Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Info Lengkap Perkembangan Bayi 3 bulan Untuk Mama Papa Tahu

Info Lengkap Perkembangan Bayi 3 bulan Untuk Mama Papa Tahu | Bagi pasangan yang baru ada baby, perasaan teruja memang sentiasa ada. Daku sendiripun walau telah lalui fasa ini berulangkali namun tetap juga teruja setiap kali membesarkan baby. Lagi-lagi untuk tahu apakah perkembangan yang sedang berlaku sesuai dengan usia semasa bayi.

Rasanya ramai pasangan yang punya baby merasakan hal yang sama kan? Kejap je rasa eh anak sudah masuk ke 3 bulan rupanya. Cepat betul masa berlalu sedangkan macam baru semalam baby lahir. 



Bagi ibu ayah yang ingin sentiasa peka dengan keadaan perkembangan si manja, di sini akan dikongsikan info lengkap mengenai perkembangan bayi usia 3 bulan menuju ke 4 bulan. Mungkin ada yang akan cakap, alah baby asyik tidur je pada waktu ni! Ya mungkin benar tapi hakikatnya diri si manja sedang berfungsi dengan hebat untuk semakin menyesuaikan diri dengan menggunakan kemahiran baru yang dia mula ada. 

Apakah Perkembangan Bayi Untuk 3 Bulan Ini? Jom teruskan pembacaan...... 

1. Di usia 3 bulan, bayi mulai bereaksi terhadap suara orang atau mainan yang bersuara. 

2. Pada usia tiga bulan ini jugabayi mungkin mula mengangkat atau menegakkan kepala, melambaikan tangan atau menendang kakinya.

3.Bayi akan mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk lebih membantu perkembangannya 

4. Ketika memasuki peringkat ini, bayi sudah boleh merapatkan tangan dan membuka jari-jarinya.

5. Bayi akan mula sering menghisap jarinya.

6. Bila otot kepala dan leher jadi semakin kuat, tak lama lagi dia mungkin akan mula bergolek.

7. Kemungkinan besar sudah pandai membuat suara agah-agah. Ibu ayah boleh membantu mengembangkan kemahiran bahasanya dengan bercakap dengan dia sepanjang hari

8. Bayi sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.



4 Jenis Permainan Yang Bagus Untuk Merangsang Bayi Usia 3 Bulan

Bermain dengan bayi umur 3 hingga 5 bulan adalah penting kerana bermain ini akan dapat membantu perkembangannya untuk terus maju. Mainan yang boleh mengeluarkan bunyi adalah lebih baik. Mainan yang lembut dan mudah untuk di pegang juga bagus untuk bantu bayi mengawal pergerakan tangan dan kakinya. Mainan untuk bayi dan kanak-kanak memang ada banyak di pasaraya namun tidak semuanya sesuai dengan perkembangan usia bayi 3 bulan


Antara permainan yang patut di beli serta sesuai dengan bayi usia 3 bulan ini adalah seperti : 

Permainan #1 - Mainan Gantung
Mainan gantung antara mainan untuk bayi 3 bulan yang bagus bagi meransang perkembangan kognitif dan motor halusnya. Kebolehan memukul mainan yang tergantung merupakan pencapaian yang cukup memberangsangkan juga kerana lepas ini, dia sudah boleh memutar permainan yang digantung atas kepala. Namun, pastikan bayi tidak terlalu hampir dengan permainan itu hingga boleh membuatnya tidak selesa,

Permainan #2 - Hand Rattle
Secara lumrahnya, bayi suka mendengar bunyi bising jadi permainan seperti ‘rattle‘ sangat membantu dalam tumbesaran mereka untuk memahami setiap irama yang keluar tatkala menggoncang mainan tersebut.

Permainan #3 - Permainan Getah Yang Berbunyi 
Apa saja mainan yang boleh ditekan dan mengeluarkan bunyi memang amat disukai bayi ketika usia ini malah ia sangat sesuai dibawa bersama ketika mandi.

Permainan #4 - Gelang Gigit
Gelang menggigit yang diperbuat dari silikon adalah lebih baik berbanding gelang yang diisi air kerana jika bocor, mungkin air tersebut tidak melakukan proses steril dan ia sangat bahaya. Tapi jenis silikon bagus bagi melegakan kesakitan gigi bayi yang baru tumbuh.


Tips Untuk Membeli Permainan Bagi Bayi Berusia 3 Bulan 


Apakah yang perlu ada pada permainan untuk bayi berusia 3 bulan itu sebenarnya? Jawapannya adalah :

  • tidak mempunyai bahan yang berbahaya
  • mempunyai permukaan yang lembut dan tidak berbucu tajam
  • selamat jika termasuk ke dalam mulut bayi
  • saiz yang sesuai untuk pegangan tangan bayi
  • tidak terlalu kecil hingga boleh tertelan
  • mempunyai bunyi yang menarik
  • mempunyai warna yang terang dan cantik 

Pola Tidur Bayi 3 Bulan

Corak bayi usia 3 bulan dah makin okay! Takde la lagi merengek meragam macam mula dulu. Kalau dulu ibu ayah tidak dapat tidur dengan sempurna, mulai sekarang akan mula rasa lega sedikit. Ketika usia bayi umur tiga atau empat bulan ni, pola tidur baby akan mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga kerana mahukan susu dan lampin basah teruk tu.

Itulah dia info serba sedikit mengenai Perkembangan Bayi 3 bulan Untuk Ibu Ayah Tahu. Semoga ianya dapat memberikan manfaat pada yang memerlukan. =D




7 comments for "Info Lengkap Perkembangan Bayi 3 bulan Untuk Mama Papa Tahu"

  1. Baby Mrs. A semua dah remaja dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah apa lgi.. boleh la tmbh lg sorang... lalalalala

      Delete
  2. dulu sekolah menengah saya yg jage adik2 kecik lagi... bagus juga info2 macam ni, kadang2 orang terlupa benda kecik ni pon sebenarnya penting jugak..

    ReplyDelete
  3. waktu 3 bulan ni la dia pandai berinteraksi.. hee~ rindu plak moment ada baby.. adei !!

    ReplyDelete
  4. rindu nk nikmati moment tuh...

    ReplyDelete