dipatuk ular menurut Islam? Baik ke? Buruk ke? 

Maka bermulalah pencarianku untuk tafsir atau maksud mimpi dipatuk ular menurut Islam dan masyarakat.



Menurut Orang Melayu, Mimpi Kena Patuk Ular Berkaitan Jodoh

Dari dulu daku selalu dengar yang bermimpi dipatuk ular ni maksudnya akan berkaitan dengan perkahwinan. 

Kiranya jika dalam mimpi telah kena patuk ular, maka orang Melayu percaya itu tandanya hendak berkahwin. Dan dikatakan yang mimpi dipatuk atau digigit ular ini juga ada kaitan dengan rezeki dan perkara buruk juga.

Sebagai contoh;
  • bermimpi dipatuk ular, dikatakan bermakna si pemimpi akan dipinang orang
  • mimpi digigit ular besar ditangan, dikatakan rezeki tak disangka akan muncul
  • bermimpi dipatuk ular juga, dikatakan ada petanda untuk sihir

Maksud Mimpi Dipatuk Ular Oleh Masyarakat 

Selain dari tafsir atau maksud mimpi dipatuk ular oleh golongan Melayu itu tadi, ada juga beberapa tafsir maksud mimpi dipatuk ular lain yang sering disebut oleh masyarakat kita. 

Di sini aku senaraikan juga antara arti atau mimpi dipatuk ular oleh masyarakat yang sering disebut-sebut. 

Antaranya : 

:: Arti Mimpi Dipatuk Ular Untuk Mereka Yang Masih Bujang 
Pendapat umum mengatakan mimpi dipatuk ular atau dibelit ular kemungkinan adalah petanda bahawa si pemimpi akan bertemu jodoh atau memperolehi isteri/suami tidak lama lagi.

:: Arti Mimpi Dikejar Oleh Ular Untuk Mereka Yang Masih Bujang
Seorang gadis yang bermimpi dikejar ular, mimpi itu kemungkinan memberi alamat si gadis akan segera dipinang orang. Manakala jika seorang lelaki yang bermimpi dikejar ular, kemungkinan itu tandanya bahwa dia diminati oleh ramai wanita.

:: Arti Mimpi Lihat Kekasih Pegang Ular (Mimpi Bermain Dengan Ular) 
Adapun menurut tafsiran yang ditemui, bagi seseorang yang masih bujang yang bermimpi melihat kekasih hatinya memegang ular, kemungkinan ia membawa erti si pemimpi akan mendirikan rumahtangga dengan seseorang yang berani sifatnya.

:: Arti Mimpi Kekasih Hati Kena Patuk Dengan Ular (Kekasih Dipatuk Ular)
Sekiranya di dalam mimpinya itu dia mendapati kekasihnya dipatuk ular, kemungkinan ia memberi alamat bahawa si pemimpi akan menghadapi kejelikan.

:: Arti Mimpi Dipatuk / Dibelit Ular Bagi Mereka Yang Telah Berkahwin
Menurut salah satu tafsiran yang ditemui, dikatakan bahawa sekiranya si pemimpi itu telah pun berkahwin, tetapi bermimpi dipatuk atau dibelit ular, kemungkinan itu membawa erti beliau akan beroleh kemakmuran dalam hidupnya.

:: Arti Mimpi Lihat Ular Bertukar Jadi Naga 
Manakala jika bermimpi melihat ular dan tidak semena-mena ular itu bertukar menjadi naga tandanya akan ada orang besar (berpengaruh atau berpangkat) yang akan menolong anda.

:: Arti Mimpi Dipatuk Ular Warna-Warni
Jika mimpi melihat seekor atau beberapa ekor ular yang berwarna-warni, dikatakan makna tersirat di sebaliknya ialah si pemimpi akan beroleh kebahagiaan.

:: Arti Mimpi Lihat Ular Yang Banyak
Sekiranya bermimpi melihat ular yang banyak, maknanya akan panjang umur.


:: Arti Mimpi Dikepung Oleh Ular Yang Banyak
Mimpi dikelilingi oleh ular yang banyak, dikatakan suatu petanda bahawa si pemimpi akan mempunyai ramai musuh.

:: Arti Mimpi Membunuh Ular
Ular sering dikaitkan dengan dengan masalah atau bahaya. Bermimpi membunuh ular begini boleh melambangkan akan kekuatan peribadi dan kemampuan kita dalam mengatasi masalah dalam hidup.


