Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pasangan Boleh Elak Bercerai Jika 10 Perkara Ini Dilakukan (Oh Ini Rupanya Tips Bahagia)

Pasangan Boleh Elak Bercerai Jika 10 Perkara Ini Dilakukan (Oh Ini Rupanya Tips Bahagia) | Sebagai seorang wanita yang telah tujuh belas tahun mendirikan rumahtangga, bohong jika daku katakan yang rumahtanggaku ini aman bahagia sepanjang masa tanpa sebarang salah faham. Eh ini kehidupan suami isteri tau, bukannya pasangan belangkas dua sejoli.

Jujur cakap, rumahtangga ini ada banyak ujian yang perlu kiita tempuh. Saat baru berkahwin lain cabarannya dan setelah punya anak lain pulak cabarannya. Tetapi dalam masa yang sama daku amat bersyukur kerana rumahtanggaku dan suami masih lagi mampu bertahan tanpa sebarang lafaz cerai, alhamdulillah.


Perkahwinan Bukannya Macam Main Pondok-Pondok Seperti Di Usia Kanak-Kanak

Bercerita tentang penceraian, daku pernah terbaca kes di mana isteri meminta cerai dari suami dek kerana perselisihan faham. Katanya semasa bercinta lain dan bila dah kahwin semua dah lain. Semasa bercinta di layan bagai puteri tetapi selepas dah kahwin di suruh buat itu dan ini macam kuli. Akibatnya si isteri dengan senang meminta dilepaskan.

Eh bolehkah seorang isteri minta cerai daripada suami? Ya jawapannya boleh tetapi di lihat juga apakah sebab musababnya.

"Mana-mana wanita (isterimeminta cerai dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau Syurga(yakni akan ditegah daripada mencium bau syurga)." (Riwayat Abu Dawud) 



Perceraian dalam Islam juga tidak hanya tertakluk kepada talaq sebaliknya isteri juga boleh minta cerai melalui fasakh. Namun begitu, isteri hanya boleh memohon cerai terhadap beberapa jenis golongan suami saja iaitu :

[X] suami yang menyuruh isterinya berzina
[X] suami yang menyuruh isterinya minum arak
[X] suami yang melarang isterinya daripada menutup aurat dengan sempurna
[X] suami yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang mukmin (contoh tak solat)
[X] suami yang mempunyai penyakit berbahaya
[X] suami yang tidak dapat memberikan nafkah batin
[X] suami yang tidak pulang-pulang tanpa alasan munasabah
[X] suami yang tidak memberikan nafkah

Jelas di sini yang seseorang isteri itu tidak boleh meminta suami menceraikannya tanpa alasan dan sebab yang patut. Setakat bergaduh minta cerai tu memang tak boleh dan tidak dibenarkan dalam Islam!


Zaman Serba Moden Yang Mencabar Ini Boleh Mendorong Banyak Pasangan Bergaduh Hingga Berpisah

Keretakan hubungan antara suami isteri ini boleh berpunca daripada pelbagai sebab. Antaranya kehadiran orang ke tiga, campur tangan keluarga, masalah kewangan dan juga pembahagian tanggungjawab di dalam urusan pengendalian rumahtangga. Dalam banyak-banyak isu, tidak dinafikan faktor kewangan telah menjadi satu punca terbesar di kalangan pasangan yang telah bercerai.


Allahuakbar, sedih rasa hati apabila DUIT menjadi punca keretakan rumahtangga. Daku tak nafikan hidup di atas muka bumi ini semuanya melibatkan duit tetapi bukankah kasih sayang yang telah terbina dan dihalalkan dengan ikatan akad dan nikah itu jauh lebih mula dari duit? Sedih... sangat-sangat sedih!


Segera Lakukan 10 Perkara Ini Untuk Selamatkan Rumahtangga

Ada 10 tips yang suami isteri patut tahu sebagai kunci rumah tangga bahagia. Suami atau isteri perlu sedar yang diri sendiri adalah tiang sokongan utama dalam hidup maka kena sentiasa saling bersifat perlu dan memerlukan.

1. Bahagikan Tanggungjawab Dalam Rumahtangga 

Pertama sekali perlu diingatkan yang isteri ini bukannya hamba. Isteri juga bukan hak suami yang mutlak! Isteri adalah pendamping yang Allah SWT kurniakan supaya suami tidak keseorangan. Maka ada baiknya bahagikan tugas pengurusan rumahtangga.


