Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sinopsis Penuh Drama Hilang Yang Kembali (TV3) - Memang Best!

Sinopsis Penuh Drama Hilang Yang Kembali (TV3) - Memang Best! | Drama Hilang Yang Kembali Best Dengan Jalan Cerita Yang Mendebarkan. Drama Hilang Yang Kembali terpilih sebagai karya terbaharu untuk menghiasi slot Samarinda TV3 mulai 20 Ogos 2019. Ia ditayangkan sebanyak 12 episod. Drama bersiri Hilang Yang Kembali ini dibintangi oleh Aqasha, Emelda Rosemila, Nafiz Muaz, Azhan Rani dan ramai lagi

Pemilihan pelakon senior dengan gaya penceritaan yang dipaparkan dalam drama ini benar-benar berbeza berbanding drama yang biasa di tayangkan di kaca tv. Hilang Yang Kembali adalah sebuah drama bersiri yang harus di tonton jika mahukan kelainan jalan cerita yang jauh lari daripada kisah cinta berunsur romantik. Itupun jika benar-benar ada minat untuk tonton drama Melayulah.




Drama Hilang Yang Kembali bermula dengan seorang wanita bernama Fara, yang bercuti bersama suami dan anak-anaknya di sebuah pulau namun salah seorang dari anak mereka hilang. Kehilangan anak mereka, Danial benar-benar misteri yang berlaku secara tiba-tiba dan kembali semula menghantui mereka selepas sepuluh tahun berlalu.


Pelakon (Teraju Utama) Drama Hilang Yang Kembali

Aqasha sebagai Razif
Emelda Rosemila sebagai Fara
Azhan Rani sebagai Tuan Ismail
Nafiz Muaz sebagai Danial
Zamarul Hisham sebagai Ikmal
Arill Fesol sebagai Danish
Kazar Abd Razak sebagai Che Jan
Elisya Sandha sebagai Alisa
Damia Qaissara sebagai Bunga
Adam sebagai Danial
Syed Irfan sebagai  Danish
Nur Auni Zahra sebagai Alisa
Ameer Imran sebagai Randi
Taufiq Hanafi sebagai Berahim



Sinopsis Penuh Drama Hilang Yang Kembali

Drama Hilang Yang Kembali ini tidak seperti drama kisah cinta yang ala-ala sweet tangkap leleh tu. Sebaliknya drama Hilang Yang Kembali ini mengisahkan konflik yang berkaitan dengan sebuah keluarga dek kerana kehilangan anak. 

Kehilangan anak ini berlaku Sepuluh tahun yang lalu ketika Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Danial yang ketika itu baru berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan. Entah di manalah Daniel, puas mencari sana sini tapi tetap tak jumpa. 


Detik kehilangan Danial

Disebabkan itu, Razif menyuruh Fara untuk membawa Danish supaya pulang semula ke Kuala Lumpur dan biarkan dia terus berusaha mencari Danial. Pada mulanya, semestinya Fara berkeras tak nak balik! Iyalah ibu kot.... anak hilang mana boleh tahan. Tapi disebabkan ketegasan Razif maka akhirnya Fara pasrah dan ikut cadangan suaminya untuk pulang ke Kuala Lumpur dahulu bersama Danish. Lagipun, suaminya Razif benar-benar berjanji untuk berusaha mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur selagi belum menjumpai anak mereka tu.



Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang dengan tangan kosong tanpa Danial. Luluh hati Fara melihat anaknya hilang tanpa dapat dijumpai lagi. Ternyata kehilangan Danial benar-benar memberi satu tamparan yang sangat hebat dalam perhubungan antara Fara dan Razif. 

Fara kini sudah berubah secara total. Fara seolah-olah berdendan dengan suaminya Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Kehilangan Danial ternyata menghilangkan sekali keharmonian rumahtangga mereka. Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara semakin tertekan yang amat sangat. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga di suatu hari kelak dan Fara sendiri akan terus menantikan saat itu untuk berlaku.

Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Argh!! Secara tiba-tiba muncul Danial yang kini telah besar tanpa di sangka-sangka? 


Danial dan Danish


Waktu ini Fara dan Razif sudah mula berfikir dengan cara masing-masing. Pada mulanya ya memang Fara rasa ragu-ragu namun apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara terus yakin yang pemuda itu adalah anaknya Danial. Pemuda yang mengakui dirinya adalah Danial ini menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Apa yang diceritkan termasuk dengan bukti-bukti membuatkan Fara terus yakin yang ini adalah Danial.

Namun sebaliknya pula untuk Razif. Tidak seperti Fara, bagi Razif pemuda yang datang entah dari mana secara tiba-tiba ini sememangnya bukan Danial. Razif benar-benar curiga dan hatinya kuat mengatakan yang ini sama sekali bukan Danial. Danish ikut apa yang dikatakan ayahnya namun dalam masa yang sama Danish juga ikut risaukan keadaan mamanya.




Kemunculan semula 'DANIAL' benar-benar membuatkan keadaan semakin kacau di antara Fara dan juga Razif. Razif benar-benar sayangkan Fara dan keluarganya. Razif memang benar-benar mahukan anaknya kembali semula namun dalam masa yang sama juga Razif tidak ingin terlalu mudah mempercayai sesiapa.  

Demi untuk cuba mencari apakah sebenarnya yang sedang berlaku, Razif mula menjalankan misinya sendiri untuk mencari identiti sebenar Danial yang ada di depan matanya saat itu. 


Bagi Razif beliau gembira jika anaknya benar pulang namun beliau perlu pastikan dulu yang itu benar-benar adalah DANIAL dan bukannya orang lain. Demi mencari kebenaran Razif mula melayan 'Danial' dengan baik sambil cuba mencari jalan untuk mengetahui perkara yang sebenar atas apa yang telah berlaku. 

Persoalannya di sini. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya? Jika ya apakah sebenarnya yang berlaku sehingga Danial boleh hilang? Dan jika bukan kenapa pula pemuda ini datang secara tiba-tiba dengan membawa segala bukti yang berkaitan......??????????? 

Part hujung sekali ni memang kena tonton sendiri takut nanti daku jadi spoiler pula.... sikittt je lagi tuuu... dah boleh tahu kesudahan. =D


LAGU TEMA / OST 
Amzeeq - Hilang Yang Kembali



Pendapat Sendiri Mengenai Drama Hilang Yang Kembali 

Terbaik plot drama ni. Daku suka sebab ia boleh buat kita rasa nervous dan berfikir. Inilah drama yang ku suka tonton berbanding dengan drama ala sweet jatuh cinta tahap manja... Paling best jalan cerita utnuk drama ni susah untuk di teka melainkan kena tengok sendiri dari awal hingga akhir.

Walaupun satu episod tu nak rungkai semua, tapi episod akhirnya memang sangat ohsem. Penutup cerita juga tepat tanpa membuatkan penonton rasa tergantung. Yelah cerita dah agak heavy pastu nak di bawa ending tergantung? Weh tertekan tau tak! So elok sangat bila episod akhir cerita ni berjalan begitu.

Harap TV3 dan produser dapat berikan lebih banyak drama yang susah untuk diteka begini. Jangan kasi drama sweet tangkap leleh itu terpulang tapi jika nakkan penonton seperti aku ini ikut menonton, maka eloklah diunsurkan genre begini juga. Barulah daku akan lebih menonton drama TV melayu berbanding drama action dan misteri dari Korea.

#dramaviral #samarindaTV3

3 comments for "Sinopsis Penuh Drama Hilang Yang Kembali (TV3) - Memang Best! "

  1. Assalamualaikum sis..mmg best endingnya semlm...puas hati sbb last cite dah tahu nape jd mcm tu...mmg best sgt2 jln cite drama begini buat kita tertanya2 n berfikir...

    ReplyDelete