:: Arti Mimpi Menangkap Ular (Ular Hitam, Ular Tedung, Ular Sawa dan sebagainya)
Bermimpi menangkap ular memiliki tafsir mimpi yang hampir sama dengan membunuh ular. Bermimpi dapat menangkap ular boleh membawa maksud yang kita akan memperoleh kemakmuran hidup dan kekayaan dalam jumlah yang agak banyak.

:: Arti Mimpi Ular Masuk Ke Dalam Rumah
Ular melambangkan hal-hal yang jahat dan rumah pula melambangkan kehidupan sehari-hari. Maka bermimpi ular masuk ke dalam rumah begini boleh membawa maksud bahawa akan ada orang jahat yang akan ganggu kehidupan kita. Ia mungkin gangguan untuk kerjaya, rumahtangga dan juga persahabatan. 




Arti Mimpi Dipatuk Ular Menurut Islam (Tafsir Oleh Ibnu Sirin)

Sebelum diterangkan maksud dipatuk ular menurut Islam, suka untuk disebutkan yang Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya yang bertajuk Tafsir Mimpi, berkata: 



Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.


Maksud Mimpi Dipatuk Ular Boleh Ada Kaitan Dengan Sihir 

Menurut Ustaz Syarhan Syafie dalam slot Tanyalah Ustaz di TV9, mimpi dipatuk, dibelit atau bermain dengan ular ini ada kaitan dengan perkara yang ghaib seperti :

  • Mimpi ular ditafsirkan dari segi sama ada ular itu mematuk, membelit atau kita bermain dengan ular tersebut.
  • Sekiranya kita bermimpi dipatuk ular bererti sihir telah meresap masuk ke dalam tubuh kita.
  • Sekiranya kita bermimpi dibelit ular atau bermain dengan ular bererti sihir telah memberi masalah kepada kita.
  • Secara keseluruhannya, ular adalah haiwan yang ditakuti oleh manusia dan atas sebab itu jugalah Allah telah menyediakan kepada orang yang tidak solat,di dalam liang lahad nanti seekor ular yang bernama sakhar. Ular ini tugasnya adalah melaknat orang yang meninggalkan solat.
  • Sekiranya anda mendapat mimpi yang sebegitu maka rawatlah jiwa anda. 
  • Untuk mendapat mimpi yang baik maka sentiasalah tenangkan jiwa dan sentiasa membaca ayat suci Al-Quran.

Jawapan Ustaz Azhar Idrus Untuk Mimpi Ular & Sihir 




Jangan Terlalu Taksub Dengan Mimpi 

Imam Ibnu Sirrin ada mengatakan yang bermimpi dipatuk ular begini mungkin bererti yang baik dan tidak tetapi janganlah terlalu taksub dengan maksud untuk sesuatu mimpi. Jadikan saja mimpi dipatok ular sekadar hanya satu mimpi melainkan jika mimpi itu hadir secara berulang-ulang. Lagi-lagi jika mimpi dipatuk ular yang sama. 

Tidak kiralah mimpi dipatuk ular hijau, kuning atau sebagainya. Tidak kisah juga mimpi dipatuk ular di kaki kiri, mimpi dipatuk di kaki kanan atau mimpi dipatuk ular di leher sekalipun, yang penting jangan terlalu taksub untuk tahu apakah maksudnya. 

Mimpi ular dan rasa dipatuk begini hanyalah sekadar kebetulan jika ianya melibatkan jodoh kerana sesunguhnya jodoh, ajal dan maut itu di tangan Tuhan. 

Contoh mimpi dipatuk ular, walau ramai orang akan tafsirkannya dipinang atau akan bertemu jodoh, baik lelaki atau perempuan, harus diingat bahawa itu hanyalah sebuah mimpi dan jika ada maksud sekalipun, jadikan sekadar sebuah bacaan tanpa bergantung penuh pada maksud yang dikatakan. 



Apa Nak Buat Kalau Mimpi Buruk?

“Mimpi itu ada tiga jenis: Mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk meresahkan anak Adam. Mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan manusia ketika jaga lalu terbawa hingga ke dalam tidur. Mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 3907)

Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi buruk adalah dari syaitan. Bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:

1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)

2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.

3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.

4. Bangun sembahyang 2 rakaat (jika mampu)

Kalau diamalkan perkara di atas Insya Allah mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita.



Credits : Kalbu Mujada




Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :




Post a Comment for "Mimpi Dipatuk Ular Menurut Islam, Maksud Baik Ke Buruk Ni?"