Sudahlah si isteri perlu mengandung dan menahan sakit bersalin, setelah lahir perlu di jaga pula anak seorang diri. Mana nak siapkan makan minum suami lagi. Hmmm.. tak best kalau begitu! Bantulah walau sekadar basuh pinggan dan basuh baju sekalipun. Barulah wujud keadilan dengan konsep suami mithali dan isteri solehah. Tapi bila suami dah bantu jangan pula isteri naik tocang ye. Agak-agaklah... (rotan kang baru tahu.. hehe)


2. Tetapkan Sebuah Misi Untuk Dicapai Secara Bersama

Macam mana nak ada duit lebih kalau tidak menyimpan? Simpanlah walaupun sedikit! Jika ada anak, boleh simpan ke dalam akaun bank anak untuk masa depannya. Simpanan begini cukup berguna apabila tiba sesuatu kecemasan.

Untuk elakkan diri dari tidak fokus apakata bincang satu destinasi untuk bercuti di hujung tahun nanti. Untuk perbelanjaan bolehlah gunakan wang tabung itu tadi. Amalkan misi ini setahun sekali supaya kuasa berjimat cermat itu boleh melekat dalam diri. Boleh honeymoon setahun sekali lagi, kan seronok tu! Mana tahu boleh bawa keluarga pergi umrah nanti. Jangan lupa juga untuk Infaq rezeki yang berjaya diperoleh itu supaya pendapatan lebih berkat untuk hidup lebih bahagia sekeluarga.



3. Menepati Keperluan Untuk Hidup Bahagia

Untuk hidup bahagia memang perlu ada perkara yang asas seperti tempat kediaman, pakaian, makan minum dan sebagainya. Untuk capai semua ini wang adalah unsur yang paling utama. Tak mengapa jika masih ada banyak kekurangan asalkan sama-sama saling dapat memberi dan menerima dengan rasa bersyukur.


4. Terus Berusaha Untuk Saling Belajar Memahami

Masa bercinta dan sesudah berkahwin adalah sangat berbeza. Jika dulu kentut pun bau wangi tapi setelah kahwin bunyi berdengkur pun rasa tak sanggup nak dengar. Inilah antara sebab mengapa ramai pasangan bercerai dengan alasan tidak sefahaman. Bagaimana nak sefahaman jika semua salah silap tu terus tak nak terima tanpa sebarang usaha. Sabar dan usahalah untuk belajar memahami sikap pasangan sendiri. Kan lebih bagus begitu?


Ada masalah atau perkara yang tak disukai pula, eloklah duduk baik-baik dan bawa berbincang. Bercakap dengan nada yang lembut dan baik untuk cuba selesaikan masalah. Jika tak suka itu dan ini berterus-teranglah. Timing untuk berbincang kena ambil beratlah juga ya. Janganlah di ajak suami berbincang saat beliau baru balik kerja. Bincanglah di waktu ke dua-daunya dalam keadaan tenang dan paling afdal di waktu malam atas katil sebelum lelapkan mata. Bercerita apa yang berlaku dalam keadaan paling tenang dan selesa.


5. Rendahkan Ego Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah

Siapa lebih ego ni? Suami ke isteri? Jika di tanya, daku akan jawab dua-duanya sama. Eh ada tau isteri yang queen control hinggakan suami tak boleh buat itu dan buat ini sesuka hati. Untuk apa nak ego? Rendahkanlah ego tu dan redhakanlah dengan apa yang Allah SWT kurniakan. Setinggi manapun ego yang ada bila tiba masa tetap akan mati juga. Jadi hargailah apa yang ada dengan rasa penuh kasih dan sayang.



6. Amalkan Sikap Suka Mohon Maaf Dan Memaafkan 
Bila sedar diri ada buat silap, sila terus mohon maaf. Tak perlulah nak berpura-pura betul dan benar jika diri sendiri sedar yang itu adalah salah. Kenapa mesti nak tutup pintu hati tu? Mohon maaf bukan satu perkara yang memalukan sebaliknya adalah satu sikap yang sangat mulia dan terpuji.


7. Buka Hati Buka Minda Dengan Luas Untuk Terima Diri Pasangan Seadanya
Apa guna belajar tinggi dan pegang jawatan besar jika hati dan minda masih sempit! Baik isteri mahupun suami, buka pintu hati dan minda tu untuk terima diri pasangan seadanya. Biar si suami gaji tidak setanding isteri sekalipun namun jangan dijadikan itu sebagai satu isu. Tak perlu nak ungkit itu dan ini kerana itu akan hanya membawa ke arah keretakan rumahtangga saja.



8. Buat Kejutan Untuk Hangatkan Suasana 

Kalau nak tahu Nabi Muhammad SAW sendiri seorang insan yang suka memberi hadiah pada isterinya. Haa jangan asyik bagi alasan "saya tak reti nak beli hadiah apa!" Eh wanita bukannya wajib di beri hadiah kereta baru ke apa, kasi bunga mawar merah dengan kad ucapan I love You pun kami dh boleh cair tau! Tak perlu terlalu susahkan diri hingga tahap membazir, dapat luangkan masa bersama berjalan dengan anak-anak pun dah sangat memadai. Masa berkualiti dengan keluarga itu penting, jangan hanya asyik busy dengan kerja saja ye.


9. Jangan Malu Untuk Pamer Sikap Yang Agak Romantis

Masa sedang bercinta boleh sebut "Saya Cinta Awak" tapi lepas dah kahwin dan punya anak, isteri jalan lintas jalan pun kena harung sendiri. Apalah salahnya jika semasa nak lintas jalan tu suami turut pegang tangan isteri. Jika sedang bersiar-siar, tangan kiri suami boleh pegang anak dan tangan kanan suami boleh pegang isteri. Kan bagus begitu.



10. Berbanggalah Dengan Diri Si Dia Selalu Sebagai Penyokong Setia No.1 

Daku ada terlihat sesetengah pasangan yang suka menceritakan perkara buruk tentang pasangan sendiri. Mungkin dalam nada bergurau tapi hakikatnya itu adalah perkara yang boleh memalukan pasangan. Jadi simpanlah saja untuk kenangan diri sendiri. Daripada bercerita tentang perkara lucu yang memalukan begini, adalah lebih baik untuk ingat perkara-perkara baik dan membanggakan dari pasangan. Tidak kira apa pekerjaan suami / isteri, sokonglah mereka dan sentiasalah bersama mereka di kala susah dan senang.


[ Baca Juga ] 
Perbezaan Antara Air Mani, Mazi dan Wadi
Penerangan Kehidupan Di Syurga Menurut Al-Quran dan Hadis 


Duit Bukan Segalanya Tapi Tak Salah Untuk Cari Duit Lebih Untuk Kebaikan Bersama

Bagi pasangan lain yang sedang berada di dalam keadaan retak menanti belah, daku mohon tolonglah luangkan sedikit masa untuk kaji semula apa yang telah berlaku. Ingatlah yang penceraian bukanlah jalan terbaik untuk keluar dari masalah. Duit bukan segala-galanya dan daripada berpisah kerana kekurangan sumber pendapatan, bukankah lebih baik untuk sama-sama saling berkerjasama mencari peluang buat income bagi mengubah tahap kehidupan tu. Tidak dapat buat secara fulltime boleh saja buat secara partime.

Lagipun daku perasan ada banyak peluang baik untuk jana pendapat lebih sekarang ni. Sebagai contoh jadi penulis bebas, jadi seorang pengusaha kek halal sambilan atau jika nak lebih untung dan berjaya, sertai mana-mana pasukan jualan langsung! Sebagai contoh jadi agent COWAY ke.



Hey! Coway tu daku sendiri pernah lihat produk mereka, memang best super ohsem! Penapis air mereka tu boleh dikatakan hebat dan terbaiklah. Lagipun Coway ni walaupun terkenal kerana penapis air tapi ada juga produk lain yang okay. Daku sendiri kadangkala rasa macam nak terjun ke dalam team Coway ni, mau taknya... macam best je! Latihan di kasi, team panduan untuk beri sokongan pun ada, cara nak berniaga pun diberikan sekali. Hebat hebat.

Patutlah ramai di kalangan agent Coway ni berjaya sampai boleh capai impian masing-masing. Inilah yang dikatakan usaha yang baik dan tidak sia-sia. Lagi-lagi kalau berusaha dengan pasangan sendiri. Nak ke mana saja untuk jalankan misi dengan Coway boleh berdua, nak buat sales pun boleh jalan bersama dan waktu berkerja juga boleh di atur sendiri tanpa perlu ganggu orang lain. Seriously, baguslah! Sangat praktikal gitu....


Antara Pasangan Suami Isteri Yang Berjaya Dengan Coway (Tumpang Bangga Dengan Suami Isteri Yang Macam Gini)

Antara pasangan yang daku rasa sangat patut dijadikan inspirasi adalah Tuan Irwan dan juga Puan Noreen. Mereka berdua daku kenal secara kebetulan dan memang sangat-sangat peramah. Tidak ada rasa kekok dan sama sekali sangat suka berkongsi kisah susah senang mereka bersama.



Puan Noreen yang lebih senang membahasakan dirinya dengan nama panggilan Kak Noreen bagi aku adalah seorang ibu yang sangat hebat! Beliau dapat bahagikan masa antara kerjaya di sisi suami dengan peranannya sebagai ibu juga pada anak-anak. Walau banyak dugaan yang mendatang namun siapa sangka berkat saling bersatu tenaga mereka dapat berjaya ke tahap ini dengan kehadiran anak-anak sebagai penyeri. 

Bagi mana-mana pasangan yang sedang alami masalah konflik rumahtangga terutama yang berkaitan dengan kekurangan income, daku nasihatkan ada baiknya ikut jejak langkah Tuan Irwan dan Kak Noreen ini. Jangan mudah putus asa dan saling menuding jari sebaliknya sama-sama bersatu menjadi sepasang suami isteri yang nekad untuk terus bersama dalam menghadapi apa jua ujian yang Allah SWT turunkan!

Rezeki Di Tangan Tuhan Dan Berusahalah Untuk Mendapatkannya

Doa itu penting dan jika jana income bersama itu lagilah makin bagus berganda-ganda. Allah SWT dah pesan untuk kita berusaha dalam mencari rezeki dari sumber yang halal maka gunakanlah sisa baki masa umur yang ada untuk berusaha sedaya upaya.

Yang penting, apabila sudah semakin maju nanti jangan pula di lupa pada pasangan yang telah sama-sama berusaha dari zero to hero. Jika sudah berjaya kelak ingatlah yang kejayaan itu adalah berkat kerja keras bersama. Dan apabila sudah semakin senang nanti jangan juga di lupa yang kejayaan itu adalah berkat sokongan dan dorongan si dia yang sentiasa berdiri di sisi tanpa rasa putus asa.


Ingatlah selalu yang rezeki ini adalah dari Allah SWT dan rezeki ini bukanlah semata-mata dalam bentuk wang ringgit. Allah SWT dah beri jodoh untuk kita hidup secara berpasangan maka hargailah segalanya selagimana hayat masih di kandung badan. Tolak pemikiran tentang cerai. Jika ada timbul isu penceraian ini, segera fikirkan tentang anak-anak dan kesannya jika telah bercerai nanti.

Berminat untuk menjadi seperti Tuan Irwan dan Kak Noreen?
Boleh hubungi mereka melalui facebook

T IRWAN NASARDEN | NOREEN KAMARUDDIN 

7 comments for "Pasangan Boleh Elak Bercerai Jika 10 Perkara Ini Dilakukan (Oh Ini Rupanya Tips Bahagia)"

  1. Tips no 4 sapai 7 tu memang Sha akui kena diamalkan supaya sentiasa harmoni dan bahagia.. Ini memang tips penting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sha... ini sennag2 je sebut CERAIKAN SAYA... eh, usahalah dulu.. diri sndiri ada buat salah apa, cuba betulkan... barulah best! =D

      Delete
  2. jadi pasangan memang banyak cabaran, semua yang akak listkan di atas memang betul... sebab tu nak berkahwin bukan boleh suka-suka banyak tanggungjawab yang perlu di galas dan difikirkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAN..... ngat ni main masak2... syukur Allah bg pasangan tak yah hidup sensorang.. so usahalah sama2... sbb tu sis respect ngan pasangan contoh kat atas... leh keja sama2 buat income demi utk hidup bahgia ngan anak-anak... jeles plak rasa.. haha

      Delete
  3. sebab tu skrg rabia sgt memilih utk cari jodoh ni..akak doakan semoga rabia dpt jodoh yg baik2 ye.

    ReplyDelete